Khamis, 9 Februari 2012

shalehudin

shalehudin


KFC ni bagi free ja boleh makan...

Posted: 09 Feb 2012 10:00 AM PST

PELIK!! Awat PKR Selangor terlebih gelabah nih...

Posted: 09 Feb 2012 08:30 AM PST

PENAHANAN HILMI, KENAPA GELABAH?



Oleh : AZMAN ARIFFIN
JARANG atau tidak pernah rasanya Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan yang tidak berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri.

Dah namanya Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor, sudah tentulah ia berkenaan dengan kerajaan negeri dan pentadbirannya.

Tapi dalam hal penahanan seorang lelaki bernama 'Azmin Hilmi' kerana memalsukan pelbagai dokumen kerakyatan Indonesia dan tinggal lebih masa, Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar mengeluarkan kenyataan yang antara lain berbunyi:-

"Kerajaan Selangor akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri.

"Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat biro politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," katanya kenyataan itu.

"Kerajaan negeri juga berpendirian cubaan menyalahguna isu itu bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu adalah tidak beretika.

'Azmin Hilmi' ialah lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran gambar-gambar peribadi Exco Kerajaan Selangor, YB Elizabeth Wong pada tahun 2009 dan sekarang masih menjadi buruan polis kerana kes tersebut.

Persoalan penulis ialah, kenapa dan apa kaitan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal penahanan Hilmi sehingga Pejabat Menteri Besar mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Hasil dari penyelidikan penulis, tidak kurang 6 blog pro UMNO yang menuduh 'Azmin Hilmi' menetap di Indonesia atas pembiayaan PKR bagi mengelakkan kesnya itu menjejaskan PKR.

Sudah tentu apabila disebut 'pembiayaan PKR", maka ia akan juga membabitkan kerajaan Selangor kerana PKR adalah parti yang menguasai Selangor dan Exco terlibat juga dari Selangor.

Tuduhan ini pula berdasarkan sumber yang memetik kenyataan 'Azmin Hilmi' kepada pihak berkuasa Indonesia.

Apabila Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan di atas, ia seolah-olah membenarkan persepsi bahawa dakwaan sedemikian ada kebenarannya!!

Penulis tidak nampak kewajarannya untuk Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan sedemikian yang boleh ditafsirkan bahawa dakwaan 'Azmin Hilmi' yang kehidupannya di Indonesia adalah dengan pembiayaan PKR itu adalah benar!!

Pada penulis, kes ini adalah kes polis Indonesia dan Malaysia, maka biar sahajalah polis yang menyiasatnya. Yang kita tiba-tiba kelihatan mengelabah tidak tentu pasal kenapa pula?

Lagipun kes ini adalah kes individu yang tidak melibatkan kerajaan Selangor secara langsung. Memanglah yang terlibat salah seorang anggota Exco Selangor, tapi ia adalah kes peribadi yang telah diakui sendiri oleh Exco terbabit.

Berkenaan dakwaan bahawa PKR yang membiayai kehidupan lelaki itu di Indonesia seperti yang dilaporkan media Indonesia, penulis beranggapan sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan tapi kebenarannya belum tentu lagi.

Sewajarnyalah Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di masa hadapan bagi mengelakkan salah faham berterusan yang boleh menjejaskan parti untuk jangka masa panjang.

PANAS!! Dahi Jamil Khir koi pelan luaih... kahkahkah...

Posted: 09 Feb 2012 07:05 AM PST

Wang zakat juga disalah gunakan

Jamilah Kamarudin

Kali ini Jamil Khir didakwa menggunakan dana Yayasan Taqwa dengan memberi bantuan kepada penduduk Jerai serta menerbitkan buku politik 'PAS Bukan Parti Islam'.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekali lagi didakwa menyalahgunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kali ini membabitkan pengeluaran dana zakat bagi kempen politik di Jerai.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata, Jamil Khir menggunakan dana Yayasan Taqwa dengan memberi bantuan kepada penduduk Jerai serta menerbitkan buku politik 'PAS Bukan Parti Islam'.

Yayasan Taqwa merupakan syarikat berdaftar dibawah MAIWP yang ditubuhkan sejak 1990 dan berfungsi mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan dan Pengerusinya adalah Jamil Khir sendiri.

Dalam masa yang sama, Kamaruzzaman turut mempersoalkan mengenai ketelusan fungsi Yayasan Taqwa apabila sejumlah RM800,000 perbelanjaan agensi itu 'ghaib' dan tidak dinyatakan dalam Laporan Kewangan Tahunan 2010.

"Berdasarkan Laporan Tahun 2010, pendapatan Yayasan Taqwa berjumlah RM7.78 juta dan perbelanjaan yang direkodkan adalah RM6.98 juta, manakala baki RM800,000 tidak direkodkan dalam laporan tahunan berkenaan, jadi ke mana wang tersebut disalurkan," soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Perbelanjaan terlalu tinggi

Kamaruzzaman yang juga Pengarah Badan Bertindak Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut mempertikaikan mengenai perbelanjaan pengurusan yayasan berkenaan yang terlalu tinggi sehingga mencecah sehingga RM2 juta, iaitu 36 peratus daripada keseluruhan jumlah perolehan kutipan wang zakat.

Sedangkan Yayasan Taqwa hanya mempunyai 17 kakitangan dan seorang Pengurus Besar sahaja.

Manakala hanya 64 peratus sahaja jumlah wang zakat diagihkan dan tidak digunakan sepenuhnya untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan bantuan, dakwa Kamaruzzaman.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas dilantik bagi mengaudit perjalanan kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh kerana laporan sedia ada tidak menyatakan dengan terperinci setiap pergerakan keluar masuk wang zakat yang diuruskan yayasan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat aliran kewangan Yayasan Taqwa sekiranya Jamil Khir masih berdiam diri dan tidak menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

PERKASA dan JKKK wajib sangat baca nih... kahkahkah...

Posted: 09 Feb 2012 01:30 AM PST

Hipokrit ! Malaysia bekal minyak sawit ke Israel

Oleh: cheguBard

Kenyataan Terbuka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

REGIM UMNO/ BN HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila Media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi I support all efforts to protect the security of the state of Israel untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM dengan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini.

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebutkan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.

5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga.

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com/

CAKAP MUDAH, nak buat tu payah....

Posted: 09 Feb 2012 12:00 AM PST

IMR-JATI; Satu Matlamat atau Cakap Kosong Bawah Pokok Ceri?

Oleh: MERONG

Jangan biarkan nafsu amarah menguasai diri. Bercakap dalam keadaan dikuasai nafsu amarah bakal merendahkan lagi martabat kita dan mendedahkan kelemahan diri sendiri. IMR adalah agenda yg baik TETAPI mampukah JATI memperjuangkannya sebagai badan NGO?

Jangan jadikan agenda IMR sekadar satu laungan persepsi tetapi pengisiannya kosong sepertimana UMNO yg melaungkan pejuangan Islam,Melayu dan Raja2 YG AKHIRNYA BERTUKAR MENJADI PENGKHIANAT KPD SLOGAN ITU SENDIRI dengan memperjuangkan tembolok menteri dan kaum keluarga.

Mampukah JATI menghimpunkan para Ulama/Sejarawan/Saintis/Tokoh Pahlawan yg HAQ dan bukannya yg popular dgn pangkat dan darjat untuk menyedarkan masyarakat tentang agenda IMR ? Saya syorkan perkara berikut yg perlu diperjuangkan oleh JATI setakat yg mampu difikirkan saya.

Bercakap memang mudah daripada melaksanakan.

ISLAM

1. Kefahaman kpd Sirah Rasulullah/Para Nabi/Sahabat.

2. Terkini perkembangan Islam dan penentangan terhadapnya.

3. Islam dan Sains

4. Mempertingkatkan kefahaman Tauhid/Rukun Iman kpd segenap lapisan masyarakat.

5. Memperkemaskan Aqidah Umat Islam.

Raja Melayu

1. Kefahaman kepada sistem Republik/Komunisme/Demokrasi/Khalifah

2. Sejarah sistem pemerintahan khalifah dunia sejak wafatnya Rasullullah..

3. Membongkar sejarah sebenar Raja-Raja Melayu menurut waris yg HAQ.

4. Kepentingan sistem khalifah kepada kekuatan Islam.

MELAYU

1. Asal-usul Bangsa Melayu dan kepelbagaian bangsa MELAYU.

2. Melayu dan Kebudayaan.

3. Sejarah ketamaddunan Melayu di Nusantara.

4. Hubungan diantara Melayu dan Islam.

5. Tokoh-tokoh Ulama Melayu dan sumbangan mereka.

AMIK kau, tak dan selak dah di londeh... kahkahkah...

Posted: 08 Feb 2012 10:00 PM PST

PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Sharizat bernilai RM34.5Juta ditemui

Oleh: AnakSgDerhaka

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)

Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

TERBAIK!! Rugi kalau tak baca...

Posted: 08 Feb 2012 08:00 PM PST

Hassan Ali dan Saya

Oleh Khalid Samad

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas 'adaabul ikhtilaf' yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah 'gila talaq'. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan 'gila' dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai 'gila'. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila 'ditalaq' menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah 'gila talaq' dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang 'baru' dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang 'lama' seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, "siapa patut menjadi MB Selangor?" Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, "Tan Sri Abdul Khalid". Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan 'haknya' untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, "ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya".

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah 'golongan Erdogan'. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala' pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau 'name calling'.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun 'exit strategy' atau 'strategi untuk keluar PAS'. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara 'terhormat'. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan 'aqeedah' itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<"Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta"(Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

JOM tengok Papagomo mencarut dalam mahkamah... kahkahkah...

Posted: 08 Feb 2012 06:00 PM PST

Peguam terkenal saman blogger Papagomo

Aslani M,

KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.

Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.

HANGIT!! Bedebah punya pegawai...

Posted: 08 Feb 2012 04:00 PM PST

Pejabat Pelajaran Kelantan Berkempen Untuk Umno?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Politik sistem demokrasi seperti yang diamalkan di negara ini tidak menghalang mana-mana parti siasah berkempen untuk tujuan menarik perhatian umum. Kempen dalam pelbagai bentuk itu dibenarkan selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntuka n undang-undang. Demokrasi itu ada garis tegaknya tersendiri yang harus dihormati.

SPR badan yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di negara ini juga ada peraturan dan kuasa yang diberikan kepadanya. SPR boleh membatalkan mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam pilihan raya sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang atau akta tertentu.

Ertinya kebebasan dalam demokrasi masih ada batasnya. Hal-hal yang boleh memudaratkan orang lain ataupun membabitkan hak kepentingan awam, hak kerajaan, pencabulan hak rakyat tidak dibenarkan sama sekali.

Tetapi nampaknya peraturan itu tidak dipedulikan. Lagak sesetengah pihak laksana Orang Asli yang masih buta mengenai kanun tanah Kelantan yang beranggapan ada istilah Tanah Adat di Kelantan. Ia terus berlaku dan berlaku dan pihak yang suka mencabulinya semacam sudah menjadi habit buat mereka.

Kalau mereka tidak mencabuli undang-undang, merosakan hak awam, menyalahgunakan dana rakyat seolah-olah mereka tidak akan senang. Kehidupan mereka seharian tidak ada makna kalau tidak berbuat jahat. Melakukan kesalahan itu sudah dianggap membuat kebaikan!

Menyentuh soal menyalahgunakan kepentingan awam dan hak kerajaan ini saya hendak menyebut fasal bentuk kempen dilakukan oleh UBN Kelantan untuk memastikan parti itu merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara paling jelas dari dulu sehingga sekarang, (dan akan berhenti [mungkin] selepas kerajaan digerakkan atas mitos UBN berakhir), ialah tentang mengeskploitasikan guru-guru untuk membantu Umno. Tindakan zalim mengeksploitasikan ini bukan perkara baru tetapi ia adalah tradisi berterusan sejak tahun 1960 lagi. Antara punca kenapa mutu pendidikan Kelantan merosot kecuali sekolah SAR ialah kerana wujudnya politiking 'mengrimau' dalam pendidikan.

Iya... guru ada hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan untuk menyokong mana-mana parti siasah dan kumpulan. Tetapi guru tidak boleh dipergunakan begitu saja. Menghalang kebebasan guru merupakan satu kezaliman. Demikian menjadikan guru sebagai keldai adalah sesuatu yang jelek. Guru adalah warga pendidikan yang seharusnya disuci jiwa dan pemikirannya. Kalau guru sudah dibacuhi dengan kenodaaan macam mana ia boleh melahirkan generasi didikannya yang bersih.

Harapan terlahirnya generasi yang berintgriti, berwawasan dan bersih tidak akan terjamin kalau ianya dididik dan diajar oleh guru-guru yang dipasak dengan doktrin dan mitos bahawa Umno lah segala-galanya. Kalau silibas ini tidak diperbetulkan lama-lama genarasi akan datang akan lahir dari sekolah dengan berwajah Umno yang sudah dibenci itu.

Mereka boleh berpolitik...tetapi asalkan mengikut peraturan dan rukun-rukunya. Batas mindanya tidak boleh disekat apa lagi dipaksa agar menerima satu idealogi sahaja.

Malangya hakikat ini tidak difahami atau sengaja tidak mahu difahami oleh pihak atas yang mentadbir para guru. Guru di Malaysia bernasib malang kerana mereka disogok agar menerima satu ideologi. Guru di Malaysia dibenarkan menulis dalam dakwat biru, manakala dakwat lain diharamkan. Mereka dijadikan lembu yang dicucuk hidung kemudian ditarik.

Adalah kesilapan kepada pihak diberi mentadir dan mengurus guru – dalam soal ini Jabatan Pelajaran Kelantan. Kesalahannya dari peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehinggalah Pejabat Pendidikan Negeri. Kandati mereka boleh perlakukan begitu tetapi bukan semua guru sedia dan sanggup menjadi pandir.

Ingat kita boleh menarik dan memaksa kuda ke tepi pantai tetapi kita tidak boleh memaksanya meminum air laut. Kalau kita terus memaksanya tidak mustahil si kuda itu akan menendang kita menyebabkan kita boleh terpelanting ke dalam laut.

Pengekspoloitasi warga guru ini dan sekaligus kebaculan pihak pengurus guru Pejabat Pendidikan Kelantan mengikut para desparador politik semakin menjadi-jadi. Guru-guru mahu dijadikan ahli Umno secara terhormat. Mereka memaksa guru menerima doktrin mereka agar membenci Pakatan Rakyat dan memberi tahu murid dan ibupaba bahawa hanya Umno yang terbaik. Barang kali Umno alpa bahawa cikgu ada otak dan mindanya sendiri.

Apa yang saya terima ini mendedahkan kebusukan Jabatan Pelajaran Kelantan. Betapa Pejabat Pelajaran Kelantan telah menyalahgunakan kuasa dan memperalatkan guru-guru agar menerima doktrin busuk Umno. Pejabat Pelajaran Kelantan telah menjadi perkakas Umno yang jelas dan nyata.

Maklumat yang saya terima ini terang sekali akan kebabrukan Pejabat Pelajaran Kelantan. Saya berharap ada penafian selepas ini agar apa yang didedahkan tidak benar dan palsu semata-mata. Wibawa PPK perlu dijadi agar ia terus disanjung. Kalau ia benar wajarlah Pengarah Pelajaran Kelantan melepaskan jawatan kerana beliau jelas menjadi kuda lumba kepada Umno. Seorang pegawai kerajaan perlu tegas dan bertanggungjawab kepada tugas yang diamanahkan bukan kepada mana-mana pihak. Gaji dan segala macam elaun yang mereka terima adalah wang rakyat bukan wang Umno.

Pada 15 Januari2012 jam 8:00 pagi telah diadakan satu majlis yang dinamakan "Majlis Taklimat Profesional". Ianya dilangsungkan di pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan yang terletak bersebelahan dengan Penjara Pengkalan Chepa. Taklimat itu disampai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindusterian (MITI) Mustapa Mohamad yang juga merangkap Pengerusi Umno Kelantan. Majlis itu berakhir selepas makan tengah hari dan satu resolusi dibuat.

Kehadiran Mustapa itu tidak ada kaitan langsung dengan dunia pendidikan kerana kebanyakan yang dipanggil ialah ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengan dan Sekolah Rendah seluruh Kelantan. Apakah yang hendak ditaklimatkan oleh Mustafa kepada guru-guru berkaitan aspek itu? Bidang yang dipakari Mustapa bukan pengurusan Islam tetapi pengurusan ekonomi.

Majlis itu turut sama hadir ialah Pengarah Pendidikan Kelantan, Hussein Awang dan Ketua Sektor Pendidikan Mohamada Abdul Ghani. Kedua-dua mereka ikut memberi taklimat.

Atucara majlis itu ialah mengenai taklimat pendidikan Islam oleh Husein Awang dan Muhamada Abdul Ghani diikuti dengan sessi berintraksi dengan Mustapa Mohamad.

Majlis itu masih boleh dikira tidak melampau kalau setakat Pengarah Pelajaran dan Mustapa Mohamed diminta memberi taklimat mengenai pengurusan dan serba ringkas mengenai perkembangan ekonomi negara dan hal ehwal perdagangan dan industeri.

Tetapi keadaan menjadi agak melampau dan menjelaskan program itu untuk kepentingan politik Umno Kelantan apabila para peserta dibekal dengan beberapa bahan kempen seperti buku dan Vcd. Antara buku-buku yang dibekalkan ialah memburuk Nik Aziz dan Vcd pula siri soal jawab dengan bekas Exco Selangor yang dipecat Pas, Hasan Ali alias Hasan Akidah.

Apakah keperluan bahan-bahan itu semua dengan hubungan taklimat profesional itu? Apakah buku yang memburuk Nik Aziz dan soal jawaban Hasan Akidah itu yang memburuk Pas ada kena mengena dengan penigkatan pengurusan pendidikan Islam di Kelantan? Apakah akidah guru-guru dibawah tadbiran Hussein Awang juga rosak akidah dan memerlukan mereka mendengar celoteh dan bual berbusa air liur basi Hasan Akidah?

Apa yang berlaku ini mendedahkan keburukan dan salah guna kuasa dan peruntukan kerajaan. Tentunya wang untuk mengajur majlis itu wang kerajaan, wang rakyat. Sepatut ianya diguna untuk kepentingan rakyat dan pendidikan. Tetapi bila mana ia diselit dengan bahan-bahan kempen ia telah menyalahgunakan wang awam untuk kepentingan politik Umno.

Saya tidak hendak katakan Umno Kelantan khasnya kini terdesak dengan prgoram itu. Tetapi kalau melihat kepada keadaanya sampai guru-guru Panitia Pendidikan Agama pun disondolkan dengan bahan-bahan kempen yang tidak bermaruah dan penuh provokasi itu, apakah nama yang boleh kita berikan. Beruk ke apa? Atau lembu gemuk?

Kita berharap Pengarah Pelajaran Kelantan Hussein Awang menjelaskan perkara ini dengan tuntas. Kalau beliau menerima jawatan itu atas kepentingan anak bangsa beliau harus perbetulkan tindakan yang jelek dan jijik itu. Jika beliau gagal menjelaskan relevannya majlis itu maka jelas Jabatan Pelajaran Kelantan telah menjadi satu lagi komponen BN yang rasmi di Kelantan. Jika saya sebagai Pengarah PPK saya akan melepaskan jawatan apabila kerja buruk saya terdedah kepada umum. Saya tidak mahu akan disumpah dan dihina sampai ke padang Mahsyar

http://msomelayu.blogspot.com/

Dan lagi kencing orang walaupun baru dapat hidayah...

Posted: 08 Feb 2012 02:30 PM PST

SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela

Chan Wei See

Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.

Shahrizat Jalil (gambar kanan), juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.

"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.

"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.

Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disunting dan diterjemah dari teks asal

JOM tengok camana nak bagi balik harta curi...

Posted: 08 Feb 2012 12:00 PM PST

Tiada ulasan: