Khamis, 1 Mac 2012

Addin

Addin


(Gambar) Ceramah Hassan Ali Di Sungai Buluh Di Hadiri 10 Ribu Orang

Posted: 01 Mar 2012 08:29 AM PST

Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh. Kalau tidak silap, tajuknya berkaitan dengan isu akidah. Agama masih menjadi modal Hasan Ali untuk mempengaruhi orang ke ceramahnya. Selesai solat Maghrib, saya sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah.

 Kami bercadang untuk memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegeramaran anak-anak. Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata orang menerima gaji masing-masing semalam. Barisan orang yang mahu memesan hidangannya juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk menerima pesanan.

Ketika tiba giliran kami, pekerja kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan hidangan itu perlu menunggu 11 minit. Bayangkan anda beratur hampir 15 minit, ketika memesan hidangan ayam spicy, anda diberitahu ayamnya sudah habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah pula kalau anda beratur selama sejam, sampai saja di kaunter pekerja dengan selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk"  kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak membiarkan anda beratur lama. 

Samalah juga dengan keadaan yang kami tempuhi malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan segera itu diurus dengan betul. Sepatutnya, pekerja di premis itu membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan merungut dengan perkhidmatan yang diberikan. Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam itu hampir habis baru mereka bertindak menggoreng ayam yang baru.

Selesai makan hidangan yang lain, ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum sampai. Beberapa minit kemudia, itu pun orang rumah sudah mengadu kepada pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai!!!!

Sebaik saja bergerak meninggalkan KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, hanya beberapa orang yang duduk di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15 malam. Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya bermula 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang masih belum datang. Pada waktu, video ceramah Hasan Ali ditayangkan kepada pengunjung tapak ceramah.
 
Tepat jam 9.30, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan  masyarakat setempat kepada Hasan Ali.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Saujana ini, dianggar lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju, terdapat lebih 30 ribu penduduk di sekitar kawasan perumahan di sini. Oleh sebab itu, setiap kali ceramah PR, tidak kurang 3-5 ribu penduduk setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu terkini. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di kawasan itu. Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang mahu menyaksikan ceramah. Lalu lintas juga menjadi sesak.

Namun, suasana malam ini, sama sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke restoran, gerai makan untuk menjamu selera. Ada yang sibuk membeli belah barangan dapur. Ada yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah daripada imam. Majoriti besarnya seolah-olah tidak menghiraukan ceramah Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya, isu Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Tepat jam 9.30, saya beransur pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Orang di tapak ceramah pun tidak berubah. Yang menghairankan ialah pihak di belakang penganjuran ceramah Hasan Ali di situ. Berdasarkan khemah, kerusi, sistem audio, dan perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi penganjur ceramah itu. Rasa-rasanya, anda dapat mengagak dalang yang menyokong jerayawara Hasan Ali.

Selepas 30 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang mahu mendengar ceramah Hasan Ali. Tolong kira!:







P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan panggilan azan jika memerintah Malaysia. Dakwaan parasit PAS ini jelas berunsur fitnah dan amat malang jika ada Melayu yang mempercayai kata-kata fitnahnya. ~duniacacamerba

Addin :

Baru-baru ni Addin balik ke Kuantan, kebetulan Hassan Ali ada buat ceramah di padang awam Sg. Isap 3. Boleh dikatakan sesak jugak, ramai yang hadir. Famili Addin yang mendengar ceramah tersebut memberitahu, yang hadir hanya duduk jauh-jauh je.. sekali sekali ada jugak yang menyampuk.

Sebenarnya bukan ceramah tetapi pekikan dan lolongan Hassan Ali.. Mungkin pusingan pertama ni ramai yang hadir kerana ingin mendengar dan membuat penilaian. Masuk pusingan kedua, Hassan Ali akan menerima nasib seperti Zul Kulim.. banyak kerusi daripada hadirin..

Sah!! Ibrahim Ali Bertanding Atas Tiket Umno

Posted: 01 Mar 2012 07:11 AM PST

PASIR MAS - Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya. "Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima. "Jika Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab. ~freemalaysiatoday


Rosmah Kini Tidak Minat Ber 'Shopping'.. Ini Hobi Barunya

Posted: 01 Mar 2012 01:46 AM PST

Sudahlah programnya diberi nama dalam bahasa Inggeris, digabungkan dengan 1Malaysia, dinaungi pula Rosmah Mansor, serta salah seorang pemakalah Persidangan Buku Antarabangsa adalah Pengerusi stesen televisyen tempatan pemfitnah dan pengampu, maka Book Expo 1Malaysia 2012 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini memang menarik perhatian saya.

Book Expo 1Malaysia 2012 sempena Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara -- Sidang Kemuncak untuk Penulis/Pengarang, Pencetak dan Pembaca dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara bersama Oxcell (The Oxford Centre for Excellence, UnitedKingdom).

Selain Ekspo Buku 1Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa, dan 'Pameran Papyrus: 2000Tahun Zaman Firaun', program yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin itu turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Buku Negara.

Rosmah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tersebut. Dr Mahathir turut hadir. Anugerah Buku Negara terdiri daripada dua kategori, iaitu Anugerah Perdana (21 pemenang), dan Anugerah Industri Buku (24 pemenang).

Antara anugerah dalam Anugerah Perdana ialah Anugerah Perdana Tun Sri Lanang: Tokoh Buku Negara (dimenangi Pengerusi Media Prima Berhad, Johan Jaafar); Tokoh Industri Buku Negara, Tokoh Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Perdana ZaĆ­ba: Tokoh Pengarang/ Tokoh Penulis, dan Anugerah Penaung Buku Negara.

Sementara anugerah dalam Anugerah Industri Buku ialah Buku Kanak-Kanak Terbaik, Buku Remaja Terbaik, Buku Ilmiah Terbaik, Buku Agama Terbaik, Buku Terjemahan Terbaik, EditorTerbaik (dimenangi Khalid Mazlan), dan Novelis Terbaik.

Hal yang menarik hati rasa yang saya maksudkan ialah Rosmah bermain 'wayang' semasa majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Anugerah Buku Negara. Beliau amat gembira serta bangga dengan karya-karya yang dihasilkan dan diberi hadiah.

Soalnya, sejak bila 'kaki shopping' menghabiskan wang rakyat ini meminati karya seni dan dunia perbukuan? Menurut Rosmah, usaha tersebut wajar diteruskan dengan lebih banyak karya diberi hadiah.

Seperti Dr Mahathir, Rosmah juga mudah lupa. Lebih banyak hadiah bererti lebih banyak wang diperlukan. Dari mana duit itu diperoleh jika semuanya telah disalurkan kepada sebentuk cincin permata RM24 juta, seutas gelang RM1.7 juta, set rambut bertukar ganti, 11 beg tangan mewahnya sendiri berjenama Birkin, kos beliau dan Najib bermalam di hotel mewah RM100,000 untuk satu malam sahaja, serta 'menyelamatkan' syarikat kroni dan lain-lain?

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur program yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah, Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi baucer belian buku para pelajar IPTA bernilai RM200 seorang.

Katanya, seperti yang ditegaskan Khaled, RM250 juta telah diluluskan. Ertinya, pada tahun depan, ada baki RM250 juta lagi.

Soalnya, adakah baki tersebut akan dilunaskan kalau Umno-BN masih memerintah Malaysia atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13?

Presiden PIBG Nasional merangkap Pengerusi Koperasi Buku Malaysia Berhad dan Naib Presiden MBA, Dr Mohamad Ali Hassan pula semasa membentangkan makalahnya, Mengangkat Martabat Industri Buku Negara, berharap nilai baucer itu dapat ditambah menjadi RM500 kerana harga buku mahal (ada RM100 sebuah -- belum lagi dikira nota tambahan yang bernilai hampir RM100 senaskhah).

Yang menarik, Mohamad berharap pemberian itu bukan semata-mata kerana politik, tetapi diteruskan. Kata-katanya itu seperti membenarkan tanggapan bahawa pemberian baucer tersebut memang bermotif politik.

Dari mana Kerajaan Umno-BN mendapat dana? Menjelang PRU13, janji demi janji ditaburkan dan pelbagai bantuan atau habuan dihulurkan. 'Wang negara sudah tidak ada. Justeru, wang KWSP dan Petronas dan Tabung Haji dirompak'! Terbaharu, kerajaan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana KWSP bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai pembelian rumah awam kos rendah. Kenapa dana KWSP digunakan sebagai wang saku BN jika bank komersil sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju?

Jadi, Rosmah janganglah berpura-pura meminati seni budaya. Hasan dan Ali pula usah berharap pemberian baucer diteruskan, apatah lagi ditambah! ~detikdaily

Addin :

Rosmah suka mentelaah pulak..

Pengajaran Buat Lynas, Pekerja Kilang MNI Mati Akibat Terdedah Bahan Kimia

Posted: 29 Feb 2012 09:39 PM PST

TEMERLOH, 1 Mac - Beberapa tahun lalu, ketika Kerajaan Negeri Pahangberiya-iya untuk membawa masuk kilang kertas Malaysian Newsprint Industries (MNI) ke Kawasan Perindustrian Temerloh dekat sini, ramai rakyat yang membantahnya. Ini kerana mereka gusar tindakan kilang terbabit mengalirkan bahan kimia buangan ke Sungai Pahang yang boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar.

Bantahan penduduk ketika itu langsung tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apa yang penting ialah membawa masuk pelaburan demi keuntungan. Akhirnya berbagai laporan diterima tentang masalah hidupan air tawar di sepanjang sungai sekitar Temerloh.

Namun, dek kerana ia tidak dihebahkan maka kes itu dianggap terpencil. Namun, tiba-tiba semalam PDO dikejutkan dengan berita seorang pekerja kilang terbabit meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang dihadapi gara-gara terdedah kepada bahan kimia berbahaya dari kilang terbabit. Rata-rata pekerja kilang itu kini gusar dengan tahap kesihatan mereka selepas kejadian menimpa salah seorang rakan mereka iaitu Arwah Omarruddin Mohd Baki (foto bawah).

Beliau meninggal dunia selepas disahkan mengidap penyakit barah tulang yang dipercayai akibat terdedah kepada keracunan bahan kimia terbabit. Arwah meninggal dunia pada 27 Februari lalu, selepas sekian lama menderita penyakit terbabit. Malah difahamkan, kini ada empat orang lagi pekerja kilang terbabit mengalami simptom yang sama seperti arwah.

Perkara ini akan disiasat sepenuhnya, dan pihak kami menggesa Pemantauan dan ciri-ciri keselamatan kilang terbabit hendaklah dipertingkatkan supaya tidak ada lagi kes keracunan kimia secara terbuka terjadi. MNI perlu fikirkan juga soal kesihatan dan buakan sekadang mengejar kepentingan keuntungan semata-mata. Difahamkan juga, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Sharkar Samsuddin ada melawat ke rumah mangsa pada awal Januari lalu. Ketika itu mangsa masih terlantar akibat penyakit yang telah dialaminya.


Inilah dia pintu masuk ke kilang kertas MNI yang dibantah rakyat dulu


Ketua UMNO Temerloh, Dato' Sharkar ada melawat mangsa Januari lalu

Dengan perkembangan terbaru ini, maka tidak syak lagi apa yang dijanjikan oleh kerajaan dan pakar-pakar berkaitan tahap keselamatan kilang terbabit beberapa tahun yang lalu, kini menjadi kenyataan.

Malah, para pekerja MNI kini mula dibelenggu dengan perasaan takut untuk berhadapan dengan risiko yang bakal mereka hadapi. Jika dulu, kerajaan persetankan bantahan rakyat maka kini segalanya menjadi kenyataan. Risiko keselamatan dan kesihatan sudah mula menghantui penduduk dan pekerja kilang terbabit.

Inilah juga yang terjadi kepada para penduduk di Bukit Koman, Raub yang menentang penggunaan racun Cyanide di Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dan juga warga Kuantan yang menentang pembinaan kilang memproses rare earth Lynas Corporation sekarang ini.

Apakah kerajaan sedar semua ini?. Maka itu, berpijakah di bumi yang nyata bahawa jangan biarkan rakyat hidup dalam risiko. Maka, wajarlah rakyat terus bangkit menentang kilang terbabit itu sebenarnya! ~pahangdaily


Mahathir, Liabiliti Buat Najib

Posted: 29 Feb 2012 09:15 PM PST

Sejak akhir-akhir Tun Mahathir dilihat begitu aktif dan banyak bersuara. Cuma kalau dulu beliau agak kritikal dalam banyak perkara, mutakhir ini bekas Perdana Menteri itu mula menjadi pendokong nombor satu kepada kepimpinan Najib dan seperti turut bergelut untuk memastikan BN tidak tumbang dalam pilihanraya akan datang, sekaligus mengelakkan musuh politik utamanya Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Jika di zaman Pak Lah beliau tidak bersetuju dengan semua perkara, di peringkat awal kepimpinan Najib juga beliau tidak setuju dengan banyak perkara seperti 1Malaysia, pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, dasar ekonomi berasaskan merit yang mahu diperkenalkan Najib, perlantikan beberapa menteri dan timbalan menteri yang diaggapnya terlibat dengan rasuah serta pelbagai lagi. Pendeknya ada saja kritikannya terhadap dasar dan benda baru yang mahu diperkenalkan Najib.

Dalam masa yang sama, nada dan kritikannya terhadap pembangkang tidak pula berubah. Beliau tetap keras, pedas dan kadang-kadang sinis terhadap pembangkang.

Namun kebelakangan ini, Mahathir seperti menyimpang kukunya yang sebenar terhadap Najib. Beliau bukan saja banyak menyokong Najib, bahkan meneruskan serangan kerasnya terhadap pembangkang. Kalau ada pun dasar baru Najib yang dijangka rakyat beliau akan bersuara menentangnya, sebaliknya beliau hanya berdiam diri. Lebih dari itu dalam usaha Najib mahu menawan kembali Selangor, Mahathir sudah dibawa sebanyak dua kali untuk memberi kata-kata semangat kepada jentera UMNO dan BN Selangor.

Dalam usahanya membantu Najib dan mengelakkan BN tumbang, Mahathir juga turut membuat andaian buruk tentang masa depan negara jika Pakatan Rakyat memenangi piihanraya dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Beliau mengaitkan pertukaran kerajaan dengan agenda Amerika dan kaitannya dengan Israel dengan harapan rakyat akan terus mempertahankan kerajaan BN yang ada sekarang serta menolak Pakatan Rakyat yang berhasrat menggantikan BN.

Soalnya apakah watak Mahathir sekarang masih merupakan aset atau bakal menjadi liabiliti bagi Najib dalam menghadapi PRU 13 akan datang ini?

Harus diakui bahawa Mahathir adalah pemimpin yang hebat dan mampu mempertahankan kuasanya selama 22 tahun. Beliau mempunyai banyak sumbangan kepada pembangunan negara tetapi peranannya kepada perpecahan Melayu juga bukan sedikit. Pengharaman UMNO pada 1988, diikuti penubuhan UMNO Baru dan halangan kepada Tengku Razaleigh serta pengikutnya daripada menyertai parti itu sehingga mengakibatkan penubuhan Semangat 46 adalah dipercayai agenda Mahathir untuk mempertahankan kuasa dan sekaligus menyebabkan Melayu berpecah.

Atas nama perpaduan Melayu, beliau kemudiannya menjemput Ku Li kembali kepada UMNO tetapi kemudian memecah-belahkan kembali orang-orang Melayu dengan memecat Anwar Ibrahim pada 1998. Ia tidak lain untuk mengelakkan Anwar merampas kedudukannya. Ekoran pemecatan itu, PKR ditubuhkan dan orang-orang Melayu berpecah serta tidak lagi bulat seperti dulu.

Kalau dulu Melayu hanya berpecah kepada UMNO dan Pas tetapi Mahathir telah menjadikan cabang perpecahan berpecah tiga - suatu ketika berpecah melalui UMNO, PAS dan Semangat 46, sekarang UMNO, PAS dan PKR pula.

Dari segi pembangunan negara, Mahathir memang banyak membawa pembangunan dann pembaharuan tetapi dalam masa yang sama beliau juga memberi banyak kekayaan kepada keluarga, anak-anak dan kroninya. Di sebaliknya wujudnya KLIA dan KLCC di zaman Mahathir, kekayaan kroni dan anak-anaknya juga meningkat sama dalam pelbagai bidang perniagaan.

Hakikatnya Mahathir mungkin bagus sebagai Perdana Menteri tetapi agak "zalim" sebagai Presiden UMNO dan pemimpin bangsa Melayu. Beliau tidak akan berkompromi terhadap musuh-musuhnya yang mahu menggugat kuasanya dan tidak kisah Melayu berpecah asalkan kuasa kekal dalam genggaman.

Meskipun di zamannya beliau tetap berjaya membawa UMNO dan BN kekal dengan majoriti dua pertiga kuasa di Parlimen, tetapi kejayaannya itu banyak disumbangkan oleh peranan media massa dan budaya takut yang dimekarkan dalam sanubari rakyat andainya pembangkang mengambil alih kuasa. Namun dengan keterbukaan rakyat dan ruang maya yang lebih terbuka seperti sekarang, senjata yang pernah digunakan Mahathir itu sudah tidak setajam dulu lagi.

Dalam isu Israel yang dikaitkan dengan Anwar misalnya, hari ini terdedah juga bahawa Mahathir sendiri pernah berutus surat dengan Perdana Menteri negara itu. Sementara kerajaan akan mendedahkan kandungan surat itu pada minggu depan, di ruang-ruang internet sudah pun terdedah antara kandungan surat itu yang mana Mahathir didapati mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel atas kejayaan memenangi pilihanraya.

Begitu juga dalam isu pinjaman kepada Bank Dunia, walaupun Mahathir seakan bersikap keras dan bermusuh dengan Bank Dunia untuk menunjukkan sikap gentlemannya yang tidak bergantung kepada Barat, akhirnya didapati beliau juga pernah meminjamnya.

Dalam isu kehakiman juga baru-baru ini, Mahathir diserang oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah yang menyebut dasar dan pindaan perlembagaan oeh Mahathir telah menjadikan sistem kehakiman menjadi pincang dan tunduk kepada kuasa Parlimen.

Meskipun tuduhan itu dinafikan sebagai tidak benar oleh Mahathir, hakikatnya tentulah rakyat lebih mempercayai Tun Dzaiddin sebagai bekas Ketua Hakim berbanding Mahathir sebagai orang politik.

Terbaru ini muncul pula isu MAS yang turut dikaitkan dengan Mahathir sehingga menyebabkan kerajaan mengambil keputusan menyelesaikan di luar mahkamah kes hutang bekas Pengerusi MAS, Tajuddin Ramli dengan kerajaan yang berjumlah RM580 juta. Ia menyusul ekoran dakwaan Tajuddin bahawa pengambilalihan MAS olehnya adalah kerana dipaksa oleh Mahathir atas nama khidmat negara untuk menampung kerugian Bank Negara.

Dalam kes ini, Mahathir sudah banyak diasak untuk bercakap benar tentang penswastaan MAS yang dilakukannya sehingga menyebabkan kerajaan rugi RM1.8 billion. Mahathir bukan sahaja mengelak untuk menjawab tetapi mengaitkan kerugian adalah perkara biasa dalam mengurus kerajaan dengan mengambil contoh Pak Lah juga menyebabkan kerugian RM8 billion apabila membatalkan projek rel berkembar daripada Johor Bahru ke Perlis.

Ternampak bahawa akhir-akhir ini semakin banyak perkara-perkara yang dilakukan Mahathir yang dulunya hanya didiamkan, kini sudah mula dibongkar satu demi satu. Meskipun beliau terus menjawab dan menangkis pelbagai perkara yang dibangkitkan itu, hakikatnya imej serta kredebiliti beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan seorang Negarawan sudah banyak tercalar.

Walaupun mungkin masih ada yang mengaguminya tetapi generasi muda rata-ratanya lebih suka melihat sisi kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir sama ada kepada negara mahupun bangsa Melayu, berbanding kebaikan yang dilakukannya. Anak-anak muda lebih melihat bahawa sokongan Mahathir kepada Najib yang turut melakukan banyak kesilapan hanya menambahkan lagi kerosakan yang ada.

Lagi pula gaya kepimpinan Mahathir kurang secocok dengan selera anak-anak muda sekarang yang penuh idealisme dan impian. Anak-anak muda secara semulajadinya menolak amalan kronisme dan memberi kekayaan kepada anak-anak. Berbanding Anwar, dari segi menjadi idola kepada generasi muda, Mahathir agak jauh ketinggalan. Kelompok yang sesuai dengan Mahathir hanyalah generasi tua dan pertengahan yang masih bergantung kepada media tradisional sebagai sumber maklumat.

Keaktifan Mahathir bersuara akhir-akhir ini bukan sangat untuk mempetahankan BN tetapi lebih kepada memastikan Anwar gagal menjadi Perdana Menteri. Mahathir sendiri tidak suka BN menang terlalu cemerlang. Ketika Pak Lah berjaya mencapai kemenangan 198 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihanraya 2004, Mahathir menyebut kerajaan yang terlalu kuat adalah tidak baik kepada rakyat. Lantas beliau berkempen untuk menjatuhkan Pak Lah dan BN sehingga akhirnya berlakulah keputusan buruk pada 2008. Tidak dapat tidak, Mahathir ada sahamnya menjadikan keputusan buruk 2008 itu.

Sekarang Mahathir mempertahankan Najib adalah kerana musuh yang sama-sama ditentang ialah Anwar Ibrahim. Jika selepas PRU 13 di mana nanti BN akan mencapai keputusan yang buruk, tidak ada jaminan Mahathir akan terus berada disisi Najib. Beliau mungkin menyokong pemimpin lain dan mahu Najib ditukar pula. Sejarah politiknya menunjukkan bahawa Mahathir adalah penganut falsafah Barat iaitu "tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik, yang kekal hanyalah kepentingan peribadi".

Dengan beberapa episod seperti hubungan dengan Israel, Bank Dunia, kemelut MAS dan sistem kehakiman yang kini muncul dan dikaitkan dengan Mahathir, adalah dipercayai beberapa isu lain berkaitan kepimpinannya selama 22 tahun akan muncul satu demi satu selepas ini. Ini sekaligus menjadikan beliau terus diperbualkan, diperdebat malahan dipertikaikan. Rakyat terutama generasi muda mungkin melihatnya sebagai objek kebencian pula.

Mungkinkah ini hukum karma yang datang menimpanya umpama boomerang?

Oleh kerana Najib dilihat banyak bergantung dan membiarkan Mahathir semakin kerap bersuara, dibimbangi karma itu akan turut terpercik sama kepadanya dalam PRU 13 ini. ~shahbudindotcom


(Gambar) Bukti Guru Di Paksa Hadir Program Umno

Posted: 29 Feb 2012 08:30 PM PST


Apa nak jadi? Bukti sudah nyata yang Parti Umno BN memaksa guru-guru hadir ke Majlis Najib. Sampai bila nak jadi balaci? Kempen sampai bendera parti masuk dalam sekolah?


Kempen sampai bendera parti masuk dalam sekolah? Dengan tanpa rasa bersalah! Gambar ini diambil di salah sebuah sekolah dalam Daerah Tumpat. ~kerabubersuara

Penyanyi Aishah Sertai PAS?

Posted: 29 Feb 2012 07:39 PM PST


Penyanyi, Wan Aishah Wan Arifin (Aishah) tidak segan silu berdiri atas pentas PAS yang turut berkongsi pengalamannya berhijrah ke arah hidup lebih baik...

Artis yang baru & telah berhijrah diharap dapat contohi keberanian Aisyah & Bob Lokman serta beberapa lagi yang lain. Percayalah, rezeki Allah itu dimana-mana dan bukannya ditangan UMNO..

Penyanyi, Wan Aishah Wan Arifin (Aishah) tidak segan silu berdiri atas pentas PAS yang turut berkongsi pengalamannya berhijrah ke arah hidup lebih baik...

Artis yang baru & telah berhijrah diharap dapat contohi keberanian Aisyah & Bob Lokman serta beberapa lagi yang lain. Percayalah, rezeki Allah itu dimana-mana dan bukannya ditangan UMNO..

Sumber di sini

Wajib Baca!! Fakta Tentang Loji Lynas Yang Perlu Anda Ketahui

Posted: 29 Feb 2012 06:08 PM PST

1)Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources.

UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2) 100% milik Lynas Australia.

3) Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4) Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5) Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6) Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun

7) Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8) Bebas Cukai selama 12 tahun.

9) China merupakan pembekal 'rare earth' atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau 'rare earth' China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10) Harga satu tan pada RM364, 800.

11) Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12) Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan 'rare earth' atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13) Proses menghasilkan 'rare earth' atau nadir bumi secara umumnya:

a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.

b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini 'rare earth concentrate' akan dihasilkan.

c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan 'rare earth compounds' dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d) 'rare earth compounds' tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis 'rare earth' atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ' rare earth oxides' di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

14) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, 'rare earth oxides' ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik 'solvent extraction' untuk menghasilkan 'rare earth metal' yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

15) 'Rare earth ore'yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

16) 'Rare earth concentrate' yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

17) 'Rare earth concentrate' yang diimport akan diproses untuk dijadikan 'rare earth oxide' di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun 'rare earth oxide' yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

18) Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

19) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

20) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

21) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

22) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan 'rare earth' di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri 'rare-earth' di Baotou Mongolia. Setiap proses 'rare-earth' bermula dari perlombongan 'ore' ke 'rare earth oxide' atau 'rare-earth metals' banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan 'ore', bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'rare-earth ore' berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23) Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

24) 'Public Consultation' atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

25) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

26) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

27) Cadangan untuk membawa masuk 'rare earth concentrate' dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

28) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

29) Sisa buangan radioaktif dari 'rare earth' boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

30) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld 'ore' yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

31) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan 'regulator' atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah 'promoter' atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

32) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

33) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

34) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

35) 'Proof of Concept (POC)' atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

36) Cadangan membawa 'rare earth' bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan 'rare earth' dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan 'rare earth'.

37) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Sumber di sini.

Parasit PAS Kedah Mula Buat Onar

Posted: 29 Feb 2012 05:30 PM PST

Isu Exco: Phahrolrazi beri Amirudin kata dua

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu. Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

"Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah," katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

"Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu," katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu.

Tiada ulasan: