Rabu, 29 Februari 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANGAN LUPA SIAPA BUNUH ALTANTUYA

Posted: 29 Feb 2012 06:33 PM PST




SILA INGATKAN KAPAL SELAM INI




TENTERA DARAT JALANI PROSES MODENISASI - berita hairan

KUALA LUMPUR: Tentera Darat dalam memperkasakan pertahanan negara kini melalui proses modenisasi dalam aspek sumber manusia dan kelengkapan persenjataan dengan peruntukan RM7.5 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata proses modenisasi itu bertujuan menambah keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pertahanan negara dan menjaga kepentingan ekonomi serta keselamatan negara.

Katanya, selain daripada perolehan aset moden terkini, tentera juga sedang memajukan sumber modal insan anggotanya dengan menggalakkan penambahan ilmu serta pengambilan graduan yang mempunyai informasi terkini.

"Sekarang ini (sebagai mencapai rancangan itu) kita tidak kurang sumber tenaga kerja yang dapat memahami sistem, aplikasi dan sebagainya (dalam aspek persenjataan tentera moden).


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah

woit... TUAN JENERAL... RAKYAT YAKIN AKAN TENTERA...kah jkah kah..

kah kah kah...JANGAN RISAU...kah kah kah..

kah kah kah...HANYA RAKYAT TAK YAKIN.... PADA MAT MONGOL DAN BIK MAMA....kah kah kah..

kah kah kah...HANYA RAKYAT TAK YAKIN... INI PROJEK BELI SENJATA UNTUK REMBAT DUIT...kah kah kah...

kah kah kah... RAKYAT FAHAM ..BELI SENJATA INI SEBAGAI CARA REMBAT DUIT...kah kah kah...

kah kah kah...TAK KAN RAKYAT LUPA...BELI KAPAL SELAM...kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN RAKYAT LUPA BELI... JET SUKHOI DARI RUSIA.... kah kah kah..

woit...MODENISASI INI JADI MOH DEN NAK KASI.... kah kah kah

kah kah kah...MOH DEN NAK KASI PRONI DEN... kah kah kah


PEREMPUAN AKAN BERDEMO PULAK!



LEMBU BUKAK SUPERMARKET DI SINGAPURA

Posted: 29 Feb 2012 06:28 PM PST







SKANDAL NFC:KENYATAAN NFC MEMPERTAHANKAN OPERASI PERNIAGAAN DI SINGAPURA TIDAK MASUK AKAL

Saya merujuk kepada kenyataan Dato' Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC yang disiarkan laman berita The Malaysian Insider bertajuk "NFCorp Justifies Its Expansion Into Singapore" bertarikh 1 Mac 2012.

Beliau dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 juta. Beliau memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.

Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta.

Berdasarkan sumber rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar di laman web dan sasaran pengeluaran daging yang ditetapkan kepada NFC, perbandingan berikut boleh dibuat:


Sasaran Rasmi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Pencapaian NFC
(2008 hingga 2010)


Output pengeluaran daging mentah menjelang 2009
50,000 tan setahun

Purata 400 tan setahun (berdasarkan purata 1,914 sembelihan setiap tahun, berat bersih daging 200 kg setiap sembelihan)


Peratusan pencapaian berbanding sasaran yang ditetapkan
-
0.8%

Jumlah lembu yang perlu disembelih oleh NFC untuk memenuhi sasaran 40% permintaan daging tempatan
800 ekor sehari
(berdasarkan berat bersih daging 200 kg setiap seekor lembu, 300 hari operasi setiap tahun)


Purata 6 ekor sehari

Perbezaan di antara sasaran yang ditetapkan mengikut dasar-dasar utama negara dan pencapaian NFC setakat ini jauhnya bagai langit dan bumi.

NFC tidak ada hak untuk bercakap mengenai pasaran baru diluar negara selagi ia tidak memenuhi sasaran 40% permintaan tempatan kerana itulah tujuannya NFC ditubuhkan. Malah, kenyataan Dato' Seri Salleh Ismail bahawa pasaran tempatan terlalu kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran NFC adalah satu penipuan yang menghina minda rakyat Malaysia.

Saya masih menunggu kenyataan rasmi dari NFC dan kerajaan untuk menjawab kenapa sejumlah wang rakyat dibenarkan dilaburkan dalam aktiviti perniagaan di luar negara yang tidak ada kena mengena dengan tujuan pembiayaan RM250 juta diluluskan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 MAC 2012




TEATER JALANAN DI KUANTAN - TEATER BUKAN TEATER

Posted: 29 Feb 2012 11:06 AM PST



NOTA:


lihat kumpulan teater bukan teater
sedang memainkan teater jalanan
teater jalanan adalah satu budaya baru

teater ini bukan teater bodek
teater ini bukan teater ampoo
teater ini teater melawan

teater jalanan adalah
sebahagian dari unsur politik
teater jalanan ialah teater agitprop

kembangkan teater jalanann ini sebagai satu budaya politik
sama saperti demonstrasi yantg kini telah menjadi budaya kita



ZIONIS TEMPATAN LEBIH BAHAYA DARI ZIONIS DI ISRAEL

Posted: 29 Feb 2012 10:44 AM PST




SATU ISRAEL DENGAN APCO MALAYSIA




PENCERAHAN DARI PEMBACA

ramai yg terlepas pandang mengenai asal usul dan juga connection antara nabi muhammad saw dan nabi isa as. kedua-dua nabi ni asal dari nabi ibrahim as. selepas nabi ibrahim, semua nabi yang Allah utuskan adalah berasal dari keturunan nabi ibrahim as. secara ringkasnya, nabi ibrahim mempunyai dua isteri, isteri pertama melahirkan nabi ishak dan isteri kedua melahirkan nabi ismail.

dari nabi ishak dtg lah nabi isa dan dari nabi ismail dtg lah nabi muhammad saw. maknanya, semua adik beradik. saya bersetuju dgn tuan tt bahawa bangsa yahudi bukanlah bangsa yang patut disalahkan. ramai org yahudi yang beragama judaism menentang pembentukan negara israel. menurut mereka, pembentukan negara israel adalah menyalahi agama mereka. dan di palestine, sebelum tahun 1948, mmg org yahudi dan arab palestine telah hidup bersama tanpa apa-apa masalah.

di bandar jaffa umpamanya, telah wujud kerjasama ekonomi antara org2 arab palestine dan org2 yahudi. mereka mengeksport buah oren jaffa. jaffa ialah bandar yg terkemuka dan juga dikenali sebagai bandar yang memberikan kerja kepada org2 egypt dan mediteranean timur. sila tgk dokumentari pasa jaffa orange kalau nak tahu lebih lanjut. bukan bangsa yang patut di salahkan tetapi org yang membawa ideologi yang patut di salahkan. dan ideologi ini di bawa oleh sesiapa yang percaya kepada ideologi ini tak kira bangsa apa pun. kira macam agama jgklah..tak kira bangsa apa pun sebab agama adalah cara hidup.
By Anonymous on LAWAN ZIONIS TEMPATAN on 2/29/12



PROGRAM- PROGRAM MELAWAN BULAN INI




















NOTA:
demo orang kurang upaya
17 march ini
semua orang celik
semua yang sehat
di jemput datang sama








DEMO PEREMPUAN 18 MARCH






DARI JUNIOR KEPADA SENIOR

Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST




MAHKAMAH TINGGI SIVIL TIGKAT 3






NOTA:

seorang old boy dengan seorang old boy
seorang senior dengan seorang junior
seorang peguam dengan anak gumanan

gambar sebelum aku meninggalkan mahkamah

detik akhir aku menangis kerana peguam ini
mahu aku mengingatkan kembali hidup dalam penjara
dan apa yang terjadi kepada hidup aku

akhirnya dia berkata" im very sorry you have to relived
the experience....but it's important... your political views
never changed but the imprisionjment does affected you..."

"... but now i am proud to claim that i'm the only
one that made hishamuddin rais cried..'



inilah epilog dari kesah kesah dari penjara
yang masih belum sanggup aku tuliskan
setiap kali aku mencuba
setiap kali aku gagal

berat mata memandang
berat hati membaca
berat lagi tangan untuk menuliskan

BEKAS TAHAN ISA : SAYA DIHINA, DERA SECARA MENTAL - mkini

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Rais memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa sebahagian besar masanya ketika ditahan, beliau dihina, diancam dan didera secara mental.

Dicekup pada 2001 atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan dengan cara keganasan, Hishamuddin memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah disoal atas tuduhan terhadapnya itu sepanjang penahanan dua tahun berkenaan.

"Saya bukan ditahan kerana saya adalah ancaman kepada keselamatan negara, tetapi kerana saya adalah satu ancaman kepada kedudukan Umno dan menguggat kepentingannya," kata aktivis Reformasi, kolumnis dan pembikin filem itu.

Hishamuddin sebagai plaintif memberi keterangan dalam saman memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 8 dan 73 ISA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, adalah tidak berperlembagaan.

Beliau dan empat yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib yang memberi keterangan pada Isnin lalu juga menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

Hishamuddin dalam keterangannya mengenal pasti petikan yang merujuk kepadanya menerusi beberapa keratan akhbar dan gambar yang disiarkan pada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Norian.

"Kacak, bergaya dan memakai topi. Tidak boleh dinafikan bahawa ia adalah saya (dalam gambar itu)," katanya


LAWAN ZIONIS TEMPATAN

Posted: 28 Feb 2012 10:26 PM PST













SIFAT DAN GERAK KERJA ZIONIS

Saya telah beberpa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisma dan apa itu Yahudi . Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua pekara ini. Dua pekara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh 'lebai-lebai' kampong yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi

Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dari Utusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin Parti Pas dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Biar saya cuba sekali lagi jelaskan disini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisma. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memelok agama Judaisma. Contohnya : Penyanyi pop Madonna, aktress Elizebeth Taylor dan pemusik kulit hitam Sammy Davis Junior – mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisma. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisma. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisma ini.

Saya harap ini jelas – Yahudi ialah bangsa dan Judaisma ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama – dua perkara yang jauh berbeza.

Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhamad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini berbangsa Yahudi. Hanya Nabi Muhamad sahaja dari bangsa Arab Quarish. Apa yang ingin saya terangkan disini apabila kita mengutuk Israel – yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi bagitu juga Nabi Musa atau Nabi Yaakob. Justeru yang wajib kita kutuk , lawan dan tentang ialah fahaman Zionisma bukan bangsa Yahudi.

Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisma? Zionisma ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke 19 ini. Gerakan ini di mulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisma ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit puteh. Ini adalah fakta sejarah.



Justeru gerakan Zionis ini telah berkongress pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari Menteri Luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah a yang dipanggil Balfour Declaration 1917.

Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi German. Maka Eropah merasakan adalah perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi.

Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa Banga Bersatu, Palestine telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.

Palestine akhirnya dipilih kerana di Palestine telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestine. Malah agama Judaisma juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestine.

Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisma di tentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisma.

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisma memiliki idealoji. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan idealoji politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.

Asas utama ideloji Zionisma ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongann ini kaum Zionis juga mengistihatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.



Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisma sahaja yang betul dan tepat. Agama lain salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa 'pilihan tuhan / the choosen people'. Salah satu cabang isealoji Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeri kaum Zionis antarabanga memiliki menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada - bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.

Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis International. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit puteh sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionist berada di Washingtob DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan bagitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.

Ini bukan terori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti saheh tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana Apco telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan Zionis telah menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura. Gerombolan ini telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini fakta bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) – media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Parti Pas melalui Nik Aziz menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikit Pas Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza – sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan Pas terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa pepecahan.

Sebenarnya isu Palestine ini bukan isu politik asas – bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan ajenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di tv isu ' sokongan Anwar terhadap Israel' ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah – terus melaporkan berhari-hari tentang 'sokongan Anwar terhadap Israel' di muka depan mereka.



Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan ajenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel wal hal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan Rakyat pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan ajenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya : Kenapa tv atau media kita tidak membuat berita dan selidikan tentang bom nuklear Israel?. Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kesah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Ajenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaran atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu pekara yang tidak fudumental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah ajenda utama. Bahasa hanyalah ajenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan tauladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa – racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. . Dua-dua debat ini bukan ajenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.(TT)








NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45

ANAK MUDA PELAJAR BANGUN MELAWAN

Posted: 28 Feb 2012 09:45 PM PST





SEMUA KENAL - TAK PERLU KAWAD CAM







8 MAHASISWA DIPANGGIL UNTUK SESI KAWAD CAM OLEH PDRM.

Petang tadi kira – kira jam 3 Petang , 8 Mahasiswa yang terlibat dengan Perhimpunan Kebebasan Akademik pada malam tahun baru 31 Disember yang lalu telah dihubungi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sesi kawad cam yang akan diadakan pada 29 Februari 2012 di Balai Polis Tanjung Malim, Perak.

Lapan aktivis Mahasiswa yang terlibat adalah Ahmad Shukri Bin Che Ab Razab yang bertindak sebagai Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Khalid Bin Mohd Ismath Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Haziq Abdullah Bin Abdul Aziz Presiden KAMI, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) , Adam Adli Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif , Ekhsan Bukharee Bin Badarul AKSI , Mohd Zaini Bin Mahd Ismail Aktivis Mahasiswa dan Muhammad Hilman Idham Bekas Presiden dan Pengasas KAMI.

Perhimpunan yang diadakan pada malam tahun baru itu sebenarnya adalah untuk mengulangi enam tuntutan Mahasiswa yang telah dikeluarkan oleh Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) dan beberapa Persatuan Mahasiswa yang lain serta menuntut supaya pihak UPSI menggugurkan pertuduhan ke atas Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli yang dikatakan menghuru-harakan ketenteraman awam serta mencemarkan nama universiti. Namun begitu , perhimpunan aman yang hendak diadakan berakhir dengan tragedi berdarah apabila Pemimpin BEBAS Muhammad Safwan Bin Anang@Talib telah mengalami kecederaan yang parah akibat dipukul. Selain itu , beberapa Mahasiswa lain juga turut tercedera.

Kes Himpunan UPSI ini mendapat perhatian serta liputan meluas termasuk daripada Bekas Mufti Perlis , Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mengecam tindakan pihak Polis. Kes ini seolah – oleh tergantung dan tidak mencapai resolusi yang sepatutnya apabila Safwan yang telah dipukul tidak mendapat pembelaan sepatutnya.Ini yang kami tidak faham.

Selain itu, 8 Mahasiswa yang mendapat panggilan daripada PDRM itu berasa hairan apabila mereka yang dikenakan kawad cam sedangkan kes anggota Polis yang memukul Safwan Anang tidak mendapat sebarang jalan penyelesaian. Lord Denning yang terkenal pernah berkata bahawa "keadilan bukanlah sesuatu yang mampu dilihat, ia tidak terbatas oleh waktu tetapi kekal sampai bila – bila. Ia bukan produk intelek tetapi produk rohaniah insan. Justeru , Mahasiswa menuntut supaya supaya keadilan ditegakkan dalam kes ini bertepatan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang – undang.

Mahasiswa berharap supaya pihak Polis menjalankan kawad cam mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan kerana kami masih percaya bahawa pihak Polis merupakan harapan masyarakat untuk menjaga keselamatan dalam negara. Kalau bukan kalian, siapa lagi ?

KHAIRUL NAIM,
SETIAUSAHA AGUNG,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)




Posted: 28 Feb 2012 08:00 PM PST















UMNO NAFI TERLIBAT DALAM KEKECOHAN HIMPUNAN HIJAU - meloya

KUALA LUMPUR 28 Feb. — Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan UMNO terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lepas, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.

Beliau berkata, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan UMNO dalam kejadian itu.

"Kalau betul kita (UMNO) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).

"Benda yang tiada, diada-adakan," katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini. — TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TENGKU FRAUD INI TERBUKTI BANGANG... kah kah kah..

kah kah kah.. KALAU LIM GUAN ENG BUAT LAPORAN POLIS INI TANDA GEROMBOLAN TERLIBAT.... kah kah kah..

kah kah kah...RAJA FRAUD BERTUL BETUL BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah...BACA BERITA BAWAH INI... SAHEH GEEROMBOLAN TERLIBAT.... kah kah kah



LIM: UMNO, PERKASA BERSALAH JIKA SAYA DIANCAM - mkini

Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

"... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

"Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya."

Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

INI BUKTI LAPORAN POLIS



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA NAK CAKAP?.... kah kah kah..

kah kah kah...APA NAK KELENTONG?.... kah kah kah..

kah kah kah...APA NAK LEBONG... kah kah kah...

kah kah kah.... APA NAK KENCING.... kah kah kah


DEMO ORANG CACAT

















SEJARAH KITA BERSAMA



Tiada ulasan: