RAKYAT MARHAEN |
- Skim 1Care For Malaysia : Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran? Setuju?
- Khir: Kes rasuah saya pertama di Malaysia...memang la wak .....!!!!
- Bubar KITA: Pakatan sambut baik langkah Zaid
- Noh Omar Gagal Bela Nasib Rakyat Di Tanjung Karang
- NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah'
- Zamil: Zaid should have stepped down...ha..ha...ha..Zamil...!!!
- Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik!
- Keluarga Teoh dapat kebenaran buat rayuan
- PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa
- Anwar Ibrahim : Konvensyen PR 3 - Kedah.
- IKRAR ANAK MUDA - Anak Muda Tolak Umno
- PR Berjaya Atasi Projek Rumah Terbengkalai Era BN Di Subang
- Lesen Lynas bakal dicabar di mahkamah
- Politik Rasis : Lagi kepala babi di masjid....makin membabi manusia sekarang..!!!
- Zairil kepada Hasan Ali: Perjuangkan Islam kononnya, tapi tabur fitnah...
- Zaid Ibrahim: Penubuhan KITA adalah satu kesilapan
- KITA akan bubar, kembali ke pangkal jalan
- BN bertanggungjawab atas mala petaka Lynas
- KB Sentral, Tunjong bakal tarik pelaburan RM10 bilion
- Sapu 1Malaysia : Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda
- SARA 1Malaysia :Bahasa Melayu Terpinggir dan Apa Kata Majlis Fatwa
- Tumbangkan Barisan ‘lembu’ Nasional
- Isu Israel: Kenapa Anwar Dibiarkan Keseorangan?
- Pemberian Lesen keatas Lynas, satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh AELB.
- Rahsia Pembangunan Manjung
Skim 1Care For Malaysia : Potong 10% Gaji Perkerja (Anda) Untuk Bayar Insuran? Setuju? Posted: 01 Feb 2012 09:21 PM PST Banyak produk 1Malaysia atau jenama 1 itu sendiri seperti Kedai 1Malaysia, Kedai Ikan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan macam-macam lagi termasuklah juga skim "1Care for Malaysia". Dan cadangan kerajaan yang terbaru …… Berdasarkan laporan TheMalaysiaInsider mengenai pelaksanaan 1Care ini, kerajaan Malaysia mahu memperkenalkan sistem penjagaan kesihatan di mana: Read More / Baca Lagi >> |
Khir: Kes rasuah saya pertama di Malaysia...memang la wak .....!!!! Posted: 01 Feb 2012 09:18 PM PST Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Selangor yakin beliau tidak bersalah. SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo yang dijatuhkan hukuman penjara setahun berkata, kes itu adalah yang pertama di Malaysia.Katanya, ia juga pertama kali untuk Britain dan India – kedua-duanya negara Komanwel seperti Malaysia. Bekas Menteri Besar Selangor berkata, beliau didakwa di bawah Akta Kanun Jenayah 165 iaitu memiliki harta dengan harga mewah dari harga sebelumnya. Pada 22 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman tersebut kerana mendapati Dr Khir bersalah mendapatkan untuk diri dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai 6.5 juta ringgit dengan harga 3.5 juta ringgit – empat tahun lalu. Mahkamah turut merampas dan melucutkan hak harta itu kepada Kerajaan Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Bubar KITA: Pakatan sambut baik langkah Zaid Posted: 01 Feb 2012 09:16 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Feb: Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >>Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil. PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Zaid dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, KITA akan dibubarkan. |
Noh Omar Gagal Bela Nasib Rakyat Di Tanjung Karang Posted: 01 Feb 2012 09:15 PM PST SHAH ALAM 1 FEB : Gagal menunaikan janji pilihanraya umum ke-12 dan sikap sambil lewa Datuk Seri Noh Omar merupakan faktor utama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Osman Shamsudin meletakan jawatan selepas 28 tahun berkhidmat. Menurut Osman, beliau meletakkan jawatan sebagai JKKKP secara rasmi pada tahun 2010 kerana kecewa dengan sikap kerajaan BN dan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Beliau berkata, segala permohonan bantuan untuk urusan kemudahan infrastrukur dan baik pulih surau juga tidak pernah dilayan. Read More / Baca Lagi >> |
NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah' Posted: 01 Feb 2012 09:14 PM PST PUTRAJAYA, 2 Feb: Jingga 13 hari ini mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan dengan segera berhubung perkembangan laporan isu e-mel yang dihantar oleh Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas. Read More / Baca Lagi >>Kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sewaktu menyerahkan memorandum kepada SPRM, laporan telah dibuat pada 12 Januari lepas berkaitan bukti e-mel bertarikh 31 Disember tahun lepas yang bertajuk "sekarang NFC adalah mangsa penipuan" sehingga sekarang tidak ada sebarang perkembangan. Memorandum tersebut telah diterima oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM, Azlin Mohd Ali pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM di sini. "Sehingga sekarang kami tidak mendapat apa-apa perkembangan dari laporan yang telah dibuat. Apa yang pasti jelas e-mel yang ditulis oleh Megat Najmuddin menunjukkan wujudnya unsur rasuah yang melibatkan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. |
Zamil: Zaid should have stepped down...ha..ha...ha..Zamil...!!! Posted: 01 Feb 2012 09:13 PM PST The Kedah chief also hit back at Zaid for implying that he was to be blamed for this decision. PETALING JAYA: Kita Kedah chief, Zamil Ibrahim, is reeling in shock over the news of Kita's dissolution and the implication of his apparent hand in it.Kita founder, Zaid Ibrahim, today announced that an extraordinary general meeting would be held soon to dissolve the party which he called a "mistake". Zaid said that the move was necessary to end all doubts that Kita was backing Pakatan Rakyat due to its Kedah and Penang branches' criticism of the opposition coalition. Zamil, who is the Kedah chief, slammed Zaid's decision as "irresponsible" and "unreasonable". "Kita isn't a business that can be simply opened and closed," he said of the one-year-old party. "A president should call an emergency meeting and speak to us instead of turning to the media with such drastic statements." Read More / Baca Lagi >> |
Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik! Posted: 01 Feb 2012 09:12 PM PST KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam. Read More / Baca Lagi >>"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang? |
Keluarga Teoh dapat kebenaran buat rayuan Posted: 01 Feb 2012 09:11 PM PST "Keputusan sebulat suara. Kami benarkan permohonan bagi buat rayuan. Terdapat hujah undang-undang untuk meneruskan kes lagi," kata Hakim Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim. |
PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa Posted: 01 Feb 2012 09:10 PM PST PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai. Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan. "Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim : Konvensyen PR 3 - Kedah. Posted: 01 Feb 2012 08:06 PM PST |
IKRAR ANAK MUDA - Anak Muda Tolak Umno Posted: 01 Feb 2012 08:05 PM PST |
PR Berjaya Atasi Projek Rumah Terbengkalai Era BN Di Subang Posted: 01 Feb 2012 08:03 PM PST SHAH ALAM 2 FEB : Kerajaan Negeri Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengatasi masalah projek perumahan di Subang yang terbengkalai hampir 20 tahun yang diwarisi daripada BN. Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, projek perumahan terbengkalai bagi penduduk rumah panjang Kampung Bunga Raya, Subang adalah satu daripada 140 projek yang ditinggalkan Umno-BN ketika menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
Lesen Lynas bakal dicabar di mahkamah Posted: 01 Feb 2012 08:01 PM PST Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu. "Saya tidak benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat beberapa hari lagi. "Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu. Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah (kiri) berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas.Read More / Baca Lagi >> |
Politik Rasis : Lagi kepala babi di masjid....makin membabi manusia sekarang..!!! Posted: 01 Feb 2012 07:55 PM PST Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan. Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakan ia hanya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup. Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan bebeapa anggota badan babi. Unit forensik sedang menjalankan siasatan dan kawasan masjid berkenaan kini menjadi tumpuan awam. |
Zairil kepada Hasan Ali: Perjuangkan Islam kononnya, tapi tabur fitnah... Posted: 01 Feb 2012 07:50 PM PST Agenda sebenar Dr.Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata. Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali (gambar kanan) telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita. Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan. Read More / Baca Lagi >> |
Zaid Ibrahim: Penubuhan KITA adalah satu kesilapan Posted: 01 Feb 2012 07:49 PM PST Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
KITA akan bubar, kembali ke pangkal jalan Posted: 01 Feb 2012 07:42 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Feb: Parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim akan dibubarkan tidak lama lagi melalui satu mesyuarat agung luar biasa. Read More / Baca Lagi >>Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa parti itu tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. |
BN bertanggungjawab atas mala petaka Lynas Posted: 01 Feb 2012 07:41 PM PST KUALA LUMPUR, 2 Feb: Segala syarat yang dikenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi. Read More / Baca Lagi >>"Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Katanya, syarat meminta Lynas bertanggungjawab ke atas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah sama sekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. |
KB Sentral, Tunjong bakal tarik pelaburan RM10 bilion Posted: 01 Feb 2012 07:37 PM PST TAHUN ini adalah tahun melawat Kelantan atau dikenali dalam kalendar pelancongan sebagai Visit Kelantan Year 2012 atau TMK@12, yang dilancarkan Menteri Besar, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Kelantan bukan sahaja merupakan sebuah destinasi yang unik, ia juga merupakan sebuah negeri yang paling ramai penduduk Melayu beragama Islam yang ditadbir oleh PAS sejak sekian lama. Kelantan yang terletak di utara Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merangkumi tanah seluas 14,922 kaki persegi, dengan Kota Bharu sebagai ibu negeri. Ekonomi Kelantan adalah berasaskan pertanian padi, getah dan tembakau. Kegiatan menangkap ikan di persisiran pantai sepanjang 96 kilometer turut merupakan aktiviti ekonomi yang penting. Industri kecil-kecilan yang menggunakan kemahiran tradisi dalam penghasilan kraftangan seperti batik, ukiran kayu dan tenunan songket juga agak meluas. Selain itu, kegiatan pembalakan juga aktif kerana ia keluasan hutan Kelantan masih banyak. Beberapa tahun kebelakangan ini, pelancongan, terutamanya ke pulau-pulau makin popular. |
Sapu 1Malaysia : Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda Posted: 01 Feb 2012 07:36 PM PST "1 Feb 2012 , JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, Lim Ah Lek, 72, mendakwa hidupnya kini tertekan apabila terpaksa menanggung bil elektrik yang tidak munasabah sejak beberapa bulan lalu. Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas. Read More / Baca Lagi >> |
SARA 1Malaysia :Bahasa Melayu Terpinggir dan Apa Kata Majlis Fatwa Posted: 01 Feb 2012 07:34 PM PST ""Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) is a special Scheme initiated by the Government of Malaysia aimed at promoting the participation of the low-income group to save and invest; apart from to assist them in managing the impact of the rising current cost of living." Itulah yang tertulis sebagai pembuka bicara skim SARA 1Malaysia. Skim yang dilancarkan pada 12 januari yang bertujuan membantu meningkatkan pendapatan dan menggalakkan penabungan serta pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Ia merupakan skim bantuan kerajaan berbentuk pinjaman melalui bank-bank terpilih. Read More / Baca Lagi >> |
Tumbangkan Barisan ‘lembu’ Nasional Posted: 01 Feb 2012 07:26 PM PST Parti Umno-Barisan Nasional kini layak menerima gelaran 'barisan lembu' kerana mereka beriya-iya mempertahankan penyelewengan yang dilakukan oleh anggota keluarga Ketua Wanita Umno dalam isu Pusat Fidlot Nasional atau NFC. Menteri Pertanian, Dato' Seri Noh Omar cuba menjadi 'matador' kepada lembu NFC dengan mengatakan seolah-olah Pakatan Rakyat tiada mahu menerima hakikat sesebuah projek atau perniagaan boleh terjejas atau kerugian. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Israel: Kenapa Anwar Dibiarkan Keseorangan? Posted: 01 Feb 2012 07:22 PM PST PENULIS lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim keseorangan dalam mempertahankan isu berkaitan dengan melindungi keselamatan Israel yang disebut dalam temuramahnya dengan The Wall Street Journal pada 26 Januari. Komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat sama ada membisu atau mengambil jalan selamat dari mengulas lebih lanjut tentang isu ini. Paling mengecewakan ialah PAS yang bukan setakat tidak menyokong malah membiarkan jentera pemudanya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan. Penulis dimaklumkan dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan baru-baru ini, Anwar secara terbuka telah mengkritik pemuda PAS atas kelantangan mereka mengulas isu tembual beliau tersebut, jauh dari konteks sebenar. Read More / Baca Lagi >> |
Pemberian Lesen keatas Lynas, satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh AELB. Posted: 01 Feb 2012 07:20 PM PST Kenyataan Media 2hb Februari 2012 Segala syarat yang di kenakan oleh AELB ke atas Lynas menjurus kepada orang ramai membuat jangkaan bahawa AELB akan menolak permohonan lesen oleh Lynas sehingga syarat-syarat tersebut dipatuhi. Akan tetapi sebaliknya, AELB telah membuat satu keputusan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama-sekali. 1. Syarat meminta Lynas bertanggungjawab keatas sisa buangan radioaktif dari LAMP termasuk menghantar sisa tersebut ke tempat asal ianya di lombong tidak munasabah samasekali memandangkan Menteri Perlombongan Australia Barat, Mr Norman Moores telah pun membuat kenyataan bahawa Australia tidak akan menerima sisa tersebut. Norman Moore juga telah menegaskan bahawa sisa tersebut ialah kini milik Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 01 Feb 2012 07:06 PM PST Oleh: MSK Intro Pasai apa aku kata rahsia…sedangkan ianya bukan rahsia pun? Sapa-sapa pun boleh dapat maklumat pembangunan bagi sesuatu bandar itu…asalkan ada duit atau kabel. Apa yang berlaku di Teluk Rubiah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada semua. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku kalau rakyat tau apa yang dirancangkan oleh pemerintah. Orang kampung sepatutnya tau apa yang akan berlaku di kawasan mereka. Orang pekan sepatutnya tau apa yang sedang dirancangkan dikawasan mereka. Tapi oleh kerana maklumat ini cukup berharga, maka ianya dirahsiakan dari pengetahuan awam. Yang tau cuma kroni-kroni pemerintah supaya depa dapat mengaut keuntungan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan