Rabu, 1 Februari 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


MANTOYA 2 : Bab 6 : PROJEK 'HOLLYWOOD' MALAYSIA

Posted: 01 Feb 2012 03:50 PM PST

Prap! Prap!Prap! Mahathir tepuk sampai lenguh tangan-tangan bagi sokongan dekat Man Aroff bina projek JIP.Bila rakyat tentang ,Mahathir kata dia tak tau apa-apa.Mana boleh tak tau..pigi dahh..(Dr Mahathir ketika menyaksikan perjanjian usahasama antara kerajaan negeri Kedah dengan syarikat Suria Ekslusif Sdb Bhd & Duta Point bagi membangunkan Projek JIP ( Jerai International Park).

Dalam keributan rakyat Kedah khususnya yang terlibat dengan berbagai projek kontroversi yang belum selesai ,muncul pula projek Taman Antrabangsa jerai (TAJ) yang mencemaskan penduduk Singkir dan Yan.
Projek bernilai RM17ribu juta disambut oleh penduduk disitu dengan berbagai slogan menyatakan sikap sebenar mereka terhadap kerajaan BN yang selama ini menjadi tonggak kepercayaan dan harapan mereka.

Namun sudah menjadi lumrah ,dalam kesibukan petani ,nelayan dan pekebun kecil serta pemilik-pemilik dusun membantah projek itu; ada segelintir yang meyatakan sokongan .Kononya sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha kerajaan menghapuskan tatasusila Melayu serta menghakis tatacara islam yang diamalkan sekian lama.Itulah sikap kaki pengampu yang sudah berakar umdi dalam setiap kelompok masyarakat yang memang diakui skar untuk dibasmikan.
Pemilik tanah dan penduduk-penduduk disitu mempunyai alasan yang cukup kuat untuk membantah projek maksiat yang akan dibina diatas tanah yang dipusakai dari nenek moyang sejak turun temurun .Kira-kira 2520 hektar tanah milik Melayu akan berpndah milik ke tangan orang lain.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Jawata
nkuasa Forum Pandangan Balas Awam TAJ di Sungai Petani pada 26 Mac 1994 sebanak 10 golongan masyarakat telah menyatakan bantahan serentak terhadap projek itu.
Memorundum setebal 26 muka itu diserahkan kepada kerajaan Kedah bersama dengan tandatangan 2500 penduduk yang sedar betapa bahayanya jika TAJ dilaksanakan.
Apa yang menarik perhatian saya dalam sidang akhbar tersebut ialah tentang kelantangan beberapa tokoh UMNO kawasan itu termasuk seorang AJK UMNO Merbok menkritik sikap pemimpin mereka.AJK UMNO Merbok itu berkata, "Saya bukan orang PAS,saya AJK UMNO Merbok dan merupakan orang kanan UMNO Merbok,sa
ya membantah projek ini kerana saya merasakan projek ini tidak member apa=apa keuntungan kepada kami;sebaliknya kami akan kehilangan tanah .ramai penduduk disini akan hilang pekerjaan tradisi,walaupun saya orang UMNO tetapi saya tetap membantah projek ini"
Imam masjid Singkir Darat melahirkan kekesalan terhadap sikap bosnya,Tan Sri Osman yang mendakwa beliau tidak menerima bantahan rasmi dari penduduk padahal menurut imam itu setiausaha MB sendiri telah menjawab surat bantahan mereka.
Imam berkenaan Tuan Haji Mutallib sambil menunjukan surat daripada setiausaha MB memberitahu mereka telah mengirim surat bantahan kepada MB.Malangnya MB menafikanya dalam Dewan Mac lalu.Sikap dolak dalik pemimpin UMNO dalam isu TAJ ini turut menjejaskan imej UMNO yang selama ini mendabik dada sebagai wira umat Melayu.
Perdana Menteri sendiri bila melihat TAJ boleh menjejaskan pr
estasi UMNO Kedah khususnya di kawasan terbabit,terang terangan membohongi rakyat kononya dia tidak tahu menahu megenai projek TAJ dan mengeluarkan kenyataan bagi meredakan keadaan.
Siapa boleh percaya dengan pengakuan Dr Mohathir bin Mohamad Iskandar ini? Apakah alasan kosmetik beliau itu boleh diterima oleh rakyat sedangkan terpampang dalam akhbar termasuk dalam buletin kerajaan ,Warta Darulaman beliau turut menghadiri dan menyaksikan majlis tandatangan perjanjian antara kerajaan Kedah dengan dua buah syarikat untuk memajukan projek itu.
Alasan pemimpin UMNO dalam setiap projek yang hendak mereka jalankan ialah untuk kepentingan awam dan kemajuan rakyat.Sebenarnya ramai rakyat termasuk dari UMNO sendiri sudah muak dengan alasan-alasan sepertiitu.Kalau ada pun yana dapat menerima cuma dari kalangan juak-juak mereka yang turut mendapat habuan atau jenis yang sudah berkarat dengan UMNO.


Gelagat Dr Mahathir,Osman Aroff,Tun Daim dan Ahli Parlimen Jerai yang baru dua tahun menjadi YB,Badaruddin dalam menangani isu ini menjelaskan sikap hipokrit dan kepura-puraan merekay membela rakyat.
Osman Aroff ketika menggulung perbahasan dalam sidang dewan undangan negeri Mas lalu mengakui pengambilan tanah merupakan satu hal yang amat sensitif.
Malah beliau turut mengakui sikapnya yang aka turut mengalami keadaan yang serupa sekiranya tanah beliau turut terlibat."Isu pengambilan tanah adalah isu yang sensitif,kalau kena tanah saya pun saya rasa macam tu," katanta dalam Sidang DUN.Adakah ini sikap seorang pemimpin yang sentiasa mencanangkan slogan tradisi membela rakyat?
Sikap rakyat Jerai dan Merbok membantah keras perancangan ini menyedarkan pemimpin UMNO betapa perlunya kontroversi itu ditangani.Mereka sedar sepertimana diakui sendiri oleh Dr Mahathir dan Osman Aroff,kontroversi TAJ boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan UMNO .Atas kesedaran ini,dua tokoh utama itu telah memulakan lakonan mereka.
Bagi menjayakan lakonan tersebut,babak pertama episod pembaalan TAJ itu dimulai dengan skrip pertama oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Mahathir Mohammad.
Ketika berada di Kuala Terengganu,iaitu sewaktu lawatanya selama dua hari di negeri itu pada Aprl 1994 ,dalam kenyataanya beliau berkata,Kerajaan Pusat akan menjalankan siasatan terhadap keseluruhan Projek Jerai Internasional Park kerana ia boleh menjejaskan kedudukan kerajaan dan parti UMNO.
Menurutnya,kerajaan memandang serius pembinaan projek bernilai RM 17 billion itu dan siasatan rapi akan dilakukan.
Beliau menjelaskan ,dalam melaksanakan sesuatu projek ,kajian menyeluruh ang melibatkan latar belakang serta daya maju projek dan syarikat yang bertanggungjawab perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
"Kerajaan tidak pernah menetapkan sebatang garis panduan untuk dikuti oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan sesuatu projek.
"Tapi kalau cari syarikat yang cuma ada modal RM2,saya ingat takpayahlah bua projek RM17 billion ini,'katanya ketika ditanya pemberita pada sidang akhbar di akhir lawatan selama dua hari beliau ke Terengganu.
Mengenai siasatan yang dijalankan itu,Perdana Menteri memberitahu,sehingga ini apa yang diketahuinya adalah sama dengan laporan akhbar yang tersiar semalam.(Utusan Malaysia,Isnin 11 April 1994) Keluarnya kenyataan Perdana Menteri, Osman Aroff pula melaksanakan babak kedua dengan mengunjungi Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 12 April 1994.
Babak demi babak disusun dan dilakonkan dengan begitu tersusun.Rakyat yang sudah lama menjadi penonton sudah dapat agak 'ending' namun tetap menunggu dengan penuh suspen.
Rabu,13 April 1994,Osman mengumumkan TAJ dibatalkan .Alasanya ,kerajaan memutuskan projek itu setelah menimbang dengan teliti perasaan dan kehendak penduduk di kawasan terlibat.
Sementara itu dalam kenyataan berasing di Baling,Osman turut mengakui projek itu perlu dibatal kerana kontroversi penduduk boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan UMNO.Penting diperhatikan disini ;- satu alasan dalam dua keadaan yang berlainan.
Dalam setiap kontroversi projek "Osman Raup" (naam gelaran yang diwujudkan dalam setiap projek raksasa kerajaan Kedah) fokus pertama rakyat ialah beberapa komisyen yangb beliau dapat dari setiap projek.
Sejauh mana benarnya telahan ni tidak dapat dipastikan,tapi itulah yang menjadi buah mulut khususnya responden-responden yang saya temui ketika membuat tinjauan mengenai projek-projek yang menimbulkan kontroversi rakyat.


Tiada ulasan: