Ahad, 26 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tan Seng Giaw: DAP Desak Kerajaan Menubuhkan PSC Untuk Kaji Loji Memproses Nadir Bumi Lynas !

Posted: 26 Feb 2012 01:32 AM PST

KUANTAN, 26 Feb - Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Seng Giaw (foto) mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, yang bernilai RM700 juta. "Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong itu berkata kerajaan mengambil berat pandangan rakyat, dan melihat semula isu pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah, Perak. Katanya, berkata sisa bahan yang melibatkan Lynas dan Bukit Merah suatu ketika dahulu, mempunyai persamaan iaitu mengandungi sisa 'thorium' dan ia dipercayai menyebab berlakunya leukemia di kawasan sekitar. Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu. Sementara itu, tokoh Lim mengingatkan kerajaan jika mengabaikan suara rakyat, ia akan memberi kesan terhadap undi kepada mereka. "BN kata mereka yakin untuk mengekalkan semua kerusi di Pahang, tetapi hari ini mereka diberi amaran bahawa lebih banyak kerusi mereka akan kalah selagi rakyat mengambil berat tentang alam sekitar dan pengurusan kerajaan yang baik," katanya lagi. sumber

Video Ucapan Anwar Semasa Himpunan Lynas 2.0

Posted: 26 Feb 2012 01:32 AM PST

Galeri Foto Himpunan Hijau 2.0 Kuantan (Vol I)

Posted: 25 Feb 2012 11:34 PM PST








Panas: Khalwat, "Ustaz.Badrulamin" Bongkarkan Rahsia Sebenar Apa Yang Telah Menimpa Dirinya

Posted: 25 Feb 2012 10:47 AM PST

KUANTAN, 26 Feb - Susulan kes penangkapan khalwat yang melibatkan tokoh agama dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ustaz Dr.Badrulamin Bahron (foto) di Hotel Swiss Garden yang telah dikecohkan oleh media arus perdana semalam, maka akhirnya pemimpin terbabit tampil membuat penjelasan apakah isu yang sebenarnya terjadi kepada beliau semalam. Kenyataan itu telah diedarkan kepada media, bagi tidak menimbulkan salah faham dan prasangka buruk semua pihak terhadap beliau. Menurut Dr.Badrulamin apa yang terjadi semalam adalah satu tindakan terancang pihak-pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan diri beliau. "Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian", katanya. Menurutnya lagi, pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau bagi memaklumkan bahawa dirinya sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan di Hotel Swiss Garden.

Dr.Badrulamin Nafi Di Tahan Penguatkuasa JAIP


"Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin. Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa", tambahnya. Difahamkan kumpulan lelaki yang bersikap ala samseng itu berhenti memukul beliau apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan beliau keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahannya yang ketika itu berada berseorangan di dalam bilik. "Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini. Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya", tambahnya lagi.

Panas: Pihak Polis Beri 12 Syarat Untuk Penganjur Himpunan Hijau 2.0 Di "Padang MPK 4" Hari Ini !

Posted: 25 Feb 2012 10:32 AM PST

KUANTAN, 26 Feb - Pihak polis, yang sebelum ini meluluskan penggunaan padang MPK4 di Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 hari ini. Polis semalam menetapkan 12 syarat untuk dipatuhi penganjur perhimpunan tersebut. Menurut posting dalam halaman Facebook Pahang polis, syarat-syarat tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Polis Daerah, Kuantan, ACP Jasmani Yusoff (foto) dan jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau 2.0. Berbanding dengan syarat-syarat yang dikenakan sewaktu perhimpunan 'Bebaskan Anwar' di Kuala Lumpur bulan lalu yang melarang semua jenis risalah dan kain rentang serta pembesar suara, namu polis Kuantan nampaknya lebih lembut. Manakala risalah atau sepanduk hasutan dilarang sama sekali semasa perhimpunan berlangsung, tetapi yang berkaitan dengan Himpunan Hijau 2.0 dibenarkan. Pembesar suara atau loudhailers boleh digunakan, tetapi ia tidak harus mewujudkan "keresahan dan gangguan" kepada penduduk yang berhampiran. Syarat-syarat lain ialah; Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang, membuat bising, memberi apa-apa syarat yang boleh menganggu keselamatan awam. Penganjur sekiranya dikehendaki, hendaklah membenarkan pegawai kanan Polis yang hadir untuk merakamkan ucapan, termasuk rakaman video atau membuat rakaman pita "bertape" dengan menggunakan alat-alat yang lazimnya digunakan. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan Padang MPK 4. Penganjur hendaklah menasihati peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata, bahan letupan, mercun dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. Program Himpunan hijau 2.0 secara aman tersebut mestilah dilansungkan dan diadakan mulai jam 10 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan dan kelancaran lalulintas semasa perhimpunan tersebut. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. Dan yang terakhirnya Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai tanpa mengadakan perarakan.

Anwar Dedahkan Isu Terkini Di Pejabat PKR Serta Bertemu Rakyat Di Teluk Chempedak Malam Tadi!

Posted: 25 Feb 2012 09:51 AM PST

KUANTAN, 26 Feb - Beberapa jam menjelang Himpunan Hijau 2.0, satu Ceramah Perdana Pakatan Rakyat telah diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang, di Jalan Beserah dekat sini malam tadi. Ceramah menampilkan pemimpin besar PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dan Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) itu telah mendapat sambutan sebahagian daripada rakyat yang hadir. Kehadiran tidaklah terlalu membanggakan, mungkin akibat promosi yang terlalu singkat dan tidak meluas. Namun, orang ramai berpuas hati dengan beberapa penjelasan Anwar termasuk isu serangan peribadi terhadap beliau, isu Israel dan laporan berkenaan pertemuannya dengan beberapa orang tokoh politik dan ulamak terkenal ketika lawatannya ke Timur Tengah baru-baru ini. "Saya menjadi popular akibat diserang bertalu-talu oleh media UMNO. Mereka serang saya hari-hari.. tapi kita nak bercakap untuk bagi penjelasan lima minit pun tak dibenarkan.. Ini demokrasi ala UMNO", kata Anwar. Beliau turut menjelaskan, walau pun serangan terhadapnya semakin menjadi-jadi, dan selepas melalui berbagai rintangan dan dugaan, kini dia tabah menghadapi segalanya. "Saya diserang dengan isu Israel, tapi mereka berniaga dengan Israel. Kita datang Kuantan, Pemuda UMNO berdemo di perkarangan Ibu Pejabat PKR. Ini semua kerja bodoh puak-puak UMNO", tambah Anwar lagi. Sementara itu, Ketua Umum PKR itu juga turut mengajak anak-anak muda melakukan perubahan sama seperti apa yang berlaku di Mesir dan lain-lain negara arab sebelum ini. "Orang muda perlu bangkit buat perubahan, beri undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Saya jumpa Perdana Menteri Tukri, Erdogan.. bayangkan dalam masa tiga tahun memerintah beliau banyak buat perubahan kepada rakyat. Pendidikan percuma dari tadika hingga ke peringkat universiti. Dulu dia tiru dan hormat saya semasa menjadi Menteri Kewangan.. sekarang saya kata nak tiru dia beri kebajikan kepada rakyat. Jika kita menang, pendidikan percuma untuk rakyat", kata Anwar lagi. Turut berucap malam tadi ialah Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dan Saudara Andansura Rabu (Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota) yang juga merupakan orang kuat dalam kempen bantahan Lynas. Beliau menjelaskan beberapa perkara berkenaan Himpunan Hijau 2.0.





Selepas tamat menyampaikan ucapannya di situ, Anwar bergegas ke Teluk Chempedak untuk bertemu rakyat terutamanya anak-anak muda di sana. Rombongan Anwar yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang itu, telah disambut dengan laungan reformasi oleh orang ramai yang berada di pantai itu. Masing-masing teruja dan terkejut kerana pemimpin hebat seperti Anwar singgah ke situ. Malah, ada yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta mengambil gambar beliau. Anwar sempat bertemu rakyat kira-kira setengah jam sebelum beredar ke Hotel Swiss Garden untuk agenda seterusnya. Beliau sempat membuat ucapan ringkas mengajak rakyat turun beramai-ramai ke Padang MPK4 pagi ini bagi memberi sokongan terhadap bantahan Lynas. "Saya datang dari Pulau Pinang dan menetap di Kuala Lumpur. Tapi saya hadir ke sini untuk membela nasib rakyat Kuantan. Kita tidak tolak pembangunan, tetapi biarlah ia tidak menjejaskan rakyat. Kenapa perlu ambil risiko membawa masuk kilang Lynas ke sini. Mereka dapat untung besar tapi rakyat terpaksa menanggung derita akibat hidup dalam ketakutan gara-gara kewujudan kilang ini", kata Anwar. Beliau kemudiannya beredar dari pantai itu kira-kira jam 11.30 malam, sambil mendapat tepukan gemuruh dari kalangan rakyat pelbagai kaum yang berada di situ. Turut bersama dalam rombongan itu ialah Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin dan pemimpin AMK pusat dan juga Pahang.






Tiada ulasan: