Addin |
- Gempar!! Pengerusi Masjid Biadap Halau Rombongan Dewan Ulama PAS
- Kaki Lipas Dalam Spageti Pizza Hut
- Pendedahan Terperinci Kes Pukul Dato' Zahid Hamidi
- Hakim Bakal Dedah Motif Pembunuhan Altantuya?
- Remaja Di Arah Berkahwin Dengan Perogol Nekad Bunuh Diri
- Lucu!! SPR Kehabisan Borang Pendaftaran Pengundi Baru
- Celakalah SPR!!.. Tapi Kenapa??
Gempar!! Pengerusi Masjid Biadap Halau Rombongan Dewan Ulama PAS Posted: 16 Mar 2012 10:37 AM PDT Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz kesal dengan tindakan biadap Pengerusi Masjid Serkam Darat, Ramli Hassan yang menghalau keluar rombongan Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka dari masjid Serkam Darat petang tadi. "Kami memberitahu Pengerusi Masjid Serkam Darat untuk bertemu Imam Masjid selepas Solat Jumaat tetapi kami dihalau supaya keluar dari masjid itu". "Ini tindakan yang biadap kerana sebagai seorang Pengerusi Masjid beliau sepatutnya melayan tetamu dengan baik bukannya menghalau kami dengan biadap seperti itu" ujar Ustaz Khairi. Beliau berkata tujuan rombongan hanya untuk beramah mesra dengan Imam Masjid serta menyampaikan sedikit cenderahati bukannya untuk berhujah dan sebagainya. Menurutnya rombongan Dewan Ulama PAS Negeri Melaka turun ke Dewan Undangan Negeri Serkam hari ini bagi menjayakan program menziarahi golongan Al Mala'. Walaubagaimana beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam Tua dan Bilal Masjid tersebut yang sudi menerima cenderahati dari Dewan Ulama' di luar pagar masjid. Turut sama dalam rombongan Dewan Ulama tersebut ialah Ustaz Hasri, Ustaz Helmi, Ustaz Faris, Zulkifli Ghaus dan pimpinan PAS Cawangan Serkam Darat. ~mutaligat |
Kaki Lipas Dalam Spageti Pizza Hut Posted: 16 Mar 2012 07:30 AM PDT PUTRAJAYA, 16 Mac - Mahkamah Rayuan Jumaat mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan 'spageti bolognese' yang mengandungi kaki lipas. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos. Anantham berkata perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan. Md Rais berkata, "Ia adalah untuk kebaikan masyarakat." ~bernama |
Pendedahan Terperinci Kes Pukul Dato' Zahid Hamidi Posted: 16 Mar 2012 07:07 AM PDT Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos. Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali. Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006. Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan. APA SEBENARNYA BERLAKU Ini adalah percintaan antara Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap Amir Bazli Abdullah. Percintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi. Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi. 1. Saya telah menyertai konvoi "Big Biker" pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya; Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama Dato' Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam "Karpal Singh and Company" kerana kes laporan polis terhadap jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum diselesaikan oleh polis. Tuntutan dalam writ saman Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulan Amir Bazli Ahmad dan pembabitan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.2006 1. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya. Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa Amir Bazli Abdullah akibat di pukul. Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh Amir Bazli Abdullah atas perbuatan Dato Ahmad Zahid Hamidi. Dalam writ saman Amir Bazli Abdullah, berikut adalah kecederaan yang di alami oleh beliau: 1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE dan NASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUM Berikut adalah laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima. Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa. Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut. Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada "double standard" dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah: Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul. Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul. Anda nak tahu cerita lanjut tentang Zahid Hamidi? anda layari di sini. ~siasahkini |
Hakim Bakal Dedah Motif Pembunuhan Altantuya? Posted: 16 Mar 2012 04:19 AM PDT Sebenarnya rakyat sudah sedia maklum motif pembunuhan tersebut apabila hakim mengeluarkan hujah bertulis seperti itu. Secara tidak langsung hakim telah mendedahkan motif pembunuhan tersebut.. Pembunuhan Altantuya: Motif tidak boleh didedahkan kerana Putrajaya akan musnah Keputusan yang dinanti-nantikan baru sahaja diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin terhadap kes warga Mongolia Altantuya yang bukan sahaja menjadi topik hangat dikalangan pengamal undang-undang di Malaysia tetapi juga buah mulut rakyat biasa seperti Ahmad, Muthu Ah Beng di seluruh pelosok negara. Pelajar dan profesional dalam bidang undang-undang terkejut akan keputusan hakim. Peguam yang juga mengajar akan menghadapi kesukaran dalam cuba merasionalkan keputusan yang telah menolak sepenuhnya "motif" dalam pembunuhan. Hakim yang arif itu juga telah dilaporkan berkata bahawa "motif, walaupun relevan, tidak penting dalam pembunuhan." Kini pelajar sekolah menengah juga turut bertanya jika motif tidak penting, adakah ia semata-mata pembunuhan? Atau pembunuh sengaja menjalankan pembunuhan semata-mata? Standard undang-undang Malaysia menjadi perhatian Keputusan Hakim itu juga telah meletakkan standard undang-undang Malaysia di mata dunia untuk diteliti. Ia telah memberi impak yang besar bukan sahaja dari perspektif sosio-politik hak asasi manusia tetapi juga dari dimensi sosio-ekonomi serta dimensi kehakiman. Sesungguhnya kita mempunyai keputusan penghakiman akhir yang ditunjukkan kepada dunia dan ini membuktikan cara kita mentafsir undang-undang di sini tanpa perlu mematuhi apa yang termaktub dalam buku undang-undang yang diterima secara universal dan mengajar bagaimana keadilan dipraktikkan dalam sistem demokrasi di seluruh dunia. Di tanah air kita sendiri, keputusan ini juga telah memberi tamparan maut kepada kerajaan. Semua pengundi akan lebih memahami jalan cerita yang sebenar secara tidak langsung. Parti BN akan sentiasa dicurigai kesan daripada keputusan hakim ini. Kenapa 2 anggota khas melakukan perkara itu tanpa motif Rakyat menanya soalan yang mudah dan logik: Bagaimana dua orang anggota polis terlatih, berdisiplin dan tidak beruniform yang semua tahu hanya menjalankan tugas atas arahan orang atasan telah membunuh seorang wanita yang tidak berdaya, tidak bersenjata, tidak mampu mempertahankan dari dan bersendirian pula? Orang ramai bertanya, walaupun pembunuhan itu sendiri telah dirancang untuk menghapuskan semua kesan bukti dengan meletupkan perempuan yang lemah dengan bahan letupan tentera namun motif masih tidak penting? Hakim menyatakan bahawa motif adalah relevan. Tetapi selepas itu dia telah menolak aspek paling penting dalam kes ini iaitu motif. Sekarang rakyat juga bertanya kenapa. Kenapa motif tidak penting dalam jenayah yang mengerikan, kejam dan tanpa peri kemanusiaan apabila semua penunjuk mengatakan motif adalah punca pembunuhan itu? Mereka mula berbincang di kedai-kedai kopi, di bandar-bandar besar dan warung-warung kecil di kampung-kampung tentang bagaimana mungkin dua anggota beruniform dan bergaji, melakukan pembunuhan ke atas wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa? Tetapi sebenarnya ada motif Orang ramai mengatakan bahawa sebenarnya terdapat motif untuk pembunuhan itu berlaku. Dan mereka mahu undang-undang mencari apa motif itu supaya mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan dihukum oleh undang-undang secara adil dan saksama. Tetapi malangnya, "motif" telah dibuang jauh oleh kehakiman Malaysia. Precedent telah ditetapkan. Rakyat telah membuat keputusan mereka. Kini terdapat satu kepastian dalam minda dan hati rakyat di sini - satu keputusan yang tidak akan dapat diatasi apabila berlakunya pemulihan sistem keadilan Malaysia dan reputasinya. Ada juga rakyat yang mengatakan bahawa jika ini berlaku di negara lain yang sivil dan demokratik, seluruh pengamal undang-undang akan mogok dan menuntut pembaharuan dalam sistem. Adakah ini akan berlaku di Malaysia? Hanya masa yang akan menentukan. Tetapi dalam masa yang sama kredibiliti pemimpin, parti-parti politik dan sistem kerajaan telah musnah sama sekali oleh keputusan pada kes Altantuya ini. ~malaysiachronicle |
Remaja Di Arah Berkahwin Dengan Perogol Nekad Bunuh Diri Posted: 15 Mar 2012 11:37 PM PDT Amina makan racun akibat tak tahan didera keluarga suami RABAT - Seorang remaja Maghribi 16 tahun membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki yang merogolnya, lapor media tempatan. Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol terbabit. "Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina berkahwin dengan perogolnya sepatutnya "menyelesaikan" isu keganasan seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah keluarga suaminya," lapor akhbar harian tempatan, al-Massae. Al-Massae menyatakan trauma pengalaman menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya. "Perkahwinan paksa seperti ini sudah berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan menyelamatkan maruah gadis yang dirogol," kata akhbar itu. Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya. Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu. Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman. Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. ~agensi/dcm |
Lucu!! SPR Kehabisan Borang Pendaftaran Pengundi Baru Posted: 15 Mar 2012 08:15 PM PDT Dr. Jeffrey Kitingan telah menyatakan rasa tidak percayanya bahawa Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah kehabisan borang pedaftaran pengundi baru. Pengerusi STAR Sabah itu juga memaklumkan dia telah menerima rungutan dari para penyokong STAR di beberapa daerah yang menyatakan mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi baru sebelum pilihanraya akan datang tidak dapat berbuat demikian kerana telah diberitahu oleh semua Pejabat Pos di tempat mereka bahawa borang itu kononnya telah habis. Sebagai contoh, katanya lagi, para pemimpin STAR di Tenom telah bertanya di Pejabat Pos Tenom tetapi telah diberitahu borang telah habis dan apabila mereka menelefon Pejabat Pos Kota Kinabalu mereka diberi makluman yang sama, dan stok borang yang baru 'Belum sampai.' "Saya tidak boleh menerima alasan bahawa SPR boleh menghadapi masalah yang begini kecil memandang SPRlah yang selama ini menggesa rakyat Malaysia agar mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi," katanya. "Adakah mungkin ini satu daripada banyak permainan kerajaan mengurangkan borang kerana motif-motif tertentu?" Dia meminta SPR agar memberikan penjelasan mengenai perkara itu, untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku kerana masalah kehabisan borang SPR adalah sesuatu yang agak pelek dan tidak boleh diterima sama-sekali." "Borang-borang ini tidaklah susah untuk dicetak, bukan seperti mengeluarkan kad pengenalan atau kad kredit," ujarnya. "Jika sebuah akbar kebangsaan boleh mencetak sehingga 300,000 naskhah akhbarnya setiap hari, saya tidak nampak sebab kenapa sebuah organisasi kebangsaan seperti SPR boleh kehabisan borang yang berbentuk satu muka sahaja. Sepatutnya borang ini boleh dimuat turun dari laman sesawang SPR." "Jika benar seluruh Sabah telah kehabisan borang ini rakyat akan membuat tafsiran yang negatif dan percaya SPR mempunyai permainan tertentu," tambahnya. "Malah, kami di STAR sekarang mensyaki mungkin ini adalah tindakan terancang untuk menghadkan atau menghentikan pendaftaran para pengundi baru di Sabah kerana ada pandangan bahawa para pengundi baru kebanyakannya bersikap anti-BN." ~ sab/kiki |
Celakalah SPR!!.. Tapi Kenapa?? Posted: 15 Mar 2012 07:43 PM PDT Ko orang boleh sabar ke lagi? Addin dah memang hilang sabar dengan kerja jahat SPR nih, celakalah SPR!!Kenapa Addin cakap macam nih? Sebab ini adalah penipuan yang terang-terang dilakukan oleh pencacai Umno nih iaitu SPR. Ini kerja yang kotor, jijik dan lagi keji.. hanya untuk memenangkan Umno BN semua alasan di beri untuk menghalalkan kerja jahat mereka nih walaupun alasan yang paling tidak logik. Addin jarang merampus-rampus macam nih, tapi ini dah menghilangkan kesabaran dan kewarasan dah nih. Cuba ko orang bayangkan SPR boleh mengubah sempadan kawasan pilihan raya tanpa sebarang makluman kepada rakyat. Yang peliknya hanya negeri terpilih sahaja iaitu Selangor, Perak dan Kelantan. Ini adalah negeri-negeri yang Umno BN tewas semasa PRU 12 lalu. Jelas SPR hanya memberikan alasan untuk memutup pekung mereka selama ini. Kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat perlu membuat sesuatu tindakan konkrit sebelum PRU 13 bermula. Nampaknya pintu rundingan sudah tertutup.. ayuh kita gerakkan BERSIH 3.0.. HIDUP RAKYAT!! SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya. Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara. Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat. Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai. "Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi. Kes yang sama di Hulu Selangor Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. "Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya. Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13. "Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan. "Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak. Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. ~malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan