WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Daftar Pemilih Diragui, SPR Wajar Batal Pilihanraya

- Anwar :Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing
Daftar Pemilih Diragui, SPR Wajar Batal Pilihanraya Posted: 13 Feb 2012 05:44 AM PST PETALING JAYA 13 FEB: Pilihanraya Umum Ke-13 wajar dibatalkan sekirannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengambil sebarang tindakan berhubung daftar pemilih semakin hari semakin meragukan. Gesaan itu dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah terhadap SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara masih berpeluk tubuh walaupun ah setahun perkara ini dibangkitkan, sekaligus menguatkan dakwaan wujudnya unsur 'khianat'. Menurut Anwar sejak Oktober 2011, sejumlah 42,000 dalam daftar pemilih diragui tidak didaftarkan dengan JPN. "Oleh itu, kami menggesa SPR harus batalkan pilihanraya ini, kebanyakannya yang didaftarkan itu berumur lebih 90 tahun dan 100 tahun," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini. Prihatin dengan perkembangan yang membimbangkan ini, Anwar memberi contoh analisis pertambahan pengundi di negeri Selangor. "Di Selangor umpamanya, berdasarkan analisis terperinci, beberapa kawasan Parlimen, berlaku pertumbuhan (pengundi) mendadak, Subang umpamanya, pertumbuhan pemilih 35 peratus daripada 84,000 kepada 114,000. "Kota Raja 29.5 peratus, penambahan 21,000, Puchong 25 peratus, soal daftar pemilih itu perlu dijelaskan, tapi ini keupayaan pembangkang meneliti kerana kecurigaan terhadap kebebasan integriti atau kewibawaan SPR," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu teliti dengan urusan kerja mereka supaya tidak timbul isu berbangkit. "Sebab itu perlu ada mekanisma yang lebih telus, pendaftaran lebih sistematik dan makluman awal diberikan kepada semua pihak supaya dapat disemak dengan teliti. "Dibangkitkan juga perpindahan pengundi Wilayah Persekutuan yang salah di segi undang-undang iaitu 600 pemilih dipindahkan ke alamat yang sama, ada masalah di sini. "Jawatankuasa Parlimen Terpilih (PSC), Azmin (Ali), Dr Hatta (Ramli) dan Anthony Loke akan terus hadir dan mendesak supaya hal ini dibaiki sebelum pilihanraya akan datang,"ujarnya. Terdahulu, perkara tersebut dibangkit apabila daftar pemilih SPR mengandungi lebih 1000 senarai pengundi berusia lebih 100 tahun di Perak. |

Anwar :Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Posted: 13 Feb 2012 05:03 AM PST PETALING JAYA 13 FEB : Kerajaan Pusat sewajarnya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja dalam kadar segera bagi menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberikan hak kewarganegaraan. Gesaan itu dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran khuatir dengan peningkatan pengundi dari kalangan pendatang asing yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. "Ini bukan isu Sabah (projek ic), sebaliknya ini adalah isu negara keseluruhannya,"katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat PKR di sini hari ini. Baru-baru ini Perdana Menteri Bangladesh, Sheik Hasina Wajed membuat kenyataan mengejutkan apabila mendakwa rakyat negara itu yang bekerja di Malaysia diberi kerakyatan mudah jika mengundi Umno-BN. Kenyataan itu dipetik dari www.ngoab.gov.bd iaitu laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Bagaimanapun pendedahan itu dipadamkan selepas 24 jam ia disiarkan. Skandal pemberian kad pengenalan atas dasar kepentingan politik pemerintah ini bukan pertama kali dibangkitkan oleh pembangkang dan media. Sebelum ini, skandal yang sama berlaku di Sabah sejak tahun 1980 an dan 1990 an ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Satu kajian melaporkan sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah bertujuan untuk memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya. "Kerajaan perlu memandang serius gesaan tersebut dan bukannya menjadikan ia sebagai suatu agenda politik sempit, kerana masalah ini adalah masalah yang melibatkan kepentingan seluruh negara. "Oleh yang demikian status kewarganegaraan pendatang asing ini harus disahkan sama ada mereka layak atau tidak mengundi sebelum pilihanraya umum akan datang,"jelasnya. Anwar menambah, pihaknya tidak membangkitkan soal pendatang asing yang memenuhi syarat menerima taraf kewarganegaraan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan