Addin |
- Ketua Pemuda Umno Sertai PAS
- Rupa-Rupanya Sebab Ini Phahrolrazi Tidak Puas Hati Dengan Ustaz Azizan
- Mahkamah Membuktikan Kerajaan BN Terengganu Berniat Jahat?
- Kenapa Makin Ramai Orang Cina Sokong Pakatan Rakyat?
- (Video) Bongkar!! Yayasan Melaka Beli Resort Usang Lebih Dari Harga Pasaran?
- Lagi Artis Popular Mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz
| Posted: 06 Mar 2012 10:17 AM PST PADANG TERAP - Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36, Pedu, Mohd Yunus Harun, 36. Beliau berkata demikian sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini. "Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat. "Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan rakyat terhimpit dengan masalah hidup," katanya. Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini. "Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid. "Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno," katanya lagi. Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada dalam perjuangan Umno. Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS. Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet. "Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet. "Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet," ujarnya. Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS. ~paspb2 |
| Rupa-Rupanya Sebab Ini Phahrolrazi Tidak Puas Hati Dengan Ustaz Azizan Posted: 06 Mar 2012 07:30 AM PST Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno. Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini. Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya. Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah. Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit". "Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco. Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam. Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri. Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar. Seorang pembantu Azizan memberitahu, Azizan mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. ~malaysiakini Addin : Kalau betul cara dan cukup meritnya tidak menjadi masalah. Kita jangan menjadi seperti Umno yang hanya memberi projek kepada kroni-kroni disekeliling sahaja walaupun tiada kelayakan. Ada di antaranya syarikat yang tiada pengalaman langsung (contoh NFC). Contohilah kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, beri projek berdasarkan merit kelayakan walaupun kepada orang Umno. |
| Mahkamah Membuktikan Kerajaan BN Terengganu Berniat Jahat? Posted: 05 Mar 2012 11:28 PM PST Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang pernah dilantik ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004 tetapi dipecat oleh Barisan Nasional (BN) pada 2007, mendapat pembelaannya. Pegawai berkenaan selaku plaintif, Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, ketika itu Pegawai Tadbir Negeri N41 dipecat oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan pemecatan itu dianggap 'salah' (wrongfull dismissal) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam. [Gambar: Wan Mohd Faizul (berkopiah kanan) bersama peguam Fathi Aziz Abu Bakar bercakap kepada wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.] Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan plaintif oleh defenden pertama adalah tidak sah. Wan Mohd Faizul menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai defenden pertama dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai defenden kedua. Ketika membaca keputusan tersebut, Mohd Yazid memerintahkan agar plaintif diambil semula sebagai Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 dari tarikh penghakiman itu dan pengesahan plaintif dalam jawatan tersebut tertakluk kepada Perintah Am. Plaintif juga perlu dibayar semula oleh defendan pertama gaji tertunggak serta sebarang faedah yang dinikmati plaintif sejak dari tahun pemecatannya itu. Wan Mohd Faizul melahirkan rasa kesyukurannya dengan keputusan mahkamah yang telah mengembalikan semula haknya yang dinafikan sebelum ini. "Alhamdulillah, keputusan ini merupakan satu bukti hak saya dikembalikan dan maruah saya tertebus. Ini jadi satu pengajaran kepada kerajaan negeri supaya tidak mengambil tindakan sewenang-wenang," jelasnya di lobi mahkamah. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika menjawat jawatan Pegawai Tadbir Negeri pernah bertugas di Pejabat Tanah Daerah Besut selama setahun bermula tahun 2001. Selepas itu, katanya menjadi Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu dan ditugaskan pula di Pejabat Tanah Daerah Kemaman selama lebih setahun. Menurutnya, pemecatan berlaku tahun 2007 selepas bertugas di Pejabat Tanah Daerah Kemaman tahun 2004 dan 'dibekukan' di Pejabat SUK Negeri Terengganu. "Saya pernah bertugas di Pejabat Tanah Besut selama setahun, pernah jadi Penolong Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, pernah ditugaskan di Pejabat Tanah Kemaman pada tahun 2004 dan akhirnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. "Di pejabat SUK, saya diletakkan sebagai Pegawai Sentara sebelum dipecat pada tahun 2007, kononnya atas dasar prestasi merosot," ujarnya. Wan Mohd Faizul menjelaskan beliau berjaya hadir semua kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Kerajaan) dalam tempoh lanjutan percubaan. Bapa kepada empat orang anak berusia setahun lebih hingga 10 tahun itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Beliau diwakili oleh peguam Fathi Aziz Abu Bakar manakala defenden diwakili Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, Rosmawati Husin. ~harakahdaily |
| Kenapa Makin Ramai Orang Cina Sokong Pakatan Rakyat? Posted: 05 Mar 2012 11:07 PM PST Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya. Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis. Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka. Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu. Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh. Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya. "Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu. "Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!" ~malaysiakini Addin : Ini salah satu sebab kenapa orang Cina makin ramai sokong Pakatan Rakyat.. dan BN makin hari makin tersisih di hati mereka. |
| (Video) Bongkar!! Yayasan Melaka Beli Resort Usang Lebih Dari Harga Pasaran? Posted: 05 Mar 2012 08:36 PM PST Yayasan Melaka baru-baru ini telah membida untuk hartanah Melaka Watercity Resort yang telah dilelong kerana salah hutang bank. Menurut ADUN Air Keroh, Khoo Paoy Tiong, projek hartanah tersebut hanya mempunyai nilai pasaran RM38 juta tetapi Yayasan Melaka telah membida pada harga yang lebih tinggi iaitu RM47 juta. Khoo juga membangkit persoalan, kenapa Yayasan Melaka tidak menunggu sehingga bidaan pusing kedua, di mana harga akan diturunkan 10%. Ini satu penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Yayasan Melaka iaitu agensi kerajaan negeri Melaka. Khoo mempersoalkan mengapa Yayasan Melaka tidak mahu menunggu bidaan lain sehingga terus bersetuju dengan bidaan yang tinggi iaitu RM47juta iaitu lebih RM9juta dari harga pasaran sebenar. ~malaysiakini Addin : Betul ke?? ada dakwaan mengatakan CM ada syer resort usang nih.. |
| Lagi Artis Popular Mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz Posted: 05 Mar 2012 07:19 PM PST Seorang lagi artis popular mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz. Bob Kuman merupakan seorang pelakon dan penyanyi seorang lagi artis yang sangat meminati Tuan guru Nik Aziz. Gambar di atas menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz dan Bob Kuman sedang mesra berbual semasa kunjungan artis tersebut ke negeri yang terkenal jolokan 'Serambi Mekah'. Moga-moga Bob Kuman mendapat hidayah dari Allah SWT untuk menyertai perjuangan Islam ini sepertimana yang berlaku ke atas artis-artis lain yang telah berhijrah seperti Bob Lokman dan Sham Kamikaze. Sama-sama kita menegakkan Islam di bumi Malaysia ini yang sekian lamanya telah dijajah oleh Umno yang berfahaman sekular. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan