Sabtu, 25 Februari 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KESAH KESAN DARI KUANTAN

Posted: 25 Feb 2012 01:10 AM PST





ESOK PAGI KITA DI KUANTAN





NOTA:

turun turun turun
datang datang dantang
esok kita berkumpul di kuatan

semua anak muda sial datang
ambil bas malam ini
datang jangan tak datang!

esok kita berdemo






PADANG YANG SENGAJA DI ROSAKKAN



DI KUANTAN MALAM INI - ESOK KITA DEMO

pagi ini jelas padang mpk depan masjid telah dipagar
malam tadi jentolak gali lubang
rosakkan padang
kemudian pagar zing macam fun fair
dan mungkin terbaik untuk xpdc buat konsert

kemudan kami diberitahu bahawa padang rugby sebagai ganti
bila di tengok padang rugby pagi ini
ada pertanding dan esok ada lah hari akhir

pengerusi demo esok teash berkata:
kalau padang tak ada
kita akan pastikan
demo berterusan hinnga leaway petang
hinnga matahari terbenam
dan kita ambil alih kuantan!

syabas!
inilah kata kata penganjur

SIAPA KINI DI KUANTAN
maria chin dari bersih
pak samad dari bersih
dikin looser sepanjang zaman
hasnul gempok dari UBU
ella cun dari UBU
aru dari PSM
ah chong dari teater buan teater
chin huat dari bersih
ngo anti gebeng
ngo jalan sultan
ngo bukit koman
ngo anti tempat bakar camern island
ngo anti dawai leterik rawang
rahmat harun
alex the looser
guan penyanyi canto pop
carrburator dung
dum dum tak
kucalana
tim punk dari gombak
tim skin head dari penang

YANG TIDAK DILIHAT DI KUANTAN
hasan ali
ibrahim ali
zul bisul

MAKAN DI WARUNG GADIS BEMATA BIRU
telah ditemui kedai makan terbaik
di tepi sungai kuantan
tak na bagi tahu number kedai ini
warong melayu

pelayan dua minah cun
anak dara sunti
slim dan bergetah

kunci warung ini ialah
salah seorang dari pelayan ini
matanya biru

telah tiga kali makan tengah hari disini
patin tempoyak pekat
sepekat pekat yang pekat itulah
ini bukan pak akob
warung pak akub tak cool
adap mengadap
warung gadis bermata biru tepi sugai
kalau nasib baik ada buaya buat perangai

ikan masak lemak terbaik
ikan goreng terbaik
sanbal tempoyak, budu dan sambal belacan
sentiasa ada untuk bersama ulam

sesiapa datang ke kuantan wajib cari warung ini



ESOK PAGI KITA BERSIHKAN KUANTAN



PESEDIAAN UNTUK BERDEMO
semua telah sedia
semua telah disusun

esok kuatan akan dibajiri oleh baju hijau
esok kuantan akan melihat 30,000 demonstran
esok kuantan akan gempaq

esok kita gegar kekuatan gerombolan di kuatan
esok kita gegar kekuatan geombolan di seluruh malayasia

masa depan kita di tangan kiat!




MADEY NAK SINGKIR NAJIB - NAK JADI PM KEMBALI

Posted: 25 Feb 2012 12:57 AM PST




NOTA:

alangkah indahnya dunia ini
alangkah indahnya hidup ini
alangkah gumbiranya anak muda
jika mahafiraun ini kembali berkuasa

bukan ahlan wahsahlan
bukan bien venue
bukan wellcome
bukan selamat datang
yang rakyat suarakan

tapi muka madey akan akan kena kasut
macam imam masjib baling kasut pada hakim

seronok sekali lagi kita melauankan
mamposs madey mapooos kah ka kah

NOTA:
memang betul melawan najib ini
lebih sedih dari melawan mat zzz

melawan dolah sama macam melawan orang cacat
melawan najib ini macam memukul orang buta pekak dan bisu
kaki tempang yang kena burut
tak cool langsung
kah kah kah






INI DIA PANDDY KUTTY



MAHATHIR BERI ISYARAT MAHU KEMBALI JADI PM - haraah daily


Mutakhir ini nampaknya Mahathir kerap memberikan kenyataan-kenyataan bagi pihak Kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Najib Razak. Jika ketika zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) dahulu ada sahaja kritikan Dr. M terhadap Pak Lah dan pimpinan UMNO/BN. Semuanya tidak betul dan tidak kena. Islam Hadhari zaman Pak Lah tidak disokongnya Dr. M. Kali ini gagasan 1Malaysia Najib Razak juga tidak bersambut baik oleh Mahathir. Hanya Wawasan 2020 Mahathir sahaja yang kononnya terbaik.

Pada pandangan Mahathir kelemahan Najib Razak sebagai PM ini tidak boleh dibiarkan. Situasi ini akan membahayakan Dr. M, keluarga serta kroninya. Hari ini isu Palestin-Israel sebenarnya adalah sindiran yang terkena batang hidung Mahathir sendiri. Dia yang pernah berutus surat dengan PM Israel.

Ada menteri UMNO yang pernah berjumpa Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Israel. Najib Razak tidak membelanya. Mahathir terpaksa memberi penjelasan. Anaknya juga yang menjadi Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi sasaran dalam kes kapal dagang Israel di Pelabuhan Klang. Sebab itu Mahathir mahu menunjukkan kepada ahli UMNO bahawa dia perlu kembali sebagai PM kerana dirinya sahaja kononnya boleh menjawab segala hujah Pakatan Rakyat.

Najib Razak dilihat lemah untuk mempertahankan UMNO. Dalam isu hubungan dengan Israel juga peranan Najib juga tidak mampu untuk mempertahankan imej UMNO dan APCOnya. RM77 juta yang dibayar setahun (Agensi yang punyai hubungan dengan Zionis-Israel) oleh Najib Razak juga tidak banyak membantu terutamanya kerosakan dalam integriti pentadbiran yang telah dibuat oleh Mahathir.

FIRAUN KAKI TIPU

ABU TRUS MEREBAK SELURUH NEGARA

Posted: 25 Feb 2012 12:47 AM PST







ABU MENYERANG KUBU GEROMBOLAN

Menjelang program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) Peringkat Negeri Johor pada 26 Februari ini di mana SAMM Johor turut terlibat sebagai penggerak Asalkan Bukan UMNO (ABU) Johor, semalam beberapa aktivis SAMM Johor telah menerima kecaman dan ugutan dari individu-individu semasa memasang poster-poster promosi program tersebut di beberapa tempat sekitar Pasir Gudang. Malahan, beberapa poster-poster promosi program tersebut telah dikoyakkan, diconteng dan disabotaj oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, dalam beberapa siri program Pelancaran Gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) di negeri-negeri lain telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun yang gemar melacurkan minda anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor merasakan segala ugutan-ugutan, kecaman-kecaman dan tindakan mensabotaj poster-poster promosi ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan aktivis kami dalam berjuang menentang rejim korup. SAMM Johor percaya tindakan ini adalah langkah awal pihak-pihak lawan sebelum aksi samseng digunakan semasa program pelancaran ini berlangsung Ahad nanti. Bahkan baru-baru ini, kita dikejutkan dengan aksi ganas sekumpulan anak muda upahan di Sembrong, Kluang hingga menyaksikan cermin kereta Ketua Pembangkang Malaysia pecah.

SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan Parti Politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda. Anak muda tidak seharusnya dijadikan mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab demi survival politik melampau mereka.

UMNO seharusnya menghormati lunas-lunas demokrasi dan kebebasan bersuara. Program yang dianjurkan adalah berlangsung di kawasan premis persendirian serta ini merupakan platform untuk rakyat negeri Johor yang telah ditindas bertahun lamanya untuk menyuarakan keperitan dan kepayahan mereka selama ini. Asalkan Bukan UMNO bukanlah satu gerakan yang dinaungi oleh mana-mana parti politik sebaliknya merupakan satu gerakan dari rakyat kepada rakyat. Sewajarnya, UMNO menghormati perbezaan pandangan dan meraikan demokrasi. Ini sahaja platform yang ada untuk rakyat tertindas meluahkan penderitaan mereka apabila media-media cetak dan elektronik telah dirantai oleh rejim Pemerintah.

Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar anda berhujah di pentas yang telah kami sediakan, dengan etika dan syarat yang ditentukan seperti yang telah kami lakukan semasa Ceramah Timbalan Presiden PAS di Muar tempohari. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis ABU lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas.

Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Klang, Selangor dan Semberong, Kluang baru-baru ini. Malahan, beberapa NGO dan NGI telah menyatakan kesediaan untuk bersama dalam mengawal keselamatan orang ramai sepanjang program tersebut berlangsung. SAMM Johor dan rakan-rakan Sekretariat Asalkan Bukan UMNO (ABU) Negeri Johor amat bersedia kali ini untuk berdepan dengan asakan provokasi tidak bertamadun pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini.

SAMM Johor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakyat Johor hadir ke Pidato Pelancaran Asalkan Bukan UMNO (ABU) untuk mendengar luahan teman-teman dari segmentasi masyarakat seperti Bekas Penduduk Tasek Utara dan Plentong Tengah, Generasi Kedua FELDA, Orang Asal, Pekerja dan pelbagai lagi segmentasi masyarakat yang telah menjadi mangsa penindasan rejim UMNO pada :

Tarikh : 26 Februari 2012 (AHAD)
Jam : 9 malam
Tempat : PASTI Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor

Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO untuk menghormati lunas-lunas demokrasi serta jangan mengeksploitasi dan meracuni pemikiran anak muda dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng demi survival politik anda.

ASALKAN BUKAN UMNO !!

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor
www.anakmudamalaysia.com





SIAPA DIA PENJUAL AGAMA?

Posted: 25 Feb 2012 12:44 AM PST




PENCERAHAN UNTUK SEMUA


Saya seorang penganggur. Sudah 5 tahun menganggur dan sekarang terpaksa bawa isteri dan anak menumpang di rumah mertua. Sangat memalukan. Jadi jika ada sesiapa yang nak menjual agama, saya tak mampu nak beli. Apa yang saya perlukan ialah pekerjaan untuk menyara anak isteri.

Kalau ada orang Kristian atau Hindu atau Buddha atau atheist yang nak menderma wang kepada saya atau membantu saya, saya akan ambil wang itu dan menerima bantuan mereka. Saya tak hirau apa yang Harussani atau Hassan Ali atau Ibrahim Ali atau peninju Muhammad Ali nak cakap.

Mereka ini semua cakap banyak! Sekejap nak jaga Islam lah...nak jaga Melayu lah....nak jaga Raja lah.... ARRRRGHHHHH! BOLEH PERGI BELAH LAH! RAJA DAH KAYA RAYA! BUAT APA NAK JAGA MEREKA????!!! BANGANG BETUL BETUL BANGANG SI HASSAN ALI & HARRUSANI NI!!!! MENGAPA TAK NAK JAGA ORANG MISKIN MACAM SAYA????? Yang penting bagi orang miskin macam saya ialah bagaimana nak pelihara anak bini di rumah. Kalau nak cakap pasal akhirat, kita boleh bincang besok. Yang paling penting bagi saya ialah MASA SEKARANG!!!!!
By Lelaki Miskin on JUAL AGAMA - SDATU PERNIAGAAN PALING TUA on 2/25/12

Tiada ulasan: