shalehudin |
- Lain macam ja cara PAS berkempen... hihi...
- JANGAN sakit hati dah gaji laki dia rakyat yang bagi... kahkahkah...
- Amboi... Egonya hang Hassan Ali woii...
- Blogger Aspan Alias dah pecah lobang... kahkahkah...
- Jom pakat-pakat tibai Anwar pulak... kahkahkah...
- Sori la Anwar, bahasa hang ni tinggi sangat...
- Najib dimintak jangan KENCING...
- Hang jawab sendirilah Anwar woii, gatai sangat...
- Video: Lelaki Iran cedera kena bom di Thailand
- Pakatan memang bodo...
- Lawak... lawak... kahkahkah...
Lain macam ja cara PAS berkempen... hihi... Posted: 17 Feb 2012 10:00 AM PST Bebanyak aktiviti dari Pemuda PAS nih, yang ni ja yang aku syok tengok... Dunia moden, cara berkempen pun banyak berlain... |
JANGAN sakit hati dah gaji laki dia rakyat yang bagi... kahkahkah... Posted: 17 Feb 2012 08:00 AM PST Isteri Muhyiddin shopping sakan di KLCC? Shahbudin Husin, Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu. Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan di kalangan rakyat bahawa isteri Muhyiddin yang sering bergaya anggun dan bertudug itu pun kelihatan gagal mengawal dirinya sejak akhir-akhir ini. Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC. Tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri TPM yang sering muncul di khalayak ramai sama ada secara sendirian atau menemani suaminya untuk sesekali membeli belah di butik-butik mewah tetapi yang menjadi persoalan ialah bilamana beliau telah membeli sebanyak 18 pasang kasut di butik itu. Kalau pun beliau begitu kerap muncul di khalayak ramai dan ingin kelihatan tampil berbeza serta bergaya, pembelian sebanyak 18 pasang kasut sekaligus tentulah agak tidak munasabah. Tidak bolehkah dibeli hanya tiga atau empat pasang saja? Atau tidak bolehkah ditunggu sehingga selepas pilihanraya dan selepas BN menang cemerlang dulu? Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya. Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini. Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini. Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu. Sebelum ini beberapa siri kemewahan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang banyak didedahkan media dalam dan luar negara, pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan pemimpin termausk isu lembu NFC, sudah cukup meletakkan UMNO, BN dan kerajaan terperosok dan begitu hodoh di mata rakyat. Dan perkhabaran mengenai isteri Muhyiddin ini hanya menambahkan lagi titik hitam pada wajah politik negara. Sebelum ini, di pelbagai negara seperti Filipina, Mesir dan Tunisa, perbuatan isteri pemimpin yang bergaya mewah, membazir dan bernampilan berlebih-lebihan sudah banyak dicatatkan dan menjadi antara sebab kepada penolakan rakyat terhadap sesebuah kerajaan itu dan akhirnya ditolak jatuh oleh rakyat. Apa-apa pun, sebelum lebih banyak berita-berita lain didedahkan, adalah penting untuk Muhyiddin membuat penjelasan mengenai perkara ini kerana sebelum ini penglibatan anak dan menantunya dalam pelbagai perniagaan yang berkaitan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan seorang setiausaha di kementeriannya menerima sogokan, turut didedahkan kepada umum dan menjadi perbualan ramai. |
Amboi... Egonya hang Hassan Ali woii... Posted: 17 Feb 2012 07:48 AM PST 'Saya tunggu kenyataan parasit sokong Anwar' Golongan parasit dalam PAS yang menyokong agenda politik Anwar sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh, kata Hasan Ali. SHAH ALAM: Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali mencabar golongan 'parasit' dalam PAS memberikan kenyataan menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status Palestin-Israel. Golongan parasit dalam PAS yang disifatkannya sebagai pemimpin yang menyokong agenda politik Anwar selama ini katanya sehingga kini hanya berdiam diri sahaja dan tidak berani membuat pendirian kukuh. "Saya tunggu kenyataan golongan profesional yang menjadi parasit ini tapi nampaknya tiada seorang pun dalam PAS yang keluarkan kenyataan tentang Anwar," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Katanya, gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah satu perkara yang amat jarang ditimbulkan terutamanya apabila mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang. Nik Aziz kelmarin mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan tidak benar. Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel. Anwar dalam temubual bersama WSJ antara lain berkata, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak. 'Kalau nak debat biar setaraf' Sementara itu, ditanya tentang pelawaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk berdebat secara terbuka mengenai isu 'parasit', Hasan berkata dirinya belum bersedia buat masa terdekat. Tetapi, katanya akan menyahut cabaran itu hanya selepas Jati mencapai tempoh matang namun bukan dengan Khalid Samad. "Kalau nak debat biarlah setaraf Naib Presiden atau Timbalan Presiden (PAS) dan bukannya dengan orang bawahan," katanya yang pernah enam tahun memegang jawatan Naib Presiden PAS. Beliau turut mempertahankan kenyataannya mengenai dakwaan negara republik dalam ceramahnya sebelum ini. Katanya, dakwaan itu ditimbulkan berdasarkan hasil tulisan dalam blog dan disebut individu tertentu namun enggan mendedahkannya secara terperinci. Ditanya sama ada mahu meneruskan perjuangan politik dan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, Hasan berkata keputusan itu akan diumumkannya sejurus selepas Parlimen dibubarkan. |
Blogger Aspan Alias dah pecah lobang... kahkahkah... Posted: 17 Feb 2012 03:30 AM PST Dalam pilihanraya lalu lebih 1 juta ahli Umno keluar parti ? Oleh Aspan Alias Saya telah diberitahu oleh rakan-rakan dalam Umno yang parti itu akan membawa Tengku Ahmad Rithauddin, Pengerusi jawatankuasa disiplin parti, ke setiap negeri melalui badan-badan perhubungan Umno setiap negeri. Tujuannya ialah untuk memantau permasalahan yang besar didalam Umno dalam pilihanraya umum nanti, iaitu sabotaj oleh ahli-ahlinya sendiri. Saya telah banyak menulis tentang kerapuhan sokongan ahli-ahli Umno terhadap partinya. Tidak pernah saya terlupa dalam pilihanraya 1999 dan 2008 begitu ramai ahli-ahli Umno telah mengundi parti-parti pembangkang dan itu merupakan satu perkara yang begitu 'normal' dalam Umno sekarang ini. Parti itu sedar yang ia tidak boleh mempercayai ahli-ahlinya apabila sampai waktu pilihanraya. Umno ini merupkan satu parti besar tetapi masalah menguruskan ahlinya pun besar. Ahli-ahli Umno sekarang bukannya seperti dahulu, hanya mengikut lenggang dan tari pemimpin mereka. Sekarang mereka lebih kritis dari dahulu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 50 peratus (1.6 juta) ahli-ahlinya telah bertukar haluan dengan mengundi parti-parti 'alternative'. Jika semua ahli-ahli Umno itu menyokong partinya, masakan ramai calon-calon Umno telah rebah bergelimpangan dalam pilihanraya yang lalu kerana ditolak oleh pengundi-pengundi termasuk oleh ahli-ahlinya sendiri. Inilah masalahnya jika sebuah parti itu terlalu bergantung kepada jumlah ahlinya. Banyak parti-parti didunia ini termasuk di negara kita ini, berjaya tanpa ahli yang ramai. DAP hanya mempunyai 135 ribu orang ahli sahaja tetapi undi yang diperolehi oleh parti ini dalam pilihanraya yang lalu melebihi dua juta orang. Yang penting bagi sesebuah parti politik terutamanya yang memerintah ialah kemampuan untuk menggubal dasar yang dihormati bukan sahaja oleh ahli-ahlinya tetapi oleh pengundi yang ramai. Selain dari dasar yang sempurna, dasar itu mesti dilaksanakan dengan baik tanpa tercemar dengan isu rasuah dan isu salah gunakuasa yang keterlaluan. Sebaliknya Umno memilih untuk menjadi parti yang besar ahlinya sehinggakan sampai kehari ini ahli-ahlinya melebihi 3.2 juta orang. Kita faham kenapa Umno memilih untuk mengambil keahlian yang ramai. Tujuannya ialah untuk mengharapkan yang kesemua ahli-ahlinya akan mengundi parti itu dalam pilihanraya. Tetapi jika lebih dari 40 peratus orang Melayu menyertai tanpa tapisan maka parti itu akan disertai oleh ramai yang tidak ada perjuangan. Tugas yang diberikan kepada Tengku Ahmad Rithauddin itu bukan kerja mudah kerana perasaan tidak puas hati ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan sudah menyeluruh dan tidak ada cara untuk memantau perasaan dan tindakan individu ahli dalam peti undi itu. Umno telah mengabaikan perasaan ahli-ahlinya dan hanya mahu melakukan pembetulan sesudah penyakit 'sabo menyabo' itu sudah mengalir di dalam sanubari mereka. Dulu-dulu kritikan ahli-ahli yang sedar dianggap sebagai membangkang dan itulah yang saya hadapi semasa dalam Umno dahulu. Ahli-ahli Umno nampak jelas bagaimana pemimpin-pemimpin yang mentadbir dan berjuang dalam parti hanya sambil lewa sahaja dan mereka tidak ditunjukkan tauladan yang baik oleh pimpinan mereka di setiap peringkat. Pemimpin Umno ada satu sikap kepimpinan yang meminta ahli-ahlinya, 'do what I ask you to do, don't do like what I do'. Saya bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan saya yang ramai didalam Umno setiap hari dan saya merasakan apa yang mereka rasa. Mereka merasakan mereka telah menjadi orang tawanan kerana mereka terpaksa mengangguk kepada perkara yang mereka tidak yakini. Mereka tidak dapat hendak berfikir kerana mereka dimainkan dengan perasaan rasis yang menebal. Mereka diminta untuk percaya yang hanya Umno boleh menentukan nasib masa depan orang Melayu. Tetapi nasib mereka masih juga dalam keadaan yang sama; dari dahulu hingga sekarang. Lebih dari lima dekad orang Melayu dijanjikan dengan kemajuan bangsanya tetapi tidak juga maju. Mereka dijanjikan bulan dan bintang oleh Umno yang baru ini. Mereka tahu yang pimpinan Umno merupakan kepimpinan yang 'clueless' dan tidak tahu untuk mengatur kemajuan bangsanya dengan baik. Ramai dikalangan ahli-ahli dan penyokong Umno didalam perkhidmatan awam juga sangat marah dengan apa yang berlaku dalam isu SSBA yang diluluskan oleh kabinet Najib. Penyelarasan gaji dilakukan oleh SPA sahaja, tidak seperti dahulu. Dahulu ada Suruhanjaya Di Raja diwujudkan untuk melakukan penyelarasan gaji kakitangan awam. Sekarang itu dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkepentingan. Itulah sebabnya terdapat setangah penjawat awam hanya mendapat kenaikkan gaji kurang dari RM10 dan ada yang naik gaji mereka sehingga RM8000 kepada RM20,000 sebulan. Apa maknanya ini? Mampukah Tengku Ahmad Rithauddin memantau perasaan semua ahli dan penyokong Umno ini dalam peti undi dalam PRU nanti? Justru itu, Umno sepatutnya menumpukan kepada masalah yang sangat besar dalam parti itu terlebih dahulu dari menuding jari kepada pihak pembangkang dalam semua hal. Tetapi yang kita tahu sekarang, Umno mengakui bahaya yang mereka bakal hadapi tidak lama lagi. Itulah sebabnya orang seperti Tengku Rithauddin kembali penting untuk memantau geraklaku ahli-ahlinya dalam pilihanraya nanti. Perkara yang terbesar yang akan dihadapi oleh Umno ialah masalah calon yang bakal diturunkan nanti. Semuanya merasakan mereka adalah 'winnable candidates' dan tidak ada siapa yang tidak 'winnable' di kalangan pemimpin-pemimpin di bahagian-bahagian masing-masing. Dalam kata lain Umno dan pucuk pimpinan sendiri tidak percayakan ahli-ahlinya yang ramai itu. Keadaan itu akan berlaku lagi kali ini kerana perebutan untuk menjadi calon dan banyak hal yang lain. Jika ahli-ahli Umno sendiri memangkah pembangkang, apa yang kita hendak sokong sangat Umno ini? — aspanaliasnet.blogspot.com |
Jom pakat-pakat tibai Anwar pulak... kahkahkah... Posted: 17 Feb 2012 01:30 AM PST Jangan Kompromi Soal Akidah , Hatta Najib Mahupun Anwar Oleh Wfauudin MUFTI Perak dikatakan telah menegur Najib apabila Najib hadir di dalam Perayaan Thaipusam baru-baru ini di Batu Caves. Terbaru, beliau dikatakan hadir untuk menyampaikan amanat selaku pemimpin negara bukannya hadir untuk merayakan Thaipusam. Justeru itu, aku menaruh keyakinan seperti yang dinyatakan baru-baru ini oleh Mufti Perak bahawa Najib tidak menyalahi hukum Islam apabila tidak merayakan sambutan Hari Thaipusam tersebut. Selebihnya, Wallahu Aklam. Apa yang aku mahu tulis di sini adalah bagaimana pula dengan gambar di atas? Gambar dikatakan DS Anwar bersama masyarakat India di Perayaan `Ponggal'? Adakah DS Anwar hanya hadir sebagai pemimpin mereka atau turut meraikan bersama amalan agama mereka? Dan, adakah `Ponggal' itu perayaan agama atau sekadar adat kaum India? Aku berjumpa dengan beberapa teman kaum India dan bertanya mereka tentang hal ini. Ada yang berkata `Ponggal' itu hanya adat sahaja bukan amalan agama, dan ada yang berkata itu adalah amalan agama. Jadi, pada aku jika ianya adalah amalan agama dan DS Anwar turut merayakannya, maka DS Anwar menyalahi hukum Islam. Sebaliknya, jika DS Anwar hanya hadir seperti Najib hadir di Batu Caves baru-baru ini, maka hukumnya sama seperti yang disebut oleh Mufti Perak itu. Sehingga kini, aku tidak jelas samada `Ponggal' itu adat ataupun amalan agama. Wallahu Aklam. Baik, gambar yang menunjukkan DS Anwar `ditanda' pada dahi, aku telah mendapat jawapan dari beberapa rakan India bahawa `tanda' itu bukan amalan agama mereka tetapi adat semata-mata seperti orang Melayu menggunakan inai, kata mereka. Sebab itu, kita selalu lihat ramai kaum wanita India yang memakai `tanda' di dahi walaupun mereka telah memeluk Islam. Selalu kita lihat di dalam filem Tamil atau Hindustan, wanita Islam tetap memakai `tanda' di dahi dan mereka terus memakai Sari. Jika ikut adat Melayu pun, memakai inai di kuku juga diambil dari cara kaum India sehingga ke peringkat bersanding di dalam Majlis Perkahwinan. Kesimpulannya, aku tidak kata Najib atau DS Anwar betul atau salah. Di sini sewajarnya pihak-pihak berkuasa Agama Islam harus peka dan segera menegur kerana terlalu banyak yang mengelirukan kita berkaitan sesetengah amalan agama atau adat kaum dan ugama lain. Jika Najib salah, dan Anwar pun salah, maka tegurlah dengan segera. Isu ini lebih penting dari isu politik./wfauzdin.blogspot.com |
Sori la Anwar, bahasa hang ni tinggi sangat... Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel Dato' Seri Anwar bin Ibrahim KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin. Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa: "This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security". Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: "The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel." Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat. Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin: "If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them". Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin. Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu . Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro. Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan. Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin. Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin. Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin). ANWAR IBRAHIM KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT |
Najib dimintak jangan KENCING... Posted: 16 Feb 2012 10:00 PM PST Najib diminta jangan temberang tentang defisit Harakahdaily, 16 Feb 2012 KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap. Ini kerana, pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar. "Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily. "Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat. "Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout' oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar atas)yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini. Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok. "Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok. "Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily. Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu 'tidak defisit sebenar. Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya. Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang 'contingent liabillities' sudah ke paras RM97 bilion. "Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK. "Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK! "Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi 'sustainable' atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu. Bagi beliau, Najib sekali lagi mahu 'mengelabui' mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan). Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka! "Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau. Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!" |
Hang jawab sendirilah Anwar woii, gatai sangat... Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST Kalau dah gambar macam ni.. Anwar Ibrahim jawab sendirilah.. Dalam hal video seks edaran Datuk 'T', aku masih boleh menafikan bahawa lelaki yang dikatakan sebagai DS Anwar Ibrahim didalam video tersebut bukanlah DS Anwar Ibrahim, kerana pelaku tersebut memanglah bukan DS Anwar Ibrahim. Malah bagi menangkis serangan dari pencacai UMNO yang menyiarkan video tersebut, aku dan beberapa orang sahabat sanggup bersengkang mata hingga kepukul 4 pagi selama beberapa hari untuk menyediakan video bagi menangkis video seks tersebut. Malangnya projek video itu telah di hijack oleh seseorang ketika aku mahu menayangkannya kepada DS Anwar Ibrahim.. Sakit hati punya pasal aku biarkan projek video tersebut terhenti ditengah jalan.. mampuih pi! Aku sakit hati pasal masa kami buat video tu tak ada siapa yang peduli, tapi bila dah hampir siap ada manusia yang mahu mendapat nama dari hasil kerja kami tu.. Itu pasal video seks.. Berkenaan gambar yang disiarkan oleh sebuah blog Pro UMNO yang telah disaman oleh Husam Musa sebanyak RM500,000, aku tiada sebarang alasan untuk menafikannya kerana ia memang Anwar Ibrahim. Blogger tersebut telah menyiarkan gambar seperti di bawah.. Bagi yang taksub dengan Anwar Ibrahim mereka mempertikaikan akan kesahehan gambar tersebut.. bagi aku tak perlu dipertikaikan.. sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim yang berada dilokasi sambutan perayaan ponggal itu.. Selain dari jadual program Anwar yang aku ada perkara ini disahkan oleh Blog Suara Seri Andalas.. Yang turut menyiarkan gambar-gambar berikut yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012. Dr Mohd Nor Manuty Biro Pemantapan Agama Keadilan turut kelihatan. Jika Najib disifatkan sebagai menggadai akidah oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Perkara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim juga adalah sama kerana perayaan Ponggal ini diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. lebih lanjut sila baca di SINI Jika Tan Sri Harussani berkata menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. Aku juga boleh berkata Dr Mohd Nor Manuty dari Biro Pemantapan Agama Keadilan sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir atau turut serta dalam perayaan itu... Tapi.. ada yang kata Ponggal ni bukannya perayaan keagamaan.. dua keping gambar diatas yang disiarkan oleh Blogger UMNO tu macam mana? Oleh itu.. dalam hal ini lebih afdal rasanya jika Anwar Ibrahim yang menjelaskannya sendiri bukannya Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim yang jawab!! Kalau nak tahu siapa Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim sila baca di SINI Nak tepis macam mana kalau Video pun ada... Pesan orang tua-tua.. kalau nak jadi sokong jangan jadi sokong yang membawa rebah.. yang betul kata betul.. yang salah kata salah... (Sumber: Anak Sungai Derhaka) |
Video: Lelaki Iran cedera kena bom di Thailand Posted: 16 Feb 2012 06:00 PM PST Lelaki Iran Cedera Dalam Serangan Bom Di Thailand Bangkok: Seorang lelaki warga Iran yang membawa bom tangan cedera dan empat orang awam turut cedera dalam tiga letupan yang menggegarkan sebuah kejiranan di ibu kota Thailand itu, semalam. Bangkok berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak bulan lalu apabila Amerika Syarikat mengeluarkan amaran mengenai ancaman pengganas di kawasan yang sering dikunjungi pelancong. Namun, pihak berkuasa masih belum dapat memastikan jika insiden semalam ada kaitan dengan amaran Amerika itu. Tiga lelaki dilihat melarikan diri setelah sebuah rumah di Sukhumvit Road, di timur Bangkok, meletup. Skuad pemusnah bom bergegas ke kawasan itu dan melihat tiga lelaki melarikan diri dan seorang daripada mereka melontar bom ke arah sebuah teksi. 'Dia cuba menahan teksi tetapi memandangkan dia berlumuran darah, pemandu teksi tidak mahu berhenti,' kata Jeneral Polis, Pansiri Prapawat. Lelaki itu kemudian cuba melempar sebutir bom ke arah polis, menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tepi sebatang jalan yang sibuk. Menurut pihak berkuasa, akibat letupan itu, sebelah kaki lelaki, yang dipercayai warga Iran itu hancur dan empat orang awam- tiga lelaki dan seorang wanita Thai - turut tercedera. Letupan di Bangkok itu berlaku sehari setelah sebuah kereta diplomatik Israel dibom di India - serangan yang menurut Israel dilakukan Iran. Pihak berkuasa Thailand mengatakan mereka tidak pasti jika kedua-dua insiden itu ada kaitan antara satu dengan lain, namun jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Yigal Palmor, berkata mereka tidak dapat menolak kemungkinannya. Pasukan keselamatan Thailand menemui lebih banyak bahan letupan di sebuah rumah, yang didiami lelaki Iran itu ketika di Bangkok. Tapi, kata Jeneral Pansiri, mereka tidak dapat pastikan apakah sasaran sebenar kumpulan itu. Menurutnya lagi, sebuah pasport ditemui di salah satu lokasi letupan dan menunjukkan pengebom sebagai Saeid Moradi dari Iran. Tambahnya, pihaknya percaya letupan pertama, yang memusnahkan sebahagian bumbung rumah Moradi, berlaku secara tidak sengaja. Lelaki itu dan mereka yang cedera, kini dirawat di hospital. Seorang lelaki Iran turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, malam semalam sedang dia cuba berlepas ke Malaysia. Lelaki itu masih disoal siasat dan pembabitannya dalam insiden letupan semalam masih belum dapat dipastikan. -- AFP, AP. |
Posted: 16 Feb 2012 04:00 PM PST Pakatan Akan Kalah Kerana Kebodohan Sendiri Sebelum saya mencatat Citra Perjalanan II ingin saya menulis sesuatu yang terbuku di hati pada masa kini. Keterbukuan ini perlu dilengsaikan kalau tidak ia boleh membawa 'sengkak sebok' dan akhirnya memeranakan diri sendiri. Apa yang bermain dalam benak ini menjadikan saya kehilangan selera untuk mencatat siri Citra Perjalanan atau mengulas membahan kenyataan-kenyataan bodoh pemimpin Umno dan Ngo ngor. Kekadang-kadang apa yang kita lakukan (tulis dan laungkan) tidak sedikit pun menjadi api dan angin kepada ma'dunnya. Maksudnya tidak dipedulikan oleh orang yang kita sasar apa yang hendak perkatakan itu. Jadilah suara dan kata-kata kita bagaikan busa di lautan. Bila keadaan begitu maka jadi bodoh atau terasa bodohlah kita kerana seolah bercakap berseorangan, berfikir berseorangan, memerah otak berseorangan, menyekang mata hingga ke pagi kesorangan sedang sumbangan kita tidak pun dinilai dan dimanaaftkan. Perlukah saya dan kita semua yang mengharap jatuhnya bulan ke ribaan meralatkan semula akan apa yang kita lakukan untuk tidak terus menjadikan kita bodoh? Apa yang saya maksudkan ini ialah mengenai sikap dan telatah para pemimpin Pakatan Rakyat, khasnya Pas dan PKR yang saya melihat mereka ini seakan berada dalam sebuah lautan yang mereka sendiri tidak sedar di mana hujung dan di mana tepian. Ada kalanya mereka nampak kompak, penuh pengertian...penuh persefahaman ditunjukan dengan memakai logo tiga parti tetapi diwaktu lain mereka seakan kontradik sama sekali. Polimek-polimek yang berlaku di antara mereka menunjukkan akan betapa mereka tidak ada pengertian dan persefahaman. Keadaan itu berbeza dengan apa yang mereka hasratkan dan untuk difahami rakyat. Kononnya mereka hendak menjadi pembela rakyat dengan mengambil alih tempat Umno. Mereka melambungkan harapan besar kepada rakyat kononnya merekalah terbaik. Kononnya PRU 13 adalah pilihan raya yang akan merubahkan segala-galanya dan akan terbentuk Malaysia Baru? Kononnya kedudukan UBN khasnya Umno sudah terdesak, terjempit atau nazak di hujung kuasa dan dicemuhi rakyat bagaikan tong sampah pecah memelah air busuk kohong. Kononnya.... Lalau rakyat pun 'terperagah' dan teruja dengan laungan itu. Emosi membuak-buak untuk melihat satu perubahan besar dalam negara. Memang rakyat di bawah sudah ada minat besar untuk memenuhi harapan itu. Rakyat sudah mual dan lugal dengan kerajaan UBN dipimpin Umno. Golongan muda, terpelajar, para pegawai kerajaan, swasta sudah pun bersedia. Mereka sudah mulai menilik dan berkira untuk membuat perhitungan akhir dengan kerajaan UBN. Pemberian wang, pengumuman projek, insentif dan segala macam dalam bentuk wang jelas dan kabur tidak sedikitpun menjadi perhatian rakyat. Rakyat sudah tahu bahawa taburan janji dan sedikit kebendaan begitu yang diambil dari khazanah negara adalah sandiwara dan tektik membubuh umpan dalam jerat saja. Tetapi malang seribu kali malang, saat rakyat sudah bersiap sedia, tetapi sesetengah pemimpin Pas, DAP dan PKR seakan tidak bersedia dan main-main. Mereka masih lagi cuba menegakkan sikap keakuan masing-masing sehinggakan bercanggah sesama sendiri. Apa dinamakan persefahaman dan nilai politik tinggi masih belum wujud. Persefahaman hanya di kalangan para pemidto di pentas sama saja tetapi dari dalam parti masing-masing terus dan tetap dengan agenda lapok dan kepentingan diri masih menebal. Perkara paling nyata ialah tidak bersama dalam menggubal fikiran atau pun melontar isu untuk mendapat perhatian umum. Atau mereka tidak boleh melendikkan pemikiran dan idea yang disampaikan oleh sesama mereka dan minda mereka terus menjadi minda anjing dan minda kucing. Ini saya kira kelemahan besar Pakatan Rakyat yang akhirnya akan memeranakan pakatan itu sendiri pada pilihan raya akan datang kalau tidak diperbetulkan segera. Banyak kejadian dan contoh menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak bijak atau sepakat dalam mengulas sesutau isu. Walaupun subjek itu jelas bertentangan dengan fahaman dan ideologi parti masing-masing mereka seharusnya tidak menunjukkan akan jurang itu sebaliknya berfikir bagaimana mencerminkan penyelesaiannya bukan berkonflit. Rakyat sekarang mahu tenguk kemampuan mempersatukan bukan kehebatan menegakkan kehebatan diri. Rakyat dan umum sudah tahu bahawa ketiga parti itu tidak mempunyai persamaan dalam ideologi dan iltizam perjuangan. Pas dengan Islam ortodoksnya, DAP dengan sosialis demokrat otordoks dan PKR dengan liberalisme ortodoksnya. Maaflah kalau saya terpaksa mengguna istilah ini (ortodoks) yang agak janggal dan keras. Otordok itu bukan dalam erti kata sebenarnya. Orang sudah tahu keadaan itu semua. Justeru setiap tindak tanduk mana-mana pemimpin dari ketiga parti itu ada perbezaannya. Kalau dihalusi batuk dan berdeham pun berbeza, bukan lagi soal makan dan minum. Tetapi apabila mereka bergabung dalam satu Pakatan yang bertujuan dan bermatlamat satu - untuk menumbangkan UBN seharusnya perbezaan itu tidak melatari diri masing-masing. Mereka perlu melenyapkannya bagi menunjukkan mereka kompak. Soal-soal yang boleh diselesaikan selepas menawan Putrajaya perlu di kesampingkan dulu. Rakyat tidak mahu mendulatkan akan kehebatan ideologi masing-masing, tetapi apa yang hendak rakyat saksikan berlakunya perubahan kerajaan. Mereka ingin membandingkan kerajaan UBN dengan kerajaan baru. Sepatutnya perkara itu perlu diutamakan dan tinggalkan soal-soal penting dalam aspek prinsip dan dasar itu kerana jelas soal itu tidak akan membawa apa-apa kemenangan dalam konteks negara ini. Sayang keadaan tidak berlaku. Pas dengan caranya tetap hendak menunjukkan ia Islam lebih. DAP pula nak menunjukkan dia sosialis lebih dan begitu juga PKR. Ambil isu terbaru tentang pertembungan pandangan dan pendapat mereka serta tindak tanduk menunjukkan ketidak cerdikan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu Anwar yang diwar-warkan menyokong Israel. Anwar telah membuat kenyataan yang ada kait dengan sokongan terhahap Israel kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ). Umno telah menggunakan kenyataan Anwar itu untuk menempalak Anwar dan memberi tahu rakyat Anwar menyokong Israel. Isreal dalam kepala orang Melayu Malaysia adalah sejenis makhluk yang jahat lebih jahat dari Salentia walaupun mereka tidak mengetahui binatang apa Israel itu sebenarnya. Israel dalam minda orang Melayu sama juga dengan babi ia telah menjadi satu stigma. Mereka tidak boleh disalahkan. Alasannya kerana Israel disebut di dalam al-Quran, bahawa kaum itu jahat. Bila disebut didalam Quran mereka terima sebulat-bulatnya, itu fiil orang Melayu. Malangnya walaupun Umno tidak disebut di dalam Quran mereka tetap juga menerima sebulat-bulatnya dan menerima Umno sebagai sebuah wadah umpama bahtera Nuh. Ini fiil orang Melayu bersikap double standard dalam semua hal. Umno bersahabat juga dengan Israel dan telah membantu lebih hebat dari Anwar dengan mengadakan hubungan dagangan tidak menjadi masalah. Anwar hanya dengan berkata-kata saja. Media Umno telah memanipulasikan kenyataan Anwar itu. Biasa bagi Umno, yang 'rewelnya' kenapa Pas juga ikut sama membatai Anwar? Di sini menjelaskan sekali lagi kehebatan media Umno dalam memainan jarum dan memanjangkan lidah syaitan. Bukankah dengan saling bantah membantah itu ia telah meretakkan sesama sendiri? Pas telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh Umno walhal Umno berkata itu untuk kepentingan politik. Tidak kira siapa yang mempersoalkan kenyataan Anwar dari Pas dia adalah gombal adik beradik dengan zombi. Kurang cerdik dan kurang subur baja siasah. Seharusnya pemimpin Pas tidak menempik isu itu. Biarkan ia ditempik oleh Umno. Rakyat tidak akan terasa kalau Umno yang melaungkan. Tetapi bila Pas tumpang sepiak pinang ini menyebabkan rakyat yang gombal akan merasaikan Umno betul. Inilah bodohnya sesetengah orang dalam Pakatan Rakyat memberi bola tanggung atau membuka lubang kepada Umno. Cis...! Bukankah Pas juga secara jelasnya mengharapkan bantuan PKR yang mana ketuanya Anwar untuk menang pilihan raya? Atau kalau Majlis Syura Ulamak Pas telah memfatwakan sesama sendiri kerjasama itu haram, maka nyatakan dengan jelas yang ia haram. Ini tidak... pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis inilah yang merosakkan Pas. Nik Aziz terpaksa berkokok bila Syura Ulamak membuat kritikan demikian sebab dia adalah ketuanya. Walaupun Nik Aziz ada kuasa keramatnya dia tetap patuh dan hormat kepada sebuah dewan seperti Majlis Syura Ulamak itu. Saya tidak fikir seorang politus yang penuh mantik seperti Nik Aziz tidak dapat membaca apa yang termaksud oleh Anwar itu. Dalam hal ini juga Anwar sendiri harus jaga diri dan tidak terlalu ego dan menunjuk hebat. henatilah melayan dan membuat kenyataan dengan akhbar asing hanya kerana hendak menunjukkan kita hebat dan pemimpin bertaraf dunia. Mungkin cara anda betul tetapi rakyat anda masih kebanyakannya gombak dan otak memetot. Kalau hendak bercakap dengan akhbar asing pun biarlah anda menjadi PM kelak. Masa itu cakaplah apapun orang tidak berani pertikai... lagi pun media Umno sudah tidak ada lagi waktu itu. Penjilat buntut Umno akan berpaling kepada anda dan memuji bahawa anda seorang yang berpandangan jauh dan membawa kedamian sejagat. Waktu itu pujian anda kepada Israel juga akan menjadi semanis madu. Selain isu itu timbul juga isu valentine day - hari mengingati kekasih. Pemuda bangun mencanak membenteraskan maksiat yang berlaku pada hari valentine day. Pemuda ini pun satu hal yang dia nampak hanya soal valantine day sahaja. Soal-soal lebih bedsar dan isu global tidak terlintas dalam benak Pemuda. Isu hari kekasih ini saya rasa wujud setiap tahun dan tidak pernah ada penyelesaian tuntas. Seharusnya Pemuda membuat kajian Phd dalam hal ini kenapa ia masih berterusan? Kegagalan menyelesai isu ini adalah kegagalan pihak yang menanganinya tidak kira Pemuda Pas, Majlis Agama atau mana-mana pihak. Kegagalan ini juga akan diketawakan oleh mereka yang merayakan hari berkenaan. Itu Pemuda Pas tukar kepada hari mengingati suami isteri itu apa pula. Bagi saya idea itu tempelan sahaja. Pertukaran itu juga menunjukkan Pemuda ikhtiraf perayaan seharian itu cuma dalam bentuk lain. Si Karpal Sigh pula bangkit mempertahankan valinte day dan tindakan itu kontras dengan Pemuda Pas. Masing-masing ada hujah dan alasan sendiri dalam hal ini, tetapi yang ruginya kepada Pakatan Rakyat. Perbalahan yang bersifat personal itu akan terbawa ke dalam Pakatan Rakyat. Media massa PB pula akan terus memainkan isu ini dan yang peningnya ada orang di bawah. Pertengkaran itu juga tidak akan menyelesaikan masalah melainkan kerana nak tunjuk telor siapa lebih bulat saja. Hal-hal sebegini boleh dielakkan kalau mereka, baik Karpal dan Pemuda Pas bijak berpolitik. Berpolimek bukan tidak boleh, tetapi kalau ia sampai menjejaskan cita-cita asal hendak menumbangkan Umno ia tidak ada guna dan jadilah tindakan dan polimek itu sebagai tahi kering saja. Kesimpulannya dari kedua keadaan itu, isu Anwar dan Israel dan Pas meminta agar Anwar tarik balik atau saman surat khabar Wall Street Journal dan isu valentine day itu adalah menggambarkan kelemahan dan kecetekan politik Pakatan Rakyat. Walaupun ia adalah segmen-segmen isu yang dimainkan oleh Umno tetapi dari segi hakikatnya ia akan menjadi persoalan dan pertanyaan lunak macam mana Pakatan hendak mengganti Umno kalau sesama sendiri pun asyik berkekah belah sampai ke ke Subuh http://msomelayu.blogspot.com/ |
Lawak... lawak... kahkahkah... Posted: 16 Feb 2012 02:30 PM PST Kisah di sebuah kilang (umur pencen wajib 60 tahun) Bapa yg bekerja sebagai Technician berjaya mendidik anaknya menjadi seorang Engineer. Ditakdirkan Allah anaknya bekerja di syarikat dan jabatan yg sama dgn bapanya di PENANG. Ketika sesi "review" kenaikkan gaji tahunan, si Anak memanggil Bapanya untuk sesi temubual: Anak : Ayah tahu dak pasai apa saya panggil bapa ? Bapa : Dah tau dah, 42 tahun aku dok kerja sini. Anak : Saya panggil bapa NAK bagi "review" tahunan.Saya menilai prestasi bapa dari segi "attitude", "attendance" dan "quality kerja". "Attitude"- saya tengok bapa banyak dok menyembang perkara yg tak bersangkut paut hal kerja. Bapa banyak dok melepak di kantin dan surau. "Attendance" saya tengok rekod bapa terlalu banyak MCs. "Quality kerja" mungkin sebab bapa org lama, semua kerja bapa buat secara "work smart". Cukup sempoi.Jadi "attitude" saya bagi "D", "Attendance" saya bagi "E", "Quality Kerja" saya bagi "B". Nilai purata prestasi bapa saya bagi "D". Mengikut skala gaji..kenaikkan gaji bapa adalah sebanyak RM15 ringgit utk tahun ni.Ada apa apa komen ? Bapa : Hang nak suruh aku menyembang pasai kerja… hang tau dak aku cemuih gila dok tengok mesin tu sampaikan berapa banyak skru yg ada di mesin tu pun aku tau. Dok lepak di kantin sekurangnya lepas juga rindu aku dekat warung kopi tempat org tua macam aku dok melepak. Nak kira pasai "attitude" hang pun tak ok jugak. Yang hang dok lepak di cyber cafĂ© dgn kawan2 hangtu nak kira camna? Sampai lupa anak bini. Dahla anak hang ramai, bini penyegan, Mak hang dok kena darah tinggi. Sampai aku takdak mood nak kerja. Hang tau ka? Aku yg tak mai kerja "mcs" tupun pasai hang juga. Dok jaga anak2 hang. Buas nak mampuih. Hang takkan tak tau aku ni sakit pinggang. Sakit pinggang aku ni makin teruk lepaih hang dapat anak lagi. Jenuh aku dok kepung depa.Hang tau apa. Yang hang tau dok mengadap laptop sampai lupa dunia. Bab kualiti kerja tu..hang tak payah nak tunjuk "terra". Semua dlm poket aku. Aku dok di kantin lama2 pun aku dah tau apa jadi kat mesin. Lani camni….pasai gaji pun naik RM15 saja, aku nak ambik duit epf aku pun lambat lagi, aku nak tuntut elaun parttime jaga anak-anak hang. RM200 sorang. Anak: Ikut suka bapa la (dlm hati: balik rumah boleh adjust lagi nie, biaq pi la, dia dok tengah naik angin) Itu kes jikalau sianak yg jenis betul bendul dgn syarikat. Bagaimana pula jenis yg cerdik terlampau….bukankah ianya menggalakkan RASUAH DAN KRONISME didlm organisasi.. wallahualam |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan