Isnin, 27 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


Video yang buatkan UMNO makin di benci

Posted: 27 Feb 2012 10:00 AM PST

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

JKKK: Jin Kapiaq Kacau Kampung... kahkahkah...

Posted: 27 Feb 2012 08:00 AM PST

PONDAN UMNO!!! Gambar Samseng Taik Kucing UMNO yang cuba menumbuk Nurul Izzah tersebar

Nurul Izzah dilaporkan hampir dipukul sewaktu ceramah di Felda Lepar Hilir oleh samseng-samseng yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat itu.

Kini, lelaki yang menyerang Nurul Izzah telahpun dikenal pasti melalui gambar diatas. Gambar tersebut telah diperolehi melalui ruangan laman twitter yang kini ligat berlegar.

Laporan polis juga telah dibuat, semoga pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan segera agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Lagi ceramah diganggu, Nurul nyaris jadi mangsa
9:03AM Feb 27, 12

Satu lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah, kiri) dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

Ceramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.

"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap ... tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah (kanan) pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya," katanya di Twitter pada jam 1 pagi ini.

Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.- PASPB

LAWAK: Ca teka yang mana laki, yang mana bini? Kahkahkah...

Posted: 27 Feb 2012 07:30 AM PST

Cuba teka, siapa PM?

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR, 22 Feb: Sekeping gambar mencerita seribu perkataan dan gambar ini telah menjadi antara gambar yang paling popular di kalangan penyokong Facebook Harakahdaily.

Gambar ini telah di'like' oleh 435 pembaca, dikongsi oleh 83 pembaca dan menerima 487 komen pembaca.

Apabila Harakahdaily menyiarkan gambar ini dalam Facebook, soalan yang ditanya mudah sahaja "Macam rasa ada benda tak kena saja dengan gambar ini.... Apa pendapat anda semua?"

Ekoran itu, pelbagai jenis tafsiran yang diberikan oleh pembaca dan yang paling popular adalah lambang siapakah Perdana Menteri sebenar antara Datuk Seri Najib atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Anda pula apa pandangan...anda tentukan sendiri.

Ranggi betoi gambaq Mahathir yang nih... haha...

Posted: 27 Feb 2012 05:35 AM PST

Dedah Surat-Surat Sulit Mahathir Dengan Yahudi Sudah Terlewat

Oleh MSO

Sekonyang-konyang Ha Najib Razak menyatakan kesediaan untuk mendedahkan surat sulit bekas PM Dr Mahathir Mohamad dengan 'menantang' Yahudi. Mahathir semasa menjadi PM telah mengutuskan beberapa surat merah kepada PM Israel, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak.

Kata Najib dia telah meminta Wisma Putra membuat kajian apakah implikasi dengan pendedan surat itu nanti dari segi keselamatan negara.

Sebenarnya Najib tidak payah meminta Wisma Putra mendedahkan surat-surat itu kerana ia sudah bertaburan di alam maya. Rakyat semua lapisan dan golongan sudah pun mengetahui akan kewujudan hubungan Mahathir dengan Yahudi itu.

Sama ada Mahathir bersetuju untuk mematahui kehendak Israel atau tidak, tetapi yang jelasnya mereka berhubung. Berintraksi atau bertukar-tukar pendapat dengan Israel. Mahathir juga secara tidak langsung mengikhtiraf kerajaan Yahudi apabila beliau mengucapkan tahniah atas perlantikan Ehud Barak sebagai perdana menteri Israel.

Bayangkan macam mana terjadi kalau pengucapan itu lahir dari mulut Anwar Ibrahim. Tentu ucapan tahniah itu akan di blow-up di siarkan di muka depan akhbar Utusan Melayu dan juga tv dan radio Rais Yatim serta media PB yang lainnya.

Tiada guna untuk Najib membuat tindakan itu - mendedah surat-surat sulit Mahathir kepada Istrael setelah 12 tahun Mahathir tidak menjadi perdana menteri. Melainkan pendedahan itu untuk mencemarkan kesucian Mahathir yang kononnya begitu jujur, telus dan bersih di sepajang pentabdirannya.

Sebaliknya surat itu nanti mengenalkan orang siapa Mahathir sebenarnya. Surat itu mengesahkan kemunafikan Mahathir seorang ahli Umno.

Dalam pada itu saya percaya Wisama Putra akan membuat ulasan surat-surat sulit itu tidak perlu didedahkan. Itu pun yang Najib mahu. Kenyataan bersediaan untuk mendedahkan surat cinta Mahathir dengan Israel hanya sebagai bertanam tebu di bibir mulut saja. Ia satu lagi pengeliruan Najib terhadap rakyat kesekian kalinya.

Saya yakin Wisma Putra akan membuat ulasan pendedahan itu akan membahayakan kepada negara, sebenarnya membahayakan Umno. Dengan itu surat-surat Mahathir seterusnya dengan Yahudi atau pun pihak-pihak lain yang tidak sepatutnya berlaku, tidak akan didedahkan.

Lagipun sekiranya surat-surat itu didedahkan, sudah pasti rakyat akan menuntut banyak lagi surat-surat merah lain yang diutuskan kerajaan Malaysia semasa Mahathir jadi PM kena didedahkan. Ia tidak akan berhenti setakat surat Mahathir kepada Nentayahu dan Ehudu saja. Pendedahan surat itu tidak akan membersihkan keseluruhan kejelikan Mahathir.

Rahsia-rahsia lain yang membabitkan keselamatan negara sekaligus maruah Mahathir juga nanti perlu didedahkan. Misalnya skandal BMF yang melibatkan RM2.5 billion di Hong Kong tidak pernah terungkap secara tuntas. Satu masa Mahathir cuba mengaitkan skandal itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah tanpa membabitkan sama dirinya.

Tengku Razaleigh sungguh kecewa dengan tindakan Mahathir itu sampai Tengku Razaleigh bersumpah sedia untuk menerima binasa Allah kalau dia terlibat dengan skandal itu atau memakan duit kerajaan. "Saya sedia dibinasakan Allah kalau saya terlibat," begitu ucap Tengku Razaleigh di Gua Musang tahun 1987.

Secara logiknya macam mana seorang perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh terhadap perkembangan hal ehwal negaranya tidak mengetahui mengenai aktiviti bank milik negara itu yang memberi pinjaman tanpa cagaran kepada seseorang? Adalah mustahil kerana ia melibatkan jumlah yang bukan sedikit kalau perdana menteri (Mahathir) tidak tahu.

Dalam kasus ini Mahathir cuba cuci tangan dengan melemparkan biawak hidup dengan ke bahu Tengku Razaleigh. Lama juga Tengku Razaleigh dan kerabatnya merana mengenai isu BMF ini. Akhirnya kebenaran wujud apabila akhbar yang disaman oleh Tengku Razaleigh menuduh beliau menjadi dalang dalam skandal itu terpaksa membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit kepada Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleig sudah bersih dari tuduhan itu tetapi Mahathir belum.

Mudah saja untuk memahami kenapa Tengku Razaleigh menjadi mangsa. Mahathir ketika itu berpengaruh dan memiliki kuasa. Mahathir boleh arahkan media massa atau mana-mana pihak untuk meletakkan bebanan dan kejijikan itu ke atas bahu Tengku Razaleigh. Tindakan politik seperti ini tidak asing bagi Mahathir. Sebenarnya sebelum dia menganiaya Anwar dia telah menganiaya dan menzalimi Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir sampai sekarang ini tidak pernah cuba membersihkan dirinya dari skandal berkenaan? Mudah sahaja sebab tidak ada sesiapa yang membuat tuduhan dan spekulasi mengenai dirinya. Dengan kuasa kewangan Mahathir berjaya menutup mulut media-masa asing untuk tidak mengaitkannya. Manakala media dalam negeri pula seperti sedia maklumlah menjadi tukang tempel najis Mahathir yang terkicit di mana-mana.

Tektik dan formula itu juga dilakukan N ajib terhadap Anwar. Najib boleh mengupah seberapa banyak media asing untuk menghitamkan Anwar kemudian memutihkan dirinya. Apakah kita tidak terfikir komisyen yang begitu banyak dikaut dari pembelian peralatan pertahanan negara bukan untuk diguna perundingan dan pengkhianat asing?

Tegasnya kalau Najib hendak sucikan Mahathir, bukan dengan mendendahkan surat sulit MAhathir dan kerajaan UBN dengan Israel. Itu tidak perlu lagi kerana surat itu sudah pun dibaca rakyat. Apa yang rakyat tunggu selama ini ialah sejauh manakah penglibatan Mahathir dalam skandal BMF. Itu yang lebih wajar Najib dedahkan bukannya surat Mahathir menyokong Israel

PANAS: Pelanggan pelacur terkenal di anugerahkan lesen...

Posted: 27 Feb 2012 04:04 AM PST

Adakah MCA pemegang 'lesen hina hudud'?

WOW! Presiden MCA, Chua Soi Lek hampir setiap hari tanpa gagal akan hina Islam dan kutuk PAS. Serangannya bertali-arus dan bertubi-tubi pula. Yang terbaru, Presiden MCA ini hina hudud dan Islam dalam debatnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP.

Semua hero-hero Umno nampaknya gagal memberi teguran kepada Chua Soi Lek. Mungkin mereka takut hendak menghadapi 'wira Cina' ini ataupun mereka telah ketandusan idea bagaimana hendak 'kontrol' Chua Soi Lek.

Mana suara pelbagai NGO Melayu yang selalu menguaruarkan bahawa mereka memperjuangkan maruah Islam dan Melayu? Mengapa mereka hanya diam membisu? Wah! Hebatnya Chua Soi Lek ini.

Walaupun MCA adalah pemegang 'lesen hina hudud', orang yang sering menggunakan lesen ini ialah Chua Soi Lek. Anak lelakinya Chua Tee Yong (anggota Parlimen Labis di Johor) pun kadang-kala menggunakan lesen ini tetapi kekerapannya gagal menandingi ayahnya.

Politikus lain dalam MCA pun ada sekali-sekala menggunakan lesen ini. Tetapi yang saban hari menggunakan lesen ini ialah Chua Soi Lek seolah-olah 'lesen hina hudud' ini mempunyai namanya tertera di atasnya.

Soalan yang patut ditanya oleh orang Melayu ialah siapakah pemberi lesen ini walhal jika tiada lesen MCA tentu tidak berani menghina Islam dan hukum hudud.

Satu sahaja yang perlu dirumuskan di sini iaitu tentunya pemberi lesen ini ialah satu puak yang amat berkuasa di Malaysia dan yang tamakkan kuasa sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama.

Sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengundi PAS supaya PAS dapat membatalkan 'lesen hina hudud' ini dan seterusnya mengembalikan semula maruah bangsa Melayu serta sekali gus menaikkan imej agama Islam semula.

Betoi ka hanya Anwar yang layak...

Posted: 27 Feb 2012 12:00 AM PST

Hanya Anwar Layak Jadi PM

KUALA TERENGGANU : Hanya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu-satunya individu yang layak memegang jawatan Perdana Menteri ketika ini jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Abdul Rahman Yusof berkata, Anwar dilihat individu paling berpengaruh dalam menggabungkan rakan-rakan pakatan berdepan dengan Barisan Nasional (BN).

"Berdasar pengalaman yang beliau ada, kewibawaannya itu boleh menggabungkan Pas dan DAP untuk berdepan dengan BN. Beliau ada kredibiliti dan keupayaan menyatukan rakan-rakan PR untuk menumbangkan BN. Jadi beliau layak (menjadi PM) pada masa ini.

"Kalau Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mungkin tidak diterima masyarakat Cina dan begitu juga Lim Kit Siang yang mungkin ada isu lain," katanya.

Keadaan itu katanya ditambah dengan pengaruh Anwar yang cukup ketara di peringkat antarabangsa berbanding pemimpin lain dalam PR. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang menyamakan Anwar dengan pemimpin diktator Kemboja, Pol Pot yang menganggap dirinya sahaja layak menjadi Perdana Menteri.

Abdul Rahman yang juga Ketua PKR Cabang Dungun menyelar dakwaan menyamakan Anwar dengan pemimpin itu kerana mendakwa Anwar tidak pernah meminta menjadi Perdana Menteri, sebaliknya menganggap ia kehendak pembangkang dan penyokong PR.

Beliau turut mempertahankan Anwar yang turut dikatakan mempunyai rekod cemerlang ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan serta bersih dari segi moral.

"Tidak timbul langsung Anwar macam Pol Pot yang sememangnya zalim, membunuh orang dan mempunyai rekod buruk. Pol Pot akan membunuh orang yang tidak menyokongnya tetapi Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada rekod sedemikian," katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Anwar turut beremosi dengan pihak tertentu yang mewujudkan persamaan tersebut dan menegaskan ia tidak patut berlaku. Tegasnya, Anwar seorang pemimpin yang diiktiraf dunia Islam melalui penglibatannya dalam membincangkan isu-isu semasa melibatkan Islam di peringkat antarabangsa.

"Individu yang mengatakan Anwar sedemikian tidak boleh diterima kerana sebelum ini pun dia pernah terlibat dalam penyebaran video fitnah terhadap Anwar dan kita menganggapnya sebagai penghinaan kepada dirinya sendiri," katanya.- SPR

PANAS: 10 lagu dangdut haram disiar

Posted: 26 Feb 2012 10:00 PM PST

JAKARTA- Komisi Penyiaran Daerah Nusa Tenggara Barat (NTB) melarang lembaga penyiaran radio dan televisyen menyiarkan 10 lagu dangdut yang mempunyai lirik mengandungi unsur lucah dan tidak mendidik.

Ketua Komisi Penyiaran Indonesia (KPID) Daerah NTB, Badrun AM semalam berkata di Mataram, pihaknya mengeluarkan larangan penyiaran 10 lagu dangdut itu kerana boleh merosakkan moral masyarakat. Sepuluh lagu yang dilarang daripada disiarkan itu adalah lagu Jupe Paling Suka 69, Mobil Bergoyang, Apa Aja Boleh, Hamil Duluan, Maaf Kamu Hamil Duluan, Satu Jam Saja, Mucikari Cinta, Melanggar Hukum Wanita Lubang Buaya dan Ada Yang Panjang.

Larangan menyiarkan lagu dangdut berkenaan dibuat selepas satu penyelidikan terperinci dilakukan membabitkan segelintir tokoh, termasuk tokoh budayawan, Musbiawan; tokoh media, Bochri Rohman; tokoh akademik, Dr Kadri, pengamal media, Adhar Hakim dan wartawan kanan, Karna Sinoel.

Sebelum ini, Bahagian Pengawasan Isi Siaran KPID NTB menerima aduan masyarakat dan beberapa tokoh agama di daerah itu yang berpendapat penyiaran lagu dangdut itu di radio tempatan dan televisyen di Jakarta tidak wajar kerana liriknya tidak bersesuaian dan tidak mendidik masyarakat.

"Selama dua minggu mulai 25 Januari hingga 14 Februari lalu, pasukan pemantau melakukan penyelidikan terperinci terhadap 300 lagu dangdut pelbagai versi dan genre, termasuk klasik, pop, koplo, reggae dan house dangdut yang paling diminati dan menjadi pilihan orang ramai," katanya.

Badrun berkata, pendapat dan kritikan pelbagai tokoh dijadikan rujukan untuk KPID NTB membuat keputusan. Menurut Badrun, hasil analisis menunjukkan lagu Jupe Paling Suka 69 nyanyian artis kontroversi Julia Perez dengan nada suara erotik menggambar hubungan intim penyanyi itu. Lagu itu adalah lagu tema filem lakonan Jupe, Pocong Minta Kawin.

-myMetro

HANGIT: Ni masaalah peribadi Badrul Amin...

Posted: 26 Feb 2012 08:00 PM PST

Khalwat: Masalah Badrul Amin, Masalah Peribadi

PKR adalah sebuah parti dengan beratus ribu ahli yang menganggotainya. Setiap satu dengan karekter dan masalah yang tertentu juga, mana mungkin pucuk pimpinan mampu nak mengawal satu persatu masalah ahlinya.

Begitu juga halnya dengan kes khalwat dengan isteri orang yang dikaitkan dengan Ketua Ranting PKR Sabak Bernam, Dr. Badrul Amin.

Sementara pertikaian mengenai kebenaran kes tersebut masih belum ditentukan, adalah penting untuk semua ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat tidak gelabah dengan berita ini, sebaliknya membiarkan proses yang sepatutnya berjalan.

Lagipun isu ini terlalu remeh untuk dipolitikkan. Soal khalwat, bukannya soal zina. Pengertian mengenai khalwat itu jelas, berdua-duaan ditempat sunyi sehingga boleh menimbulkan syak. Sudah ramai yang terperangkap dalam isu sama sebelum ini dan akhirnya didapati tidak bersalah seperti dalam kes melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pada 1995.

Inilah yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berjanji akan menghapuskan undang-undang lapuk yang boleh digunakan untuk menjahanamkan karier politik seseorang, penulis yakin, undang-undang membabitkan khalwat ini juga tidak terkecuali.

Pemimpin politik memang mempunyai jadual harian yang sibuk dan pembantu yang ramai. Ada masa dan ketika, urusan itu melajak sehingga ke tengah malam atau awal pagi. Itu tidak bermaksud ada hal-hal yang tidak diingin berlaku di antara pasangan yang terlibat.

Menjadi persoalan juga, kenapa dalam banyak-banyak bangunan hotel di Kuantan, hanya hotel yang diketahui didiami pemimpin PKR yang terbabit dengan program Temurapat Pemimpin PKR itu juga yang menjadi sasaran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)?

Apa pun, penulis ingin menegaskan disini, dihadapan kita menanti banyak masalah rasuah dan penyelewengan oleh kerajaan yang lebih memerlukan perhatian dan tindakan segera rakyat. Itu lebih penting daripada membuang masa bergosip dengan kes terpencil sebegini.

Ini juga yang pernah disebutkan Anwar dalam kenyataannya untuk menghapuskan undang-undang lapuk dahulu, zaman untuk rakyat mengambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik tidur orang sudah berlalu. Apatah lagi bila pasangan yang ditangkap bersama Badrul Amin ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses bercerai.- SPR

FAKTA: Bangsa UMNO boleh tolong jawab ka?

Posted: 26 Feb 2012 06:00 PM PST

NFC: Mengapa orang kaya dilindungi dan rakyat Malaysia biasa dipenjarakan?

Setelah kontroversi dan spekulasi ditimbulkan ke atas kejatuhan politik RM250juta NFC, pihak berkuasa Malaysia telah dituduh menutup mata dan telinga dalam usaha untuk mencuba dan 'memujuk' seorang saksi utama untuk menukar keterangannya, sambil memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti Umnonya masa untuk membetulkan 'cerita' mereka.

"Tiada sebarang maklum balas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau polis. Adalah jelas mereka cuba menutup walaupun terdapat SMS yang mencukupi dan jelas sebagai bukti untuk membuat tangkapan," N Surendran, peguam untuk Shahzubahrin Ismail, orang tengah yang didakwa menipu Salleh Ismail, ketua NFC dan suami menteri Umno Shahrizat Jalil.

Dalam satu kenyataannya kepada pihak polis, Shamsubahrin bukan sahaja menafikan tuntutan Salleh tetapi memberikan bukti di kaunter dalam bentuk SMS bahawa ia adalah Salleh yang bertanya kepadanya untuk bantuan dalam mempengaruhi siasatan polis.

Melindungi orang yang kaya dan berkuasa

Menurut Shamsubahrin, Salleh terdesak untuk menutup kes itu, menawarkan beliau RM1.76juta untuk merasuah polis. Shamsubahrin telah menyatakan tuduhan ini dalam laporan polis dimana Surendran telah menunjukkan salinannya kepada pihak media.

Bagaimanapun, polis memilih untuk mendakwa dan menyimpan dalam reman "Datuk Fix-It" yang berusia 45 tahun, itu merupakan gelaran lain Shamsubahrin. Beliau telah dibawa ke mahkamah dan didakwa dengan menipu Salleh dengan yuran perundingan yang keterlaluan. Mahkamah telah menetapkan 4 April hingga 6, 14 Mei hingga 18, dan 21 Mei hingga 25 sebagai tarikh perbicaraan di mahkamah.

Adalah ketara bahawa tiada tindakan telah diambil untuk menangkap Salleh setakat ini walaupun kenyataan dan banyak bukti Shamsubahrin yang dibekalkan oleh pemberi maklumat lain seperti Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dari PKR. Dalam Umno pun, terdapat panggilan supaya dia ditangkap dan supaya isterinya untuk menarik diri dari kedua-dua kedudukannya dalam jawatan Kabinet dan sebagai ketua Wanita Umno.

"Mereka yang kaya dan berkuasa di FC dilindungi tetapi rakyat Malaysia biasa seperti Shamsubahrin yang dipenjarakan. Ia memeranjatkan kerana mereka tidak akan bertindak walaupun ada bukti SMS. Pihak berkuasa bukan sahaja perlu mengambil tindakan segera ke atas skandal rasuah SMS ini tetapi mereka mesti juga menjelaskan kegagalan mereka untuk mengambil tindakan sehingga kini," kata Surendran.

Putaran tipu muslihat dan rasuah

Malah, terdapat lebih daripada apa yang boleh dilihat dalam keseluruhan skandal NFC ini. Selain dari rasuah terang-terangan, ia adalah paya pergaduhan panglima perang UMNO semua berangan untuk membasuh tangan mereka dari skandal ini dan pada masa yang sama menuding jari di antara satu sama lain dalam usaha untuk lari daripada tanggungjawab ini.

Pemain utama dalam kejatuhan NFC bukan sahaja termasuk Shahrizat dan keluarga, tetapi juga Najib sendiri kerana didakwa mengacau isu dalam usaha untuk menggantikan Shahrizat dengan Raja Nong Chik di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang sudah lama dipegang oleh Shahrizat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meluluskan projek NFC kepada keluarga Shahrizat pada tahun 2006, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat.

Konflik dalaman Umno

NFC adalah satu projek penternakan lembu yang bertujuan untuk membekalkan daging lembu yang murah harganya kepada negara. Pinjaman lembut kerajaan sebanyak RM250mil telah dilanjutkan untuk melancarkan projek, tetapi Salleh dan keluarga menghabiskan sebahagian besar wang pada kondominium mewah di Singapura dan Bangsar, tanah kediaman, percutian luar negara, bil kad kredit yang besar dan sebagainya.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang dianggap sebagai jurucakap Najib mengakui bahawa terdapat pecah amanah dalam cara pinjaman itu telah digunakan, tetapi sekali lagi tiada tindakan telah diambil.

Ini telah mendorong syak wasangka bahawa Najib sengaja melambatkan tindakan diambil ke atas skandal NFC dan menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan timbalannya Muhyiddin dan puak Badawi.

UMNO akan menghadapi pilihanraya dalaman lewat tahun ini dan kedudukan Najib sebagai presiden adalah untuk dimenangi. Muhyiddin dijangka untuk mencabar Najib, manakala Badawi sekali lagi mungkin menyokong MB Melaka Ali Rustam.

Bukti pembaziran dan ketidakcekapan

Sementara itu, aduan terbaru ladang satelit yang terbengkalai di Manjung di bawah program Pusat Fidlot Negara telah menekankan pembaziran dan salah urus oleh keluarga Shahrizat.

Timbalan pesuruhjaya PAS Perak Misbahul Munir Masduki memberitahu akhbar bahawa beliau menemui kira-kira 100 ekar tanah ragut telah dibiarkan terbengkalai walaupun kawasan itu telah siap sepenuhnya untuk projek semasa lawatan baru-baru ini. Menurut Misbahul, lembu sepatutnya dibekalkan kepada pelabur di ladang Manjung, yang telah dimulakan empat tahun lalu apabila kawasan itu ditukar menjadi sebuah pusat pengeluaran makanan.

Adalah juga difahamkan bahawa Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangunkan infrastruktur seperti pembinaan 2 bangsal lembu yang boleh menampung 600 lembu pada satu masa, elektrik dan bekalan air serta pagar.

Walau bagaimanapun, tidak ada satu lembu pun yang disediakan.

"Berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dibazirkan dalam projek ini. Kami mahu kerajaan negeri menjelaskannya," kata Misbahul.

Malaysia Chronicle

NGERI: Berat betoi dakwaan nih...

Posted: 26 Feb 2012 04:00 PM PST


Jika Raja Bayangan Allah, Mufti Bayangan Syaitan?

by: ramziredang

Jika harussani berani berkata secara ringkas bahawa raja adalah bayangan Allah di muka bumi ini,tanpa ada bacaan hadis dan sanadnya dari sesiapa,tanpa ada penerangan raja yang sepertimana yang dimaksudkan, maka adakah boleh dikatakan ulama adalah bayangan syaitan di muka bumi ini?

Sepertimana sebuah hadis mengatakan sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit adalah ulama? Kata kata ini bersandarkan sebuah hadis yang diriwayatkah oleh al baihaqi yang disampaikan oleh Saidina Ali karromallahu wjh.

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:"sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.(hadis riwayat baihaqi)

Fitnah di atas boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran,boleh ditafsirkan sebagai kerosakan,dosa,huru hara,kejahatan,hasad dengki,kelalaian, perpecahan umat atau mungkin pelanggaran hukum yang memang telah dilarang oleh Allah s.w.t. Juga boleh ditafsirkan sebagai satu gambaran yang salah terhadap sesuatu yang betul, atau sebaliknya. Itulah fitnah.

Yang anehnya seperti yang dimaksudkan di dalam hadis, semua fitnah itu datang dari perbuatan ulama.

Ulama

Hadis di atas hanya menyebut 'ulama' adalah sejahat jahat makhluk tanpa ada disebutkan secara ringkas ulama yang macamana. Cuma ayat sebelumnya menyebut 'masjid masjid tersergam indah tetapi kosong dari hidayah'. Yang menggambarkan betapa gagalnya ulama yang dimaksudkan oleh hadis ini, dalam membawa umat islam mengisi ruang masjid dan betapa pincangnya tugas ulama ini, ia membiarkan aqidah umat tergelincir dari hidayah.

Tugas seseorang ulama atau mufti adalah sentiasa mengeluarkan umat dari kegelapan. Mengelakkan umat dari perkara yang meragukan kepada perkara yang jelas. Menjawab kegelisahan kepada sesuatu kepada yang mendamaikan hati. Memberi amaran pula kepada yang selalu lupa kepada amaran Allah.

Raja.

Jika benar raja adalah bayangan Allah di muka bumi, sekadar seringkas itu patut difahami, maka alangkah beruntungnya maharaja jepun dan alangkah gembiranya raja siam. Ratu Elizabeth dan putera william boleh juga boleh menumpang gembira.

Juga alangkah betapa besarnya tanggungjawab orang islam di sana untuk taat kepada bayangan Allah ini.

Syaitan

Semua orang tahu bahawa syaitan atau iblis adalah sejahat jahat makhluk di muka bumi ini dan syaitan ini sudah tidak dibenarkan untuk naik ke langit lagi. Syaitan adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit ini.

Tetapi kenapa hadis ini menyatakan ulama adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit? Kenapa tidak disebut syaitan adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit? Kerana seperti mana ulama, Iblis adalah berasal dari malaikat yang alim. Nama asalnya adalah azazil. Kealimannya dan betapa kuatnya ia beribadat hinggakan dia diangkat menjadi guru kepada sekalian malaikat. Dia diusir kerana rasa bongkak dan lupa kepada tugas 'keikhlasan' sebenar sebagai seorang hamba terhadap khaliknya.

Rumusan

Jika 'raja adalah bayangan Allah di muka bumi', di mana pula salahnya 'ulama adalah bayangan syaitan di muka bumi'?, berpandukan hadis di atas.

PELIK: Betoi ka Azizan buat tak heran nasihat Hj Hadi?

Posted: 26 Feb 2012 02:30 PM PST

Mampukah TGNA redakan pergolakan PAS Kedah?

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa bergegas terbang ke Alor Star kelmarin untuk cuba meredakan pergolakan Pas Kedah setelah usaha Presiden PAS, TGHA sebelum ini menemui jalan buntu.

Benarkah nasihat presiden PAS sebelum ini telah ditolak mentah-mentah oleh Azizan sendiri? Sekadar nak tanya.Tidak masuk akal pula kalau TGHA sebagai presiden parti tidak cuba membetulkan keadaan yang semakin bergegar pergolakannya kini.

Malah tidak masuk akal juga kalau nasihat dari Presiden sendiri mahu ditolaknya oleh MB Azizan.

Tetapi, pemergian TGNA secara tergesa-gesa kesana menambahkan kenyakinan mengenai spekulasi yang mengesahkan kegagalan TGHA untuk menenangkan keadaan di Kedah sebelum ini menyebabkan Kedah semakin bergolak.

Keadaan ini telah diambil kesempatan oleh Umno/BN, apabila PM Najib pun sudah mengorak langkah berangkat ke Kedah untuk cuba menangguk di air keruh yang sedang bergelodak disana. Manakan tahu dia akan dapat menangguk katak yang mungkin akan melompat!

Namun saya merasakan berita tentang kunjungan TGNA ke kedah telah disambut dingin dengan kenyataan yang agak sinis oleh MB Azizan sebagaimana yang dilaporkan Bernama.

Kenyataan MB Azizan ini dapat kita fahami bahawa kunjungan TGNA ke Kedah kali ini yang besar kemungkingkinannya membawa mesej Presiden PAS, TGHA yang mungkin berasa segan nak berdepan dengan MB Azizan.

Kita doakan usaha Tuan Guru akan dapat menyelesaikan masalah di Kedah dengan baiknya.

Nampaknya hanya beberapa Pemimpin PAS sahaja yang memberi masalah kepada Azizan di Kedah, sedangkan Umno (Kedah) menyenangi Azizan kerana menguntungkan Umno. Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.

Isu pemberian penyelenggaraan jalan raya bernilai RM5 juta? kepada kontraktor pro Umno turut menjadi bantahan orang-orang PAS.

Tiada ulasan: