shalehudin |
- PANIK!! Sayap pesawat retak
- PANAS!! Tak dan selak dah terlondeh... kahkahkah...
- NAJIB!! Boleh jalan la lu... kahkahkah...
- PANAS!! Anwar tetap akan dipenjarakan...
- Sapa la perangai ngalahkan babi ni yerk... kahkahkah...
- PELIK!! Ayam hidup-hidup dia belasah camtu ja...
- Gambaq Anwar ngan PM Turki
- Anwar terlampau bijak sampai rakyat terasa diperbodoh
- KES HARU!! Bagi salah, tak bagi susah... kahkahkah...
- ANEH!! Tak letih ka mangkuk ni bersilat... kahkahkah...
- Manusia Agung dari segala Agung...
Posted: 08 Feb 2012 10:00 AM PST Sayap A380 Qantas retak MELBOURNE- Keretakan yang ditemui di sayap pesawat A380 Qantas tidak memberi sebarang kesan kepada keselamatan penerbangan dan ia akan kembali terbang dalam masa seminggu, kata syarikat penerbangan itu. Tujuh cedera ketika dalam penerbangan pesawat A380 apabila cuaca bergelora yang teruk akibat daripada ribut yang melanda India semasa penerbangan dari London ke Singapura bulan lalu. Selepas insiden itu, pesawat tersebut dinilai oleh jurutera dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan dari Singapura ke Sydney. Bagaimanapun, Australian Associated Press ketika memetik jurucakap Qantas, berkata ia tidak dibenarkan terbang pada Ahad selepas retakan kecil ditemui semasa pemeriksaan tambahan bagi sayap yang diminta oleh Airbus. "Keretakan ini tidak berkaitan dengan cuaca bergelora atau khusus kepada Qantas tetapi berpunca daripada isu-isu pembuatan. "Airbus mengesahkan ia tidak memberi kesan kepada keselamatan penerbangan," kata jurucakap itu. Beliau berkata, syarikat penerbangan itu akan menunggu nasihat daripada Airbus mengenai sama ada pemeriksaan lanjut perlu dibuat bagi pesawat lain. - BERNAMA |
PANAS!! Tak dan selak dah terlondeh... kahkahkah... Posted: 08 Feb 2012 08:36 AM PST PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Sharizat bernilai RM34.5Juta ditemui Oleh: AnakSgDerhaka Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura. KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura. Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli. Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura. Butir-butirnya adalah seperti berikut: Kondominium Pertama Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965 Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209 Tarikh dibeli: 27 Mei 2010 Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB) Kondominium Kedua Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965 Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575 Tarikh: dibeli 27 Mei 2010 Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank) Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse. Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut. Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli. |
NAJIB!! Boleh jalan la lu... kahkahkah... Posted: 08 Feb 2012 07:00 AM PST Najib kata, "gua tolong lu, lu tolong gua" Oleh Aspan Alias "Lu tolong gua, gua tolong lu!"….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. "Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan" kata Najib lantang dan jelas. Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini. Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana. Tetapi kepada siapa yang masih yakin dan percaya kepada janji itu terpulang kepada mereka. Setiap rakyat berhak untuk memilih untuk dibohongi terus-terusan atau mengelak dari pembohongan tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Persekutuan, janji yang dibuat secara peribadi itu merupakan tindakan 'desperate' dan kata-katanya itu tidak melambangkan beliau seorang pemimpin yang 'magnanimous' yang memimpin rakyat yang berbilang kaum itu. Orang melayu telah dijanjikan bermacam-macam setiap pilihanraya, tetapi kita lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah terlalu jauh dari menepati janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. UMNO telah menjadikan orang melayu hanya sebagai dahan bongkok untuk 'kera-kera' meniti dan digunakan untuk memberikan sokongan dalam pilihanraya sahaja. Orang melayu dan rakyat hanya diberikan rm 500 upah sebelum pilihanraya ini untuk mendapatkan kuasa dan terus menjajah pemikiran bangsanya sendiri. Berbillion habis dibelanjakan untuk membayar undi, tetapi dengan jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesenangan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Hutang kerajaan telah mencecah hampir RM300 billion tidak termasuk hutang-hutang yang dibuat melalui 'off budget agencies' yang berbillion billion lagi. Najib berbelanja untuk kempennya seperti seorang maharaja besar sedangkan wang itu semuanya wang rakyat jelata. Saya pernah menulis yang harga untuk mengekalkan kuasa UMNO dan Najib ini amat mahal harganya. Itu tidak termasuk harga yang dibayar rakyat untuk membayar komission kepada Menteri-Menteri dan kroni-kroni dalam pembelian bekalan dan keperluan kementerian dan negara. Semuanya diperah dari titik peluh rakyat bukannya dari wang UMNO atau BN. Rakyat sedang marah dan lebih marah lagi apabila mendengar seorang Perdana Menteri membuat janji timbal balas dengan kaum India seperti negara ini adalah negara kepunyaan keluarganya sendiri. "Saya tolong anda, anda tolong saya' ini telah dihamburkan banyak kali dan tiba masanya bagi kita untuk meminta Najib memberhentikannya. Najib mesti hormati perasaan orang yang mendengarnya. Rakyat sepatutnya dihampiri oleh dasar yang baik dan sempurna bukannya dihampiri oleh seorang individu pemimpin yang berjanji,'gua tolong lu, lu tolong sama gua'. Kalau ada perasaan 'desperate' pun janganlah tunjukkan sangat sehingga terkeluar janji-janji peribadi dalam kempen pilihanraya. Yang berjanji sepatutnya rakyat. Rakyat sepatutnya yang berjanji untuk mendapatkan kerajaan yang bersih dan telus untuk menjaga kepentingan kaum India dan lain-lain kaum di negara ini, bukannya individu Najib. Itu sebabnya rakyat sedang berusaha untuk mencari gantian kepada pimpinan yang ada untuk mengambil perhatian terhadap bukan sahaja kepada kaum India tetapi bagi semua kaum yang hidup dalam negara bertuah ini. Kita perlu ingat jika semua janji-janji manis kerajaan dilaksanakan tidak mungkin rakyat memberontak dalam jiwa mereka sehinggakan kita menghadapi situasi politik yang tidak menentu masakini. Sekarang berjanji lagi dan kita tahu hasilnya akan tetap sama. Yang akan senang hidup dalam keadaan 'super' kaya adalah 'warlords' dan kroni-kroni UMNO dan BN. Rakyat biasa tetap menganga lebar memerhati pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah-mewah yang tidak ada tolok bandingnya walaupun isteri mereka hanya datang dari gulungan rakyat biasa sahaja sebelum menjadi isteri pemimpin-pemimpin besar negara. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama juga mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang terbiar dan tertipu selama ini. Dalam masa pilihanraya menghampiri kita inilah mereka turun kebawah menyuruh kita 'membajak sawah pagi ke petang. Apabila mendapat hasilnya padi-padi tadi akan dimasukkan ke dalam kepuk di mana tikus-tikus gemuk akan membahamnya'. Yang akan ditinggalkan oleh tikus-tikus ini hanyalah hampa-hampa padi seperti yang dibahagi-bahagikan melalui BRIM sebanyak RM500 itu. RM1 trillion wang kita telah dibawa keluar negara sejak sepuluh tahun dahulu. Saya telah menyaksikan rakyat yang lapar ini beratur hampir lima jam untuk mendapatkan RM500 itu. Kepada yang mempunyai perasaan mereka akan melihat mereka beratur dengan perasaan sedih dan pilu. Itu sahajalah yang mereka dapat setelah UMNO memerintah selama 55 tahun. Setelah mendapat hasil padi hasil bajakan 'kerbau-kerbau' ini mereka akan hilang dan menjual hasil bajakan rakyat tadi…bershopping ke London, New York, Paris. Rakyat yang telah diperah peluhnya tadi hanya mendengar sahaja tuan-tuan besar ini membelanjakan hasil pembajakan mereka itu. Bagi saya tindakan memperbodohkan rakyat ini wajar dihentikan dahulu lagi, tetapi tidak juga dihentikan. Pemimpin-pemimpin kita mengambil rakyat ramai 'for granted', boleh diperlakukan apa sahaja. Selagi rakyat khususnya orang Melayu miskin, selagi itulah UMNO dan BN mengharapkan sokongan dari mereka ini. Lagi miskin rakyat lagi mudah pimpinan kita menipu dan menyesatkan negara. Memang benar kata agama kita yang 'kemiskinan itu membawa kekufuran'. Letih kita dibuatnya. Kali ini kita terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuang undi. Kalau kita melakukan kesilapan lagi maka kita jugalah yang kecewa dan menganga melihat pimpinan kita memferaidkan hasil mahsul rakyat sehingga kering kontang. Kita mesti ingat, jika kita hendak menjaga harta benda kita jangan biarkan pencuri dan perompak mendekati kita. Kita kunci betul-betul supaya penyamun dan perompak tidak dapat masuk lagi. Gua ingat gua tak mau tolong lu. http://aspanaliasnet.blogspot.com |
PANAS!! Anwar tetap akan dipenjarakan... Posted: 08 Feb 2012 05:00 AM PST Kes liwat Anwar-Saiful macam main bola sepak TIBA-TIBA Mohd Saiful Bukhari Azlan mempunyai ramai penyokong. Macammacam NGO, yang diketuai oleh mereka yang dikenali pro Umno tampil mengadakan tunjuk perasaan mendesak Pejabat Peguam Negara segera memfailkan notis rayuan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka ini tampil, memperjuangkan nasib Saiful. Dalam masa yang sama, mereka seolah-olah mahukan Anwar dipenjarakan, bagi menafikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah yang melepas dan membebaskan Anwar, 9 Januari lalu. Nasib Mohd Saiful sebenarnya bukan matlamat utama, walaupun bapa Mohd Saiful sendiri, Azlan Mohd Lazim sendiri sudah dua kali mengeluarkan kenyataan meminta Pejabat Peguam Negara bertindak segera memfailkan notis rayuan, kerana mereka yang berhimpun itu, jumlahnya kecil, sering ke depan bila ada isu-isu yang boleh membantu memberi "political mileage" kepada Umno dan BN. Barangkali, ini merupakan senjata terakhir Umno. Jika dapat mereka memenjarakan Anwar maka mereka tidak berdepan dengan beban besar di dalam PRU13 akan datang. Tetapi, dari cakap-cakap yang terluah dari mulut mereka yang dekat dengan Ibu Pejabat Umno, selagi Anwar di luar (belum dipenjarakan), Umno dan BN akan menghadapi kesukaran. Kesukaran yang mereka maksudkan bukan kesukaran seperti mereka berdepan dengan serangan isu NFC, dengan pembelaan kuat daripada Perkasa yang mendakwa sudah menemui suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno, malahan, kesukaran berdepan dengan Anwar mereka anggap 100 kali ganda dari kesukaran berdepan dengan isu NFC. Bila timbul isu NFC, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak boleh tolak kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Muhyiddin pula boleh menolaknya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar. Kemudian, Noh pula mengambil sikap berlepas tangan dengan menyerahkannya semula kepada Muhyiddin, tetapi dalam hal berdepan dengan Anwar, masing-masing merasakan mereka kena bersembunyi di dalam "lubang tikus". Lawak paling hebat selepas Maharaja Lawak 2012, ialah apabila Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang diketuai Azwanddin Hamzah menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya bertindak memberikan keadilan kepada Mohd Saiful sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan saluran perundangan bagi mendapatkan keadilan kepadanya. Sesiapa sahaja yang sering mengikuti perkembangan politik di negara ini, mereka tentunya akan terbaca atau terpandang dengan nama Azwanddin Hamzah ini. Dia akan muncul jika ada isuisu yang boleh memberikan dia perhatian untuk menjadi lebih dekat dengan kepimpinan Umno. Setakat ini belum ada sesiapa yang mengeluarkan kenyataan mendakwa Azwanddin ini adalah perkakas Umno, tetapi dari cakap-cakap di luar, di kalangan orang-orang Umno sendiri secara berbisik mengatakan ini adalah kerja mereka yang menawarkan diri untuk menjadi alat atau perkakas Umno. Bila menyentuh tentang keadilan, sebenarnya ramai lagi yang perlu diberikan perhatian oleh JMM. Pengagihan kekayaan negara misalannya, sungutan mahasiswa universiti dan beberapa tunjuk perasaan yang membabitkan AUKU, tidak pula dipedulikan. Tetapi, bila ada sesuatu isu yang berpotensi untuk memenjarakan Anwar, mereka yang mahu menonjolkan diri, mungkin untuk menjadi calon BN dalam PRU13, akan tampil. Namun, mereka ini bukan mempunyai keahlian yang ramai. Kalau dikira dua tiga kali pun, belum sampai 100 orang yang berhimpun. Namun, mereka akan buat juga tunjuk perasaan kerana ada surat khabar yang pro Umno sedia menyiarkan berita tersebut. Dari kalangan orang Umno, mereka menyifatkan perbicaraan kes liwat Saiful-Anwar ini macam perlawanan bola sepak. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah disifatkan sebagai keputusan di minit-minit awal perlawanan sedangkan ada lebih 80 minit lagi masa perlawanan. Kemenangan di pihak Anwar mereka anggap sebagai jaringan di awal-awal perlawanan yang tidak menjanjikan kemenangan kekal di pihak Anwar. Rata-rata mahu Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya kerana ia akan diputuskan lebih dari tiga hakim. Khabarnya, jika Anwar masih terlepas, mereka mahu notis rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan pula. Maknanya, mereka mahu skrip ini diteruskan sehinggalah orang hendak mereka penjarakan, tersumbat di dalam penjara. Dalam masa yang sama, akhbar milik Umno terus memainkan peranan memberi gambaran betapa buruknya sikap Anwar hingga digambarkan sebagai menyokong homoseksual, apabila kata-kata Anwar seperti yang dipetik dalam wawancara TV asing itu, bukan bermaksud sedemikian. Walaupun tiada siapa dari kalangan pemimpin Umno yang membuat kenduri apabila mendengar Pejabat Peguam Negara melalui Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup memfailkan notis rayuan tersebut, seperti yang disahkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Halilah Suboh, tetapi masing-masing bersorak gembira mendengar berita tersebut. Mereka berbangga dengan Peguam Cara Negara 1, Dato' Idrus Harun yang menandatangani notis tersebut. Bagi orang Umno, mereka mengharapkan Mahkamah Rayuan tidak akan bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Mereka mahu keputusan sebaliknya dan bukan seperti yang diumumkan Hakim Mohamad Zabidin dalam masa dua minit itu. Ramai yang terkejut dengan keputusan itu dan masingmasing mula takut dengan kemenangan yang berpihak kepada Anwar. Kalau boleh mereka mahu Mahkamah Rayuan membuat keputusan seperti mana dalam kes Presiden DAP, Karpal Singh yang diarah membela diri atas tuduhan menghasut walaupun Mahkamah Tinggi sudah melepas dan membebaskan Karpal dalam tahun 2010. Entah disusun atau kebetulan, Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan kes liwat Saiful-Anwar seperti serentak dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes tuduhan menghasut yang dikenakan terhadap Karpal. Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Ahmad Ma'arop sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal. Hari Sabtu, semua akhbar menyiarkan serentak berita kedua-dua tokoh pembangkang dari Pulau Pinang ini yang menyebabkan ada beberapa pihak tertanya-tanya, kenapa boleh jadi serentak kes mereka berdua ini. Karpal dan Anwar "ada kait mengait" kerana Karpal adalah Ketua Pasukan Pembela kes Anwar-Saiful yang sudah berlanjutan hampir empat tahun itu. |
Sapa la perangai ngalahkan babi ni yerk... kahkahkah... Posted: 08 Feb 2012 01:30 AM PST Politik 'kepala babi' Oleh Amin Iskandar Muncul lagi kes-kes "kepala babi" dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur. Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam — turut dianggap sebagai rumah Allah — adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa. Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam. Niatnya adalah apabila kejadian seumpama ini berlaku, orang-orang Melayu akan menuduh masyarakat Cina yang melakukannya. Ini adalah kerana babi seringkali dikaitkan dengan masyarakat Cina. Yang menjadi persoalan adalah, apa objektifnya? Mahu menimbulkan huru-hara? Mahu menggugat keharmonian kaum? Mahu tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali? Kejadian ini adalah satu provokasi politik yang merbahaya. Pelakunya adalah golongan yang berfikiran pendek dan tidak mempunyai sedikitpun kecintaan terhadap negara. Yang penting bagi golongan ini adalah politik. Enam insiden selepas PRU 12 Politik "kepala babi" bermula kembali semenjak tahun 2009. Menjelang pilihanraya kampus pada 16 Januari tahun itu, kepala babi ditemui di salah sebuah surau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada 27 Januari 2010, kepala babi ditemui di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun dan Masjid Al-Iman Al Tirmizi, Petaling Jaya, Selangor. Pada 30 Disember 2011 kepala babi ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di Johor Baru. Terbaru di Rawang dan Sentul. Apa yang boleh dibanggakan adalah kali ini, emosi orang-orang Melayu-Islam masih dapat dikawal dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi jahat seperti ini. Bayangkanlah jika insiden sebegini berlaku dizaman sebelum Internet berkembang luas, sudah pasti sudah berlakunya pertumpahan darah yang meragut nyawa. Mujur pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memainkan peranan dengan mengeluarkan kenyataan untuk meminta umat Islam bertenang. Sudah pasti banyak lagi pertubuhan Islam yang sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Wakil rakyat Cina Lebih ironi lagi, kedua-dua kawasan insiden kepala babi mempunyai wakil rakyat yang berketurunan Tionghua. DUN Rawang diwakili oleh YB Gan Pei Nei. Manakala Sentul pula terletak di bawah parlimen Batu dimana Naib Presiden PKR, YB Tian Chua adalah wakilnya. Kedua-dua Gan Pei Nei dan Tian Chua adalah dari PKR. Apakah insiden ini adalah sebahagian dari taktik untuk mengurangkan undi orang Melayu terhadap dua wakil rakyat ini? Jika itulah tujuannya, kemungkinan besar taktik mencampakkan kepala babi kedalam masjid ini akan "backfire" kepada pelakunya oleh kerana taktik seumpama ini sudah dapat "dibaca" orang ramai. Pada hari kepala babi ditemui di Sentul, penulis sempat bersembang dengan berberapa anak-anak muda Melayu di sebuah kedai makan. Mereka tidak mempercayai kepala babi tersebut diletakkan oleh orang Cina di masjid kerana pada tanggapan mereka, orang-orang Cina tidak akan berani melakukan perbuatan terkutuk itu. "Mana orang Cina berani bang. Diaorang mesti tau risiko 'kena cincang' kalau tertangkap semasa melakukan," kata seorang anak muda kepada penulis. Jangan gadai keharmonian negara kerana politik Keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini jangan digadai. Jangan hanya kerana mahu mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, rakyat berbunuh-bunuh. Mahukah Malaysia jadi seperti sesetengah negara dimana perang saudara tidak pernah berhenti? Mujurlah kini orang-orang Melayu tidak lagi mudah dipergunakan. Generasi muda hari ini kebanyakkannya berfikir dahulu sebelum bertindak walaupun telah banyak provokasi — menjurus kepada pergaduhan kaum dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertamadun. Apabila berlaku provokasi sebegini berlaku, yang paling penting para pemimpin masyarakat harus keluar untuk menenangkan keadaan. Apabila masyarakat berfikir dengan waras, provokasi tidak akan berjaya dilakukan. Sudah sampai masanya agar masyarakat Malaysia menyatakan pendirian tegas menolak sebarang provokasi jahat seperti ini. Kita tidak mahu politik Malaysia ditentukan oleh kepala babi. |
PELIK!! Ayam hidup-hidup dia belasah camtu ja... Posted: 08 Feb 2012 12:00 AM PST Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia. Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan. Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih. Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu. Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak. Jangan pula kita mengamalkan 'nafsu' seperti ini. Oleh: NAIMAH SHAARI |
Posted: 07 Feb 2012 10:00 PM PST Anwar temui Presiden, Perdana Menteri Turki TURKI 4 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Abdullah Gul dalam satu majlis makan tengahari, di Ankara. Terdahulu sebelum itu, Anwar dan rombongan yang disertai Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalannya, Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, menemui Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek. Anwar menemui Menteri Kewangan Turki, Mehmet Simsek Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan soal ekonomi negara-negara Islam, hubungan antara timur dan barat serta rundingan kerjasama antara sektor perdagangan dan perindustrian di Turki. Ia termasuk membincangkan soal pelaburan, pembangunan infrastruktur, perumahan, pendidikan dan sektor kesihatan yang menjuruskan kepada kepentingan rakyat dikedua-dua negara. Anwar dan rombongannya tiba di Istanbul pada 2 Febuari lalu, kira-kiranya jam 6.30 pagi waktu tempatan. Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijemput untuk menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Islam dan demokrasi- Sebelum dan selepas Arab Spring' di Istana Dolmabahce, Istanbul. Beliau dan rombongan selepas itu tiba di World Trade Centre Istanbul untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Turki, Ahmad Davutoglu dan berbincang secara serius berhubung perkembangan Arab Spring dan Syria. Ketua pembangkang itu kemudian mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Recip Tayyip Erdogan di Istana Dolmabahce, Istanbul. Dalam laman twitternya, Anwar berkata beliau menghargai ketegasan Turki mempertahankan kebebasan di negara Arab, termasuk di Syria dan Palestin.- KD |
Anwar terlampau bijak sampai rakyat terasa diperbodoh Posted: 07 Feb 2012 08:00 PM PST Israel: Salah Faham Ke Atas Kenyataan Anwar Semakin Buruk SALAH faham berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi keselamatan Israel semakin memburuk. Semua penjelasan yang diberikan nampaknya tidak memberi sebarang kesan. Masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar akan benar-benar melindungi keselamatan Israel jka menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti yang sering kali ditohmahkan. Seorang rakan yang baru pulang dari menghadiri program politik yang membabitkan ANAK di sebuah penempatan Felda di Johor hanya mengelengkan kepala apabila ditanya mengenai respon masyarakat Felda terhadap kenyataan Anwar itu. "Semua pun tuduh Anwar bela dan dibela yahudi", katanya ringkas. Tambah memburukkan keadaan, kunjungan Anwar ke Turki baru-baru ini dijadikan 'bukti' untuk menunjukkan bagaimana Anwar mahu mengukuhkan hubungannya dengan Israel kerana Turki adalah antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Anwar diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan sering menjadikan negara itu sebagai contoh dalam membayangkan bentuk kerajaan Malaysia dibawah pimpinannnya. Tidak cukup setakat di dalam negeri, salah faham sama turut berlaku di luar negara. Akhbar Indonesia Rakyat Merdeka hari ini memetik kenyataan Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto yang menyifatkan kenyataan Anwar itu agak keterlaluan dan menyakitkan hati orang Islam. Hery dipetik sebagai berkata:- Saya kira ini pernyataan yang sangat ceroboh dan berlebihan. Dukungan Anwar ini bisa menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam dunia, di saat dunia internasional menyerukan dan mendukung perjuangan bangsa Palestina melepaskan diri dari penjajahan Israel," Pada minggu lepas, Duta Palestin ke Malaysia juga mengeluarkan kenyataan mengutuk Anwar atas kenyataannya yang disiarkan di dalam akhbar The Wall Street Journal itu. Penulis lihat ada keperluan supaya keadaan ini diperbetulkan dengan seberapa segera. Dalam beberapa entri membincangkan perkara sama sebelum ini, penulis ada menyebutkan keperluan untuk semua pemimpin Pakatan Rakyat bersatu suara dalam hal ini. PAS mungkin boleh diketepikan kerana parti tersebut yang diketahui agak konsisten dalam menyatakan pandangan berkaitan hubungan dengan Israel – keadaan yang masih tidak berubah walaupun dasar perjuangan parti telah berubah.- SPR |
KES HARU!! Bagi salah, tak bagi susah... kahkahkah... Posted: 07 Feb 2012 06:00 PM PST Duit siapakah itu? Tidak diketahui sudah berapa juta RM telah ditabur oleh PMNajib kepada rakyat Malaysia samada Melayu, Cina dan India. Semuanya duit yang ditabur didakwa PMNajib adalah milik UMNO/BN. Macam-macam atas nama bantuan untuk rakyat. Ada Kedai1M, ada baucer 1M, BR1M, rumah 1M. Yang bakal ada barangkali tandas 1M. Bagi yang berpandangan cetek lagi nipis senipis bawang, bersorak sakanlah mereka mendapat bantuan itu. Ada yang dapat RM500, ada dapat RM200 dan macam-macam. Bagaimana pula yang berpandangan jauh, sejauh sayup mata memandang ? Duit siapakah itu yang ditabur oleh PMNajib ? Adakah ianya satu pinjaman daripada taukeh-taukeh kapitalis ? Atau satu bentuk cagaran oleh taukeh kapitalis berpaksikan ekonomi Zionis? Tergadaikah negara kita ini angkara UMNO? Semuanya adalah jerat dari UMNO/BN untuk rakyat. Rakyat bakal menjadi mangsa lahapan taukeh-taukeh kapitalis di kala PMNajib bersama Rosmah dan kroninya terbang bebas meninggalkan negara ini. |
ANEH!! Tak letih ka mangkuk ni bersilat... kahkahkah... Posted: 07 Feb 2012 04:00 PM PST Shahrizat tepis kiri, kanan, belakang, depan selamatkan jawatan SEMUA orang tengok Shahrizat tetapi beliau masih berselindung kononnya naik haji berkali-kali. Namun orang tahu haji mabrul tu macam mana? Apakah Shahrizat dapat? Haji mabrul tu Allah SWT boleh tunjuk atas dunia tapi apakah ciri tu ada pada Shahrizat? Tak apalah itu hak Shahrizat dengan Allah. Ibadah dia. Pahala dia tapi setelah dapat pahala buatlah kebaikan dan cegah mungkar. Shahrizat tidak boleh lepas tangan projek suami dia. Kalau dia tak jadi menteri apakah suami dia dapat projek pinjaman mudah tu. Tidak tahulah kalau suami Shahrizat memang pakar bela lembu. Dapat mengatasi masalah import lembu yang tinggi.Tapi dengar cerita audit negara NFC tu bermasalah pulak. Pakar lembu ke..? Perkara biasa Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah. "Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya. "Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya. Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN. azlanPengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC. Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh. Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura. Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. |
Manusia Agung dari segala Agung... Posted: 07 Feb 2012 02:30 PM PST Muhammad manusia agung Mumtaz Md. Nawi, MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan. Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya. Baginda adalah nabi yang berkahwin, makan, minum dan tinggal di kediamannya. Namun kadar yang dinikmati oleh Rasulullah SAW adalah kadar paling sederhana dan berhemat yang menunjukkan gaya hidup dan kondisi pemimpin yang dihormati bukan kerana kemewahannya untuk diri tetapi banyak disumbangkan untuk keperluan dan kepentingan ummat, sekaligus keluarga dan para sahabatnya. Baginda memulakan hidup berkelamin di usia 25 tahun dan mengamalkan monogami selama 27 tahun bersama wanita yang paling mulia yang dicintainya sepenuh hati iaitulah Ummul Mukminin, Saiyidatina Khadijah r.a. Setelah kewafatan Khadijah, dan baginda saw berhijrah, baginda beristeri dengan beberapa orang wanita yang kemudiannya digelar Ummahatul Mukminin. Terpanggil dengan kontroversi terbaru oleh OWC tentang penonjolan Rasulullah saw sebagai "Ikon Seks Suci", saya merasa amat prihatin untuk mengulas dengan pendidikan berumahtangga yang disaran oleh Rasulullah saw. Mengapa ada yang tergamak untuk meletak slogan dan label sedemikian? Adakah dengan tidak memberikan anugerah ini berkurangnya kehebatan Rasulullah saw dari aspek perkahwinan? Apa justifikasi mereka untuk berkata demikian? Banyak sudut yang boleh diulas dengan Qudwah (Contoh) Rasulullah saw dlm memimpin isteri-isteri dan anak menantunya. Pelbagai etika dan adab yang perlu diikuti oleh orang yang telah ditakdirkan sampai jodoh dan ada yang menjalani kehidupan berkeluarga sebagai anak dan adik beradik. Kita pada hari ini walaupun hanya memiliki dan melayan seorang isteripun GAGAL untuk solat sunat dan puasa sunat. Puasa wajib pun sekadar cukup tinggal makan minum sahaja. Kita sering alpa dan tidak ada kekuatan untuk bangun bertahajjud dan qiyamullail. Kita jarang bahkan mungkin tidak pernah berkhulwah selama sebulan. Kita tidak rajin untuk bertaddarus dan beriktikaf 10 akhir Ramadhan. Kita culas untuk solat berjamaah apatah lagi memimpin solat setiap waktu dan selalu tidak upaya lekat wudhu'. Kita tidak pernah dapat aduan ada suami hari ini yang solat sehingga bengkak kakinya dan yang bersedekah sehingga dia dan keluarganya tidak punya apa untuk dimakan. Kita juga makan daging dan lauk sehingga kini sering sakit dengan pelbagai macam penyakit kerana terlebih makan! Nah, Nabi saw berpesan bahawa antara ciri solehahnya isteri itu bilamana dia amanah dalam merahsiakan hal ehwal dalaman dan tempat tidur suaminya. Soal hubungan kelamin tidak pernah menjadi tajuk awam dalam perbicaraan Rasulullah saw kerana baginda memuliakan perkahwinan dan soal intimasi suami isteri adalah hak peribadi yang dilindungi dan difahami. Majoriti hadith berkait dengan soal kekeluargaan menyentuh santunnya Rasulullah saw melayan anak isterinya dalam semua tahap dan keadaan. Sabarnya ketika meleraikan konflik isteri kesayangan, Aisyah r.a yang difitnah jijik. Psikologi dan diplomasi baginda ketika mendamaikan isteri-isteri akibat cemburu merebut kasih sayangnya. Hebatnya isteri kerana bukan setakat boleh berkorban makan tapi berkorban giliran. Giliran bersama isteri juga banyak dihabiskan dengan mereka turut serta dalam medan peperangan dan dakwah. Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah ra.,Maimunah r.a, Hafsah r.a, Juwairiyyah r.a,Sofiyyah r.a dan Ummu Salamah semuanya menjurus ke arah tegarnya komitmen Rasulullah saw terhadap ibadat dalam kehidupan malamnya. Tidak berbuat apapun baginda saw melainkan ianya atas tujuan ibadat hatta untuk bersama isterinya. Baginda saw berjaya mendidik isteri-isterinya yang baru memeluk Islam untuk turut berqiyamullail dan beriktikaf bersamanya. Ada baiknya untuk kita ketahui bahawa bila beramal seumpama itu di waktu malam ianya mesti dalam keadaan berwudhu' dan tak pernah alpa dan asyik dengan aktiviti badaniah dan seksual yang boleh memenatkan dan merencatkan amalan qiyamullail akibat keletihan. Makanan ruji dan sajian Rasulullah saw adalah amat ringkas dan mudah. Baginda tidak mengambil vitamin dan pelbagai "pil penguat" kerana Islam mengajar hubungan suami isteri di bilik tidur adalah sebahagian proses untuk mendapatkan zuriat yang soleh bukan atas landasan melampiaskan nafsu yang sentiasa berkobar. Klimaks kemesraan dan kemanjaan bertempat dan sahih serta terhormat antara lelaki dan wanita menyebabkan semua sahabat berlumba untuk berkahwin. Banyak masa siangnya dihabiskan di luar rumah sebagai "hablun minannas" dan masa malamnya digunakan untuk mengabdi diri dengan meningkatkan hubungan "hablun minaLlah". Jadi, adalah kurang molek dan mencemar fokus kalau ketaatan isteri dan kecintaan suami itu ditumpukan pada aspek seksual yang lebih bersifat fizikal dan sementara. Mengatur dan meletakkan had dan aras dalam hubungan kelamin adalah wajar dan perlu dalam Islam kerana andai tidak dijelaskan manusia mungkin meniru gaya dan kekerapan binatang dan haiwan dalam melakukan hubungan jenis. Seks adalah perkara fitrah tetapi ia harus dipupuk supaya ia menjadi hubungan suci lagi murni bukan keperluan hakiki yang wajib dinikmati setiap ketika atas alasan kerana telah bernikah. Suami isteri yang tua lagi uzur, mereka masih mempunyai cukup ruang untuk meluahkan kasih sayang dengan sifat mawaddah, ihsan dan rahmah sehingga wujud sakinah dalam rumahtangga dan kehidupan. Organ seks bukanlah kemuncak alat dalam kehidupan yang perlu diagungkan dan manusia yang tidak memilikinya serta menikmatinya dianggap kurang dan tidak sempurna! Manusia itu sempurna dengan minda, badan, emosi dan spiritual yang sihat dan cerdas. Nabi Isa a.s dan ibunya maryam tidak pernah berkahwin tetapi terbukti mereka masing-masing adalah Rasul Ulul Azmi dan antara 4 perempuan yang paling mulia dalam Islam. Mereka tetap Idola kita sebagai umat Islam. Imam Nawawi juga tidak sempat berkahwin tetapi hadith arbain susunannya tetap unggul dan bermakna untuk kelangsungan ummah. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw dan menjalani dan mengurus isteri dan rumahtangga adalah cabaran besar dan rutin yang menuntut ilmu dan hikmah sepanjang masa bukan hanya seks. Aktiviti seks mungkin memakan tempoh 30 minit dalam seminggu atau dalam tempoh 3 bulan jadi adalah tidak munasabah kalau ukuran kehebatan Islam itu diukur dan dilabel dengan fokus itu dan ke situ! Seolah kita juga kini terjerumus dan menjerumuskan masyarakat ke dalam minda "hanya kepuasan seks" segala-galanya. 24 jam bersama suami dan 30 tahun berumahtangga memerlukan kesyumulan contoh dari Rasulullah saw melayari kehidupan. Bukan terhenti atau terikat dengan aktiviti seksual semata. Rasulullah saw diangkat menjadi nabi ketika usianya menjangkau 40 tahun dan mempunyai had masa 23 tahun untuk menyampaikan dan menyempurnakan keseluruhan aspek sosial,politik dan ekonomi Islam yang diwariskan kepada ummat sehingga qiamat. Piawaian lelaki dan manusia terbaik di kalangan semua ummat adalah lelaki yang paling baik layanan dan penghormatan kepada isteri dan keluarganya. Islam bukan agama hipokrit dan bermotif dengan menyayangi isteri dan anak kerana pulangan khidmat dan balasan seksual dan fizikal tetapi kerana itu adalah hak dan hudud yang ditetapkan oleh Allah swt. Rasulullah saw pengangkat martabat wanita dan lelaki serta anak-anak dengan setinggi-tingginya dengan penganugerahan hak layanan, penghormatan nasab, harta, nafkah dan pusaka dengan sepatah kata "aku terima nikahnya". Saya yakin dan saya percaya ramai lagi di luar sana yang menyanjung dan ingin mengamalkan sunnah kehidupan berkeluarga Rasulullah saw yang syumul dan lebih banyak dibuat oleh baginda di luar bilik tidur. Maka, marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw kerana kemuliaannya , jasa pengorbanannya dan sopannya menghargai wanita dan keluarga sebagai manusia yang punya hak dan kemahuan bukan objek seks sebagaimana kefahaman barat mengenai wanita. Janganlah kita terperangkap dan terjerat oleh kehendak dan fahaman mereka mengenai rumahtangga dan perkahwinan. Berkahwin itu adalah proses yang lebih mulia dan jangka panjang untuk ummah sifatnya dan antara dua keluarga dan masyarakat bukan berobjektifkan ketaatan fizikal individu dan penyerahan tubuh semata mata. Percayalah, apapun aktiviti kita semuanya adalah untuk beribadah dan menggambarkan kehambaan kita kepada yang Maha Pencipta. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajmain. MUMTAZ MD. NAWI Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Pengamal Undang-Undang Sivil dan Syarie |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan