RAKYAT MARHAEN |
- Najib dinasihat henti cakap soal Negara Berkebajikan
- PTD Kontrak JPA Mohon Dibela. Status & Nasib Tidak Dapat Pembelaan Sewajarnya Daripada JPA & SPA?
- Semak Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!!
- Peneroka Bandar Sungai Sering Bakal Terima CF
- Asal usul Hari Valentine
- Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak!
- SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela
- KP: 1 Care penghubung perkhidmatan kesihatan awam dan swasta
- `Saya tak akan tinggalkan Umno’- Khir
- Cowgate, ‘jambu’ and the changing political ground
- PAS cabar Putrajaya dedahkan kandungan perjanjian NFC, tubuhkan RCI
- Tidak mustahil tsunami politik 2008 berulang lagi
- Jui Meng ramal Soi Lek akan tanding di kawasan majoriti Melayu
- Kenyataan Noh Omar jadi titik penting isu NFC
- Dr Mu'ti: Polong Import Untuk Kacau Anwar
- Malaysia sekat minyak ke iran untuk hantar ke israel ka?
- Hasil sawit peneroka Felda turut dijual ke Israel?
- Anak difitnah : Lim Guan Eng ke SKMM pula
- Polis Sarawak perlu 10,000 anggota untuk PRU13
- Kalau buka mulut luas-luas bagaimana?...boleh tengok lidah jenis apa!
- Lembu gergasi di dunia....Kat M'Sia ada gergasi lembu..!!!
- Umno ‘fragmented’ harmonious Malaysia
- Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia?
- Najib’s plea for ‘nambikei’ backfires: Not a single vote should the Indians give him!
- Fitnah Mahathir : Dakwa Anwar mahu cuba ubah undang-undang Malaysia
Najib dinasihat henti cakap soal Negara Berkebajikan Posted: 08 Feb 2012 09:14 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti dari bercakap soal agenda Negara Berkebajikan PAS kerana beliau jelas tidak faham apa yang dimaksudkan PAS. Read More / Baca Lagi >>AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nampak jelas sangat Najib tidak faham "samada tak membaca atau tidak diberikan maklumat yang betul tentang hal tersebut." Bagi beliau, tindakan Najib yang mengulangi lagi bahawa negara berkebajikan PAS itu sama dengan Welfare State di negara Barat atau Scandinavian kerana beliau mengulangi lagi bahawa negara akan mengalami masalah kewangan dan kegawatan ekonomi kalau dilaksanakan bahkan boleh bankrap. |
PTD Kontrak JPA Mohon Dibela. Status & Nasib Tidak Dapat Pembelaan Sewajarnya Daripada JPA & SPA? Posted: 08 Feb 2012 09:09 PM PST Kami terpanggil untuk mengulas dan memberikan pendapat berdasarkan salah satu surat & rintihan yang dibuat oleh kalangan PTD kontrak yang sedang menghadapi masalah dan telah dimuatkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini…. Read More / Baca Lagi >> |
Semak Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!! Posted: 08 Feb 2012 09:07 PM PST Kepada kalangan pembaca yang terdiri daripada kakitangan awam ternanti-nanti berita terkini tentang perkembangan semakan sbpa gaji baru 2012, kami ada sertakan draf cadangan memaparkan formula gaji baru yang baru sahaja dikemukakan oleh Cuepacs. Semak lampirannya….. Kami perhatikan cadangan gaji yang dikemukakan tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan & peningkatan. Read More / Baca Lagi >> |
Peneroka Bandar Sungai Sering Bakal Terima CF Posted: 08 Feb 2012 09:05 PM PST SHAH ALAM 9 FEB : Penantian hampir 9 tahun peneroka bandar di Sungai Sering, Hulu Klang untuk menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan negeri telah meluluskan CF mereka. Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam. Khalid berkata, CF yang dikeluarkan pada 31 Januari lalu sekali gus membolehkan kira-kira 600 penduduk menerima CF bagi unit rumah kos rendah pada Jumaat ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 08 Feb 2012 09:03 PM PST Jadi untuk menyatakan bahawa Hari Valentine itu mempunyai unsur-unsur Kristian tidaklah berapa tepat. Antara sebab utama dalam penulisan mereka adalah kerana Hari Valentine adalah satu perayaan Kristian yang menyambut kematian St Valentine seorang paderi dari Rome. Kononya, St Valentine adalah paderi kesayangan Ratu Sofia dari Sepanyol dan telah dikaitkan nama Valentine ini dengan penghapusan umat Islam di Cordoba. Read More / Baca Lagi >> |
Kepercayaan adalah hasil usaha, bukan di desak! Posted: 08 Feb 2012 09:02 PM PST Baru2 ini saya membaca berita bahawa UMNO Kelantan akan meminta nasihat Tengku Razaleigh Hamzah menggenai usaha mereka merampas Kelantan. Kita tumpang gembira, UMNO mempunyai keyakinan seperti ini. tapi ramai orang juga tahu, bahawa UMNO tidak ada pilihan lain kecuali bercakap besar. Jika tidak, semangat soldadu UMNO akan berkecai. Belum lagi masuk gelanggang, kita sudah tewas. Tapi seperti kata orang Inggeris- mungkin Dato Mustapa has bitten more than he can chew. Sesudah memberitahu satu dunia yang UMNO akan rampas semula 23 kerusi, mungkin Tok Pa berfikir- bagaimana cara nya? PAS dan para penyokong nya dan rakyat Kelantan bukan nya lembu. Bagaimana meyakinkan mereka? Bolehkah rakyat Kelantan di sogok dan di rasuah dengan pemberian RM500? Read More / Baca Lagi >> |
SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela Posted: 08 Feb 2012 08:59 PM PST Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan. Shahrizat Jalil (gambar kanan), juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang , dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu. Read More / Baca Lagi >> |
KP: 1 Care penghubung perkhidmatan kesihatan awam dan swasta Posted: 08 Feb 2012 08:48 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Feb — Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Sri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata cadangan pelaksanaan Skim 1 Care yang mencetuskan kontroversi akan membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sama tanpa mengira pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta. Read More / Baca Lagi >>Namun begitu, beliau tidak memberikan maklumat jelas berkenaan perkara itu, dan tidak menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada pusat kesihatan swasta di bawah sistem kesihatan dua hala sekarang. Beliau hanya menjelaskan KKM mempunyai tempoh dua tahun bagu mengemukakan blueprint dan pada masa ini, perbincangan bersama-sama 11 kumpulan teknikal sedang dibuat berkenaan blueprint tersebut, serta menegaskan cadangan berkenaan masih lagi berada di peringkat perbincangan. |
`Saya tak akan tinggalkan Umno’- Khir Posted: 08 Feb 2012 08:43 PM PST "Orang kata saya akan tinggalkan parti kerana tidak lagi menjadi menteri besar tetapi itu tidak benar," katanya. SHAH ALAM: Dr Khir Toyo berkata, beliau tidak akan meninggalkan Umno walau pun tidak lagi memegang jawatan dalam parti."Orang kata saya akan tinggalkan parti kerana tidak lagi menjadi menteri besar tetapi itu tidak benar," katanya. Dr Khir kini berdepan hukuman setahun penjara kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas. Bagaimanapun, beliau membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Dr Khir juga menjelaskan tidak ada puak dalam Umno Selangor sebagaimana dakwaan sesetengah phak. `Saya akan tegur' Read More / Baca Lagi >> |
Cowgate, ‘jambu’ and the changing political ground Posted: 08 Feb 2012 08:41 PM PST FEB 9 — It is entirely possible that Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and her family are innocent of any wrongdoing in the RM250 million National Feedlot Corporation (NFC) scandal, and will be exonerated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) after investigations are complete. But what has been at times bewildering are the reactions to the exposé by the main actors in the controversy. First, a prolonged silence followed by a bare denial. Then as more details of the alleged wrongdoing were exposed, press conferences where only "friendly" media were invited and only bits and pieces of answers were provided. Read More / Baca Lagi >> |
PAS cabar Putrajaya dedahkan kandungan perjanjian NFC, tubuhkan RCI Posted: 08 Feb 2012 08:32 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Feb — Datuk Mahfuz Omar mendakwa pentadbiran Najib enggan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kerana bimbang lebih banyak rahsia terbongkar termasuk penglibatan pemimpin Umno dalam projek ternakan lembu itu. Read More / Baca Lagi >>Selain itu, beliau juga mencabar Putrajaya agar mendedahkan butiran perjanjian NFC kepada umum sekiranya yakin tiada penyelewengan yang berlaku dalam skandal itu. "Kalau betul kerajaan yakin tiada unsur penyelewengan saya minta tubuhkan suruhjaya diraja siasatan dan mendedahkan perjanjian projek serta perjanjian pinjaman...dedahkan kepada umum supaya kita boleh lihat sama ada perjanjian itu meletakkan syarat bahawa wang yang diberikan hanya boleh dibelanjakan untuk perkara yang berkaitan dengan projek ternakan lembu. "Kalau perjanjian itu kata wang itu hanya boleh digunakan untuk perkara yang berkaitan dengan projek maka pembelian kondomoninium itu apa statusnya? Sebab itu suruhanjaya diraja siasatan perlu ditubuhkan, saya libat banyak perkara yang perlu diteliti terutamanya butiran perjanjian itu yang saya sendiri tidak tahu apa kandungannya," tegas beliau merujuk kepada pembelian kondominium mewah oleh NFCorporation (NFCorp), syarikat yang menguruskan NFC. |
Tidak mustahil tsunami politik 2008 berulang lagi Posted: 08 Feb 2012 08:29 PM PST Tahniah kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin atas kemenangan serta dominasi undi menerusi parti politik baharunya iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam pilihan raya di Mesir yang telah dilaksanakan bermula 28 November 2011 sehingga 11 Januari 2012. Read More / Baca Lagi >>Ini merupakan suatu mandat kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Mesir setelah kejatuhan rejim Hosni Mubarak yang telah bertapak selama tidak kurang 30 tahun di kerusi pemerintahan. Perkara ini sememangnya merupakan suatu indikator kepada masyarakat dunia amnya, serta masyarakat Mesir khususnya, mengenai kemahuan akan perubahan yang diharapkan oleh seluruh rakyat di negara tersebut yang sebelum ini berada dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan ketidakcaknaan daripada bekas pemerintah sebelum ini. |
Jui Meng ramal Soi Lek akan tanding di kawasan majoriti Melayu Posted: 08 Feb 2012 08:28 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Feb — Datuk Chua Jui Meng meramalkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-13, mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan sokongan pengundi Cina. Read More / Baca Lagi >>Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, "Saya mahu menjadi contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu pergi atau tiada calon yang boleh menang." Tetapi Chua (gambar) membalas kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di kawasan campuran, berkata "tiada kerusi yang selamat untuk beliau" di kawasan majoriti Cina. |
Kenyataan Noh Omar jadi titik penting isu NFC Posted: 08 Feb 2012 08:27 PM PST Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan. Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu. Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu. Read More / Baca Lagi >> |
Dr Mu'ti: Polong Import Untuk Kacau Anwar Posted: 08 Feb 2012 08:24 PM PST UBN sudah kehabisan modal dan kudrat untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan sekaligus menghancurkannya. Berbagai cara dan kaedah telah digunakan. Modal atau hujah secara ilmiah sudah lama habis. Ternyata tokoh-tokoh dan pemimpin UBN tidak mampu untuk berdepan dengan kepetahan Anwar. Bukan itu saja, idea atau hujah di sebelah UBN sudah dapat difahami rakyat sedalam-dalamnya. Mereka tidak lagi dapat merujakan rakyat dengan janji. Politik retorika UBN sudah berakhir. Lantaran itu UBN mengambil pendekatan baru, memperkenalkan politik brutal dan melantik seberapa banyak samseng. Dalam masa sama UBN tidak terlupa juga melantik atau memberi lesen kepada polong untuk mengganggu rakyat dan khususnya Anwar Ibrahim yang mereka lihat sebagai penghalang utama yang berwibawa. Mengenai penggunaan polong ini tidak cukup dengan menggunakan para polong dalam negeri media penjilat buntut UBN sanggup menggunakan polong dari negara jiran untuk memberi persepsi buruk ke atas Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia sekat minyak ke iran untuk hantar ke israel ka? Posted: 08 Feb 2012 08:23 PM PST Nampaknya betul lah laporan yang aku baca tue ada kaitan dengan isu neh. Sekarang neh pemahaman aku dah semakin jelas dalam isu minyak masak neh. Mula2 aku ada cakap yang aku pernah baca report pasal malaysia tingkatkan bekalan minyak masak ke iran kan? Sila rujuk sini. Sekarang lihat bawah neh dulu ; Kat atas neh link berita pasal minyak masak yang dihentikan daripada dibekalkan kepada iran. Dem. Iran anti israel, malaysia cakap dia pro palestine tapi dia segeng dengan israel pula apahal? Read More / Baca Lagi >> |
Hasil sawit peneroka Felda turut dijual ke Israel? Posted: 08 Feb 2012 08:14 PM PST KUALA LUMPUR 9 Feb: Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda. Semalam, Badrul mengadakan sidang media di Komtar Pulau Pinang, menunjukkan dokumen membuktikan wujud hubungan dagang secara terus dengan Israel melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen itu, kata Badrul, melibatkan dua syarikat berpengkalan di Johor yang didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv. "Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel?," kata Badrul atau Chegu Bard dalam satu kenyataan yang disiarkan di blog beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Anak difitnah : Lim Guan Eng ke SKMM pula Posted: 08 Feb 2012 08:13 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman-laman web Umno-Online, Pisau.net dan Papa Gomo. Read More / Baca Lagi >>(Lim Guan Eng...kesal anak jadi mangsa) Ini berikutan tindakan laman ini yang terus-terusan mengacau anak Lim Guan Eng dengan dakwaan yang bukan-bukan melalui blog mereka. Walaupun sudah terbukti tidak bersalah, anak Ketua Menteri masih lagi dimangsakan dengan sindiran berunsur fitnah, kata Zairil Khir Johari dalam laporannya. Laporan ini dibuat susulan daripada laporan polis yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 12 Januari 2012. |
Polis Sarawak perlu 10,000 anggota untuk PRU13 Posted: 08 Feb 2012 07:56 PM PST Dari segi logistik kontinjen Sarawak turut membuat persiapan terakhir dengan mengemaskini keperluan. KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 pegawai dan anggota berkhidmat sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bagi memastikan ia berjalan lancar.Pesuruhjaya Polis negeri Sarawak Dato Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keanggotaan yang dimiliki kontinjen itu hingga kini hanya berjumlah sekitar 8,000 orang terdiri daripada pegawai dan anggota kontinjen, Briged, Pusat Latihan Polis (Pulapol) serta Pasukan Gerakan Am (PGA). "Oleh kerana tidak cukup kita memerlukan sekurang-kurangnya seribu lebih keanggotaan (sebagai tambahan), namun demikian ia bergantung kepada pihak atasan (PDRM) untuk mempertimbang kesesuaian. Read More / Baca Lagi >> |
Kalau buka mulut luas-luas bagaimana?...boleh tengok lidah jenis apa! Posted: 08 Feb 2012 07:53 PM PST Najib seorang pemimpin yang bercakap lain dan bikin perkara lain. Najib sentiasa bercakap apa yang tidak betul dan berjanji perkara yang beliau tidak boleh tunaikan. Saya tidak mahu memberikan Najib dengan imej pendusta tetapi kita elok memberikan Najib pandangan yang jelas bahawa beliau hanya bercakap tanpa berfikir sedalam-dalamnya. Dalam satu nada beliau menasihatkan kita semua berwasatiyah, iaitu bersederhana dalam kehidupan dan hidup menghormati di antara satu dengan lain dalam masyarakat majmuk dan berbagai agama dan adap resam ini. Tetapi dalam keadaan lain beliau sendiri tidak mempraktikkannya atau membiarkan setengah pihak melakukan fitnah dan cuba memburukkan pihak yang lain tanpa segan silu. |
Lembu gergasi di dunia....Kat M'Sia ada gergasi lembu..!!! Posted: 08 Feb 2012 07:45 PM PST Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia (Luar Biasa) | Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif. Namun terdapat seekor lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. |
Umno ‘fragmented’ harmonious Malaysia Posted: 08 Feb 2012 07:43 PM PST Almost every Umno government initiative is for the express purpose of widening the racial divide. Let us look at our racial problem. As this Umno government likes to remind us – race is the most fragile and delicate of issues in this nation of ours. We are forbidden to discuss this as to do so would compromise our nation's security. Is it not this very Umno government by their overt divide and rule of the people of this nation that has caused the fragmentation of a once harmonious nation? Almost every Umno government initiative is for the express purpose of widening the racial divide. Let me quote a recent headline in the Umno controlled New Straits Times (NST). It reads: "Govt to address Christian issues". Read More / Baca Lagi >> |
Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia? Posted: 08 Feb 2012 07:40 PM PST KOTA BHARU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini. Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini. Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Najib’s plea for ‘nambikei’ backfires: Not a single vote should the Indians give him! Posted: 08 Feb 2012 07:38 PM PST Malaysian Prime Minister Najib Razak is not going to get anywhere with his pathetic Thaipusam Day plea that the Indian community continue to place their trust (nambikei) in his Umno. That's probably the only word he knows in Tamil. Read More / Baca Lagi >>The shameless message, insulting the intelligence of the community, can be found in his http://www.1malaysia.com.my blogsite. It's downright sacrilegious and blasphemy of the highest order to pollute a Holy Day of penance, prayer, fasting and meditation with cheap politics. Najib's Hindu guru, astrologer or whoever advises the PM on Indian affairs should be sacked immediately or if it was not this person's fault but the MIC's, then he desert Najib immediately in protest 'Nambikei' is the wrong kind of message to employ with a community swearing by makkal sakthi (people power) since the Hindraf Uprising of Nov 25, 2007 in the streets of Kuala Lumpur, the Rose Rally in Putrajaya in mid-Feb the following year and the Mar 2008 political tsunami which swept the Pakatan Rakyat opposition alliance into power in five states and Kuala Lumpur. |
Fitnah Mahathir : Dakwa Anwar mahu cuba ubah undang-undang Malaysia Posted: 08 Feb 2012 07:36 PM PST Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman. "Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan