pemuda cheh |
Debat Soi Lek dan Lim tidak akan ubah apa-apa Posted: 19 Feb 2012 10:54 PM PST Susulan pendebatan antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng, persoalan utama yang timbul bukan siapa yang menang tetapi bagaimana ia boleh berubah tentang sikap rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.Dan jawapannya mungkin tiada.Dalam hujah Lim semasa di awal pendebatan semalam: "Saya rasa apa yang semua rakyat Malaysia mahu saksikan bukan pendebatan kami tetapi Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)." Tetapi tidak mungkin Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang akan berdebat sebelum pilihan raya umum diadakan. Lim dan Dr Chua berdebat dengan disiarkan secara langsung mengenai isu-isu berbangkit yang sering dipersoalkan sebelum ini. Dr Chua, dalam hujahnya berkata DAP merupakan "alat" kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menyifatkan Lim sebagai seorang pemimpin muda yang sombong. Sementara Lim mensasarkan kepada Umno dan skandal rasuah yang menjadi kekuatan Pakatan Rakyat. Tetapi rakyat Malaysia — terutamanya pengundi minoriti Cina yang memahami pendebatan dalam bahasa ibunda kaum itu — menentukan siapa yang akan mereka undi selepas menyaksikan pendebatan itu semalam? Persoalan ini berbangkit kerana peluang adalah apa yang sentiasa berada dalam fikiran pengundi. Namun ia bergantung kepada pilihan mereka, debat semalam akan mengukuhkan lagi pandangan mereka terhadap tawaran yang diberikan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat. Jika melihat dari sudut itu, DAP mungkin memperoleh kelebihan paling banyak dari debat semalam. Bagaimanapun Dr Chua melakukan yang terbaik daripada jangkaan, Lim menggunakan platform debat itu untuk menyampaikan mesej tentang mengapa pengundi Cina tidak menyokong BN pada pilihan raya umum 2008 dan akan terus berbuat demikian. Antara isu yang memberi kelebihan kepada Lim adalah mengenai skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan Pusat Fidlot Nasional (NFC). Dr Chua pula mendapat kredit kerana mengutarakan hujah bahawa sokongan terhadap DAP akan membuka pintu kepada PAS untuk laksanakan dasar Islam. Tetapi anggota strategi MCA perlu bertanya kepada diri sendiri jika isu itu benar-benar menarik sokongan pengundi Cina. Kegusaran yang berlaku di kalangan pengundi bukan Melayu adalah mengenai kontroversi bangsa dan agama yang menjadi dasar Umno dan BN. Dan ramai di kalangan pemimpin MCA secara peribadi mengakui pengundi Cina tidak senang dengan Umno bukan PAS. Umno, kerana dilihat sebagai sebuah parti yang memegang kuasa dan disebabkan skandal-skandal yang berlaku menarik tumpuan bukan sahaja komuniti Cina tetapi semua rakyat Malaysia. Jadi pendebatan semalam penting kumpulan penyokong dari DAP dan PAS, ditambah dengan nilai hiburan yang turut disaksikan pemerhati politik. Sebaik sahaja debat itu berakhir, wakil dari DAP dan MCA dengan pantas membuka laman sosial Twitter dan Facebook, menggunakan Blackberries, iPhones dan Androids untuk melihat siapa yang menang. Malangnya, ia tidak relevan untuk memenangi pendebatan itu jika terdapat cara lain untuk melihat siapa yang lebih baik. Akhirnya, persoalan sebenar bagi rakyat Malaysia — dan bukan hanya komuniti Cina — akan hadapi apabila tiba pilihan raya umum ke-13 sama ada mereka lebih bijak berbanding pilihan raya umum 2008. Namun pendebatan semalam tidak relevan untuk menjawab persoalan itu. |
Posted: 19 Feb 2012 10:49 PM PST Datuk Seri Najib Tun Razak perlu sedia bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebat mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi.Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung. "Debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama untuk Perdana Menteri menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku. Seeloknya sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka. "Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mahfuz berkata, debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kelmarin adalah di peringkat lain yang mewakili dua parti bermajoriti Cina. "Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar. "Melalui debatlah, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat," katanya. Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar. "Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, " katanya. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan