Pahang Daily Online |
- Fuziah: Polis Beri Kerjasama Baik Untuk Pastikan Himpunan Hijau 2.0 'Ahad Ini' Berjalan Lancar !!
- Video: Sidang Media 'Isu Felda' Bersama ANAK !!
- Terkini: Polis "Beri Kebenaran" Himpunan Hijau 2.0 Di Padang MPK 4, Kemunting Pada Ahad Ini !!
- Ceramah Anwar Sempena Himpunan Lynas 2.0 !
- Panas: Terkini, MPK Bina Projek Meragukan Demi Menghalang "Orang Ramai Berhimpun" Ahad Ini!
- Himpunan Hijau: Sah, 'MB Pahang' Kaki Penipu, Lidah Bercabang Serta Cakap Tak Serupa Bikin !!
- Terkini: Penganjur Setuju Pindah Lokasi Jika Dua Syarat Di Pertimbangkan Pihak Yang Berkenaan !!
- Lagu Khas Buat Peserta Perhimpunan Hijau 2.0 !!
- Terkini: Anwar Bakal Hadir Ke Himpunan Hijau !
- Fuziah: 'Pagar Padang', Untuk Halang Himpunan Hijau, Terbukti Ada Pihak Kini Semakin Terdesak
| Fuziah: Polis Beri Kerjasama Baik Untuk Pastikan Himpunan Hijau 2.0 'Ahad Ini' Berjalan Lancar !! Posted: 24 Feb 2012 01:10 AM PST
[Kerjasama dan kebenaran yang diberikan oleh pihak polis sebenanrya mungkin datang dari Kerajaan UMNO BN sendiri. Selepas melihat berbagai pendedahan yang sungguh memalukan kerajaan maka akhirnya kelulusan terpaksa diberika bagi menggelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri. Namun, apakah Penganjur dapat merealisasikan hasrat untuk mengumpul jumlah peserta semaksima yang mungkin pada hari itu nanti. Jika mereka gagal, maka sudah pasti media arus perdana akan memainkan isu ini. Apakah mereka sudah bersdia untuk berhadapan dengan segalanya ini. Malah, apakah kehadiran ramai pemimpin besar Pakatan Rakyat boleh menarik perhatian dan sokongan rakyat dari seluruh negara untuk hadir ke Kuantan pada Ahad ini. Sama-sama kita nantikan dan lihat apa yang akan terjadi di himpunan itu nanti]. |
| Video: Sidang Media 'Isu Felda' Bersama ANAK !! Posted: 24 Feb 2012 12:48 AM PST |
| Terkini: Polis "Beri Kebenaran" Himpunan Hijau 2.0 Di Padang MPK 4, Kemunting Pada Ahad Ini !! Posted: 24 Feb 2012 12:29 AM PST
[Keputusan untuk mengubah lokasi Perhimpunan Hijau 2.0 dari Padang MPK1 ke Padang MPK4 di Kemunting itu dilihat sebagai satu tindakan terbaik dalam memastikan program ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Akhirnya, pihak kerajaan sedia untuk memberi ruang kepada rakyat menyatakan isi hati mereka tentang isu Lynas. Syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuantan atas usaha beliau untuk memastikan satu situasi yang "win win situation" kepada semua pihak. Jika tidak, sudah pasti kejadian yang lebik mendukacita akan berlaku anda lokasi asal dikekalkan. Tambahan pula selepas pihak MPK membenarkan kerja-kerja pembinaan di lokasi terbabit. Kini terpulang kepada rakyat untuk hadir atau tidak. Jika mereka menyokong bantahan ini maka eloklah hadir beramai-ramai sebagai tanda sokongan. Sila klik foto untuk besarkan imej]. |
| Ceramah Anwar Sempena Himpunan Lynas 2.0 ! Posted: 24 Feb 2012 12:20 AM PST |
| Panas: Terkini, MPK Bina Projek Meragukan Demi Menghalang "Orang Ramai Berhimpun" Ahad Ini! Posted: 23 Feb 2012 11:07 PM PST ![]() KUANTAN, 24 Feb - Tinjaun terkini krew PDO ke lokasi tapak Himpunan Hijau 2.0 sekitar jam 2.00 petang tadi mendapati kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan di kawasan tersebut. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dipercayai telah mengeluarkan satu tender yang cukup meragukan kepada seorang kontraktor yang dikenali sebagai Shahruddin Bin Yusof, tanpa alamat dan tanpa segalanya untuk membuat kerja-kerja yang dikenali sebagai "Cadangan Membina Dan Menaikkan Taraf Dua Buah Padang MPK (1 & 2) Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kuantan Pahang". Banyak persoalan yang timbul terhadap projek ini kerana ia tidak mempunyai maklumat tentang lesen bila tarikh mula kerja dan tarikh siap projek berkenaan. Malah, ramai yang keliru dari sumber mana MPK mengeluarkan peruntukan untuk projek berkenaan. Difahamkan, projek tersebut adalah dari peruntukkan "Wang Amanah Pengeluaran Jalan Negeri Pahang Darul Makmur". Malah, logo Kerajaan Negeri Pahang juga tertera pada papan tanda projek berkenaan. Tambah mengejutkan, terdapat tiga jalur lubang yang dibina di hujung padang terbabit. Khabarnya ia dibuat untuk mendirikan bangku penonton di padang berkenaan. Namun persoalannya, kenapa projek itu tergesa-gesa dimulakan. Kenapa tiada papan tanda berkenaan sebelum ini. Inilah yang menjadi kemusykilan di kalangan orang ramai yang lalu lalang di situ. Turut kelihatan pagar yang sudah dibina zink berhampiran masjid negeri. Malah, kerja-kerja lain sedang dijalankan oleh pihak terbabit sekarang ini. Papan tanda sudah pun dinaikkan di padang oleh pihak MPK semalam Inilah, tiga jalur longkang besar dipercayai untuk dibina tempat duduk Zink berwarna biru juga sudah dipasangkan pada pagar-pagar tersebut |
| Himpunan Hijau: Sah, 'MB Pahang' Kaki Penipu, Lidah Bercabang Serta Cakap Tak Serupa Bikin !! Posted: 23 Feb 2012 09:08 PM PST KUANTAN, 24 Feb - Rata-rata orang ramai yang ditemui sekitar bandar ini kecewa dengan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob (foto), apabila jelas cuba memperbodohkan rakyat dengan tindakan kebudak-budakan dan tidak masuk dek akal terhadap penganjur Himpunan Hijau 2.o. Mereka hairan dengan sikap MB Pahang itu yang "cakap tak serupa bikin". "Baru minggu lepas dia kononnya bermurah hati membenarkan perhimpunan terbabit diadakan di sini, malah bercakap seolah-olah dia pemimpin yang hebat dan berani apabila mengatakan Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran peserta himpunan terbabit Ahad ini. Tapi, apa yang berlaku sekarang, jelas sekali melambangkan betapa "munafiknya" pemimpin itu. Lihat saja apa yang terjadi di Padang MPK sekarang?. Tidak cukup dengan menipu rakyat kononnya MPK nak anjurkan kejohanan futsal. Terbaru, kerajaan mengarahkan MPK memagar lokasi tersebut dengan memberi alasan padang itu mahu dibaikpulih untuk kegunaan Sukan Malaysia (SUKMA) Julai ini. Bukankah ini bererti kerajaan pimpinan Adnan jelas menipu rakyat. Cakap besar, tapi bagai cacing kepanasa bila dia tahu puluhan ribu rakyat akan bangkit dan berhimpun di padang itu untuk membantah kilang memproses rare-earth Lynas Corporation Ahad ini", kata seorang kakitangan swasta yang ditemui pagi tadi. Sementara itu menurut seorang pesara kerajaan yang ditemui pula berkata, dia tidak hairan dengan perangai MB Pahang itu kerana memang sejak dulu lagi Adnan dikenali sebagai MB yang paling samseng di Malaysia katanya. "Rakyat boleh menilai, bagaimana sikap Adnan Yaakob sekarang?. Dia sanggup merompak khazanah rakyat termasuk balak, hutan, lombong untuk diagih-agihkan kepada kroni dan proksinya ... tapi tergamak menghancurkan harapan rakyat dalam isu Lynas. Apa yang mahu dibanggakan sangat dengan kilang itu?. Walau pun ada laporan AELB dan pakar-pakar luar negara terhadap projek berkenaan, namun rakyat tetap tidak percaya sebenarnya. Bukti, inilah kenyataan seorang MB yang awalnya benarkan Himpunan Hijau Tambahan pula banyak kepincangan dalam proses yang berlaku. Saya tahu, sebenarnya Lynas dibawa masuk dengan cara yang salah. Mereka semua mahu untung termasuk pemimpin-pemimpin UMNO di Pahang. Rakyat dipinggirkan kerana komisyen dan habuan yang bakal mereka perolehi nanti. Jika tidak, mana mungkin kilang berisiko yang 12 tahun tidak perlu bayar cukai kepada kerajaan boleh dibawa masuk. 12 tahun akan datang Adnan mungkin bukan lagi MB, tapi beliau dan keluarganya akan hidup senang lenang untuk 20 tahun akan datang. Sedangkan rakyat terpaksa menanggung risiko kilang terbabit. Apakah ini maknanya UMNO BN memperjuangkan rakyat?. Saya kecewa dengan sikap mereka!", kata En.Ibrahim yang pernah bertugas di SUK Pahang itu. [Apa yang berlaku di Padang MPK, iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 sekarang tidak selaras dengan kenyataan MB Pahang ini sebenarnya. Ternyata MPK telah melanggar arahan dan dasar kerajaan dengan cuba menggagalkan perhimpunan itu. Padahal Ketua Kerajaan Negeri sendiri dengan bangganya mahu dan benarkan ia diadakan di bandar ini. Rakyat boleh menilai sendiri sikap pemimpin UMNO BN sekarang. Jika dalam isu sebegini pun mereka sanggup menipu rakyat, apatah lagi dengan cara mereka membawa masuk kilang Lynas itu sendiri. Ternyata kini, segalanya terbongkar. Sikap sebenar pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat tetapi sebaliknya lebih rela membela kilang terbabit, sedangkan dia sendiri tahu risiko yang akan ditanggung oleh seluruh rakyat Kuantan untuk tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Oleh itu, rakyat kini boleh menilai, apakah pemimpin sebegini layak dikekalkan pada Pilihanraya Umum akan datang]. |
| Terkini: Penganjur Setuju Pindah Lokasi Jika Dua Syarat Di Pertimbangkan Pihak Yang Berkenaan !! Posted: 23 Feb 2012 08:51 PM PST KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. |
| Lagu Khas Buat Peserta Perhimpunan Hijau 2.0 !! Posted: 23 Feb 2012 08:35 PM PST |
| Terkini: Anwar Bakal Hadir Ke Himpunan Hijau ! Posted: 23 Feb 2012 08:00 PM PST ![]() SHAH ALAM, 24 Feb - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dijangka akan bersama pimpinan utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan hadir ke Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Ahad ini bagi bersama rakyat untuk membantah projek pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Temu Rapat Pimpinan PKR yang dijadualkan berlangsung di Lumut, Perak akan diadakan di Kuantan bagi membolehkan semua pimpinan parti menghadiri perhimpunan itu. "PKR memberikan sokongan penuh kepada Himpunan Hijau 2.0. Saya juga telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota PKR di Pahang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk bersama sokong Himpunan Hijau 2.0 dan kempen Hentikan Lynas," kata beliau. [Difahamkan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir menyokong Perhimpunan Hijau 2.0. Kerajaan UMNO BN pasti akan mengatakan program itu didalangi oleh pembangkang, namun jika pemimpin UMNO BN yang kononnya "berjiwa rakyat" itu sudah tidak mahu membela dan mendengar rintihan rakyat, maka eloklah pemimpin pembangkang menjuarai isu ini. Tambahan pula, rakyat di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang bakal menjadi suspek utama terhadap risiko Lynas ini telah mengundi pembangkang pada PRU12 lalu. Maka, eloklah mereka buktikan yang mereka sanggup turun membela rakyat walau dalam apa jua cara sekali pun. Mahu diharapkan UMNO BN, maka sampai "kiamat" pun mereka pertahankan Lynas dan meminggirkan nasib rakyat yang tidak berdosa]. |
| Fuziah: 'Pagar Padang', Untuk Halang Himpunan Hijau, Terbukti Ada Pihak Kini Semakin Terdesak Posted: 23 Feb 2012 07:57 AM PST ![]() KUANTAN, 23 Feb - Menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, lokasi perhimpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula dipagar oleh pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan akhbarnya, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (foto) berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya. "MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri. "Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula," katanya. Menurut pemimpin PKR itu, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012. Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa. Fuziah juga diberitahu mereka dibawa dari Temerloh dan masalah penginapan mereka untuk malam ini juga belum diselesaikan oleh pihak yang mengarahkan mereka membina pagar itu."Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Dato' Sri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang. "Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini," kata Fuziah Salleh. Menurut beliau, penangguhan dua hari lagi bagi membina pagar tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang itu dan mengulangi desakan supaya menteri besar mengotakan kata-katanya. "Tidak ada sebarang alasan bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan. "Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan."Kita selalu menganjurkan (Konsert) Jom Heboh TV3 di padang MPK. Mengapa Himpunan Hijau 2.0 tidak boleh diadakan? Ini adalah untuk perkara yang baik dan paling penting, rakyat sekitar Kuantan mahukannya," kata beliau lagi. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan