Senyum Tangis Sendu |
Najib Tidak Percayakan SB Kerana Liabiliti Kepadanya Posted: 08 Feb 2012 07:57 AM PST Oleh kerana PRU 2008 menjadi penanda aras kelemahan Umno-BN yang semakin terhakis. Maka Umno-BN harus bergantung kepada laporan Kemas, maklumat Special Branch (SB) ataupun perisik tentera untuk maklumat-maklumat rahsia. Selaku bekas Menteri Pertahanan, Najib dikhabarkan lebih percaya maklumat perisik tentera atau agen-agen Military Intelligent Officer (MIO). Modus operandi Kemas, SB dan MIO ini sebenarnya sama sahaja. Namun, Najib lebih mempercayai MIO kerana maklumat dari Kemas sering tersasar, kerana beliau sering menerima laporan positif sedangkan maklumat di bawah negatif. Begitu juga dengan SB. Kebanyakan SB yang berlonggok di markas-markas pilihan raya BN hanya hendak mengaut duit Umno. Lalu jika SB membawa laporan negatif, maka mereka tidak akan dapat habuan lagi. Doktrin politik wang sudah merosakkan polis. Maka Najib tidak ada pilihan selain daripada bergantung laporan MIO, untuk menentukan bilakah wajar Parlimen dibubarkan. Bolehkah BN menang lebih selesa daripada 2008. Justeru dalam kamus Najib, agenda menang besar sudah hampir mustahil. |
Gerai Makanan Atau Kandang Kera Posted: 07 Feb 2012 10:21 PM PST Semasa Pilihan Raya Kecil N.27 Merlimau 2011, Timbalan Perdana Menteri ada berjanji dengan rakyat untuk membina taman kera. beruk ungka dan sebagainya. Namun, sehingga ke hari ini belum ada jawapan daripada pihak berkenaan mengenai status taman kera dan beruk ini. Kijang59 diberitahu oleh teman bahawa gerai sementara untuk peniaga makanan adalah berjumlah RM200,000. Nilai itu ibarat membina sebuah banglo. Cuba pembaca tengok gerai makanan yang disangka sangkar beruk ini bernilai sebanyak itu. Logikkah nilai sebesar itu hanya ada jaring dan kayu serta batu pasir sahaja? Kijang59 ingat itu taman kera dan beruk seperti yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri kesayangan kita, Abang Din anak Pak Yasin. Tetapi gerai makanan rupanya. Mungkin harga diri orang melayu yang berniaga di situ ibarat seperti kera dan beruk dalam sangkar. Hinanya pemimpin UMNO/BN Melaka membina gerai sementara dan yang paling dipertikai ialah kos yang begitu besar dan tidak masuk akal. Lokasi gerai sementara ini terletak di Ayer Keroh berdekatan dengan Muzium Lebah dan Taman Mini Malaysia dan Asean. Sangkar yang disangka tempat kera dan beruk rupanya gerai sementara peniaga menjual makanan. Itulah Melaka negeri Maju. Sumber: Yusof Wahab |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan