Khamis, 23 Februari 2012

PERAKITE

PERAKITE


Penyenaraian FGVH di Bursa adalah skim berniat jahat

Posted: 23 Feb 2012 03:48 AM PST

PKR menyifatkan cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia adalah "skim berniat jahat" yang bertujuan mengurangkan pegangan peneroka dalam Felda Holdings yang kaya dengan tunai.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, dengan penyenaraian itu, semua aset Felda akan dipindahkan ke FGVH, yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan peneroka tidak lagi akan mempunyai suara dalam perniagaan dan aktiviti operasi berkenaan.

Lebih-lebih lagi, katanya, pelabur lain juga dijemput membeli saham dalam FGVH.

"Kami anggarkan bahawa apabila ini berlaku, ekuiti Felda Holdings yang dipegang oleh peneroka dan kakitangan Felda akan dikurangkan daripada 51 peratus sekarang kepada paling tinggi 42.7 peratus selepas penyenaraian.
"Ini menjadikan mereka pemegang saham minoriti," kata Rafizi dalam  sidang medianya di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Mengulas cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mahu membentuk sebuah syarikat khas (SPV) dalam urusan penyenaraian itu, Rafizi berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan berniat jahat.

"Kalau mereka mahu menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia tanpa membabitkan KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad) ini bermakna mereka mengkhianati peneroka dan kakitangan Felda.

"Ia juga bertentangan dengan undang-undang," katanya lagi.

Semalam, Isa bertegas mahu menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia walaupun tanpa membabitkan KPF.

Untuk tujuan itu, Isa berkata syarikat khas akan ditubuhkan bagi menyalurkan keuntungan FGVH kepada peneroka.

Rafizi berkata, kerajaan seharusnya mendapatkan persetujuan KPF yang mempunyai pegangan saham 51 peratus dalam Felda Holding Berhad sekiranya mahu memindahkan keseluruhan pegangan itu kepada FGVH.

Lokasi himpunan hijau2.0 mulai dipagar pihak tertentu

Posted: 23 Feb 2012 03:44 AM PST

Harapkan padang..padang sudah dipagar pihak berkuasa. 

Demikianlah betapa desperadonya (takut pada bayang-bayang sendiri) pihak berkenaan dalam menghalangi  Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng.

NONELokasi himpunan itu yang dijadualkan Ahad ini, di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) nampaknya terbantut apabila padang itu mula dipagar pihak berkuasa.

Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya.

"Tindakan MPK menggambarkan tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.

"Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawanan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula," katanya.

Beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012.

Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa.
bukit komon gold mine 020306 adnan pc
"Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang.

"Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malahan, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini," kata Fuziah.
"Tidak ada sebarang alasan munasabah bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan.

Tiada ulasan: