RAKYAT MARHAEN |
- Tutup kes Ariffahmi bersih nama Kerajaan Negeri
- PKR: NFC bosses to open supermart in S'pore
- Even the A-G is wary of RM7bil West Coast Expressway? Najib must come clean
- RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur
- Politik Mafia Sembrong: Pasukan forensik siasat kereta Anwar
- Politik Mafia : Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng
- Politik Mafia : DAP Minta Umno Hentikan Serangan Samseng
- MTUC tutup akaun Maybank 'bela' Nube
- Penyenaraian FGVH: ANAK, GSF Mohon Campur Tangan Istana
- FGVH: Isa angkuh, tidak hormati warga Felda
- Politik Mafia : Umno, PERKASA bersalah jika saya diancam - LGE
- Menyanggah "Fatwa" Bohong Ahli Parlimen Kota Belud Yang Pembelit!
- MTUC desak Najib campurtangan, umum hilang keyakinan terhadap Subramaniam
- Fuziah: Najib mungkin telah hina mahkamah
- Rakyat jadi mangsa : K'jaan bantah permohonan penduduk cabar TOL Lynas
- Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit
- The night Rosmah's face melted and Palanivel became the Agriculture minister
- Najib perlu jelas kenapa Felda Farm Products tak dilantik menerajui NFC
- NFC: Dana rakyat terdedah kpd risiko kerugian perniagaan pasaraya mewah di S'pura
- NFCorp terlibat perniagaan pasaraya mewah di Singapura
- NFC beli pasaraya mewah pula di Singapura
- Debat Najib-Anwar bukan penentu undi Melayu bersatu
- Politik Mafia : Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi
- Dr Dzul: PAS sedia dipimpin bukan Melayu
Tutup kes Ariffahmi bersih nama Kerajaan Negeri Posted: 28 Feb 2012 09:48 PM PST KOTA BHARU – Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes penyalahgunaan kuasa Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman secara tidak langsung membersihkan nama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, beliau bersyukur dengan penutupan kes tersebut walaupun kecewa kerana mengambil masa agak lama untuk diselesaikan. "Saya mengucapkan tahniah kepada Ariffahmi dan seluruh anggota keluarga, saya mendoakan agar segala kepedihan dan pengorbanan semasa berhadapan kes tersebut mendapat ganjaran besar ALLAH SWT. "Saya dari dahulu lagi saya yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini namun biarlah proses perundangan diberikan ruang berperanan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PKR: NFC bosses to open supermart in S'pore Posted: 28 Feb 2012 05:02 PM PST |
Posted: 28 Feb 2012 05:02 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Read More / Baca Lagi >>Dua hari lepas, The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah. Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf atas "terlepas pandang". Ekoran itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu. |
Even the A-G is wary of RM7bil West Coast Expressway? Najib must come clean Posted: 28 Feb 2012 04:47 PM PST According to the report, "Government sources tell The Malay Mail Abdul Gani had expressed reservations over the terms, which seem to heavily favour the highway concessionaire, WCE Sdn Bhd, a 64.2 per cent subsidiary of Kumpulan Europlus Bhd… Abdul Gani has put the Economic Planning Unit (EPU) and the relevant agencies and ministries such as the Malaysian Highway Authority, the Finance Ministry and the Works Ministry on notice over his reservations on the 316km-long highway that will link Banting in Selangor to Taiping, Perak, where 224km will be tolled." Allegedly, according to their source, "despite immense pressure to sign the legal documents, the A-G has informed the stakeholders he wants to review the terms of the agreement." Read More / Baca Lagi >> |
RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur Posted: 28 Feb 2012 10:47 AM PST Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari. Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram. Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu. Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam. Read More / Baca Lagi >> |
Politik Mafia Sembrong: Pasukan forensik siasat kereta Anwar Posted: 28 Feb 2012 10:24 AM PST PETALING JAYA 28 Feb: Pihak polis dari pasukan forensik Cheras, memulakan penyiasatan mereka terhadap kerosakan kereta milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Siasatan tersebut bagi mengenal pasti kerosakan akibat keganasan yang berlaku ketika ceramah KEADILAN di Sembrong, Johor 19 Febuari lalu. Seramai sembilan anggota polis yang disertai ASP Zamri dari Ibu Pejabat Polis Kluang, Johor melakukan pemeriksaan termasuk mengambil gambar, pada kenderaan tersebut. Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki Anwar dibaling mercun, batu dan kayu, malah turut ditendang oleh sekumpulan yang dipercayai ahli Umno. Read More / Baca Lagi >> |
Politik Mafia : Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan Eng Posted: 28 Feb 2012 10:22 AM PST Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008. Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya. "Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogan 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan. |
Politik Mafia : DAP Minta Umno Hentikan Serangan Samseng Posted: 28 Feb 2012 10:03 AM PST Desakan itu dibuat ekoran beberapa serangan ke atas beberapa pimpinan Pakatan baru-baru ini. Terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang wartawan diserang sekumpulan lelaki dipercayai ahli Umno Pulau Pinang apabila beliau menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang Ahad lalu. Di dalam satu insiden yang berlainan, ceramah Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar Hilir 1, Pahang terpaksa dihentikan apabila ia diganggu oleh sekumpulan lelaki dipercayai dari Umno. Read More / Baca Lagi >> |
MTUC tutup akaun Maybank 'bela' Nube Posted: 28 Feb 2012 10:02 AM PST Langkah itu diambil ekoran rasa tidak puas hati terhadap pendirian Maybank dalam isu penubuhan kesatuan dalaman di bank itu bagi mewakili pekerja kategori perkeranian selain gagal memenuhi tuntutan-tuntutan dibawa oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube). |
Penyenaraian FGVH: ANAK, GSF Mohon Campur Tangan Istana Posted: 28 Feb 2012 10:00 AM PST SHAH ALAM, 28 FEB: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) mahu pihak Istana Negara campur tangan agar tanah Felda Plantations tidak dipajak kepada Felda Global Venture Holding (FGVH). "ANAK akan bersama Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan berusaha mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Negeri-Negeri mulai Mac ini memohon perkenan Tuanku Sultan agar campurtangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak di pajak kepada FGVH," kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman di dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada TVSelangor semalam. Read More / Baca Lagi >> |
FGVH: Isa angkuh, tidak hormati warga Felda Posted: 28 Feb 2012 09:59 AM PST Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memandang serius akan kenyataan terbaru Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menggambarkan bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) akan tetap diteruskan meskipun selepas kegagalan mereka mendapatkan konsensus daripada warga Peneroka berikutan Perintah Mahkamah Tinggi Kuantan sehingga membawa kepada pembatalan EGM pada 22 Februari lalu. DMPP menyifatkan kenyataan, hasrat dan tindakan Isa Samad ini sebagai angkuh, gelojoh dan tidak menghormati warga peneroka. Sewajarnya Isa Samad mengambil pendekatan serius untuk menyantuni kebimbangan serta ketidakjelasan para peneroka sebaik mungkin bukannya merangka pelan baru dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang kononnya 112,635 orang peneroka akan mendapat faedah langsung daripada penyenaraian FGVH. Read More / Baca Lagi >> |
Politik Mafia : Umno, PERKASA bersalah jika saya diancam - LGE Posted: 28 Feb 2012 09:54 AM PST Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA. "... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. "Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya." Read More / Baca Lagi >> |
Menyanggah "Fatwa" Bohong Ahli Parlimen Kota Belud Yang Pembelit! Posted: 28 Feb 2012 09:53 AM PST Ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahalan hari ini dengan sengaja menunjukkan kebodohan tahap tertingginya selepas wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" petang tadi, petanda kerusi parlimen yang disandangnya selama sepenggal bakal berakhir tidak lama lagi. Kemenangannya pada pilihanraya umum lalu pun tidaklah memberangsangkan, hanya menang dengan majoriti TIGA RIBU undi yang melayakkan parlimen Barisan Najis ini berada dalam kedudukan sangat bahaya! Mengapa? 1) Media arus perdana dikuasai Umno-APCO sedangkan media internet dan berita alternatif tiada siapa yang mengawalnya. Hanya menggunakan akal waras dan pertimbangan sendiri untuk menerima berita yang disampaikan. Read More / Baca Lagi >> |
MTUC desak Najib campurtangan, umum hilang keyakinan terhadap Subramaniam Posted: 28 Feb 2012 09:50 AM PST SUBANG JAYA, 28 Feb — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan berhubung isu berhubung kesatuan sekerja dan pindaan Akta Kerja 1955 berikutan menteri yang bertanggungjawab dilihat gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan perkara itu. Kesatuan itu turut mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam kerana menteri itu dilihat tidak serius terhadap permasalahan yang melibatkan nasib pekerja-pekerja di negara ini. Presiden MTUC Khalid Atan (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat kesatuan itu di sini berkata, Subramaniam seolah-olah menganggap masalah yang dialami pekerja hanya perkara remeh dan tidak serius dalam mencari penyelesaian terhadap konflik yang timbul terhadap nasib pekerja. "MTUC mengumumkan kami hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri yang tidak serius menangani masalah pekerja. "Oleh itu MTUC telah bersepakat untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menganjurkan perhimpunan sebagai bantahan terhadap menteri," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Fuziah: Najib mungkin telah hina mahkamah Posted: 28 Feb 2012 09:49 AM PST Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, mungkin membuat komen sub-judice atau menghina mahkamah pada hujung minggu lalu, apabila memberi jaminan bahawa loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Pahang adalah selamat. Katanya, oleh kerana 10 penduduk telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada syarikat itu, maka Najib yang mewakili kerajaan, tidak sepatutnya memberi sebarang ulasan tentang kes berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat jadi mangsa : K'jaan bantah permohonan penduduk cabar TOL Lynas Posted: 28 Feb 2012 09:48 AM PST Pejabat Peguam Negara hari ini membuat bantahan awal terhadap permohonan sepuluh penduduk yang mencabar tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada syarikat pemprosesan nadir bumi Lynas. |
Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit Posted: 28 Feb 2012 09:45 AM PST Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis. KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam. Read More / Baca Lagi >> |
The night Rosmah's face melted and Palanivel became the Agriculture minister Posted: 28 Feb 2012 09:42 AM PST A live telecast on Astro Beyond channel 222 and the belated Ponggal Festival in Kapar began without the the true essence of Ponggal in the air or in the hearts of those who attended. Read More / Baca Lagi >>Why this "kolaveri " Ponggal celebration, and why did MIC make a fool out of the Prime Minister Najib Razak and his wife Dr Rosmah Mansor, ministers in dutiful attendance Koh Tsu Koon, Liow Tiong Laiand Rais Yatim. Well, the answer lies in the 13th general election or GE-13. Najib would have said to Palanivel 'go ahead, make me a fool but make sure you get the numbers and wrest Kapar from Big Mike' ( MP for Kapar, S Manickavasagam). |
Najib perlu jelas kenapa Felda Farm Products tak dilantik menerajui NFC Posted: 28 Feb 2012 09:41 AM PST Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato' Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011. Read More / Baca Lagi >>Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai "projek berimpak tinggi" dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman. KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu. |
NFC: Dana rakyat terdedah kpd risiko kerugian perniagaan pasaraya mewah di S'pura Posted: 28 Feb 2012 09:38 AM PST Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti berikut: Dato' Seri Salleh Ismail S$666,667 Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667 Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667 (Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.) Read More / Baca Lagi >> |
NFCorp terlibat perniagaan pasaraya mewah di Singapura Posted: 28 Feb 2012 09:31 AM PST PETALING JAYA 28 Feb: KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di republik itu. Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah. Siasatannya mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University. Read More / Baca Lagi >> |
NFC beli pasaraya mewah pula di Singapura Posted: 28 Feb 2012 06:20 AM PST Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura. |
Debat Najib-Anwar bukan penentu undi Melayu bersatu Posted: 28 Feb 2012 06:17 AM PST SHAH ALAM, 28 Feb – Debat yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah penentu bagi penyatuan undi masyarakat Melayu di negara ini, kerana undi bangsa itu telah lama berpecah sejak PAS bertanding dalam pilihan raya menentang Umno suatu masa dahulu. Read More / Baca Lagi >>Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), debat yang dicadangkan antara dua pemimpin itu tidak akan menyatukan undi Melayu kerana rakyat tetap akan menilai daripada hasil perbahasan mereka untuk mengundi. |
Politik Mafia : Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi Posted: 28 Feb 2012 06:15 AM PST ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu. Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal. "Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah. Read More / Baca Lagi >> |
Dr Dzul: PAS sedia dipimpin bukan Melayu Posted: 28 Feb 2012 06:14 AM PST Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu bersedia melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan di parti berkenaan. "Ya, kita bersedia," katanya yang menambah, keadaan itu boleh dilihat apabila PAS yang dahulunya banyak bertapak di kawasan majoriti Melayu, kini lebih diterima di kawasan bukan majoriti Melayu. Perkara itu merupakan hasil daripada usaha transformasi yang dijalankan parti itu yang membolehkannya menjadi lebih inklusif, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu lagi. Beliau berkata demikian ketika ditanya satu program wacana di Shah Alam hari ini mengenai perpecahan sokongan di kalangan orang Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan