Selasa, 7 Februari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bukti Perdana Menteri Malaysia Pernah dari Kalangan Cina MCA

Posted: 06 Feb 2012 10:28 PM PST



Perdana Menteri Malaysia selama 10 hari dari 4 -13 Februari  1988

Pernahkah rakyat negara ini sedar bahawa, Ling Liong Sik pernah menjadi Perdana Menteri malaysia menurut tafsiran perlembagaan persekutuan?

Dari tarikh 4 Febuari hingga 13 Febuari,barisan nasional melantik Ling Liong Sik sebagai perdana menteri malaysia

Menurut tafsiran perlembagaan persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walau bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi Daripada Yang Dipertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.

Dalam tempoh 4 Febuari hingga 13 Febuari  tempoh 10 hari tersebut Barisan Nasional melantik Ling Liong Sik(Presiden MCA)dan telah di serahkan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia,walaupun tidak mendapat watikah perlantikan Yang Di Pertuan Agong.

Sumber: Wally Bandit

Perdana Menteri Kecewa Rahsia Bocor

Posted: 06 Feb 2012 03:47 PM PST



Najib kecewa bahawa rahsia untuk pilihan raya umum telah bocor dan memberi amaran serta mengarahkan pegawai tentera dan menterinya menutup mulut selepas membocorkan terlalu banyak maklumat. Betul ke Najib marah ni? Takut betul dia dengan pilihan raya?

Oop.. Bukan isu pilihan raya ke? Habis tu Perdana Menteri marah pasal apa?  

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran kepada pegawainya supaya berhenti bercakap mengenai kemungkinan menyerang tapak loji nuklear Iran, lapor akhbar Maariv, semalam.

Media melaporkan, Netanyahu mengarahkan pegawai tentera dan menterinya menutup mulut selepas membocorkan terlalu banyak maklumat kemungkinan serangan itu kepada pihak lain.


Maariv melaporkan, amaran Netanyahu diberi ketika dia bermesyuarat dengan menteri daripada Parti Likud kelmarin.

"Berhenti mendedahkan maklumat sulit kerana ia memberi kesan buruk, selain merosakkan sekatan dikenakan AS dan Eropah ke atas Iran," katanya.

Sumber Maariv berkata, Israel bimbang dilihat mengheret AS ke kancah perang dengan Iran secara paksa dan membahayakan kepentingan negara itu. - AFP

Tiada ulasan: