WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
TAK CERDIK....BANYAK PENDEDAHAN TARAK BACA KA? Posted: 25 Feb 2012 12:16 AM PST |
MB: Najib Jahil Prinsip Pentadbiran Dan Federalisme Posted: 25 Feb 2012 12:00 AM PST SHAH ALAM, 25 FEB : Pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 baru-baru ini menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik dan mengenepikan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, selaku penjawat awam, KSN sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian. "Tindakan Najib ini seolah-olah mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya. Tambahnya, KSN seharusnya bertindak untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu adalah satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan. Abdul Khalid dalam pada itu turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan. "Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana-mana aturan," soalnya. Beliau berkata, selaku ketua negara, perdana menteri harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam sekiranya beliau benar-benar mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan