Jumaat, 23 Mac 2012

Addin

Addin


Patutlah Gaji Baru SSM Belum Boleh Di Bayar Lagi..

Posted: 23 Mar 2012 10:00 AM PDT

CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk

"Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di Nilai hari ini. ~bernama

Sebab Nih Nazri Aziz Tak Mau Isytihar Harta

Posted: 23 Mar 2012 08:21 AM PDT

Addin pelik jugak.. Berapa gaji menteri sebanarnya nih? Sehingga Nazri Aziz boleh bagi anak pakai kereta Posche siap dengan ada bodyguard pulak tuh. Mungkin Allah SWT nak tunjuk, jikalau tak berlaku kejadian seperti nih mungkin rakyat Malaysia tak tau kekayaan melampau puak-puak menteri Umno nih. Addin masih ingat lagi.. Nazri Aziz lah salah sorang menteri yang menentang kuat apabila SPRM mencadangkan untuk mewajibkan  harta dan aset menteri di isytiharkan kepada SPRM. Nazri cakap bahaya. Dan ini bahaya sebenarnya, bahaya takut rakyat tahu.

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. ~malaysiakini


Rupa - Rupanya Ini Cara SPR Pertahankan Kuasa BN Di Perak

Posted: 23 Mar 2012 02:45 AM PDT

Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.

PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.
Ini sekadar sedutan, baca seterusnya di sini.

Addin :

Memang dasar pencacai macai..


Ini Teknik Pembohongan Dalam Berita TV3

Posted: 22 Mar 2012 11:18 PM PDT

KULIM – Tiada sebarang aduan sama ada bertulis mahu pun secara lisan yang dikemukakan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Merbau Pulas berkenaan masalah yang melanda penduduk Taman Tunku Putra, Kilang Lama baru-baru ini.

Seperti yang disiarkan oleh media perdana, TV3, yang mendakwa kononnya ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Siti Ashah Ghazali bersikap lepas tangan dengan permasalahan banjir kilat yang melanda sebahagian penduduk taman perumahan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

"Saya tidak dimaklumkan langsung berkenaan masalah berkenaan. Tiada sebarang surat atau pun wakil penduduk Taman Tunku Putra yang datang berjumpa membincangkan hal tersebut.

"PKWR juga tidak menerima aduan berkenaan. Bagi saya dakwaan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak berasas kerana ianya di luar pengetahuan saya," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Mohd Arof Darus ketika dihubungi memaklumkan, pihak MPKK menerima surat aduan dari Persatuan Penduduk, Taman Tunku Putra berkenaan masalah tersebut pada 4 Disember 2011 yang lalu dan kerja membaiki, memperbesar serta membersih longkang telah pun dilakukan.

"Masalah ini sebenarnya sudah lama, sejak tahun 70an lagi tetapi apabila berlaku kemajuan pesat, bangunan dan taman-taman perumahan dibina, apabila berlaku hujan lebat, air akan mengalir ke situ kerana kawasannya lebih rendah dari tempat lain.

"Walau bagaimana pun, pihak MPKK telah mengambil tanggungjawab di atas aduan mereka dan kita telah pun membuka tender untuk penyelenggaran longkang-longkang, naik taraf parit dan sebagainya sebagai usaha mengurangkan masalah berkenaan," ujar beliau.

Tambahnya lagi, berita yang disiarkan oleh TV3 baru-baru ini bukanlah kejadian yang sebenar. Liputan banjir yang disiarkan adalah kejadian yang berlaku dahulu dan bukannya sekarang. Beliau juga menganggap berita yang disiarkan kurang tepat serta mempunyai motif politik.

Walau bagaimana pun hanya sekitar 9 hingga 10 buah rumah sahaja yang terlibat, bukannya keseluruhan kawasan perumahan seperti yang digambarkan.

Banjir kilat yang melanda sebahagian rumah di kawasan perumahan berkenaan sebenarnya telah berlaku sejak 2001 lagi dan sekarang ini ianya menjadi agak serius kerana wujudnya taman-taman perumahan seperti Taman Senangin, Taman Haruan dan pertumbuhan pesat Kulim Hi-Tech.

Azalina Othman Berbohong Mengenai Isu Ini?

Posted: 22 Mar 2012 07:13 PM PDT

96% penduduk bantah projek penapisan

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing.

Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.

Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).

Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.


Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri perhimpunan Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing. Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.

Menurut pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).

Katanya, jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.

Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.

"Tandatangan itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga seorang ahli Umno, ketika dihubungi Malaysiakini. ~malaysiakini

Bila Jadual Gaji Baru SSM Di Umumkan, Mau Main Wayang Lagi Ke?

Posted: 22 Mar 2012 06:00 PM PDT

Melalui berita yang dipaparkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan menjawab teka-teki di kalangan kakitangan awam tentang bilakan tunggakan yang akan mereka perolehi. Untuk gaji bulan April kakitangan awam boleh tersenyum sedikit dengan tunggakan yang akan mereka perolehi.

Tunggakan tetap akan diperolehi, namun jumlah sebenar tetap menjadi persoalan.  Tan Sri Sidek Hasan belum meredakan keresahan kakitangan awam tentang bilakah jadual gaji terkini mereka akan dimuktamadkan.

Lebih-lebih lagi jumlah kenaikan tahunan setiap gred yang akan diperolehi setelah peratusan kenaikan mengikut gred dikira.

Tentukan terlebih dahulu jadual gaji yang dimuktamadkan dan barulah dikira tentang tunggakan.

Takkan memberi tunggakan pun nak mengejar PRU-13 juga!! Nanti tak pasal-pasal dua kali kerja -beri tunggakan selepas itu beri lebihan @ baki untuk kenaikan tahunan.

Dahlah tak cerdik tentang SBPA, tentang salam MAS-AirAsia jadi lagi tak cerdik!! Nak jadi Menteri Kewangan lagi-lagi kantoi!!! ~ekeleh

Tiada ulasan: