Ahad, 26 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


Mak aaii: Powernya Anwar... kahkahkah...

Posted: 26 Feb 2012 10:50 AM PST

Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah


KUALA LUMPUR – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

"Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

"Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan 'Anwarinas' dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

"Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan 'Anwarinas' dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk 'menikam' rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

"Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.

-Utusan

Anwar pi mana, DIAM ja nih...

Posted: 26 Feb 2012 08:00 AM PST

Kenapa Anwar Diam Seribu Bahasa Dalam Isu Pongal dan Calit di Dahi?

Semenjak kecoh laporan berhubung Anwar menghadiri perayaan Pongal dengan perarakan di atas kereta lembu dan kemudian di calit pada tahinya tidak ada satu patah perkataan disiar oleh beliau di blog rasminya.

Bisunya Anwar ini menjadi tanda-tanda di kalangan beberapa ulama dalam pimpinan PAS. Masyarakat umum turut merasa hairan kenapa Anwar sendiri tidak bela dirinya sendiri. Kenapa harus dibiar Dr. Mohd Nor Manuty sahaja yang memberi penjelasan bagi pihaknya? Baca di sini.

Dalam pada itu pandangan orang ramai dialihkan kepada isu yang tidak masuk akal seperti kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dengan mendapat restu kerajaan Malaysia. Walhal isu Anwar memberi sokongan penuh kepada kerajaan Israel yang dizahirkan dalam laporan WSJ hendak dilupakan walaupun PAS telah membantah keras.

Berbalik kepada Anwar hadir perayaan keagamaan Hindu dan membabitkan diri dalam upacara keagamaan iaitu diarak atas kereta lembu yang dihiasi dan dahinya dicalit dengan suatu istidat yang tidak dapat disangkal berunsur Hindu – media-media pro-Pakatan pun bersilat mengalih isu.

Kliklah mana-mana media alternatif yang lantang bersuara ingin ketelusan media. Mereka turut tidak telus melaporkan berita apabila terkena atas batang hidung mereka. Kalaulah mereka nanti yang jadi pemerintah – entah apa akan jadi terhadap ketelusan media yang mereka cakap-cakap itu.

Anwar yang selalunya cepat menjawab "fitnah" dan menuduh musuhnya dengan pelbagai cerita kini terketar kerana ketelanjuran akidah ini. Anwar MESTI BERTAUBAT. Jangan ada ustaz-ustaz lain yang hendak mengiyakan lagi perkara yang Anwar buat ini. Cukup setakat Dr. Mohd Nor Manuty seorang sahaja.

Sahabat-sahabat dalam PAS – mesti berani tegur. Jangan kita laungkan slogan-slogan yang retorik. Jangan kita hanya nampak kesilapan musuh. Kesilapan rakan wajib juga ditegur. Mungkin kerana agenda politik mereka sekadar menolak dalam hati – itu selemah-lemah iman. Tapi jangan dalam hati turut menerima. Kita tidak boleh bersama dalam kekufuran.

Mungkin apa yang dikatakan terhadap Anwar dengan Pluralisme Agama ada kebenaranlah.

Apabila Anwar bisu lagi kali ini ianya menyerupai tindakan Anwar sebelum ini dalam Mengapa Ketua Pembangkang Tidak Membuat Pendirian Tegas Dalam Isu LBGT dan Seksualiti Merdeka? Mengapa dalam dua hal ini Anwar berdiam diri?

Sekian, IB

FAKTA: Mahathir memang tinggi hidungnya... kahkahkah...

Posted: 26 Feb 2012 07:35 AM PST

Si ego Dr M kehilangan sokongan dalam Umno

Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad telah membuat satu kesimpulan terburu-buru bahawa debat antara Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang membuang masa. Ini tidak benar sama sekali kerana terdapat beberapa isu utama yang perlu diketengahkan dan diterangkan kepada rakyat melalui perdebatan. Siapakah yang lebih baik untuk menjelaskan isu ini jika bukan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sesebuah negara?

Mahathir juga berkata bahawa rakyat Malaysia belum matang, tidak seperti Amerika. Ini adalah satu penghinaan! Jika benar, ia mencerminkan pemerintahan selama 22 tahun Mahathir yang mengesahkan hujah bahawa dia menyekat pemikiran rakyat dengan dasar yang sengaja dibuat untuk memperbodohkan mereka supaya kepentingan diri dan kroninya terpelihara.

Sudah tentu, rakyat Malaysia telah matang untuk memahami perbezaan antara yang baik dan buruk dan antara yang benar dan yang salah. Itulah sebabnya kenapa Mahathir begitu dibenci hari ini kerana rakyat tahu ketidakikhlasannya dan salah lakunya keatas mereka! Bagi Mahathir, ini hanya bererti bahawa mereka 'tidak matang' dan mudah 'dikelirukan' kerana tidak menghargai kebaikan dan kemurahan hati beliau.

Malang baginya, rakyat Malaysia sudah jauh lebih bijak daripada apa yang difikirkannya. Contohnya, mereka tahu dia perlu memberikan penjelasan dan membawa kembali RM888bil wang haram yang dibawa keluar dari negara ini oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akibat rasuah.

Mengaku, tetapi tidak mahu berdepan masalah

Mahathir juga menegaskan bahawa debat tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Maka, beliau mengakui bahawa terdapat banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan tetapi terpaksa dihadapi juga oleh rakyat. Bagaimanapun, beliau tidak mahu masalah-masalah dihadapi secara terbuka. Pada usia 55 tahun, Malaysia sudah semestinya cukup matang untuk berhadapan dengan masalah.

Perdebatan akan mengupas semua masalah yang dihadapi oleh rakyat dan Najib boleh memberitahu rakyat bagaimana rancangannya untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya mengakui bahawa masalah itu benar-benar wujud dan bagaimana dia akan mengatasi masalah ini termasuk menteri yang dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Perdebatan seperti ini adalah baik kerana ia menyedarkan pihak kerajaan untuk sentiasa bekerja untuk rakyat dan bukan sebaliknya. Setakat ini, BN terlalu bernasib baik. Mereka bermaharajalela kerana beranggapan bahawa rakyatlah yang harus tunduk kepada mereka dan bekerja untuk mereka!

Tidak ada gunanya untuk cuba menyembunyikan masalah negara. Dengan cara ini, jika BN atau Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13, sekurang-kurangnya mereka tahu apakah punca kegagalan mereka. Selain itu, di Parlimen, ahli parlimen tidak membangkitkan isu-isu, penting untuk diperdebatkan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah. Jadi, apakah yang ditakutkan Mahathir? Atau adakah dia hanya kecewa kerana Anwar tidak pernah mencabarnya untuk berdebat? Ini mungkin juga benar kerana Mahathir suka akan populariti – dan disukai ramai!

Mahu dijemput Anwar juga?

Mahathir seterusnya mendakwa yang Anwar sering berubah pendapat untuk memuaskan hati orang Cina, India dan Islam bergantung kepada keadaan. Tidak pernahkah Mahathir melihat Najib memakai kurta semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini? Tidakkah Najib menyebut tentang perkara-perkara yang sedap didengari oleh orang India dan memakai baju tradisi kaum India untuk perayaan itu?

Tidak sedarkah Mahathir bahawa ucapan Thaipusam Najib memfokuskan kepada isu-isu berkenaan kaum India dan berjanji jika mereka membantu Najib, Najib akan membantu mereka?

Jika Mahathir sangat bijak, buktikan dalam pemerintahannya selama 22 tahun, pernahkah dia bercakap dengan orang Melayu dengan istilah Tamil, memakai kurta dan bercakap tentang agama Hindu dan perihal masalah yang dihadapi kaum India di Malaysia?

Mahathir menuduh Anwar dan penyokongnya hanya mahu menjadi perdana menteri. Bagaimana pula dengan dirinya? Bukankah tujuan utama orang menyokongnya adalah kerana mahu melihat dia menjadi perdana menteri pada suatu ketika dulu? Adakah dia juga telah lupa akan tujuannya dulu?

Jadi kenapa sibuk nak jadi presiden UMNO dan mendatangkan masalah pada masa Tunku Abdul Rahman sehinggakan Tengku Razaleigh mencabarnya di mahkamah sehinggakan UMNO diharamkan? Mahathir pula bersusah payah memberi nafas baru bagi UMNO dengan mendaftarkan semula UMNO baru itu.

Dr M jadi bahan lawak jenaka

Kenapa bersusah payah begitu? Kenapa tidak dibiar Tengku Razaleigh menjadi presiden UMNO. Ku Li seorang lelaki yang baik, lebih popular dikalangan orang Melayu berbanding Mahathir. Terpelajar dan mempunyai latar belakang yang mengagumkan. Kenapa tidak dibiarkan sahaja Ku Li menjadi PM dahulu ya?

Sebenarnya Mahathir telah menjadikan dirinya sebagai bahan lawak jenaka persis Ibrahim Ali dan Hasan Ali. Rakyat Malaysia, walaupun dari kalangan UMNO-BN tahu ini bukan kerana Anwar.

Ia bukan kerana ABU-asalkan bukan UMNO. Sekali lagi dalangnya adalah Mahathir dan Najib. Hasil pentadbiran bobrok yang telah menjadikan penyokong mereka hilang minat. Sekaligus ini bakal menyebabkan kehancuran parti.

Najib turut abaikan UMNO

Daripada sibuk mengkritik dan meminta anaknya Mukhriz dijadikan PM dalam masa yang terdekat, Mahathir patut sedar yang Najib juga ada kemungkinannya bakal meninggalkan UMNO.

Benar, Najib mungkin akan mengabaikan UMNO, walaupun bukan dengan memutuskan hubungan atau menyertai atau menubuhkan parti baru. Najib sudah merendahkan martabat UMNO seperti apa yang telah dilakukannya kepada MCA , MIC dan Gerakan. Kurang pengawasan ke atas mereka kerana sibuk menumpukan perhatian pada dirinya sahaja dan sekaligus menjadikannya kurang menarik kepada rakyat.

Mahathir perlu sedar akan kepincangan yang telah mengakibatkan kurangnya sokongan Melayu pada UMNO tanpa adanya pengaruh dari kumpulan Najib mahupun Badawi. Jika dia meneruskan dirinya begitu, tiada siapa yang akan mendengar katanya. Dia akan diingati sebagai seorang penjahat, sentiasa dipersalahkan ke atas apa yang telah berlaku di dalam UMNO dan BN. Sebenarnya, dia telah pun menjadi seperti demikian.

Wahai Dr M, jangan hanya menyalak sahaja. Adalah lebih baik jika anda menerima bahawa ada orang yang lebih bijak daripada anda juga, bukan sahaja musuh politik dari dalam UMNO, tetapi juga dari kalangan rakyat biasa.

Satu-satunya yang menjadi penyelamat Mahathir adalah harta kekayaannya. Ini boleh membeli perlindungan baginya dan mengekalkan pengaruh politik beliau. Tidak syak lagi, kekayaan Mahathir boleh bertahan untuk beberapa hayat, tetapi tanpa kuasa politik - seperti dalam kegagalan BN pada pilihan raya – wang berbilion-bilion pun tidak berguna.

Wang, sepertimana yang sering katakan, tidak boleh membeli semua benda! Mungkin saling menghormati sesama manusia adalah penyelesaian yang lebih baik daripada populariti politik yang berpanjangan kesan daripada politik wang dan penindasan.

Malaysia Chronicle

FAKTA: La ni bukan mamak dah jajah UMNO ka?

Posted: 26 Feb 2012 04:00 AM PST

Tanah Melayu tak pernah dijajah sepenuhnya: Pakar Sejarah

KUALA LUMPUR- Tanah Melayu tidak pernah dijajah secara sepenuhnya oleh British kerana orang Melayu masih mempunyai tempat dalam perkara tertentu, kata pakar sejarah Malaysia, Datuk Prof Ramlah Adam.

Beliau berkata, antara bukti perkara itu ialah pengekalan institusi raja Melayu dan peranannya dalam hal ehwal agama Islam serta adat istiadat orang Melayu.

"Meskipun British memegang kuasa pentadbiran di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka, mereka tidak buang terus peranan raja Melayu yang dianggap sebagai elemen penting terutama sebagai anggota mesyuarat...yang mereka hapuskan adalah peranan pembesar negara seperti Bendahara dan Temenggong," katanya.

Ramlah yang berkata demikian pada Kolokium Sejarah Malaysia, di Universiti Malaya di sini hari ini, mendasarkan pandangannya pada sejarah Tanah Melayu.

Beliau turut menyentuh sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan perjuangan menentang Malayan Union.

"Semua tokoh sejarah memainkan peranan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dengan pelbagai cara...jadi untuk membina negara bangsa Malaysia yang benar-benar memahami sejarah kita perlu merujuk dari perjuangan asal tokoh terdahulu.

"Tapi kita harus ingat antara mereka ni ada yang berjaya dan ada yang tidak kerana ada yang guna cara lurus dan ada juga yang belok kanan belok kiri," katanya.

Ramlah juga menyentuh perjuangan Bapa Kemerdekaan negara Tunku Abdul Rahman yang dipilih sebagai pemimpin pertama oleh semua kaum di Tanah Melayu.

Katanya jika diteliti perjuangan tokoh kemerdekaan Melayu pada zaman dahulu, tradisi berbincang dan bertolak ansur merupakan resepi utama kejayaan mereka mendapatkan kepercayaan dan kuasa memerintah daripada rakyat.

"Sebenarnya tiada beza perjuangan dahulu dengan sekarang....kekejaman bukan modus operandi yang betul untuk seseorang mendapatkan kuasa dalam sesebuah negara.

"Dulu kita ada parti haluan kanan dan kiri, sekarang ada parti kerajaan dan pembangkang serta tak terkecuali penyokong yang bersifat subversif, tak ada beza....jadi saya harap sejarah tidak dijadikan politik pihak tertentu untuk kepentingan peribadi mereka," katanya.

Ramlah banyak menulis buku dan menjalankan penyelidikan sejarah selain pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara.

- BERNAMA

Ada bangsa UMNO memana boleh tolong jawab nih...

Posted: 26 Feb 2012 02:00 AM PST

NFC: Mengapa orang kaya dilindungi dan rakyat Malaysia biasa dipenjarakan?

Setelah kontroversi dan spekulasi ditimbulkan ke atas kejatuhan politik RM250juta NFC, pihak berkuasa Malaysia telah dituduh menutup mata dan telinga dalam usaha untuk mencuba dan 'memujuk' seorang saksi utama untuk menukar keterangannya, sambil memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti Umnonya masa untuk membetulkan 'cerita' mereka.

"Tiada sebarang maklum balas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau polis. Adalah jelas mereka cuba menutup walaupun terdapat SMS yang mencukupi dan jelas sebagai bukti untuk membuat tangkapan," N Surendran, peguam untuk Shahzubahrin Ismail, orang tengah yang didakwa menipu Salleh Ismail, ketua NFC dan suami menteri Umno Shahrizat Jalil.

Dalam satu kenyataannya kepada pihak polis, Shamsubahrin bukan sahaja menafikan tuntutan Salleh tetapi memberikan bukti di kaunter dalam bentuk SMS bahawa ia adalah Salleh yang bertanya kepadanya untuk bantuan dalam mempengaruhi siasatan polis.

Melindungi orang yang kaya dan berkuasa

Menurut Shamsubahrin, Salleh terdesak untuk menutup kes itu, menawarkan beliau RM1.76juta untuk merasuah polis. Shamsubahrin telah menyatakan tuduhan ini dalam laporan polis dimana Surendran telah menunjukkan salinannya kepada pihak media.

Bagaimanapun, polis memilih untuk mendakwa dan menyimpan dalam reman "Datuk Fix-It" yang berusia 45 tahun, itu merupakan gelaran lain Shamsubahrin. Beliau telah dibawa ke mahkamah dan didakwa dengan menipu Salleh dengan yuran perundingan yang keterlaluan. Mahkamah telah menetapkan 4 April hingga 6, 14 Mei hingga 18, dan 21 Mei hingga 25 sebagai tarikh perbicaraan di mahkamah.

Adalah ketara bahawa tiada tindakan telah diambil untuk menangkap Salleh setakat ini walaupun kenyataan dan banyak bukti Shamsubahrin yang dibekalkan oleh pemberi maklumat lain seperti Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dari PKR. Dalam Umno pun, terdapat panggilan supaya dia ditangkap dan supaya isterinya untuk menarik diri dari kedua-dua kedudukannya dalam jawatan Kabinet dan sebagai ketua Wanita Umno.

"Mereka yang kaya dan berkuasa di FC dilindungi tetapi rakyat Malaysia biasa seperti Shamsubahrin yang dipenjarakan. Ia memeranjatkan kerana mereka tidak akan bertindak walaupun ada bukti SMS. Pihak berkuasa bukan sahaja perlu mengambil tindakan segera ke atas skandal rasuah SMS ini tetapi mereka mesti juga menjelaskan kegagalan mereka untuk mengambil tindakan sehingga kini," kata Surendran.

Putaran tipu muslihat dan rasuah

Malah, terdapat lebih daripada apa yang boleh dilihat dalam keseluruhan skandal NFC ini. Selain dari rasuah terang-terangan, ia adalah paya pergaduhan panglima perang UMNO semua berangan untuk membasuh tangan mereka dari skandal ini dan pada masa yang sama menuding jari di antara satu sama lain dalam usaha untuk lari daripada tanggungjawab ini.

Pemain utama dalam kejatuhan NFC bukan sahaja termasuk Shahrizat dan keluarga, tetapi juga Najib sendiri kerana didakwa mengacau isu dalam usaha untuk menggantikan Shahrizat dengan Raja Nong Chik di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang sudah lama dipegang oleh Shahrizat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meluluskan projek NFC kepada keluarga Shahrizat pada tahun 2006, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat.

Konflik dalaman Umno

NFC adalah satu projek penternakan lembu yang bertujuan untuk membekalkan daging lembu yang murah harganya kepada negara. Pinjaman lembut kerajaan sebanyak RM250mil telah dilanjutkan untuk melancarkan projek, tetapi Salleh dan keluarga menghabiskan sebahagian besar wang pada kondominium mewah di Singapura dan Bangsar, tanah kediaman, percutian luar negara, bil kad kredit yang besar dan sebagainya.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang dianggap sebagai jurucakap Najib mengakui bahawa terdapat pecah amanah dalam cara pinjaman itu telah digunakan, tetapi sekali lagi tiada tindakan telah diambil.

Ini telah mendorong syak wasangka bahawa Najib sengaja melambatkan tindakan diambil ke atas skandal NFC dan menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan timbalannya Muhyiddin dan puak Badawi.

UMNO akan menghadapi pilihanraya dalaman lewat tahun ini dan kedudukan Najib sebagai presiden adalah untuk dimenangi. Muhyiddin dijangka untuk mencabar Najib, manakala Badawi sekali lagi mungkin menyokong MB Melaka Ali Rustam.

Bukti pembaziran dan ketidakcekapan

Sementara itu, aduan terbaru ladang satelit yang terbengkalai di Manjung di bawah program Pusat Fidlot Negara telah menekankan pembaziran dan salah urus oleh keluarga Shahrizat.

Timbalan pesuruhjaya PAS Perak Misbahul Munir Masduki memberitahu akhbar bahawa beliau menemui kira-kira 100 ekar tanah ragut telah dibiarkan terbengkalai walaupun kawasan itu telah siap sepenuhnya untuk projek semasa lawatan baru-baru ini. Menurut Misbahul, lembu sepatutnya dibekalkan kepada pelabur di ladang Manjung, yang telah dimulakan empat tahun lalu apabila kawasan itu ditukar menjadi sebuah pusat pengeluaran makanan.

Adalah juga difahamkan bahawa Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangunkan infrastruktur seperti pembinaan 2 bangsal lembu yang boleh menampung 600 lembu pada satu masa, elektrik dan bekalan air serta pagar.

Walau bagaimanapun, tidak ada satu lembu pun yang disediakan.

"Berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dibazirkan dalam projek ini. Kami mahu kerajaan negeri menjelaskannya," kata Misbahul.

Malaysia Chronicle

MB Azizan ni dok kira HAK dia ja...

Posted: 26 Feb 2012 01:30 AM PST

Azizan: Saya Ada Hak Lantik Exco Tanpa Rujuk Presiden Parti

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua Exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana.

Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Exco tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.- SPR

Kahkahkah... Lawak, lawak... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2012 10:00 PM PST

Usaha jatuhkan Menteri Besar Kedah


KUALA LUMPUR – Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

"Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

"Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan 'Anwarinas' dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

"Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan 'Anwarinas' dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan 'pemberontakan' empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk 'menikam' rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

"Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.

-Utusan

Tolong la percaya kat Mahathir... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2012 09:11 PM PST

Siapa mengaut untung hasil penyenaraian Felda: Percaya Ku Li atau Dr M?

Keputusan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) adalah tidak lebih daripada percubaan untuk mendapat keuntungan sebanyak mungkin bagi orang-orang yang yang berkepentingan besar dalam FGVH, 1 unit yang sering mengalami kerugian dalam pelaburan luar negara yang telah dijalankan oleh kumpulan penasihat kewangan Perdana Menteri Najib Razak.

Malah, Najib telah sedaya upaya cuba mewajarkan keperluan penyenaraian FGVH, dan paling utama dalam hujahnya ialah ini merupakan satu cara untuk menambah lebih banyak wang ke dalam poket peneroka Felda. Memang benar kata Najib, peneroka Felda akan mempunyai lebih banyak wang tetapi seperti biasa, dia TIDAK memberitahu keseluruhan kebenarannya.

Wang akan mengisi poket peneroka, semasa penyenaraian awal tetapi dalam jangka masa yang panjang adakah peneroka akan menikmati limpah kurnia yang telah mereka kecapi sejak berdekad penubuhannya lalu.

Menjamin Felda Global yang kerugian besar?

Tetapi anak-anak syarikat FGVH seperti IffcoSdnBhd FELDA, FELDA Global Technologies, Felda Global Ventures Timur Tengah dan Felda Global Ventures Saudi dilaporkan telah mencatatkan kerugian berjumlah kira-kira RM500 juta sehingga tahun lepas.

Badan utama secara keseluruhannya adalah masih menguntungkan. Sebenarnya, FELDA Holdings mempunyai tenaga kerja berjumlah 19,000 orang, dengan tenaga buruh seramai 46.795 pekerja di 300 buah estet, 70 kilang minyak sawit, tujuh loji penapisan, 4 kilang penghancuran tumbuhan, 13 kilang getah, kilang pembuatan dan beberapa logistik dan pemasangan pukal yang berada di seluruh Malaysia dan beberapa lokasi di luar negara.

Tetapi pengkritik menegaskan bahawa cadangan penyenaraian akan menyaksikan FGVH yang sering rugi mengabil alih kawalan Pelaburan FELDA Koperasi (KPF) yang akan menukarkan keuntungan pekebun kecil dibawah FELDA dengan RM1.5 bilion defisit tahunan. Oleh itu, pembuat keuntungan Felda Holdings akan menyaksikan dirinya berhutang selepas penyenaraian dan akan menjejaskan setiap peneroka kecil yang ada di bawah naungan mereka.

Keseluruhan idea meletakkan sebuah syarikat yang menguntungkan di bawah kawalan yang telah terbukti gagal dalam perniagaan, adalah tidak logik dan merupakan pelan perniagaan yang buruk. Tetapi ini juga adalah rancangan yang diilhamkan oleh Najib. Seperti ramai penganalisis memberi amaran ini mungkin tindakan untuk bailout FGVH, yang telah lama diuruskan oleh penasihat dalaman Najib.

Kebenarannya lebih banyak disembunyi

Apa yang Najib dan Mahathir gunakan sebagai justifikasi untuk penyenaraian cuma penghujung ceritanya sahaja. Setelah disenaraikan di Bursa Malaysia, pelabur-pelabur baru akan membeli saham tambahan dan ini akan menyuntik lebih banyak wang ke Felda. Wang itu akan dinikmati oleh segenap lapisan kecil pemegang saham dan premium daripada penjualan saham juga boleh digunakan untuk membayar dividen – inilah yang dinantikan oleh kedua-dua Najib dan Mahathir.

Tetapi persolannya adalah berapa banyak saham yang perlu peneroka Felda serahkan untuk mewujudkan tawaran-tawaran bagi pelabur baru? Dan siapakah pelabur ini? Ini sangat penting kerana pada dasarnya, peneroka Felda penyerahan hak ke atas Felda sebagai balasan untuk wang cepat. Dalam jangka masa panjang, nasib peneroka Felda akan ditentukan oleh mereka yang memegang kepentingan dalam Felda yang telah disenaraikan.

Dan kebenaran ini tidak diberitahu oleh Najib dan Mahathir kepada peneroka Felda dan rakyat Malaysia.

Kerajaan Najib berkata langkah itu akan menyebabkan bayaran RM5.9 bilion sekali gus kepada peneroka tetapi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah menegaskan, ia bukanlah dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk saham di dalam FGVH. Mereka perlu berhati-hati dengan ini. Peneroka mungkin mendapati diri mereka ditinggalkan dengan keping kertas yang tidak laku. Minggu lepas, sekumpulan peneroka, mewakili KPF, telah berjaya mendapat satu perintah mahkamah sementara yang menghalang pemindahan saham mereka dari koperasi ke FGVH, satu langkah penting dalam rancangan Putrajaya untuk menyenaraikan firma perladangan itu.

Satu lagi skim cepat kaya pemimpin UMNO

Kedua-dua Najib dan pengerusi Felda, Isa Abdul Samad menegaskan bahawa penyenaraian akan dilancarkan mengikut jadual. Rancangan itu kini ada satu jentera khas (SPV) untuk memastikan keuntungan daripada penyenaraian FGVH akan disalurkan terus kepada peneroka; sudah tentu kita tahu siapakah yang akan menerajui SPV ini, tetapi SPV ini akan mengambil alih peranan KPF. Dan jika pelantikan kontroversi Isa yang tidak popular sebagai pengerusi Felda diambil kira oleh peneroka, dengan yakin, ketua SPV nanti juga adalah lelaki 'yes man' Najib.

Mekanisma Felda adalah 100% dimiliki oleh kerajaan, ia akan perlu membeli ekuiti dalam Felda Holdings Bhd KPF untuk memberi mereka kepentingan dalam FHB. Apabila ini berlaku, tidak akan ada apa-apa dapat dilakukan untuk menghentikan pemindahan saham dari FHB ke FGVH dan akhirnya penyenaraian oleh FGVH.

Sememangnya ini adalah 'skim cepat kaya' yang hanya boleh memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk membeli saham dari FGVH. IPO dengan serta-merta mendapatkan kepentingan dari peneroka dan berkhidmat kepada pembida tertinggi.

"Para peneroka sendiri tidak akan mampu untuk membeli saham dan mengembangkan syarikat. Jadi penyenaraian adalah satu cara untuk menyuntik modal lebih dan pelaburan. Akhirnya, peneroka akan diberikan dividen yang sama. Jadi, mereka tidak akan kehilangan apa-apa," kata Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Pemilik Malaysia OSV di sini.

Tapi apakah harga yang harus dibayar oleh peneroka? Adakah Mahathir pernah terfikir akan kemungkinan ini? Pernahkah Mahathir berfikir kenapa sehingga sekarang, peneroka Felda tidak mampu untuk membeli saham dan mengembangkan syarikat mereka? Siapakah Mahathir untuk menentukan sama ada IPO itu baik atau tidak.

Tawar gula pada peneroka tapi kilang gula pula dilelong

Dalam temuramah bersama Tengku Razaleigh Hamzah, dia menerangkan bila penyenaraian itu berlaku, tanah hak milik peneroka Felda akan berada di pasaran terbuka. Bila sudah berada dipasaran, Razaleigh memberi amaran bahawa sesiapa sahaja boleh membeli sahamnya jika pembeli mampu. Ini boleh mengakibatkan peneroka kehilangan tanah mereka jika pegangan saham mereka dijual kesemuanya.

"Jika harga saham melonjak naik, dan pemegang saham mahu untung, sudah tentu mereka akan menjual saham mereka kepada orang lain. Agak bodoh jika mereka tidak mahu mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan pada masa itu. Tanah yang mereka miliki akan menjadi milik orang lain. Ini amat berbahaya", kata Ku Li, putera Kelantan yang juga MP Gua Musang.

Ini merupakan idea Najib untuk mengayakan pemegang saham kecil peneroka Felda. Setelah menjanjikan mereka gula-gula, dia pula melelongkan kilang gula kepada pembida tertinggi.

Persoalan yang perlukan jawapan dengan segera adalah kenapa dengan tiba-tiba, ada keperluan untuk menyenaraikan Felda? Adakah ini bermakna laporan tentang kerajaan Malaysia kehabisan dana adalah benar? Atau adakah ini merupakan perjanjian yang akan memberi keuntungan lumayan daripada IPO iaitu skim cepat kaya UMNO? Sementara menantikan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan, tekaan sudah tentu sahaja sama dengan kami.

Malaysia Chronicle

Anwar: Nik Aziz 'tok guru' saya

Posted: 25 Feb 2012 08:05 PM PST

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media arus perdana tidak mempunyai harapan untuk "melaga-lagakan" beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keselamatan Israel.

Mendedahkan secara ringkas isi pertemuan beliau dengan Nik Aziz beberapa hari lalu, Anwar menganggap jika pergaduhan itu berlaku, ia merupakan "hadiah paling besar" bagi media arus perdana.

"Kalau saya gaduh dengan Nik Aziz, bagi mereka (itu) hadiah paling besar.

"(Gaduh) dengan Nik Aziz, dia tok guru saya, tidak ada harapan (tengok) saya nak bergaduh dengan dia (Nik Aziz)," kata Anwar dalam ceramahnya di Kuantan semalam.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, menteri besar Kelantan itu bertanya beliau mengenai dakwaan 'menyokong' Israel, ketua pembangkang menunjukkan kepada Nik Aziz, laporan bahawa beliau menyebut perkataan 'contingent' yang membawa maksud "tertakluk dengan syarat".

Bagaimanapun, Anwar menegaskan perkara tersebut tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Tok Guru kata tak tahu cerita panjang, minta penjelasan. Saya jelas, saya tetap (membela) rakyat Palestin.

"Tetapi PAS tak mahu terus (iktiraf) pada Israel," kata Anwar di hadapan lebih 500 penyokong di sebuah tanah lapang dalam kawasan Pejabat Perhubungan PKR negeri.

Katanya, antara syarat tersebut adalah menerima negara Palestin, kembalikan Baitulmaqdis, melepaskan Gaza dan tidak membunuh rakyat Palestin.

"(Israel) terima syarat tak?... Tak terima. Jadi (saya) tak (sokong Israel)... Apa parti Umno, hari-hari kena (buat) fitnah," katanya sambil menempelak parti itu yang didakwanya mahu menang dengan memfitnah.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan berkata beliau amat menghormati Mursyidul Am iu dan pandangan PAS.

"Nik Aziz, dia baik, kita hormat beliau," katanya Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu Selasa lalu, Anwar dilapor berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini, selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.

Dalam pertemuan selama 40 minit itu, Anwar yang juga ketua pembangkang berkata beliau tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirundingkan mereka di Doha, Qatar dua minggu lalu.

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian PAS yang tegas tentang Israel, " katanya .

Dalam ceramahnya beberapa jam sebelum berlangsungnya Himpunan Hijau 2.0, Anwar berkata beliau berjanji untuk "melepas" pelajar dari beban hutang Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) dalam masa satu hingga dua tahun jika mentadbir Putrajaya.

"Dalam masa satu atau dua tahun kita lepaskan (mereka) dari PTPTN. Kita buat macam Erdogan dalam masa tiga tahun untuk lupuskan pinjaman (pendidikan)," katanya sambil menambah Turki memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.- M'kini

Himpunan Hijau 2.0: Hekellehh... 10 ribu ja ka...

Posted: 25 Feb 2012 07:48 PM PST

Hampir 10 ribu hadir, laman web Lynas digodam

Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.

LAPORAN LANGSUNG


10.40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.

10.30am: Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.

Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya".

10.20am:Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.

10.17am:Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.

Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.

Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.

"Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat," kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.

10.15am: Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.

Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul.

10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan Pak Samad untuk berucap.

Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".

"Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas".

Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua.

Katanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini.

"Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.

10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.

Memandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.

Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat' sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.

10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup.

Katanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan.

Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi.

Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi.

9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction.

9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu.

Kebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu.

Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan.

9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan "Kami mahu Lynas ditutup".

Andansura adalah juga pengarah Badar. Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai.

Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia.

9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas", "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu.

9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis.

Meskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau.

Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya.

9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup.

Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara.

Tindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai.

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.

Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.

Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.- M'kini

KHALWAT: Badrulamin di perangkap...

Posted: 25 Feb 2012 07:03 PM PST

Badrulamin nafi ditangkap 'khalwat'

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Pemimpin PKR Selangor Dr Badrulamin Bahron menafikan tuduhan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuantan semalam, sebaliknya mendakwa menjadi mangsa "perangkap dan berniat memalukannya."

Anggota majlis tertinggi PKR itu menjelaskan dalam satu kenyataan malam tadi bahawa beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

"Kenyataan oleh timbalan pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa saya ditahan kerana berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya percaya insiden ini telah dirancang untuk perangkap dan memalukan saya," katanya.

Badrulamin menjelaskan wanita itu terlebih dahulu menghubunginya pada Jumaat lalu, mengatakan dia mahu lari daripada rumah kerana "bimbang akan keselamatannya."

Beliau berkata telah menasihatkan wanita itu tetapi wanita itu dan anaknya kemudian tiba secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi, di lokasi di mana beliau menghadiri mesyuarat PKR selama dua hari.

"Saya mengenali pasangan suami isteri itu sejak setahun lalu apabila wanita itu dan keluarganya menemani saya menunaikan umrah.

"Pasangan itu sering menghubungi saya, meminta nasihat tentang masalah keluarga termasuk keganasan rumahtangga. Dalam usaha membantu mereka, isteri saya dan saya juga ada mengunjungi keluarga mereka di Rompin," katanya.

Kata beliau, melihat keadaan wanita itu dan anaknya pada masa itu, beliau memutuskan menempah bilik hotel untuk mereka.

Tetapi pada 2.30 pagi, beliau berkata, suami wanita itu tiba dengan ditemani 20 individu tidak dikenali "mengepung dan menyerang" beliau. Suami wanita itu kemudian "secara paksa" mengheret wanita itu dan anaknya keluar.

"Lelaki yang berkelakuan seperti samseng itu hanya berhenti memukul saya selepas pihak berkuasa tiba dan menghalang mereka," katanya.

Bagaimanapun, Badrulamin tetap tidak dibenarkan meninggalkan bilik itu.

Kira-kira 20 minit kemudian, pegawai JAIP tiba untuk menahannya, kata beliau.

"Dengan penjelasan ini, saya harap semua pihak akan berhenti membuat tuduhan dan memfitnah saya.

"Sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian," kata Badrulamin.

Beliau menambah telah dipanggil membantu siasatan JAIP pada 27 Februari dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.- TMI

HAIRAN di BERITA HARIAN: Azizan diboikot...

Posted: 25 Feb 2012 06:05 PM PST

AZIZAN meninggalkan Ibu Pejabat PAS Kedah di Kota Sarang Semut selepas mesyuarat khas parti, semalam.5 EXCO PAS Kedah pulau mesyuarat khas bersama MB
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan apabila lima ahli EXCO PAS Kedah memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya, kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini.

Mereka yang tidak hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang). Selepas empat tahun, saya masih bertahan. - Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul. Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.

Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang enggan menemui pemberita. Akhbar semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.

Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya, berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang).

"Selepas empat tahun, saya masih bertahan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam.

Mengulas tindakan Phahrolrazi yang didakwa mengosongkan pejabatnya sejak beberapa hari lalu, Azizan berkata: "Saya tidak pernah turun pejabat depa (EXCO).

Phahrolrazi pula berkata, dia bercuti sehingga 1 Mac ini dan belum menerima jemputan majlis pelantikan semula jemaah EXCO Selasa ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, desakan pihak tertentu agar Azizan berundur, satu lagi bukti kepemimpinan pembangkang berdepan masalah.

"Kita akan melihat perkara ini dari jauh, namun ia jelas menunjukkan PAS dalam masalah," katanya.

Update Himpunan Hijau 2.0

Posted: 25 Feb 2012 05:19 PM PST

Himpunan Hijau 2.0: Orang ramai mula berkumpul

Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.

LAPORAN LANGSUNG

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.

Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.

Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.

9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat.

Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian.

8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis dari NGO mesra PKR, Jingga 13, mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon.

Seorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!"

"Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu.

8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun.

Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'.

8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi.

Kumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan Lynas".

8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang MPK1.

Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat.

8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar.

Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba.

Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar.

Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4.

8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau.

Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub.

8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi."

8:02amPengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ.

Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4.- M'kini

Berat dakwaan nih...

Posted: 25 Feb 2012 04:40 PM PST

Jika Raja Bayangan Allah, Mufti Bayangan Syaitan?

by: ramziredang

Jika harussani berani berkata secara ringkas bahawa raja adalah bayangan Allah di muka bumi ini,tanpa ada bacaan hadis dan sanadnya dari sesiapa,tanpa ada penerangan raja yang sepertimana yang dimaksudkan, maka adakah boleh dikatakan ulama adalah bayangan syaitan di muka bumi ini?

Sepertimana sebuah hadis mengatakan sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit adalah ulama? Kata kata ini bersandarkan sebuah hadis yang diriwayatkah oleh al baihaqi yang disampaikan oleh Saidina Ali karromallahu wjh.

Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:"sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.(hadis riwayat baihaqi)

Fitnah di atas boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran,boleh ditafsirkan sebagai kerosakan,dosa,huru hara,kejahatan,hasad dengki,kelalaian, perpecahan umat atau mungkin pelanggaran hukum yang memang telah dilarang oleh Allah s.w.t. Juga boleh ditafsirkan sebagai satu gambaran yang salah terhadap sesuatu yang betul, atau sebaliknya. Itulah fitnah.

Yang anehnya seperti yang dimaksudkan di dalam hadis, semua fitnah itu datang dari perbuatan ulama.

Ulama

Hadis di atas hanya menyebut 'ulama' adalah sejahat jahat makhluk tanpa ada disebutkan secara ringkas ulama yang macamana. Cuma ayat sebelumnya menyebut 'masjid masjid tersergam indah tetapi kosong dari hidayah'. Yang menggambarkan betapa gagalnya ulama yang dimaksudkan oleh hadis ini, dalam membawa umat islam mengisi ruang masjid dan betapa pincangnya tugas ulama ini, ia membiarkan aqidah umat tergelincir dari hidayah.

Tugas seseorang ulama atau mufti adalah sentiasa mengeluarkan umat dari kegelapan. Mengelakkan umat dari perkara yang meragukan kepada perkara yang jelas. Menjawab kegelisahan kepada sesuatu kepada yang mendamaikan hati. Memberi amaran pula kepada yang selalu lupa kepada amaran Allah.

Raja.

Jika benar raja adalah bayangan Allah di muka bumi, sekadar seringkas itu patut difahami, maka alangkah beruntungnya maharaja jepun dan alangkah gembiranya raja siam. Ratu Elizabeth dan putera william boleh juga boleh menumpang gembira.

Juga alangkah betapa besarnya tanggungjawab orang islam di sana untuk taat kepada bayangan Allah ini.

Syaitan

Semua orang tahu bahawa syaitan atau iblis adalah sejahat jahat makhluk di muka bumi ini dan syaitan ini sudah tidak dibenarkan untuk naik ke langit lagi. Syaitan adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit ini.

Tetapi kenapa hadis ini menyatakan ulama adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit? Kenapa tidak disebut syaitan adalah sejahat jahat makhluk di bawah naungan langit? Kerana seperti mana ulama, Iblis adalah berasal dari malaikat yang alim. Nama asalnya adalah azazil. Kealimannya dan betapa kuatnya ia beribadat hinggakan dia diangkat menjadi guru kepada sekalian malaikat. Dia diusir kerana rasa bongkak dan lupa kepada tugas 'keikhlasan' sebenar sebagai seorang hamba terhadap khaliknya.

Rumusan

Jika 'raja adalah bayangan Allah di muka bumi', di mana pula salahnya 'ulama adalah bayangan syaitan di muka bumi'?, berpandukan hadis di atas.

Pramugari ditiduri hantu raya

Posted: 25 Feb 2012 02:30 PM PST

TINGKAP di bilik utama dipercayai menjadi laluan masuk hantu raya ke dalam rumah Keena. 

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

"Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu," tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

"Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

"Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk. 

"Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah," jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

"Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

"Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?" kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

"Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

"Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

"Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar," tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

"Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

"Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya," tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

"Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa," tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

"Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya," kata Shamsuri.

Kosmo

NGOK: Simpan la bangang tu kat orang lain sama...

Posted: 25 Feb 2012 12:00 PM PST

NGO desak Anwar minta maaf kenyataan sokong Israel

KUALA LUMPUR: Seramai 30 ahli Gabungan Keselamatan Negara dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia mengadakan demonstrasi hari ini membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong Israel dan mendesak ketua pembangkang itu memohon maaf kepada rakyat.

Demonstrasi secara aman yang berlangsung selama sejam mulai 3 petang itu, diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dengan anggota kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu mempamerkan sepanduk yang tertulis "mendesak Anwar Ibrahim pohon maaf secara terbuka pada rakyat Malaysia di atas kebiadaban Anwar sokong Israel".

Mereka juga menyediakan satu kain rentang untuk orang ramai menurunkan tanda tangan sebagai desakan agar Anwar memohon maaf.

Penganjur demonstrasi itu, Arman Azhar Abu Hanifah berkata perhimpunan itu merupakan satu inisiatif untuk mengambil tandatangan rakyat yang tidak sokong kenyataan Anwar terhadap Israel.

"Kalau seminggu Anwar tidak meminta maaf, kita anggap ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Petaling Jaya adalah kedutaan Israel secara tak rasmi," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.

Beliau juga menegaskan pihaknya akan menyerahkan kain rentang yang mengandungi tandatangan orang ramai itu kepada PAS Jumaat depan, jika parti itu tidak secara tegas menunjukkan pendirian mereka kepada rakan sekutu, PKR berhubung sokongan kepada Israel itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: