Selasa, 28 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bicara Lynas, Ramai Kecewa "Prosiding Tertutup" Sedangkan Kes Berkenaan Itu Adalah Isu Rakyat !

Posted: 28 Feb 2012 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Feb - Orang ramai yang hadir ke perbicaraan kes Semakan kehakiman menuntut pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, Kuantan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, kecewa dengan keputusan hakim menangguhkan prosiding kes tersebut. Malah mereka juga hairan kenapa hakim menjalankannya secara tertutup (dalam kamar) sedangkan ia adalah isu umum yang melibatkan rakyat. Mereka yang hadir dengan dua buah bas dari Kuantan yang tiba sejak awal bagi telah berhimpin-himpit di dalam ruang tempat duduk mahkamah untuk mendengar kes tersebut. Namun, masing-masing hampa dan kecewa apabila dimaklumkan kes ditangguhkan. Akibat keputusan itu, kesemua mereka akhirnya keluar dari mahkamah dan kemudiannya berhimpun di lobi mahkamah sambil melaungkan "Hidup Rakyat","Stop Lynas", "Kami Bukan Tikus Makmal","Go Back Australia" dan "Pu Yau Lynas" yang dipimpin oleh Ketua SAMM Pahang, Kamarul Hatta Ali. Mereka kemudian bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan kawasan komplek mahkamah terbabit sekitar jam 1.00 petang. Hadir bersama dalam rombongan terbabit ialah pimpinan NGO Stop Lynas Coalition (SLC) dan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Afidavit kes tersebut telah di failkan oleh 10 plaintif dari Balok dan Kuantan menuntut supaya pemberian lesen ini ditarik balik. Pada Jumaat lepas, seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu. Mereka terdiri daripada Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap agensi yang bertanggungjawab.






Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co. Tiga pihak terlibat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation dinamakan sebagai responden dalam kes berkenaan. Sementara itu, Lynas pula oleh peguam Dominic Puthucheary. Semakan kehakiman tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas. Afidavit tersebut turut disokong afidavit pakar kimia dan sains material, Dr Lee Chee Hong. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan sebutan kes semakan kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, pada 20 Mac ini. Hakim Datuk Rohana Yusof mengarahkan plaintif merujuk kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terlebih dahulu kerana terdapat bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Bantahan Jabatan Peguam Negara itu bagaimanapun hanya dikemukakan pagi ini dengan kes hanya didengar di dalam kamar. Antara alasan Jabatan Peguam Negara ialah penduduk tidak mengikuti prosedur sebelum melakukan kes semakan kehakiman itu seperti merayu terlebih dahulu kepada menteri berkaitan.




Sementara itu, Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andansura Rabu kesal kerana kes itu tidak dibicarakan hari ini. "Kita akan bincang dengan peguam dan konsisten menjawab bantahan peguam negara serta bersedia memberi sebarang maklumat yang ada. "Bukan setakat peguam, kami yang hadir turut kecewa kerana kes tidak dibicarakan pagi ini," katanya. Semakan kehakiman dilakukan kerana penduduk tidak berpuas hati dengan tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada Lynas di Gebeng. Pada 24 Februari lalu, mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman itu dilupuskan. Sementara itu, lebih 100 penduduk Kuantan menaiki dua bas, selain puluhan warga kota hadir.

Video: Ulasan Tun Dr.Mahathir Mengenai Hudud

Posted: 28 Feb 2012 02:09 AM PST

Video: Dr.Badrulamin Dakwa Di Fitnah Pihak Luar

Posted: 27 Feb 2012 11:17 PM PST

Tiada ulasan: