Sabtu, 25 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Fuziah: OCPD Berjanji Pindahkan Acara Ragbi Ke Lokasi Lain Untuk Bagi Laluan Himpunan Hijau !

Posted: 24 Feb 2012 10:23 PM PST

KUANTAN, 25 Feb- Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) sebentar tadi memaklumkan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan Himpunan Hijau 2.0 berjalan lancar seperti yang dijadualkan esok. "Saya baru bercakap dengan Tuan Jasmani (OCPD Kuantan) berkenaan kejohanan ragbi di padang MPK4 iaitu lokasi himpunan terbabit esok. Beliau berjanji akan memastikan Himpunan Hijau 2.0 berjalan di situ dan akan memastikan kejohanan ragbi berkenaan dipindahkan ke tempat yang lain", kata Fuziah Salleh.

[Kerjasama oleh pihak polis amatlah diharapkan dalam menjayakan program ini esok. Jika ada sebarang provokasi pihak-pihak tertentu untuk merosakkannya, maka pihak polis perlu bertindak segera. Difahamkan, ada pihak-pihak tertentu akan cuba untuk memberi gambaran negatif Himpunan Hijau 2.0 esok. Tidak diketahui, apakah yang akan dilakukan oleh mereka. Namun berdasarkan maklumat kemungkinan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej penganjur dan juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sendiri. Oleh itu semua pihak digesa berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh mencetuskan hura-hara pada hari esok].

Terkini: MPK 'Nafi Meluluskan' Perlawanan Akhir Ragbi Di Lokasi Tapak Himpunan Hijau 2.0 Esok !

Posted: 24 Feb 2012 09:38 PM PST

KUANTAN, 25 Feb [1.49 pm] - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini menafikan mereka telah meluluskan perlawanan akhir ragbi di Padang MPK4 iaitu lokasi yang dibenarkan untuk Himpunan Hijau 2.0 esok. Sebelum ini PDO ada mendedahkan berkenaan satu Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) Siri I anjuran Universiti Malaysia Pahang akan diadakan mulai hari ini dan esok (26 Feb). Susulan laporan tersebut, semua pihak menjadi kecoh semula. Tambahan pula baru semalam jawatankuasa penganjur himpunan terbabit mengadap pihak polis dan MPK, serta mendapat persetujuan untuk mengadakan di lokasi baru itu (Padang MPK4). Dalam satu kenyatan kepada portal berita Malaysiakini, Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan (foto) mengesahkan bahawa perlawanan ragbi itu sedang berlangsung di padang itu hari ini. Ia bermula semalam. Tetapi katanya, perlawanan akhirnya esok, telah dipindahkan ke padang MPK 2."Perlawanan akhir ragbi kita atur ke tempat lain iaitu di Padang MPK2," kata beliau.

[Harapan kita semoga MPK mengotakan segala janji-janji mereka. Jika benar dakwaan tersebut, maka kami akan memantau Padang MPK2 berhadapan dengan Stadium Darul Makmur untuk melihat sendiri persiapan perlawanan akhir ragbi itu di sana. Mereka perlu dirikan tiang gol dan lain-lainnya. Untuk maklumat, perlawanan ragbi biasanya dijalankan di Padang MPK4 dan MPK2 hanyalah untuk acara bolasepak selain acara sambutan yang berbentuk keramaian seperti Jom Heboh TV3 dan sebagainya. Jiba benar dakwaan MPK, maka lewat petang ini penganjur wajar mendirikan tiang-tiang gol ragbi di sana. Tidak mungkin mereka akan mencabut tiang di Padang MPK4 malam ini atau awal pagi esok. Jangan pula ada muslihat, seperti MPK kata mahu anjurkan Futsal di Padang MPK1 (lokasi asal Himpunan Hijau 2.0) tiba-tiba padang itu dipagar dengan zink untuk diperbaiki secara tiba-tiba. Oleh itu, sila hantarkan maklumat terkini untuk kita pastikan rakyat tidak ditipu lagi].

Panas: Penganjur "Himpunan Hijau", Di Perdaya, Padang MPK4 Ada Sukan Ragbi Hari Ini Dan Esok

Posted: 24 Feb 2012 06:01 PM PST

KUANTAN, 25 Feb - Keputusan pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memberi kebenaran Himpunan Hijau di Padang MPK4 dekat sini, dilihat satu tindakan yang tidak wajar dan jelas cuba menipu pihak penganjur terbabit sebenarnya. Tinjauan krew kami ke lokasi berkenaan sebentar tadi, mendapati satu Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) Siri I anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) diadakan di padang itu mulai hari ini dan esok (25-26 Februari). Maknanya padang tersebut telah disewa dan akan digunakan untuk kejohanan terbabit. Maka, bagaimana pihak polis dan MPK boleh meluluskan kebenaran agar pihak penganjur Himpunan Hijau 2.0 berpindah dari lokasi asal (Padang MPK1) ke Padang MPK4 semalam?. Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Masakan MPK tidak mendapat maklumat lanjut tentang apa-apa aktiviti di lokasi terbabit, atau mereka sengaja mahu memperdayakan pihak penganjur berkenaan. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan, dan jelas menghakis kepercayaan rakyat terhadap agensi terbabit. Sebelum ini di Padang MPK1, mereka mendakwa mahu mengadakan Kejohanan Futsal pada 15-26 Feb namun tiba-tiba ada pula projek ubah suai padang untuk persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini. Semua ini jelas menimbulkan tanda tanya, apakah kerajaan benarkan seperti di dakwa oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob atau rakyat perlu berhimpun dan bertempur dengan pihak berkuasa seperti biasa?. Nampaknya, harapan menjurus ke arah itu kini kian nampak tanda-tandanya. Maka, rakyat dan peserta diminta bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.


Bukti, kejohanan ragbi 7's MASUM siri I akan diadakan hari ini dan esok

Para peserta kejohanan ragbi sedang bersiap sedia untuk beraksi di padang

Dua pasukan ragbi tersebut sedang berlawan dalam kejohanan itu pagi tadi

[Sungguh mengejutkan bila ada acara sukan boleh diadakan di atas lokasi tapak, sedangkan MPK meluluskan tapak untuk Himpunan Hijau 2.0. Tidak mungkin pihak MPK tidak tahu ada kejohanan sukan di lokasi berkenaan. Sudah pasti perancangan untuk program tersebut sudah lama dilakukan. Maka, kenapa mereka boleh terlepas pandang dalam isu ini. Kemungkinan besar ini satu lagi permainan politik untuk menggagalkan himpunan esok. Apapun, semua pihak diminta bersabar dengan permainan ini. Jika mereka berbuat demikian maka eloklah rakyat dikerah turun ke jalanan bagi menyatakan bantahan mereka. Sokongan semua untuk meramaikan perhimpunan esok amatlah diharapkan demi kehidupan kita hari esok].

Tiada ulasan: