Khamis, 2 Februari 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bangunan Cacat

Posted: 01 Feb 2012 10:00 PM PST


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP.

Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008.

GAMBAR menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang sedang dalam pembinaan di New York pada Isnin lalu. 

Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter.

Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson.

Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina.

Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013.

Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. - Agensi

Patah Tangan Kerana Mencabul

Posted: 01 Feb 2012 08:00 PM PST



KUALA LUMPUR: Padah cuba mencabul seorang remaja perempuan, seorang lelaki warga Bangladesh patah tangan kanan dan cedera di kepala selepas dibelasah bapa remaja terbabit dengan sebatang kayu di sebuah restoran di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikatakan makan bersama keluarganya dan ketika kejadian, dia ingin mencuci tangan.

Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu yang ingin mencuci tangan didatangi seorang lelaki warga Bangladesh yang memeluknya dari belakang sambil meminta wang.

"Melihat anak perempuannya meronta-ronta, bapa mangsa yang juga seorang warga emas mencapai sebatang kayu di pekarangan restoran berkenaan dan meluru ke arah suspek sebelum membelasahnya dengan kayu itu," katanya.

Sudu Berisi Air mani diletak ke Mulut Mereka..

Posted: 01 Feb 2012 06:30 PM PST



LOS ANGELES: Seorang bekas guru ditahan kerana mengambil gambar beberapa murid yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di muka dan sudu berisi air mani diletak ke mulut mereka, kata polis, semalam.

Mark Berndt, 61, yang mengajar lebih 30 tahun di sekolah rendah di timur bandar raya ini menghadapi pelbagai tuduhan melakukan perbuatan lucah ke atas puluhan murid, kata pendakwa raya. "Saya meluat dan takut dengan kelakuan Mark Berndt," kata polis kesatuan sekolah Los Angeles, Superintendan John Deasy selepas 23 kes jenayah difailkan termasuk membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun yang didera antara 2008 dan 2010. 

"Individu ini dan kelakuannya tidak menunjukkan kualiti guru yang bekerja keras mewakili murid di kesatuan sekolah Los Angeles.

Berndt dihentikan daripada tugas mengajar sebaik dakwaan itu dikemukakan pada Januari tahun lalu selepas lebih 40 gambar kanak-kanak di dalam kelas dengan mata dan mulut mereka ditutup dengan pita, dilaporkan oleh pemproses filem.

Berndt sama ada memeluk kanak-kanak terbabit atau tangannya menutup mulut mereka, lapor kenyataan Jabatan Polis Los Angeles.

Kenyataan itu melaporkan, sesetengah gambar itu "memotretkan murid perempuan dengan sudu plastik biru berisi cecair jernih disuapkan ke mulut mereka seolah-olah mereka akan menelannya," lapor kenyataan itu. - AFP

Potong Kemaluan Suami Macam Potong Kek?

Posted: 01 Feb 2012 04:23 PM PST



LOS ANGELES: Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat berusia 69 tahun yang dituduh cuba memotong kemaluan suaminya dengan gunting mengaku tidak bersalah, semalam.

Virginia Valdez yang membayar AS$100,000 (RM320,000) wang ikat jamin dan dibebaskan daripada tahanan Disember lalu beberapa hari selepas serangan itu pada hari jadi ke-62 suaminya.

Dia dilarang daripada mengadakan sebarang hubungan dengan suaminya.

Virginia yang dituduh menyebabkan kecederaan kepada pasangannya dan melakukan serangan menggunakan senjata yang boleh membunuh, diarahkan oleh hakim untuk tampil di mahkamah semula pada 10 April. - AFP

Tiada ulasan: