shalehudin |
- Nasib hang la Hassan Ali woii...
- Mat Sabu buat BN panaih telinga... kahkahkah...
- Malunya jadi bangsa UMNO... kahkahkah...
- Tak baik woo tuduh Polis kita camnih... kahkahkah...
- HANGAT!! Bekaih Imam nak mengajaq Najib... kahkahkah...
- Aikk... Professor kangkung ni baru nak sedaq kaa...
- Macam tak percaya aku camni punya teruk...
- HEBAT!! Tahniah la Piem Najib... kahkahkah...
- FAKTA: Sapa yang bagi restu samseng buli Anwar...
- PANAS!! Kisah Ah Long mintak tolong... kahkahkah...
- Amboii... Mahfuz pun gatai mulut gak ka...
Nasib hang la Hassan Ali woii... Posted: 21 Feb 2012 10:00 AM PST Logo Jati macam logo setan? Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini. Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'. Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu. http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html |
Mat Sabu buat BN panaih telinga... kahkahkah... Posted: 21 Feb 2012 08:00 AM PST Rundingan kerusi PR: Minggu depan bubar parlimen pun kita boleh selesaikan, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata bahawa rundingan kerusi untuk ditanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kalangan Pakatan Rakyat telah hampir selesai, malah seandainya diumumkan pembubaran parlimen pada minggu depan pun, beliau yakin ia dapat diselesaikan oleh PAS, DAP dan PKR. "Boleh kata kalau dia panggil bubar parlimen minggu depan pun kita boleh selesaikan perkara ini. Insyaallah," katanya dalam satu sidang media selepas satu forum berjudul "PRU 13: Peranan Strategik dan Kritikal PAS menjayakan Roadmap Pakatan ke Putrajaya", anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di Hotel Midah, tadi. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu (gambar kiri), mengakui wujud beberapa pertindihan kerusi yang ingin ditandingi, antara PAS dengan ADIL dan DAP dengan ADIL. Bagaimanapun, ketika ditanya sejauh manakah rundingan itu telah selesai, beliau memberi jawapan lebih kurang 80%. Malah, beliau berkata PAS mungkin bertanding lebih berbanding 66 kerusi parlimen ketika PRU 12, melonjak ke angka sekitar 80 kerusi parlimen, dengan pertambahan kerusi dari Sabah dan Sarawak. Menjawab soalan wartawan yang khusus kepada negeri Johor, beliau berkata Pakatan Rakyat tidak banyak mengusik status quo di negeri itu, dengan PAS bertanding lebih banyak kerusi di peringkat DUN, sementara PKR dan DAP lebih bertanding di peringkat parlimen. Mat Sabu sendiri tidak pasti sama ada beliau akan bertanding, malah mendakwa dirinya bersedia untuk akur seandainya parti memutuskan beliau tidak bertanding. Ketika menjawab sama ada Dewan Himpunan Penyokong PAS akan diberi peluang untuk bertanding atas tiket PAS, beliau berkata perkara ini masih dalam perbincangan, sambil menjelaskan bahawa penyokong PAS semakin menerima calon bukan Islam untuk mewakili PAS, berbanding tahun-tahun yang lalu. Tambahan pula, perubahan senario di Timur Tengah, menyaksikan bagaimana calon kristian yang diletakkan bertanding untuk Ikhwan Muslimin menang dalam pilihan raya di Mesir, akan memudahkan penerimaan muslim kepada calon bukan Islam dari PAS. 20 ribu dijangka hadir Himpunan Hijau 2.0 Di samping itu, Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS, menyeru agar ahli PAS turut serta dalam satu perhimpunan pada pagi 26 Februari (Sabtu) di Kuantan, untuk menyatakan bantahan terhadap kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, tentang bahayanya industri itu kepada penduduk setempat dan rakyat Malaysia. Beliau menjangka lebih 20 ribu orang akan hadir pada hari itu, dan berisytihar bahawa PAS akan bersama dengan badan-badan NGO yang menganjurkan perhimpunan ini pada 26 Februari 2012.- MR |
Malunya jadi bangsa UMNO... kahkahkah... Posted: 21 Feb 2012 06:43 AM PST Najib boleh pilih antara Anwar, Hj Hadi atau Kit Siang... Kut-kut la Najib tak berapa nak berani nak berdebat dengan Anwar Ibrahim, Najib boleh pilih untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan utama Pakatan Rakyat. TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS dah pun bagi persetujuan untuk berdebat, tu pun kalau Najib berani dan aku yakin Lim Kit Siang pun takdak apa-apa halangan kalau Najib pilih untuk berdebat dengan dia. Kalau nak dikira dan dibagi peluang, aku yakin pemimpin Pakatan Rakyat macam Mahfuz pun memang teringin sangat nak berdebat dengan Najib, malah mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat pun bersedia untuk berdebat dengan Najib. Tapi tak padan la pulak kut dengan status Najib sebagai Presiden Umno, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri. Yang paling padan tentu sekali dengan Anwar Ibrahim pasai dia yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat berjaya tawan Purtajaya selepas PRU13 nanti. Untuk pemimpin macam Mahfuz, boleh berpuas hati kalau dapat berdebat dengan Hishamuddin pun, sama taraf, masing-masing sebagai Naib Presiden, tapi kalau Mahfus debat dengan Hishamuddin, tentu punya Hishamuddin jadi lauk untuk Mahfuz. Cumanya, macam jugak Najib, Hishamuddin pun jenis penakut jugak, jenis "ANAK BAPAK", tunggu kucing bertanduk pun belum tentu Hishamuddin berani nak berdebat... Hahaha... Sumber: http://cenangau.blogspot.com |
Tak baik woo tuduh Polis kita camnih... kahkahkah... Posted: 21 Feb 2012 05:00 AM PST Polis sengaja biar provokasi samseng Umno di Parlimen Sembrong KUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut jaminan polis bahawa program anjuran Pakatan Rakyat selamat dari sebarang gangguan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nausution Ismail. "Kita kenal pasti 50 hingga 100 motosikal melibatkan kumpulan samseng upahan berusia antara 15 hingga 18 tahun. Melalui penduduk tempatan mereka ini samseng Umno. "Apakah jaminan polis untuk pastikan program politik Anwar Ibrahim dan lain-lain jika polis berpihak seperti ini?" katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Dalam kejadian malam semalam, sekumpulan samseng Umno membaling batu hingga cermin kereta Anwar retak manakala pintu kanan dan kiri kereta kemek akibat ditendang. Beliau kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis sudah dibuat Ketua Cabang KEADILAN Sembrong, Mohd Yusof di balai polis Kluang, pagi tadi. "Kayu, batu, telur busuk dan mercun bola dibaling melepasi kepala polis," katanya sambil menyifatkan krebiliti polis sangat memalukan. Mengikut laporan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Saifuddin berkata, lebih 20 anggota polis bertugas ketika kejadian sekaligus bermakna bilangan anggota tidak berseragam adalah tiga kali ganda. "Apakah kerana kawasan yang kita masuki itu kawasan Menteri Dalam Negeri, polis membenarkan tindakan ganas semata-mata untuk lindungi kedudukan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Parlimen Sembrong? "Apakah ketakutan mereka hilang sokongan sehingga terpaksa bertindak secara ganas terhadap program Pakatan Rakyat?" katanya. Saifuddin menegaskan, serangan samseng Umno itu tidak menggentarkan mereka, bahkan KEADILAN akan terus menggandakan program penerangan. "Tindakan ganas tak akan menyekat penerangan kita. Johor negeri paling berpotensi untuk Pakatan Rakyat. Kita tetapkan program gerak tumpu setiap minggu tanpa henti," katanya Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26876 |
HANGAT!! Bekaih Imam nak mengajaq Najib... kahkahkah... Posted: 21 Feb 2012 01:30 AM PST Bekas imam desak Najib batal hubungan dagang Malaysia-Israel KUALA LUMPUR: Bekas imam, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal serta-merta sebarang bentuk hubungan dagang Malaysia dengan Israel. "Selagi hubungan dagang ini berterusan, selagi itulah nyawa rakyat Palestin terancam. Setiap sen keuntungan syarikat Israel itu akan diguna untuk membeli senjata bagi membunuh rakyat Palestin," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini. Beliau mengulas pendedahan hubungan dagang syarikat tempatan melibatkan minyak sawit Malaysia dengan Israel. Selain itu, dua kapal Israel – Zim Atlantik dan Zim USA berlabuh di Pelabuhan Klang 16 Februari lalu. Malaysia menduduki tangga ke-15 sebagai 'The Major Trade Partner 2010′' (rakan dagang utama) dengan Israel, mengikut sebuah laman sesawang Kesatuan Eropah (EU). Shamsul ialah bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara selama 10 tahun sebelum dipecat kerana menyampaikan khutbah mengenai pemerintahan adil. Beliau menyifatkan, persepsi rakyat betapa Umno menjalin hubungan akrab dengan Israel adalah benar jika pentadbiran Najib enggan membatal hubungan dagang itu. "Kematian akibat penggunaan senjata hasil hubungan dagang Israel-Malaysia itu, 'sahamnya' (dosa) turut ditanggung pentadbiran Najib di akhirat kelak. Mac tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah firma perunding perhubungan pro Zionis-Israel yang mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel. Sehingga kini, Najib didakwa masih mengupah Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ini, seorang menteri Kabinet Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi juga dilapor bertemu Menteri Luar Israel. Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor Najib pula membayar jutaan ringgit kepada Jack Abramoff, seorang pelobi Zionis-Israel bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush. http://www.keadilandaily.com/?p=26851 |
Aikk... Professor kangkung ni baru nak sedaq kaa... Posted: 21 Feb 2012 12:00 AM PST Kecewa Keluarga Pemimpin Boros, Tidak Tutup Aurat KUALA LUMPUR : Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang. Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka. "Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan. "Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik," katanya yang dipetik Sinar Harian. Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam. Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena. Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian. Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan. Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku.- SPR |
Macam tak percaya aku camni punya teruk... Posted: 20 Feb 2012 10:00 PM PST Israel keluar masuk macam rumah sendiri Sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) membuat penghantaran dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Klang di Selangor. PETALING JAYA: Ketika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih membisu, terkedu dan terkial-kial mencari jawapan mengenai penghantaran sawit bagi membantu ekonomi Israel, kini terbongkar satu lagi data di laman web http://www.linescape.com/. "Satu carian di laman web tersebut telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia," kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard ketika menulis dalam blognya hari ini. Menurutnya, penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Klang di Selangor. Beliau menegaskan, "kita mendedahkan risiko nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi pada masa sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia. Minggu lalu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya mendakwa bahawa data permedagangan Israel-Malaysia dibekalkan oleh Israel merupakan satu tuduhan terdesak. "Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno," kata CheguBard dalam blognya http://chegubard.blogspot.com |
HEBAT!! Tahniah la Piem Najib... kahkahkah... Posted: 20 Feb 2012 08:00 PM PST Najib dinobatkan Juara Hipokrit oleh akhbar unggul AS Senyapnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak! Walaupun dunia menggeleng-gelengkan kepalanya ke atas skandal Media FBC, di mana pentadbiran beliau menggunakan wang pembayar cukai Malaysia untuk 'membeli' penyebutan nama yang menggalakkan di waktu perdana televisyen antarabangsa, Najib tidak didengar atau dilihat pun. Mungkin dia menyembunyikan kepalanya kerana malu tetapi menurut rekodnya yang lepas, PM Malaysia tidak mudah sesal atau rasa bersalah. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web BBC, penyiar berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011, tidak mengikuti peraturan dalaman yang bertujuan untuk melindungi integriti editorial. "Peraturan-peraturan ini memastikan program adalah percuma, dan dilihat bebas dari tekanan komersial atau tekanan lain dari luar," kata kenyataan tersebut. Hubungan ekonomi Walaupun jenis program yang berkaitan dengan Malaysia telah disebut tanpa butiran yang banyak, BBC menyatakan dengan jelas bahawa 8 daripada program-program ini mempunyai 'hubungan ekonomi' dengan kerajaan Malaysia. Selepas banyak cacian awam daripada pihak pembangkang, Najib akhirnya mengaku kepada Parlimen bahawa ia telah membayar RM84 juta untuk FBC Media antara 2007 dan 2010 bagi 'perkhidmatan perundingan, nasihat dan pengurusan kempen komunikasi' untuk memperindah imej Malaysia. Selain daripada mengecat imej palsu memuji-muji dirinya, dokumentari itu juga menggambarkan industri minyak sawit Malaysia dan layanan orang asli sebagai amat memberangsangkan yang sebenarnya indah khabar dari rupa. Akhbar harian British The Independent, akhbar yang memecahkan skandal itu, melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada anggaran 74 juta penduduk global berhubung perkara itu. Menurut laporan itu, penonton daripada "Kuala Lumpur untuk Khartoum" akan dapat menonton siaran yang disediakan kepada 295 juta rumah, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 syarikat penerbangan dan 35 platform telefon bimbit, di 4 zon masa yang berbeza. Menurut kenyataan BBC, jawatankuasa piawaian editorial Amanah BBC telah mengenal pasti pelbagai pelanggaran dalam garis panduan editorial yang disebabkan program-program yang silap. "Ia telah dipersetujui bahawa memandangkan keadaan serius kerana tidak memohon maaf ketika penyiaran kepada penonton adalah sesuai," kata kenyataan tersebut. Tetapi tidak satu perkataan pun dari Najib atau pasukannya. Dimalukan secara awam, dan masih lagi Utusan, The Star dan semua organ media tidak membawa sebrang kata mengenai perkara itu. Tidak salah baginya menuntut maaf Jadi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut permohonan maaf daripada Perdana Menteri, beliau telah disokong oleh orang ramai walaupun mereka kata bahawa Najib akan berpura-pura untuk mengabaikan keseluruhan insiden atau mengutuknya sebagai "hasutan pembangkang". Tetapi adakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat membayar RM84juta kepada firma publisiti UK? Siapakah yang mengarahkan FBC untuk menggilap imej Najib, memberi laporan yang terlalu cemerlang mengenai manfaat penggunaan minyak sawit, dan memuji pengendalian BN tentang orang pribumi? "Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana membayar RM84juta bagi menggilap imej pentadbiran Najib ... sama seperti BBC meminta maaf untuk menerima bayaran sebagai pertukaran untuk imej yang positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod teruk bagi amalan demokrasi dan rasuah, "Guan Eng menulis di dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, dalam gambaran sedih tentang kalibernya, Najib telah memilih untuk menyembunyikan kepalanya dalam pasir. Begitu juga dengan kerajaan UMNO-BN yang diketuainya. Mereka semua seolah-olah gembira dengan dengan meletak kepala mereka dalam pasir dan menunggu supaya semua perkara menghilangkan diri. Siapa yang selain dari parti pembangkang yang akan menjaga kepentingan rakyat Malaysia? Adakah MCA akan bertanya kepada Najib tentang RM84juta yang dibuang ke dalam longkang? Adakah Gerakan, atau MIC? Bagaimana pula dengan Umno? Namun, ia adalah lebih daripada beberapa saat memalukan bagi Malaysia dan satu lagi dimana Najib perlu memohon maaf. Itulah tahap minimum untuk memulihkan sedikit penghargaan global yang hilang melalui tindakan yang kurang bijaksana dan tidak beretika kerana membayar sebuah firma media upahan yang hanya pada asasnya untuk memulakan berita palsu dan menyebarkan kepada penonton yang tidak curiga. Ada juga APCO, Mr Cool dan Ah Jib Gor ... Tidak syak lagi, berikutan pendedahan FBC, Putrajaya mengakhiri kontrak RM96juta dengan FBC, dimana Najib mulakan pada tahun 2009. Tetapi FBC bukan hanya skandal media sahaja. Berikutan perasaan dan kedahagaannya untuk menjadi lebih hebat, Najib telah menandatangani strategi hubungan awam lain termasuk Zionis yang disokong oleh APCO Worldwide untuk menggilap imej peribadi beliau. Berikutan serangan terhadap saingan ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin, pelantikan itu adalah hipokrit sebenarnya, terutamanya sejak Najib memberi kakitangan APCO akses kepada kemudahan komunikasi utama di negara ini. Ia adalah amat diketahui bahawa ramai kakitangan tertinggi di APCO adalah bekas pegawai peringkat tinggi di Shin Bet dan Mossad, perkhidmatan rahsia Israel. Itu adalah lawak yang teruk dan apabila Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah mengambil isu mengenai perkara itu, kerana takutkan pelanggaran keselamatan negara, Najib menggantung mereka dan mengunci Parlimen selama 6 bulan! Malah, tempoh APCO di Malaysia telah ditandakan oleh kontroversi. Begitu juga dengan pelantikan paling terkini pasukan kononnya terdiri daripada bekas kakitangan kempen "Parti Buruh Baru" bekas PM British Tony Blair. Kumpulan ini telah ditugaskan untuk menjadikan Najib 'Mr Cool' dan membaharui beliau sebagai reformis yang sederhana. Apabila berita dibocorkan, ia adalah jelas bahawa Najib telah gagallagi, kehilangan berjuta-juta wang awam. Rakyat Malaysia sama ada ketawa atau kecewa dengan perkara mengarut yang dikeluarkan beliau. Malah laman web Facebook 'Ah JIB Gor' telah gagal. Bertujuan untuk menarik orang Cina, ia telah diejek sebagai bodoh, tidak bergaya, dan satu langkah politik yang terdesak. Keputusannya - Najib menjadi Juara Talam Dua Muka Bukti bahawa penipuan media yang keterlaluan Najib tidak berkesan dan sebaliknya berpatah balik dalam bentuk sengatan dari editorial Washington Post yang mempunyai jawatan berpengaruh, yang menggambarkan kerajaan Najib sebagai "Juara talam dua muka". Ingat, Presiden Obama dan Hillary Clinton juga membaca Washington Post. "Penipuan beliau telah dipermudahkan oleh juara talam dua muka yang lain, kerajaan Malaysia, yang mendakwa menghormati kedaulatan undang-undang tetapi menghantar Encik Kashgari dalam jet peribadi Saudi pada hari Ahad walaupun perintah mahkamah melarang beliau dari deportasi," kata Washington Post. Washington Post merujuk kepada wartawan Saudi Hamza Kashgari yang dideportasi secara haram sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein dari menghadapi kematian di negara sendiri disebabkan beberapa tweet pihak berkuasa Arab Saudi yang dianggap terkutuk. Aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia telah memberi amaran, jika Hamza dihukum, akan terdapat darah di tangan Najib. Jadi cukuplah dengan kata-kata hipokrit. Permainan telah berakhir. Anda telah bersalah. Mengakulah dan meminta maaf. Najib berhutang kepada Malaysia satu permintaan kemaafan atas skandal media yang diciptakan beliau dengan cara yang salah, dan kerana membazirkan wang rakyat secara bodoh dan terang. Malaysia Chronicle |
FAKTA: Sapa yang bagi restu samseng buli Anwar... Posted: 20 Feb 2012 06:00 PM PST Hisham restu kereta Anwar diserang di Sembrong? PETALING- Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor semalam jelas menggambarkan Umno berada dalam keadaan terdesak. Malah, katanya kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR sebelum ini yang meletakkan Johor sebagai negeri tumpuan PKR dan juga Pakatan Rakyat membuatkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja. "Johor merupakan negeri ketiga keganasan yang dilakukan oleh Umno selepas Selangor dan Melaka. "Malah insiden semalam yang mana pada satu program jelajah PKR, terdapat sekumpulan ahli Umno telah memulakan provokasi serta melakukan keganasan malah terdapat kecederaan dan kerosakan kepada kereta yang dinaiki oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelasnya. Beliau berkata, tindakan samseng itu seolah-oleh mendapat restu oleh pihak keselamatan apabila hanya memerhati tanpa sebarang halangan mahupun tangkapan. "Malah mercun yang dibaling itu melalui atas kepala polis tapi tiada tangkapan dibuat, saya tidak pasti adakah kerana ia berada di kawasan Parlimen Sembrong, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein? "Persoalan ini perlu dijawab oleh menteri tersebut dan juga pihak polis yang bertugas, tapi melihat kepada kejadian tersebut seolah-olah ia direstui," ujarnya. Ahli Parlimen Machang itu juga turut mempersoalkan adakah kerajaan boleh memberi jaminan keselamatan kepada pemimpin PKR mahupun Pakatan Rakyat dalam siri jelajah mereka bahawa tidak akan berlaku lagi keganasan seperti itu. "Kita mahukan Hishammuddin serta Menteri Besar Johor tampil beri penjelasan berhubung insiden semalam. Penduduk yang hadir pada ceramah tersebut dan mereka mengenali siapa yang terlibat dalam provokasi tersebut," katanya. Saifuddin menegaskan tindakan sedemikian tidak menghalang PKR mahupun PR hadir bertemu rakyat dalam usaha menjelaskan setiap penyelewengan yang dilakukan oleh Umno serta memberitahu janji PR apabila memenangi pilihanraya nanti. Sebelum itu, keganasan yang dilakukan pada program ceramah yang diadakah di Pejabat Keadilan Sembrong itu menyebabkan kereta yang dinaiki Anwar kemek dan cermin pecah. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang pada jam 3 pagi. Ceramah yang turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan PKR itu telah mendapat kebenaran polis. -.harakahdaily |
PANAS!! Kisah Ah Long mintak tolong... kahkahkah... Posted: 20 Feb 2012 04:00 PM PST Felda kini terpaksa meminjam Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dato' Dr Tan Kee Kwong mempersoalkan Perdana Menteri, mengapa melantik Tan Sri Isa Samad yang dipalit rasuah sebagai Pengerusi Felda? Dan kenapa Felda yang sepatutnya memberi pinjam kepada pihak lain, terpaksa meminjam daripada KWSP? Ikuti wawancara khas wakil Harakah, TARMIZI MOHD JAM dan NYZA AYOB bersama beliau di Pejabat Editorial Harakah baru-baru ini. WARTAWAN: Kenapa Dato' dilihat begitu vokal menyuarakan permasalahan Felda dan turut bersama-sama dengan Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bagi mendapatkan hak-hak yang sepatutnya bagi peneroka? DR TAN KEE KWONG: Ramai bertanyakan kenapa saya yang berbangsa Cina ini bercakap mengenai Felda. Dahulu saya memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Menterinya adalah Tan Sri Kasitah Ghadam. Dan saya diberi tanggungjawab menjaga Felda walaupun pada waktu itu saya tidak mengetahui apa-apa mengenai Felda. Tetapi saya cepat belajar mengenainya atas prinsip keadilan, tidak kira apa kaum dan agama. Amat penting kita mengetahui perbandingan Felda dahulu dan Felda kini. Kita tidak boleh maki Felda kerana di bawah tanggungjawab Pengerusinya dulu, Tan Sri Raja Alias, Felda mempamerkan contoh yang baik dan tidak ada masalah. Kerajaan menghantar wakilnya ke Ibu Pejabat Felda untuk melihat apa yang Felda lakukan. Apa beza dengan hari ini? Berbeza dengan sekarang, kerana di bawah Najib dan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, pelbagai masalah timbul. Saya ingin bertanya Najib. Sekarang sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden Umno dan Pengerusi BN, kenapa beliau juga masih memegang tanggungjawab ke atas Felda? Apakah beliau tidak mempunyai tugas lain sehingga masih memegang Felda? Sepatutnya diserahkan kepada orang lain. Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir (Mohamad) atau Abdullah (Ahmad Bawawi) tidak memegang kuasa ke atas Felda. Pada 2001 dahulu, di Dewan Rakyat, hanya saya seorang yang boleh memberi jawapan mengenai Felda berdasarkan kuasa bidang kementerian yang saya pegang. Pada masa itu, CPO price (harga minyak sawit mentah) sangat rendah hanya RM1,000 satu metrik tan. Sekarang CPO price sangat tinggi, RM3,000 setan. Pada 2001, apabila saya berdiri memberi jawapan mengenai halhal Felda, BN dan pembangkang pada masa itu mengatakan Felda kaya dan mempersoalkan kenapa Felda tidak dapat membantu kita? Memang pada masa itu Felda kaya? Ya, memang kaya. Aset Felda pada masa itu RM7.0 bilion. Pada masa itu wang tunai RM4.0 bilion. Waktu itu pinjaman Felda juga kosong. Tak pinjam dengan apa-apa pertubuhan, syarikat, NGO dan koperasi. Untuk beberapa tahun yang lalu, Felda boleh tutup mata. Boleh untung setahun RM2 bilion. Daripada 2001 sehingga kini, lebih kurang 10 tahun, RM24 ke RM25 bilion. Dan bagi kepada Pengerusi Felda untuk 'curi' RM15 bilion, tetapi masih tinggal RM10 bilion. Kenapa sekarang Felda kena meminjam? Sekarang Felda terpaksa pinjam RM6 bilion daripada KWSP. Seperti Tabung Haji, Felda sepatutnya sebagai pemberi pinjaman dan bukannya peminjam. Jangan lupa, price of CPO bukan selalu tinggi dan harga akan jatuh. Apa yang boleh kita lakukan? Kita tidak mempunyai tunai. Bagaimana pula dengan Felda Plantations? Tanah Felda Plantations 300 ribu hektar sepatutnya dimiliki peneroka. Kenapa saya mengatakan demikian? Sebab pengurusan Felda lama dan Felda kini. Saya mempunyai peluang berada di Majlis Tanah Negara di bawah Kementerian Tanah dan Koperasi, dan Abdullah Badawi, Perdana Menteri pada waktu itu. Majlis Tanah Negara bermesyuarat satu tahun dua kali. Banyak komen diterima daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mereka mengatakan Felda memberi tanah kepada peneroka dan selepas diberi, ia menjadi perladangan yang besar (Felda Plantations). Mereka menggunakan peneroka untuk mendapatkan tanah di negerinegeri. Dan kerajaan negeri banyak yang tidak berpuas hati. Kerajaan negeri mempersoalkan kenapa Felda Plantations? Ini kerana kerajaan negeri juga mempunyai GLC seperti KPJ dan PKNS. Ramai yang tidak berpuas hati. Tetapi tentulah kerajaan negeri di bawah BN berdiam diri. Dalam mesyuarat mereka bising dan tidak berpuas hati. Jadi, secara moralnya, tanah itu dimiliki peneroka? Kerajaan negeri mengatakan Felda tipu mereka. Cadangan tanah peneroka menjadi saham, bukan idea yang bagus. Sepuluh ekar anda serahkan kepada pertubuhan baru, untuk dapatkan saham, tentulah tanah sekarang dan pada masa akan datang masih yang terbaik. Dan jangan lupa harga saham bukan selalunya bagus. Saya masih ingat apabila George Soros menyerang bukan sahaja negara kita tetapi Thailand dan Singapura, harga Malayan Banking Berhad jatuh RM3 setiap share. Ini contoh harga saham tidak selalu tinggi dan mengikut trend rantau dan dunia. Selain Felda Plantations, Felda Global Ventures (FGV) juga membawa kerugian pada Felda. Boleh Dato' jelaskan? Felda Global Ventures, apa latar belakangnya? Bagaimana Felda boleh pilih syarikat Felda Global Ventures yang latar belakangnya buruk. Apakah pelaburannya? Setiap tahun rugi. Sudah rugi RM500 juta. Saya minta Najib menjelaskan antara dua juta ahli Umno, kenapa Tan Sri Isa Samad yang dipilih jadi Pengerusi Felda? Tidak bolehkah cari orang lain. Umno telah gantung keahliannya enam tahun kerana rasuah dan pada masa itu saya sebagai Ahli Parlimen Segambut, Wilayah Persekutuan. Isa sebagai menteri pada masa itu yang bertanggungjawab ke atas Wilayah. Lepas digantung Isa, Shahrizat menjadi pemangku. Saya minta Najib jawab, apa mesej yang dihantar kepada ahli Umno, orang yang kotor dan busuk boleh jadi Pengerusi Felda? Bukan sahaja kita persoalkan tapi ahli Umno juga bertanya tentang perkara ini. Ia seolah-olah menghina peneroka. Kenapa dia mahu cepat senaraikan Felda, semua orang tahu sebab di dalam Buku Jingga yang dipersetujui ketiga-tiga parti, salah satu janji kita buat ialah generasi anak Felda kedua yang layak, akan mendapat hak mereka kerana itu tanah mereka. |
Amboii... Mahfuz pun gatai mulut gak ka... Posted: 20 Feb 2012 02:30 PM PST Mahfuz cabar Hishammuddin berdebat Aziz Muda, KUALA LUMPUR, 20 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya atas pelbagai topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin sendiri. Cabaran tersebut dibuat sebagai mengulangi perancangan mereka untuk berdebat beberapa tahun lalu, tetapi dibatalkan kemudiannya akibat penarikan diri Hishamuddin kerana dihalang oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Mahfuz, kini keadaan telah berubah dan rakyat negara ini sudah mempunyai tahap kematangan yang tinggi sehingga pelbagi pihak sudah boleh menerima program debat dengan baik. Katanya, jadi sekaranglah masa terbaik untuk meneruskan kembali debat antara beliau dan Hishammuddin itu setelah ia gagal dilangsungkan dulu walaupun telah dipersetujui pada peringkat awalnya. "Dulu debat yang akan diadakan antara saya dan Datuk Hishammuddin itu atas kedudukan saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Hishamuddin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia. "Sekarang saya bukan Ketua Dewan Pemuda PAS lagi dan Datuk Hishammuddin juga bukan Ketua Pemuda Umno lagi, jadi debat itu mestilah antara saya dan Hishammuddin juga sebagai mengulangi rancangan debat yang tak jadi dulu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Pada perancangan dulu, menurutnya, debat antara beliau dan Hishammuddin itu dicadangkan atas tajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?". Katanya, sekarang sekiranya Hishammuddin mahu berdebat dengannya, debat tersebut boleh diteruskan atas tajuk itu atau sebarang topik yang diingini oleh Hishamuddin sendiri. "Terpulanglah kepada Datuk Hishamuddin untuk menentukan tajuknya. Saya hanya bersedia sahaja atas pelbagi topik, bila dan di mana-mana sekalipun," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dalam konteks sekarang, debat merupakan sesuatu yang penting kerana ia akan memberikan pelbagai maklumat kepada rakyat bagi membolehkan rakyat membuat penilaian yang betul mengenainya. Selain itu, ia juga akan membolehkan rakyat menilai dengan lebih jauh mengenai pemimpin dan parti yang patut dipilih oleh mereka pada PRU KE-13 akan datang. Beliau turut memuji langkah pihak terbabit yang yang menganjurkan debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Kehormat DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selama dua jam yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani kelmarin. "Keberanian Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng menanggung risiko dari debat itu memang wajar dihargai. Pada dasarnya, debat mereka itu juga agak baik dan ilmiah," katanya. Namun beliau turut kesal apabila Soi Lek juga turut memperlihatkan sikap hipokrit menerusi debat itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina agar tidak menyokong DAP kerana dikatakan akan memberikan kuasa kepada PAS. Lebih dikesali lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya selepas itu turut menonjolkan sikap tidak bertanggunghawab dan hipokrit perkauman dengan mengatakan orang Melayu memberi undi kepada PAS akan memberikan kuasa kepada DAP pula. "Semua ini adalah sikap hipokrit yang nyata dan amat melampau untuk menakut-nakutkan rakyat yang tidak sepatutnya timbul dalam masyarakat kita," tegasnya. Beliau turut mencadangkan agar turut diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang kerana jika debat antara mereka itu diadakan pasti akan memberikan manfaat besar kepada rakyat. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan