Isnin, 20 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


GEMPAQ!! Video Anwar sokong Israel... kahkahkah...

Posted: 20 Feb 2012 10:00 AM PST


Secara logiknya, buat apa la si Israel nak back up Anwar gila2 pasai Hamas dan Fatah tu bukan ka musuh Israel.

Lebih baik la dia sokong BN yg terang-terangan buat bisnes ngan Israel... haha...

PANAS!! Anwar la yang jemput kapai Israel ni masuk...

Posted: 20 Feb 2012 08:35 AM PST

Video : Adakah Anwar yang membenarkan Kapal Israel ini berlabuh di Malaysia?

"Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?" tanya Fariz Musa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media propaganda United Malays No Otak, Umno menyerang Anwar Ibrahim kononnya beliau menyokong Israel, sepatah kenyataan beliau diputar belitkan siang dan malam.

Namun hakikatnya, ini semua sekadar sandiwara untuk menutup hubungan dagang mereka dengan Israel. Depan rakyat mereka berlagak jadi hero Palestin, berlagak anti Israel untuk meraih undi Melayu, tapi di belakang? Ptuih!

Mengata orang jahat supaya orang nampak dia baik. Mengata Anwar sokong Israel supaya rakyat melihat mereka pejuang Palestin, anti Israel. Walhal merekalah kawan baik Israel! Ptuih!

PENDEDAHAN tempoh hari di MiLo SuaM, berhubung kehadiran dua buah kapal milik kerajaan Israel di Westport, Pelabuhan Klang mengundang keraguan pembaca rujuk sini [Kapal Israel].

Ramai yang menghantar email mengatakan mereka ragu dengan pendedahan tersebut yang begitu samar memandangkan hanya dua keping gambar yang didedahkan sebagai bukti kehadiran kapal-kapal Israel tersebut.

Ramai yang ragu bahawa benarkah gambar kapal-kapal tersebut diambil di Pelabuhan Klang?

Bagi mereka yang bekerja atau sekurang-kurangnya pernah ke Westport, Pelabuhan Klang, sudah tentu sedia maklum keadaan sekitar pelabuhan tersebut dan boleh mengesahkan di mana gambar itu diambil. Namun mungkin tidak bagi yang lain.

Kali ini ReJaM© tampilkan bukti video bagi menghilangkan segala keraguan anda. Pada 16 Feb 2012 yang lalu, Jingga 13 telah meninjau dan mengesahkan sendiri kehadiran 2 buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang.

Saksikan sendiri video berikut.

Secara kasarnya, dari percakapan berbahasa Melayu yang terakam dalam video di atas sudah cukup membuktikan bahawa video rakaman kapal Israel tersebut diambil di Malaysia.

Namun untuk mengukuhkan lagi bukti ini, sila lihat pada minit ke 1:08. Sebuah lori yang kebetulan lalu di hadapan kamera terpapar logo Westport, Malaysia. Jika anda rajin ada beberapa lagi logo Westport yang boleh ditemui dalam video di atas.

Sumber : Milo Suam

TAK SENONOH: Berpakaian tapi telanjang...

Posted: 20 Feb 2012 07:08 AM PST

Kesal promosi 'berpakaian tapi telanjang'

Aziz Muda,

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Dewan Ulama PAS Pusat amat kesal dengan sikap segelintir ahli perniagaan yang mempromosikan pakaian yang bersifat 'berpakaian tapi telanjang', dengan berselindung di bawah terma pakaian busana muslimah.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar)berkata, di antara pakaian wanita yang dipromosikan itu, terdapat juga pakaian yang dikategorikan sebagai 'jubah', tetapi ia hanyalah untuk mengelabui pandangan mata orang ramai sahaja.

Menurutnya, sedangkan hakikatnya, pakaian yang dipromosikan itu tidak menepati ciri pakaian Islam kerana ketat dan menampakkan bentuk badan.

Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula kelmarin.

"Rakyat negara ini terutama pimpinan Pakatan Rakyat yang beragama Islam di semua peringkat perlu mendokong kempen tersebut yang bertemakan "Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat"," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kelmarin Harakahdaily atas tajuk "Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat dilancar" melaporkan, kempen tersebut akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam.

Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu terrtentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat.

Katanya lagi, tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.

Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.

"Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya.

"Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT," katanya lagi.

Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.

Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.

"Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.

Menurut Khairuddin, kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam akan kewajipan semua kaum Muslimin sama ada wanita mahupun lelaki agar menjaga aurat mereka dalam berpakaian seperti yang diwajibkan dalam ajaran Islam.

"Kempen ini selari dengan peringatan Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih yang menyentuh secara langsung tentang cara berpakaian dalam Islam," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Hadis tersebut bermaksud; "Dua golongan daripada kalangan ahli neraka, saya tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki-lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta".

ANWAR Penjahat nombor satu negara...

Posted: 20 Feb 2012 05:30 AM PST

Isu moral di antara Anwar dengan BN


Adalah cukup jelas bahawa seluruh jentera propaganda Barisan Nasional (BN), termasuk mereka yang mendakwa diri mereka "kuasa ketiga" kini giat sekali dalam memastikan agar kredibiliti dan moral ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas dengan teruk sekali.

Sebelum ini, jentera propaganda BN telahpun dipergiatkan pada dua tahun yang lalu dengan serangan demi serangan terhadap Anwar berkenaan dengan kes perbicaraan liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan. Jika sekiranya kes yang berlaku pada tahun 1998 akibat daripada perbuatan khianat Azizan Abu Bakar diambil kira, ia adalah mencukupi bagi orang ramai untuk membentuk suatu pendapat yang boleh menjejaskan lagi masa depan politik dan keperibadian Anwar di mata umum.

Dan kini timbul pula beberapa rakaman video yang kononnya Anwar telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang juga telah berlanjutan selama setahun lamanya dan Anwar turut diugut akan terdedah lebih banyak lagi video seumpamanya tidak lama lagi.

BN pakar dan kilang seks

Kenapa pula BN memutuskan untuk mengulangi pendedahan yang sama dengan begitu kerap sekali? Kenapa pula seksualiti Anwar terus menjadi tumpuan BN secara berterusan dan dakwaan meliwat, berseks dan sebagainya diulangi satu demi satu? Namun demikian ketua pembangkang itu tetap popular dan disangjungi oleh rakyat jelata.

Kan tidak masuk akal? Rakyat Malaysia pada umumnya telahpun mempunyai pendapat mereka terhadap Anwar. Macam mana sekali pun, seluruh jentera propaganda BN tetap mempergiatkan usaha mereka untuk menggugat kredibiliti Anwar oleh kerana popularitinya di kalangan rakyat masih kukuh dan tetap unggul. BN takut bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri Putrajaya.

Kedegilan BN untuk meneruskan dan mengulangi persembahan dan pembikinan seksnya yang sama untuk tatapan umum walaupun telah beberapa kali gagal untuk mencacatkan sepenuhnya keperibadian dan moraliti Anwar jelas menunjukkan bahawa kewarasan BN telah hilang dengan sepenuhnya.

Hanya mereka yang kurang waras sahaja yang akan asyik dan suka mengulangi perbuatan yang sama dan tidak berkesan dengan mengharapkan akibat yang berlainan akan menimpa mangsanya. Rakyat Malaysia pada keseluruhannya telah bosan dengan pelbagai karenah dan tipu muslihat BN yang sering mengancam keperibadian Anwar.

Apa yang rakyat jelata inginkan selama ini adalah lebih banyak lagi pendedahan mengenai salahlaku dan penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh BN selama lebih daripada 50 tahun pemerintahannya apabila Pakatan berkuasa nanti. Ramai di antara kita amat sangsi dengan ketelusan yang didakwa oleh BN di dalam pentadbiran mereka selama ini berdasarkan pelbagai bentuk masalah dan skandal demi skandal yang telah banyak dibongkar.

Pemimpin di mata umum

Kita semua percaya bahawa sebagai seorang pemimpinyang dipilih dan bertanggungjawab kepada rakyat, beliau akan sentiasa mendapat perhatian umum biarpun di mana sahaja seseorang pemimpin itu berada. Oleh itu, para pemimpin haruslah bertanggungjawab sepenuhnya jika sekiranya salahlaku mereka terbongkar kepada umum. Pendek kata, jikalau ingin menjadi seorang pemimpin politik, beliau perlulah bersedia untuk menghadapi situasi sebegini kerana tanggungjawab selaku seorang pemimpin.

Rakyat juga mempunyai hak mutlak untuk memberikan kritikan, memberikan teguran dan sebarang pendapat mengenai perilaku dan perbuatan setiap pemimpin politik.

Yang malang sekali bukannya tentang kelemahan yang ada pada para pemimpin. Para pemimpin adalah juga manusia sama seperti kita semua dan di negara mana sekali pun, tidak akan ada seseorang pemimpin yang cukup mantap atau lengkap akan diri mereka. Itu mustahil.

Yang malangnya di sini adalah selalunya para pemimpin pembangkang khususnya daripada Pakatan yang selalunya akan menjadi mangsa pemerhatian umum mengenai perilaku dan tindakan mereka oleh kerana kerajaan BN sering mensasarkan mereka dengan media massa milik mereka. BN sanggup melakukan apa sahaja bagi "mendedahkan" apa yang mereka dapati daripada pihak pembangkang.

BN memanupulasi moral

Sistem perundangan dan kehakiman di negara kita ini telah banyak menampakkan kecacatan dan berat sebelah oleh kerana manupulasi yang berlebihan oleh kerajaan BN selama ini. Dengan itu, isu "moral" sering dipergunakan oleh BN bagi mengekang para pemimpin pembangkang.

Dalam isu moral ini, pihak BN pula tidak begitu memastikan agar tahap perilaku mereka terpelihara. Di manakah moral mereka ini apabila para pemimpin BN ini menggunakan kuasa mereka untuk mengambil wang rakyat untuk memperkayakan diri mereka, keluarga mereka dan anak-anak mereka? Di manakah moral mereka ini apabila pemimpin BN ini telah membelakangkan demokrasi dengan menggulingkan sebuah kerajaan negeri yang dipilih rakyat melalui amalan memeras ugut? Adakalh kesemua ini adalah suatu moraliti yang BN berharap rakyat akan mempercayai atau menerimanya tanpa usul periksa?

Rakyat sememangnya akan berpeluang untuk menghakimi kesemua ini di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita mungkin akan bertanyakan sesama sendiri sama ada moral di pihak BN itu adalah lebih baik atau suci daripada Pakatan atau sebaliknya.

Adalah amat rumit untuk memutuskan moraliti yang mana boleh diterima atau sebaliknya kerana kalangan kita sendiri juga punyai pelbagai pemikiran dan pendapat yang berbeza khususnya yang melibatkan keperibadian seseorang pemimpin.

Kita semua berhak untuk mengeluarkan pendapat, akan tetapi, yang mengakibatkan kemarahan kita adalah sikap kebencian dan hipokrit yang ditunjukkan oleh para pemimpin BN di dalam usaha mereka untuk mematikan seberapa banyak pemimpin pembangkang yang perlu dengan menggunakan pelbagai cara yang tidak adil.

Walaubagaimanapun, Tuhanlah yang maha esa dan Tuhanlah yang mengetahui segala-galanya.

Malaysia Chronicle

Orang UMNO dilarang baca pasai Anwar yang buat lawak... kahkahkah...

Posted: 20 Feb 2012 03:19 AM PST


Anwar Persenda Logo 1Malaysia Di Barang Subsidi

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersendakan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1Malaysia atas barangan subsidi dan berkata ia mempunyai kesan minimum bagi memancing undi kepada BN.

"Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.

"Rakyat akan lihat logo itu dan sedar bahawa harga barang akan naik," kata Anwar sambil berseloroh.- SPR

Kurang ajaq betoi mat saleh Ostolia nih... kahkahkah...

Posted: 20 Feb 2012 12:00 AM PST

Tamparan buat Rosmah: Curtin menarik diri dari menggunakan istilah FLOM

Dalam satu langkah yang bakal menjatuhkan layar isteri Perdana Menteri Najib Razak, Universiti Curtin di Australia telah memohon maaf kerana merujuk kepadanya sebagai "First Lady of Malaysia" (FLOM), yang menurut perlembagaan negara ini adalah satu gelaran yang dikhaskan untuk Permaisuri.

Curtin telah membuat kesilapan itu apabila ia mengeluarkan kedoktoran kehormat kepada Rosmah Mansor yang tidak popular itu. Walaupun ia tidak berkata demikian, universiti tersebut tentu mendapat lebih daripada daripada apa yang ia minta apabila ia baru-baru ini menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada beliau. Banyak aduan yang membanjiri halaman Facebook universiti itu dan walaupun ia dituduh cuba untuk mendapatkan ganjaran atau telah menerima beberapa bentuk rasuah ataupun apa-apa yang lain untuk memberikan Rosmah PhD, dan menganggap beliau sebagai "First Lady of Malaysia".

"Kami juga menerima bahawa penggunaan istilah "First Lady" telah menyinggung sesetengah pihak, dan memohon maaf di atas perkara ini. Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu, dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan membuat perubahan tentang perkara ini, "Jeanette Hacket, Naib Canselor Curtin,berkata dalam satu kenyataan.

Ia mesti diberi perhatian bahawa hujah berhubung siapa yang patut menjadi FLOM telah meletus beberapa tahun dahulu, dan perbahasan itu telah sampai hingga ke Parlimen. Tetapi Permaisuri yang baik budinya dan coretan agresif Rosmah sendiri membantunya untuk berpegang kepada gelaran yang diberi kepada dirinya sendiri – Rosmah merupakan orang pertama di kalangan isteri-isteri perdana menteri Malaysia yang pernah berbuat demikian.

Tidak akan menarik balik PhD


Penarikan balik penggunaan istilah FLOM merupakan sejenis kompromi dari Curtin kepada alumni dan badan pelajarnya, yang telah menjadi riuh rendah berikutan mereka mengkritik alma mater mereka kerana tidakmemeriksa latar belakang Rosmah sebelum menganugerahkan PhD tersebut. Malah, Rosmah telah terlibat dalam banyak skandal termasuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dimana dia telah menafikan sebarang penglibatan. Namun dua bekas pengawal peribadi beliau sedang terseksa kerana pembunuhan tersebut, dengan salah satu daripada mereka secara terbuka mengatakan bahawa dia cumalah catur yang digunakan dalam permainan yang dimainkan oleh ahli politik berkuasa. Rosmah juga telah dituduh bersikap tamak dan terlibat dengan rasuah.

Walau bagaimanapun, Hacket mempertahankan keputusan universiti untuk memberikan PhD kepada Rosmah, yang katanya adalah untuk "perkhidmatan unggul" kepada university tersebut, kepada masyarakat atau orang-orang yang telah membuat sumbangan yang cemerlang kepada bidang dan usaha akademik.

"Kami mengakui bahawa terdapat pelbagai pandangan mengenai penganugerahan ini, tetapi Universiti tetap dengan keputusannya untuk memberikan Ijazah Kehormat Kedoktoran," kata Hacket.

"Datin Sri Rosmah telah diiktiraf sebagai pengasas dan penggerak di sebalik pusat pembelajaran kanak-kanak Permata yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun untuk mengalami pembelajaran awal yang berkualiti. Inisiatif ini menyedari kepentingan pendidikan awal untuk kanak-kanak dan akhirnya untuk komuniti mereka. Kini terdapat lebih daripada 600 pusat Permata yang mencecah puluhan ribu kanak-kanak. "

Dicaci


Pada umur 60, Rosmah sering mendakwa kritikan yang memburuk-burukkannya adalah disebabkan taktik memburuk-burukkan orang dari pihak pembangkang.

Walaupun kerana PhD itu, beliau menyelar pengkritik "cemburu" kerana mengadu kepada Curtin. Namun, beliau adalah Flom yang paling selalu dicaci. Beliau dikenali kerana membeli-belah secara mewah dan pembelian beliau didakwa termasuk cincin berlian AS $ 24juta dan juga beg tangan Birkin.

Digelar Imelda-Rosmah, beliau juga merupakan ahli perniagaan yang licik dan ketua-ketua korporat sering mengadu bahawa cadangan mereka harus melepasi beliau sebelum mereka dapat berjumpa dengan PM.

Malaysia Chronicle

Aksi Lucu Memerang Berdoa...

Posted: 19 Feb 2012 10:00 PM PST

Aksi Lucu Memerang Berdoa Supaya Dapat Ikan

Cuba perhatikan aksi memerang ini. Dia tampak seperti sedang berdoa dengan kepala yang mendongak ke atas. Sungguh menghiburkan.

Gambar ini diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik itu.

Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.

Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat. " Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut," kata Marac.

Andai boleh bercakap, boleh jadi memerang itu berkata," Wahai Tuhan, izinkan aku mendapatkan ikan hari ini,".

(SUMBER GAMBAR: DailyMail)

GEMPAR!! UMNO dah teruk kantoi kali nih... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 08:00 PM PST

GEMPAR!!! Jadual Laluan Dagangan Kapal Kontena Dari Haifa Israel - Port Klang Didedah!!

Daripada jadual yang kita lihat di atas, ia seolah-olah menceritakan bahawa hubungan dagang Malaysia-Israel telah terjalin dengan begitu rapat sekali. Apakah ini juga menjadi lambang hubungan diplomatik rahsia antara Malaysia dan Israel?

Sekiranya tiada hubungan diplomatik antara Malaysia-Israel, bagaimana gamaknya kapal kontena yang milik zionis ini belayar terus dari Haifa Israel terus ke Pelabuhan Klang? Kerana jika tiada hubungan diplomatik maka tidak seharusnya antara Malaysia dan Israel lakhnatullah mempunyai hubungan logistik, apatah lagi hubungan perdagangan!

Apa sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu Israel-Palestin? Kerajaan Malaysia bermain wayang apabila secara berpura-pura mengambil berat tentang nasib rakyat Palestin dengan menghantar pelbagai jenis bantuan tetapi dalam masa yang sama telah menjana perkembangan ekonomi Israel. Malah setiap urusniaga perdagangan Malaysia-Israel, kita juga telah menjadi penyumbang terhadap setiap inci tanah palestin yang dirampas dan juga setiap anak Palestin yang dibunuh.

Penghantaran kapal bantuan ke negara Palestin hanyalah sebuah permainan hipokrasi apabila kita mendapati kapal-kapal kontena milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menurunkan kontena (berurusniaga).

Pendedahan SAMM dan Chegubard mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel juga perlu diambil kira dan diberi perhatian. Di bawah ini dipaparkan semula kenyataan SAMM bertarikh 13 Februari 2012;

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
13 Feb 2012


LAGI DATA LIBATKAN PERDAGANGAN SAWIT MALAYSIA - ISRAEL DI TEMUI

Pada 8 Febuari 2012, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel. Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi. Hari ini satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah.

Terbaru ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet. Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel. Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel.

link adalah seperti di bawah :
http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=palm-oil&months=120&currency=ils

Rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan Regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.

Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel. Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.

Kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan. Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam. Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan.

Pihak Regim diminta tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan rakyat harus membuka mata sikap hipokrasi regim penguasa dalam perkara ini.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

email : cheGuBard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
web : www.anakmudamalaysia.com


Edyesdotcom

Hassan, agak2 hang berani ka buat kat Najib camni... kahkahkah...

Posted: 19 Feb 2012 06:00 PM PST


Suara Nik Aziz Bukti Ulama Boleh Tegur Anwar

SHAH ALAM : Gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin adalah "satu perkara yang jarang-jarang timbul" dalam sistem parti itu mempersoalkan Ketua Pembangkang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kenyataan Nik Aziz supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau dalam Wall Street Journal (WSJ), adalah bukti pemimpin ulama Pas mampu menegur Anwar.

Beliau turut memuji kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa adalah haram menyokong negara haram, yang disifatkan beliau sebagai satu pendirian tegas pemimpin Pas.

Namun, Hasan mempersoalkan mengapa golongan parasit dalam Pas masih tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Anwar.

"Kenyataan yang ditunggu-tunggu adalah dari golongan profesional ataupun golongan parasit dalam Pas. Sehingga hari ini, tiada seorang pun, yang mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap Anwar, rakyat ingin mendengar bilakah parasit ini akan bersuara dalam isu ini," katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Nik Aziz menggesa Anwar menarik balik kenyataan beliau berhubung sokongan terhadap keselamatan Israel, sebelum ini.

Bekas Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor itu berkata, rakyat masih tertanya-tanya mengenai kenyataan Anwar itu, sama ada benar ataupun tidak.

Hasan berkata, ramai rakannya di Eropah dan negara Arab juga menyatakan kerisauan dengan apa yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu."Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.

Kita mahu Anwar menerangkan sama ada Pakatan Rakyat tidak menjalinkan hubungan langsung dengan Israel. Ini sangat penting ataupun PR mesti mula usaha-usaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Kedua-duanya jelas. Rakyat tertanya-tanya," katanya.- SPR

Ulasan MSO pasai Debat Guan Eng - Soi Lek

Posted: 19 Feb 2012 04:00 PM PST

Debat Guan Eng - Soi Lek

Sekali lagi Orang Cina Mendahului Melayu

Saya tidak berkesempatan mengikuti perdebatan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan Presidean MCA Chua Soi Lek yang berlangsung di Hotel Berjaya Kuala Lumpur semalam dan disiarkan secara langsung oleh saluran tv berbayar yang kadang-kadang siaranya terganggu.. berbelang-belang macam ikan-ikan dalam aqirum bila hujan itu, iaini Astro.

Malam semalam saya hanya membaca ulasan dan laporan menerusi blog dan ada komen-komen yang dihantar oleh Fb ke dalam dinding saya. Beberapa orang penganalisa telah membuat kesimpulan debat itu tidak mencecah realiti sebenar kerana ia bukan menyentuh atau mendalami perkara pokok sebaliknya kedua pendebat lebih hendak menunjuk kebiasaan masing-masing.

Chua Soi Lek cuba menunjukkan dia sebenarnya jaguh kepada orang Cina dengan cuba merendahkan keupayaan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menganggap janji DAP bersama Pakatan Rakyat hanya janji kosong. Mesej Soi Lek bahawa Guan Eng menjadi alat kepada Melayu.

Lim Guan Eng pula menempelak Soi Lek sebagai pemimpin Cina (MCA yang sanggup bersekongkol dengan pemerintahan UBN yang korupsi. Yang cuba digambarkan Guan Eng bahawa MCA berjuang untuk kepentingan puak semata-mata.

Dalam dicelah lain Guan Eng menyatakan kepada Soi Lek mengenai perbezaan tarbiyah Pas dan Umno apabila Soi Lek cuba mempersendakan hubungan dan tindakan DAP mengadakan hubungan dengan Pas yang dianggap Soi Lek Pas hendak membangunkan negara Islam.

Seorang pemerhati politik Melayu pula mengulas tentang debat itu sebagai tidak menarik kerana kelonggaran formatnya menyebabkan debat itu tidak berbeza dengan ceramah saja. Seorang lagi penganalis politik Melayu pula dipetik menyifatkan debat itu sebagai forum budak-budak sekolah.

Nampaknya penganalis itu hanya mampu membuat analisa mengenai kulit dan event kitu sahaja tetapi tidak cuba menceduk apa yang perlu dipelajar umum di sebalik peristiwa itu. Apakah makrifat atau rupa diri sebenar tujuan debat itu di adakan. Sebenarnya bacaan lebih jauh terhadap majlis itu perlu diselongkari agar kita tidak ketinggalan LRT.

Tidak mengapa kalau debat itu tidak tersusun atau pun mencapai tujuannya? Dari konteks orang Melayu apakah tujuan yang mahu ditimba dari debat itu? Usah kita bertanya keuntungan atau erti yang hendak diterjemahkan kepada orang Cina dengan berlangsungnya debat itu?

Kepada saya majlis debat itu atas tajuk: Kaum Cina Dipersimpangan: Apakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa, yang dipengerusikan Dr Michael Yeoh dari Institiut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asia) telah mencatatkan rekod tersendiri. Kesedian dua idola kontemporari Cina itu menyerlahkan sekali lagi orang Cina mendahului orang Melayu di Tanah Malaya ini dalam aspek ilmu siasah.

Tindakan yang mereka persetujuan itu menunjukkan keterbukaan dan kesediaan mereka berdepan secara nyata di muka umum. Mereka menjawab tuduhan dan dakwaan masing-masing secara bersemukakan bukannya seperti politik Pandir dan Lebai Malang orang Melayu yang suka bersikap melontar batu sembunyi tangan dan menabur fitnah di serata jerung ataupunb mengedar vcd blue ke rumah-rumah termasuk rumah Tok Imam.

Juteru stail politik mereka ambil itu menunjukkan standard politik orang Cina yang jauh lebih maju dan rasional dari politik orang Melayu yang masih berpaksi dan bersendikan kepada politik adu domba, ugutan, fitnah ataupun dengan mengambil sikap musang berbuluh ayam, masuk reban makan telor kemudian keluar membawa najis.

Makanya langkah Guan Eng dan Soi Lek itu harus dipuji dan dipelajari oleh politician Melayu seluruhnya.

Dalam hemat saya baik Guan Eng maupun Soi Lek mengapa mereka sedia berdebat itu ialah kerana ingin mempamirkan kepada rakyat Malaysia yang orang Cina lebih berani dansproting dalam menyelesaikan isu-isu kepentingan bersama. Kelabaan yang mereka dapat adalah untuk kaum Cina kerseluruhanya bila mana dunia akan melihat bahawa orang Cina jauh lebih ke depan di tanah Malaya ini walaupun aslanya mereka adalah pendatang. Itu yang mereka hendak pamirkan menerusi siaran langsung itu.

Mungkin juga yang ingin diterjemahkan bahawa orang Cina mempunyai daya dan ilmu kepimpinan tinggi. Mempunyai intergriti dan leadhsip yang ampuh untuk dinilai oleh kaum mereka. Dalam zaman terbuka ini sikap dan pendekataan itulah yang harus dipraktikan dan bukannya berpolitik secara jumud atau berpandukan kepada 'kin'.

Politik dan pendekatan mereka tidak seperti Melayu yang masih takut dan gerun sesama sendiri tidak menentu. Sikap kolot Melayu ini masih menebal dan terus diwarisi walaupun ia ternyata satu sifat yang negatif. Sebab itu apabila orang Melayu Pas atau PKR ingin memasuki ke sesuatu kawasan yang tebal dengan 'keUmnoaan' maka mereka akan dihalang dan disekat. Atau pun ceramah mereka akan diganggu.

Begitu juga dengan 'pesta-pesta dayak' ala-ala politik tidak baligh seperti berdemonstrasi di perkarangan masjid sambil menaikan spanduk mengecam sesama Melayu menjelaskan kebundakan orang Melayu. Sikap dan tindakan samseng itu menunjukkan siasah orang Melayu belum sihat sepenuhnya.

Semalam semasa menghadiri wacana politik di ibu negara anjuran Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) ada seorang wartawan Cina membuat definasi mengenai sikap dan minda politik Cina dan Melayu yang jauh berbeza. Menurut beliau minda politik Cina lebih membangun (responsif) berbanding dengan minda politik Melayu yang pasit (lesu senyap).

Sebagai contoh katanya untuk mengepen orang Cina supaya menolak UBN bukan payah sangat ia cukup setakat menyebut perkataan Teo Beng Hock --- iaitu pegawai Exco Selangor yang ditemui mati di pejabat SPRM. Katanya dengan mengungkitkan peristiwa itu saja orang Cina akan menolak UBN.

Berbeza dengan minda orang Melayu. Walaupun diceritakan mengenai koruspi dalam projek lembu gemuk (NFC) mereka buat lembu kenyan tidak mempedulikan dan akan mudah melupai sesuatu tragedi yang menimpa diri mereka. Penjelasan wartawan berkenaan bagi saya mencabar air muka orang Melayu termasuk saya.

Mengenai debat Guan Eng dan Soi Lek itu orang Melayu harus merasa hina diri dan malu. Mereka secara tidak langsung terbiyah politik atau pun bagaimana hendak tambah nilai diri oleh orang Cina dilakukan secara tidak sengaja. Kesediaan Soi Lek untuk berdebat dengan Guan Eng itu juga semacam mencabar atau sengaja untuk memberi malu kepada Najib Razak yang membisu atas cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat kandati bagi mengemas kilas kain masing-masing di hadapan ramai.

Kesimpulan dari saya perdebatan kedua tokoh Cina itu di samping mereka hendak menunjukkan ego masing-masing tetapi dari sisi lain ia mahu mengejek akan kenaifan orang Melayu dalam politik.

Justeru kalau apa yang saya tafsrikan benar maka Najib tidak perlu berlengah, nah sahutlah cabaran Anwar untuk berdebat. Perdebatan itu sama dengan matlamat Guan Eng dan Soi Lek bukan untuk mencari siapa yang menang dan mengalahkan siapa tetapi tujuannya hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga ada standard dan quality hidup sama dengan orang Cina.

Manakala kalau tujuan berdebat nanti untuk mencari siapa yang menang dan untuk mengalahkan di antara satu sama lain maka jelas piwaian yang hendak dicapai untuk orang Melayu dengan debat itu gagal dan tidak membawa apa-apa makna untuk Melayu.

Saya cadangkan debat demi kehormatan Melayu itu boleh diadakan di Dewan Merdeka PWTC disiarkan oleh saluran tv kerajaan manakala moderatornya ialah Prof DiRaja Ungku Aziz.- MSO

MISTERI Charlie Chaplin pulak dahh...

Posted: 19 Feb 2012 02:30 PM PST

Misteri tempat lahir Charlie Chaplin


LONDON – Para perisik Britain berjaya menggagalkan rancangan dan merungkai kod Nazi tetapi mereka gagal menyelesaikan misteri asal usul pelawak lagenda, Charlie Chaplin.

Walaupun penghibur itu dikatakan sebagai salah seorang anak kelahiran London namun fail-fail baharu yang didedahkan oleh perisikan Britain, MI5, mendapati tiada rekod yang mendakwa Chaplin dilahirkan di sini pada 16 April 1889.

Fail-fail rahsia yang terdahulu dan didedahkan semalam oleh Arkib Nasional Britain menunjukkan penyiasatan agensi perisikan Britain, MI5 terhadap bintang filem bisu pada tahun 1950-an itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang sudah lama mengesyaki dia merupakan orang yang bersimpati dengan fahaman komunis.

Para pengintip terkejut kerana tiada rekod kelahiran penghibur tersebut.

"Ia nampaknya seperti Chaplin adalah tidak lahir di negara ini atau namanya ketika lahir adalah lain daripada yang disebutkan," kata MI5 yang membuat kesimpulan.

Kehidupan Chaplin seperti kisah dalam buku Charles Dickens yang bermula daripada miskin dan kemudian menjadi kaya.

Dibesarkan di London dalam keluarga penghibur, dia berpindah ke AS pada tahun 1910 dan menjadi antara kumpulan bintang Hollywood mega yang pertama dengan identiti pakaian selekeh dan memakai topi.

Dia juga merupakan pelakon pecah panggung dalam beberapa filem seperti The Gold Rush, City Lights dan The Kid tetapi aktiviti dan ahli sayap kiri yang dikaitkan dengannnya menyebabkan agensi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menyiasat pelakon itu pada awal tahun 1920-an.

Pada tahun 1952, akibat kebimbangan penyusupan pengaruh Soviet secara meluas di AS, pihak berkuasa AS meminta MI5 menyiasat hubungan politik Chaplin dan maklumat peribadinya termasuk khabar angin mengenai namanya itu satu penyamaran kerana nama sebenarnya ialah Israel Thornstein. Chaplin mati pada 25 Disimber 1977 semasa berumur 88 tahun .– AP

Tiada ulasan: