Isnin, 12 Mac 2012

Addin

Addin


Fesyen Rosmah Mansor Yang Memalukan..

Posted: 12 Mar 2012 09:27 AM PDT


Inilah fesyen Rosmah Mansor semasa pergi ke parlimen hari ini.. Bilalah Najib nak tarbiyahkan Rosmah. Cuba perhatikan betul-betul, Najib duduk di belakang Rosmah.. Apa maknanya tuh?


'Batman' Rogol Pelajar Asrama Di Melaka

Posted: 12 Mar 2012 03:55 AM PDT

Desas-desus semakin berleluasa di kalangan penduduk setempat di Melaka bahawa suatu lembaga berkuasa ghaib sedang menyasari wanita di bandar ini.Ia menyusuli satu kejadian yang dikatakan melihatkan satu lembaga hitam berpakaian ala Batman menceroboh masuk ke dalam asrama pelajar perempuan dan merogol seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, lapor akhbar The Sunday Star, semalam.Mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur itu dirogol pada malam Rabu lalu ketika bersendirian dalam biliknya.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Gan Tian Loo, menganggap dakwaan daripada sesetengah pihak bahawa lembaga tersebut berkuasa ghaib sebagai karut.

Sebaliknya beliau menggesa agar diadakan satu siasatan rapi terhadap jenayah itu.

'Bagaimana Batman atau hantu boleh masuk dalam asrama pelajar perempuan dan merogol? Ini perbuatan seorang manusia yang memakai pakaian superhero khayalan itu untuk mengelak daripada dikesan,' katanya.

Datuk Gan berkata satu usaha memburu penjenayah itu harus diadakan bagi menangkap pelakunya kerana dia mungkin mencari mangsa seterusnya di kalangan pelajar lain.



Dalam laporan polis yang dibuatnya Khamis lalu, mangsa berkenaan berkata beliau sedang melungsuri Internet sekitar 8.15 malam di bilik asramanya apabila satu lembaga misteri yang memakai pakaian Batman tiba-tiba muncul di sebelahnya.

Menurut pelajar itu, belum sempat beliau meneriak, lembaga tersebut mengikat mulutnya dengan sapu tangan hingga beliau tidak sedarkan diri.

Beberapa jam kemudian, mangsa sedar dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel di atas lantai, selain berasa pedih di bahagian alat kelaminnya.

Satu pemeriksaan perubatan pada hari berikutnya mendedahkan bahawa beliau telah dirogol.

Terjemahan ~ Sunday Star


RM500 Ribu Ikat Jamin Pengarah NFC Adalah Duit Lembu?

Posted: 12 Mar 2012 03:34 AM PDT

Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya. Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.  Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepada National Meat and Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berada di kompleks mahkamah bagi memberikan sokongan.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.~malaysiakini

Addin :

Kak Jat.. berapa tinggal lagi duit lembu?

Kejam!! Mazlan Aliman Di Biarkan Lapar Dan Dahaga Dalam Tahanan

Posted: 12 Mar 2012 03:19 AM PDT

Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?

Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.

Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.

Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.

Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!
Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.

Himpunan 123

Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?

Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!

Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?

Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?

Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan! ~harakahdaily

Kisah Menarik Debat Imam Abu Hanifah Dengan Seorang Atheis

Posted: 12 Mar 2012 12:36 AM PDT

Makam Imam Abu Hanifah
Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak-kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah.

Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya.

Guru: Ta'birkanlah .Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Atheis itu, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri.

Tuan Guru: Bagaimana pula kalau orang tanya siapa kamu? Imam Abu Hanifah: Katakan saja saya ini budak pembawa kasut tuan.

Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

Tuan Guru bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.

Si Atheis itu datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.

Antara 3 soalan yang didebatkan ialah:

1) Apa yang ada sebelum Allah ada? 2) Ke manakah Allah sedang menghadap sekarang? 3) Apakah yang dilakukan Allah sekarang?

Apa yang ada sebelum Allah?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah. Buktinya ada pada anggota badanmu. Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.

Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya?

Jika tuan menyalakan lampu pelita di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap? Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru. Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah. Si Atheis itu pun turun, Imam Abu Hanifah pula naik ke atas mimbar. Setelah beliau duduk, si Atheis itu pun bertanyakan soalan tadi.

Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas. ~tulahan

Panas!! Ahli Keluarga Shahrizat Akan Di Dakwa Hari Ini

Posted: 11 Mar 2012 10:29 PM PDT

Seorang pengarah kanan National Feedlot Corporation NFC dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Menurut sumber, antara pertuduhan yang akan dikenakan membabitkan sejumlah wang yang besar, dan kes itu sedang didaftarkan di pejabat pendaftaran mahkamah jenayah.

NFC terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan membangunkan projek ternakan lembu di negara ini dengan sasarannya memastikan bekalan daging dalam negara adalah mencukupi .

Pakatan Rakyat mendakwa, antara lain, bahawa dana itu digunakan sebagai membeli hartanah termasuk kondominium mewah di Bangsar, tanah di Putrajaya dan juga beberapa hartanah di Singapura.

Pengarah yang terbabit dalam skandal itu adalah ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ini termasuk pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Ketua Wanita Umno itu. Selain itu, beberapa anak mereka juga menduduki lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 8 April, sehari sebelum tamat perlantikannya sebagai anggota Dewan Negara berakhir. ~malaysiakini

(Video) Punca Sebenar Menteri Besar Pahang Marah Wartawan Akhbar Cina

Posted: 11 Mar 2012 08:51 PM PDT

KUANTAN, 12 Mac - NGO membantah Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan Stop Lynas Colitation (SLC) bersama Skuad Cakna Rakyat (PAS) telah mengadakan satu perhimpunan aman di Pekan Sungai Lembing pagi semalam. Program yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu adalah bertujuan untuk memprotes tindakan Menteri Besar Pahang yang bercadang menghantar sisa buangan Lynas (rare earth) untuk ditanam di tapak bekas lombong di situ.

Perhimpunan turut disertai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh serta lain-lain pemimpin parti pembangkang. Mereka mengibarkan poster dan kain rentang membantah hasrat MB itu. Program berakhir beberapa jam kemudian.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan pagi semalam. Sementara itu MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sebelum itu menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan terbabit.

Beliau marah dan menuduh blogger serta akhbar berbahasa Cina menfitnahnya tentang isu itu. Susulan dari kekecewaan itulah yang menyebabkan insiden beliau halau wartawan akhbar terbabit semasa dia hadir ke majlis perasmian Pesta Buku, di Hotel Zenith baru-baru ini.

Kihat video di sini.

Rafizi Puji Shahrizat

Posted: 11 Mar 2012 07:39 PM PDT

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memuji tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat pada April. Katanya, pengumuman yang dibuat Shahrizat pada Ahad, adalah satu langkah tepat setelah PKR mengaitkan beliau dengan beberapa dakwaan dan pendedahan berhubung isu penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

"Terima kasih dan tahniah kepada beliau kerana membuat tindakan tepat. Saya puji dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat," kata Rafizi dalam satu kenyataan kepada Mstar.

Menurut Rafizi, keputusan Shahrizat berundur dari kabinet menunjukkan bahawa beliau telah memahami kehendak dan harapan rakyat Malaysia terhadap seseorang yang memegang status sebagai menteri.

"Akhirnya beliau faham kehendak rakyat dan harapan masyarakat awam bahawa menteri dan penjawat awam harus memberi imej yang bersih," katanya.

Keputusan pengunduran ini juga secara tidak langsung kata beliau, mengesahkan bahawa pendedahan dan dakwaan PKR berkaitan penyelewengan dana RM250 juta dalam PFN selama ini adalah betul dan tepat.

"Kalau tak betul, beliau tak akan letak jawatan...mustahil tiba-tiba akan berundur. "Ini juga membuktikan tuduhan Umno bahawa kita mempolitikkan isu PFN adalah tidak benar," tegasnya.

Shahrizat, dalam kenyataan sebelum ini bagaimanapun menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu PFN.

Rafizi menjelaskan, isu PFN yang dibongkarkan PKR bukan isu politik tetapi menjadi isu rakyat kerana melibatkan dana awam dan wang rakyat.

Beliau berkata, selagi isu ini tidak diselesaikan dengan adil dan sewajarnya, pihaknya akan terus membuat pendedahan yang dirasakan perlu.

"Peletakan jawatan tidak akan padamkan isu ini. Kita akan terus beri perhatian terhadap skandal dalam PFN dan juga isu-isu lain melibatkan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata tumpuan sekarang akan diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan perkara ini.

Katanya, Najib harus menunjukkan komitmen politik dengan memastikan dana pinjaman sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu fidlot dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.

"Tanggungjawab kini terletak di bahu Datuk Seri Najib kerana beliau adalah perdana menteri. Beliau juga orangnya yang meluluskan pinjaman kepada PFN.

"Selain memperolehi semula RM250 juta, semua yang terbabit dalam isu ini perlu disiasat dengan telus dan dibawa ke muka pengadilan," ujar beliau. ~mstar

Gempar!! Peguam Negara, Bekas KPN Terlibat Dengan Kes Ketua Kongsi Gelap?

Posted: 11 Mar 2012 06:41 PM PDT

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan anggota polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu. Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

Johari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini. ~malaysiakini

Tiada ulasan: