Sabtu, 18 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


61 remaja dicekup tengah ghairah tonton penari tiang...

Posted: 18 Feb 2012 10:35 AM PST

61 Remaja Dicekup Semasa Tonton Penari Tiang

Kuala Lumpur – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.

Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur.

Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.

Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan."Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.

"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya. -SH

Anwar ligan Najib pakai motor jaa... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2012 09:45 AM PST

PEKAN: Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini, Pahang malam semalam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu rakyat.

Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di lokasi ceramah di Kampung Mengkasar di sini.

Asal jumpa rakyat, naik motosikal pun Anwar sanggup.

Mengikut jurugambar Keadilan Daily, Yuisriah Yusuf, Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.

"Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Datuk Seri (Anwar) tiba, polis menghenti sekatan," katanya, menambah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas sebab sama.

Sekatan polis dibuat berhampiran lokasi ceramah hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer. Kesesakan itu dikatakan berlarutan lebih sejam.

Mengikut Yuisriah, polis juga cuba menghentikan ceramah Anwar atas alasan melebihi waktu sedangkan Ketua Pembangkang itu lambat tiba di lokasi berikutan kesesakan akitan sekatan polis tetapi diteruskan selepas rundingan dibuat.

Pedulikan sekatan polis, rakyat mahu dengar ucapan Anwar

Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkan sebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduk setempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain.

Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.- KD

FAKTA: UMNO memang pengkhianat... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2012 06:58 AM PST

UMNO KHIANAT!!! Dapat tanah anugerah , jual kepada syarikat bukan bumiputera

TANJUNG KARANG, 17 FEB: Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan.

Tanah tersebut dikatakan telah 'dianugerahkan' oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan 'untung atas angin'.

Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit.

Demikian menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Hj Misran Serman ( gambar) ketika ditemubual TVS hari ini.

"Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra.

"Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu," kata Misran.

Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada TVS bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Semakan TVS terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di Bandar Tanjung Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa oleh Misran sebelumnya.

Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah.

Manakala Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit.

Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit.

Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dalam syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd.

Misran yang juga merupakan anggota Ahli Majlis Tanjong Karang juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut.

"Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis.

"Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu," kata beliau lagi.- PASPB

Rosmah cubit Najib pasai silap pi puji Soi Lek berani debat... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2012 03:30 AM PST

Chua: Msia akan bankrap jika laksana Buku Jingga

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.

Chua berkata demikian ketika berucap di persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini. Ia dilihat sebagai ucapan buka gelanggang menjelang debatnya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng petang ini.

Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.

Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini.- M'kini

LAWAK: Orang MUDA suka BN... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2012 01:30 AM PST

Sidang pembaca sekelian...
Kita rehatkan minda buat sementara waktu bagi menikmati sebuah lawak antarabangsa berupa gambar aneh bagaimana rupanya ORANG MUDA dimata BN... kahkahkah...
Jom la kita sama-sama gelak guling-guling melihat ORANG MUDA dimata orang-orang BN ini... kahkahkah...

Mike Tyson Memeluk Islam

Posted: 18 Feb 2012 12:58 AM PST

RIYADH: Bekas juara tinju Mike Tyson yang memeluk Islam ketika berada di penjara sekitar 1990-an dilaporkan menziarahi kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadat umrah. Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.

Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. "Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari," katanya dalam satu sidang akhbar. - Agensi

"Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,"

Tyson menangis di Raudah


MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) "Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

"Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir," katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

"Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini," katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.

Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.

Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.

Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.

Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.

Hebatnya penangan Rosmah...

Posted: 17 Feb 2012 11:22 PM PST

Curtin gantung komen tentang Rosmah di FB

Selepas Facebook Universiti Curtin menjadi sasaran hebat rakyat Malaysia, institusi pengajian tinggi tersebut telah menggantung komen di dinding Facebooknya.

"Disebabkan pelanggaran berterusan terhadap terma penggunaan dan syarat serta terma Facebook, dan risiko pencabulan Akta Fitnah 2006 serta Kanun Jenayah Komanwel, maka kami tiada pilihan kecuali menggantung sementara komen di dinding ini," katanya dalam satu pos di Facebook.

Penggantungan itu dibuat ekoran amaran berkali-kali terhadap warga siber ketika membuat komen tentang anugerah ijazah Doktor Kehormat Persuratanan universiti itu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurutnya lagi, terdapat begitu banyak serangan peribadi, tuduhan mengenai aktiviti ciminal, dan kebencian yang disebar, dan pihaknya perlu mematuhi Akta Fitnah 2006 untuk membuang kandungan seperti ini.

Walaupun pengguna tidak lagi boleh memberi komen terus di dindingFacebook Universiti Curtin, tetapi komen boleh dibuat di posting universiti berkenaan.- M'kini

Sumpah mangkuk MCA ni tak tipu... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2012 07:04 PM PST

Dermawan MCA dapat bantuan k'jaan RM500

Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan), yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial. Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.- M'kini

ARTIS pun dah BOIKOT TV3 suku... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2012 06:25 PM PST

TV3 Kesal Pemenang AJL26 Tak Nampak 'Batang Hidung'

Ahmad Izham Omar (kanan) bersalaman dengan M.nasir dan wakil artis yang memenangi AJL26.

PETALING JAYA: Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.

"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.

"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas,di sini, Jumaat.

Bagaimanapun tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.

Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, ramli MS turut hadir memberikan sokongan.

Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, ciptaan M.Nasir dan Budi Hekayat telah diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Tiada ulasan: