Tukar Tiub |
- DUA EKOR ANAK LEMBU SHAHRIZAT
- PILIHAN RAYA ATAU PILILIHAN JALAN RAYA
- TERKINI - TER HOT - TER NOW : MAT MONGOL GADAI AKIDAH
- JANGAN LUPA MERAYAKAN HARI CINTA SELURUH DUNIA
- KENANG KENANGAN TELOK ANSON
- APA DIA DKK - SILA TEKA
- SHAHRIZAT LEMBU PENGELUAR SUSU
| Posted: 10 Feb 2012 09:28 AM PST ![]() SKANDAL NFC: KEMENTERIAN DAN NFC WAJAR DEDAHKAN PERJANJIAN PINJAMAN Saya merujuk kepada kenyataan Wan Shahinur Izmir Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana wang tersebut boleh digunakan. NFC menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah. Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru: 1. Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka? 2. Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini boleh menjamin projek negara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan berkesan? 3. Berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seperti ini yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan? 4. Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman? Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar. Pendedahan ini juga mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 10 FEBRUARI 2012 ![]() |
| PILIHAN RAYA ATAU PILILIHAN JALAN RAYA Posted: 10 Feb 2012 12:40 AM PST JANGAN LUPA TUNTUTAN INI ![]() HISHAMUDDIAN RAIS: KITA KE JALAN RAYA KERANA KITA HENDAK PILIHANRAYA! Lim Hong Siang | Feb 10, 2012 12:08:35 pm "Kita di jalan raya itu bukan (kerana) kita menolak pilihan raya. Kita ke jalan raya kerana kita hendak pilihan raya. Ini jelas!" Demikianlah penegasan Hishamuddin Rais (gambar kanan), aktivis sosial yang mendukung demonstrasi jalanan untuk menuntut pendemokrasian. Koleksi tulisan beliau pernah diterbitkan dengan judul "Pilihan raya atau Pilihan jalan raya" ketika zaman "Reformasi", malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri 1960 (ISA) selama dua tahun. Beliau yang masih giat terlibat dalam demonstrasi jalanan, diajukan soalan sebagaimana tajuk bukunya, dalam satu forum semalam. Hishamuddin Rais menjelaskan, padahal kita tidak mempunyai pilihan, melainkan pilihan raya sebagai cara untuk memilih pemimpin. Apapun aliran politik, sama ada sayap kiri, kanan, tengah, Islam atau sebaliknya, akan menyokong pilihan raya, katanya. Bagaimanapun, perbincangan terhadap pemilihan demokratik ini berterusan, berkisar pada sistem pengundiannya, misalnya first-past-the-post dan sebagainya. "Apa yang dipertikaikan di negara kita ini, pilihan raya di negara kita ini tidak adil!" tegasnya, sebelum menjelaskan bahawa komponen parti Pakatan Rakyat dan parti-parti pembangkang seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebenarnya bukan berlawan dengan UMNO-Barisan Nasional, tetapi polis, askar, special branch, pegawai kerajaan yang mempertahankan UMNO-BN. ( baca seterusnya) http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12714 |
| TERKINI - TER HOT - TER NOW : MAT MONGOL GADAI AKIDAH Posted: 09 Feb 2012 09:23 PM PST LORD MURUGAN DAN LORD MURUJIB ![]() NAJIB GADAI AKIDAH HADIR UPACARA TAHIPUSAM DI BATU CAVES TEGAS HARUSSANI – minsider KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap i Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. "Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. "Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka. "Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu. Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010. "Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah. "Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit...GADAI AKIDAH?... kah kah kah... woit...BERAPA HARGA SEKILO AKIDAH MAT MONGOL.... kah kah kah.. woit... KALAU DAH GADAI...APAKAH MAT MONGOL SUDAH MURTAD?.... kah kah kah.. woit... APA SUDAH JADI?..... kah kah kah.... woit...MANA DIA PEJUANG DAN PENJIHAD ISLAM?.... kah kah kah.. kah kah kah...MANA DIA HASAN ALI.... kah kah kah... kah kah kah...MANA DIA CIK GU AZAMI.... kah kah kah.. kah kah kah...MANA DIA MAT BISUL..... kah kah kah... kah kah kah...MANA DIA NGO MELAYU ISLAM...kah kah kah... woit..CAKAP BERJUANG UNTUK ISLAM.... kah kah kah.. kah kah kah...CAKAP NAK PERTAHAN AKIDAH.... kah kah kah... woit...KENAPA TAKUT KE NAK BERSUARA.... kah kah kah.. kah kah kah...KENAPA MENIKUS....TAKUT KENA PELEMPANG KE.... kah kah kah.... FORUM MALAM INI ![]() FORUM OKU/ORANG BUTA MALAM INI malam ini di dewan bangunan orang buta brickfield sebelah monorail tun sanbanthan OKU TERTINDAS - OKU CULAS jam 8.00 kompleks MAB PANEL: Hishamuddin Rais - aka tukartiub Mohd Faizal Che Yusof - aktivis hak asasi kurangpenglihatan semua orang celik dijemput hadir untuk mendengar apakah masalah yang dihadapi oleh orang kurang upaya ![]() |
| JANGAN LUPA MERAYAKAN HARI CINTA SELURUH DUNIA Posted: 09 Feb 2012 08:26 PM PST KEKASEH DIMANA KAU SELAMA INI? ![]() NOTA: untuk looser seluruh dunia 14 febuari adalah tarikh gantung tanpa kekasih tanpa teman tanpa seloka tanpa pantun tidak ada bunga tidak ada kad ucapan tidak ada sms di terima yang kau baca hanya tukar tiub aduh! sedihnya kah kah kah looser of the world unite! MASIH BELUM TERLEWAT LAGI ![]() LOOOSER OF THE WORLD kamu ada 4 hari lagi untuk membetul diri sila iklankan diri di fb sila masuk mirc sila cari kembali myspace sila lihat friendster sila hubungi teman sekolah sila tukar baju untuk di lihat cool sila pakai coli yang baru sila berdandan sila bergincu sila hubungi tukar tiub kerana memilki senarai nama loooser yang terkumpul bertahun tahun yang gagal disetiap hari valentine kah kah kah INI DATE KAMU YANG GAGAH ![]() |
| Posted: 09 Feb 2012 08:00 PM PST NOTA: tengah hari kelmarin aku masak ikan raja yang beratnya hampir satengah kilo aku masak kari rempah kari dari kampong langgar kelantan rempah ini aku beli ketika di kb berapa bulan dulu rempah ini yang terakhir dalam simpanan aku aku masak campur terong bulat enak enak enak terong bulat ini mengingatkan aku ke kamunting di blok 3b aku di wakafkan oleh kumpulan kmm mereka telah menanam terong bulat ini ketika mereka duduk di blok 3b ini aku hanya sempat sekali tuai sahaja terong bulat aku di serang ulat tapi ini kesah lain ikan raja ini memang sedap manis ikan ini dari apa yang aku baca berasal dari sungai amazon bayangkan datuk nenek moyang mereka datang bagitu jauh sekali mereka meninggalkan anak cucu cicit disungai amazon untuk berpindah ke sungai perak mereka bukan peneroka felda mereka mengabadikan diri untuk manusia melayu lihatlah bagaiman kita hormat pada ikan raja ini walau pun mereka bukan berasal dari bumi melayu tapi kita beri mereka nama yang penuh penghormatan kita nobatkan mereka sebagai raja ini berbeza dengan gagak dari nigeria ikan raja adalah bukti saheh bahawa manusia melayu tidak pernah rasis IKAN KITA NOBATKAN SEBAGAUI RAJA ![]() SURAT DARI PEMBACA teluk anson aka teluk intan, bandar dimana Prof ahmad atory (ring any bell ?) kah kah kah ikan raja tu ialah ikan peacock bass (panggilan nama lain untuk ikan tu) isi dia sedap tapi akan menjadi keras bila disimpan didalam peti sejuk, paling sedap jika masak selepas ditangkap, anak-anak saya kalau saya dapat ikan ni masa memancing suka masak steam (kukus) dengan lebihkan halia dan jus limau nipis pergh.. teluk anson tu kampung teman le, sungai perak dari kilang papan ke kg. batak rabit tempat teman memancing udang galah, tapi semenjak berpindah ke Ipoh ni dah lebih sepuluh tahun tak memancing udang galah kat situ, teman memancing kat area batu gajah/kg. pisang, area air kuning dan sesekali ke laut, kaki kaki pancing udang galah dah ramai yang 'option pencen awal' masing-masing 'uzur' goutla, darah tinggi la, diabetes la segala macam penyakit, teman orang miskin tak kena (lagi) penyakit orang-orang kaya tu, kg. gajah teman dapat tahu banyak juga port memancing tapi teman tak berani gi sorang-sorang sebab kengkawan bagi tahu banyak bahayanya kalau gi sorang-sorang By ayah chu on SAMBUNGAN KESAH DARI PASIR SALAK on 2/10/12 ANAK MUDA BERSEDIA ![]() |
| Posted: 09 Feb 2012 07:25 PM PST INI MUKA DUA EKOR ANK LEMBU ![]() ![]() NFC : PERJANJIAN PINJAMAN TAK LARANG PELABURAN HARTANAH – mkini Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu, kata ketua pegawai eksekutif (CEO), Wan Shahinur Izmir Salleh. Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Shahinur Izmir berkata, oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju. Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit....SEORANG LAGI ANAK EEE.... kah kah kah woit... EMAK KAU BUKAN MELAYU LAAAA.... MACAM MANA NAMA KAU WAN..... kah kah kah.. woit... JANGAN NAK TIPU MELAYU.... NAK MENYAMAR...kah kah kah... kah kah kah...DULU ISTILAH MELAYU MALAON MACAM INI DI PANGGIL IALAH DKK...kah kah kah.. kah kah kah..SILA BACA KITA MELAYU LAMA APA DI DKK.... kah kah kah klah kah kah..PERGI ARKIB NEGARA BACA AKBAR MELAYU LAMA AKAN JUMPA ISTILAH KLASIK DKK.... kah kah kah.. NOTA: sila tunjkukan kepada orang ramai surat perjanjian itu? mana dia ? apa isinya? jangan cakap sahaja hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang melihat watikah perjanjian itu buka dan buktikan jangan cakap sahaja! FORUM MALAM INI ![]() FORUM OKU/ORANG BUTA malam esok di dewan bangunan orang buta brickfield sebelah monorail tun sanbanthan OKU TERTINDAS - OKU CULAS jam 8.00 kompleks MAB PANEL: Hishamuddin Rais - aka tukartiub Mohd Faizal Che Yusof - aktivis hak asasi kurangpenglihatan semua orang celik dijemput hadir untuk mendengar apakah masalah yang dihadapi oleh orang kurang upaya ![]() |
| SHAHRIZAT LEMBU PENGELUAR SUSU Posted: 09 Feb 2012 07:20 PM PST SAHEH INI SHAHRIZAT LEMBU ![]() TIMBALAN PRESIDEN GERKAN MAHU SHAHRIZAT BERUNDUR – mkini Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur. Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Chang Ko Youn. Dalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN. Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MANA BOLEH LETAK JAWATAN... kah kah kah.. kah kah kah...CHINA SENGKEK INI TAK TAHU POLITIK.... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU SHAHRIZAT LEMBU LETAK JAWATAN.... RUNTUH LAAA GEROMBOLAN.... kah kah kah.. kah kah kah...ABIS LEMBU LEMBU BETINA LARI.... kah kah kah.. kah kah kah.... LEMBU SHAHRIZAT AKAN BOCORKAM LAGI BANYAK KESAH MENTERI SONGLAP DUIT.... kah kah kah... kah kah kah... BUKAN LEMBU SAJE LARI.... KAPAL GEDROMBOLAN AKAN KARAM.....kah kah kah NOTA: biarlah lembu ini terus memimpin lembu yang luka dan tempang adalah pembantu pakatan untuk mendapat sokongan kah kah kah NOTA: apa rahsia yang menjdikan shahrizat tidak di buang oleh najib? mesti ada... kah kah kah ANAK MUDA JANGAN LUPA ![]() |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan