Pahang Daily Online |
- Panas: Memalukan, "Kerajaan Negeri" Paksa MPK Memagar Kawasan Tapak Perhimpunan Hijau 2.0
- Iklaneka: 'Mati Pucuk Enam Tahun', Kini Hampir Pulih Sepenuhnya Dengan Hanya Amalkan EVO !
- Panas: MPK Anjur "BBQ Rakyat 1Malaysia" Untuk Halang Rakyat Hadir Ke Perhimpunan Hijau 2.0 !
Panas: Memalukan, "Kerajaan Negeri" Paksa MPK Memagar Kawasan Tapak Perhimpunan Hijau 2.0 Posted: 23 Feb 2012 01:16 AM PST KUANTAN, 23 Feb - Akhirnya sah dan terbongkar, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memang mahu membina pagar (foto) bagi menghalang rakyat berhimpun di Padang MPK1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini. Tinjauan kami sekitar jam 1.00 petang, kayu-kayu terbabit masih dilonggokkan di tepi padang itu. Namun, terkini sekitar jam 3.00 petang tadi sudah ada pihak memacakkan kayu tersebut di sekeliling padang berkenaan. Ini bermakna, mereka memang mahu menghalang dalam apa jua cara sekali pun. Paling melucukan, MPK sebelum ini mewar-warkan akan mengadakan kejohanan futsal atas tapak itu, tiba-tiba mereka sendiri memagar kawasan itu. Apakah MPK fikir, pemain Futsal adalah "lembu-lembu Sharizat" yang mahu dicucuk hidung seperti mereka. Apa yang pasti, segala yang dilakukan oleh MPK ini sungguh memalukan dan menjatuskan imej Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit. Namun, dek kerana arahan oleh Kerajaan Negeri Pahang, maka tindakan ini terpaksa dilakukan. Agak menghairankan kenapa tiba-tiba Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob takut dengan kebenaran yang telah beliau berikan. Sebelum ini dia berbangga mengalu-alukan peserta himpunan datang ke Kuantan atas berbagai alasan termasuk meningkatkan ekonomi. Namun kini nadanya sudah berbeza, bermula dengan tindakan MPK mahu mengadakan futsal dan kemudiannya NGO kerajaan membuat laporan polis dan kini memagar kawasan itu. Ketakutan kerana meminggirkan nasib rakyat menyebabkan mereka sanggup lakukan apa saja. Apa yang penting, Lynas tetap akan beroperasi kepada kerajaan yang tidak akan mendapat apa-apa keunutngan dalam tempoh 12 tahun akan datang. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya. Mereka terpaksa menanggung risiko atas satu projek yang tidak memberi keuntungan kepada kerajaan. Maka, dimana mereka buat untung?. Kenapa sanggup terima projek yang tak ada untung?. Rakyat dipaksa menanggung risiko untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Bukti, kayu-kayu pancang itu telah dipacakkan sekeliling padang terbabit [Tindakan MPK ini jelas sekali memalukan dan tidak patut dilakukan oleh sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya. Mereka yang hadir hanya ingin menyatakan bantahan terhadap projek berisiko itu, maka itu adalah hak mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia yang tercinta ini. Kerajaan meluluskan dan rakyat membantah, itu satu senario biasa dan tidak perlu sampai memagar padang seolah-olah rakyat itu seperti "haiwan ternakan masuk kandang"!. Terkini, difahamkan hampir 50,000 akan hadir ke Himpunan Hijau 2.0 pada Ahad ini. Jika ini berlaku, maka Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang akan mendapat malu besar. Cabaran MB Pahang yang memperli penganjur supaaya mengumpulkan 20,000 peserta pasti akan tercapai. Justeru, sama-sama kita nantikan apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh MPK selepas ini. Semakin ditekan, maka rakyat semakin seronok dan tidak sabar untuk turun berhimpun. Jom, Selamatkan Rakyat Kuantan!]. |
Iklaneka: 'Mati Pucuk Enam Tahun', Kini Hampir Pulih Sepenuhnya Dengan Hanya Amalkan EVO ! Posted: 23 Feb 2012 01:13 AM PST Berita baik untuk rakyat Malaysia terutamanya para suami (lelaki) yang bermasalah dalam penyakit Mati Pucuk yang kritikal. Kini satu penemuan baru dalam bidang kesihatan telah ditemui. Demikian ditegaskan oleh Mohd Jadi Abdullah (foto), 56. Beliau yang merupakan seorang peneroka felda di Gugusan Purun, Triang Pahang itu kini hampir pulih sepenuh selepas mengamalkan produk EVO keluaran syarikat Evo Freedom International. "Saya alami sakit mati pucuk sejak enam tahun yang lalu. Macam-macam produk dah saya makan ... tp kesannya tidak berapa ketara. Namun, selepas diperkenalkan dengan produk EVO kini kesihatan saya semakin baik", kata beliau. "Dulu bacaan kencing manis saya ialah 18 mmol, malah doktor ada mengatakan saya juga mengalami masalah lain seperti paru-paru berair, darah tinggi, buah pinggang, batuk kering dan sebagainya. Saya tak boleh buat kerja berat dan susah nak tido. Tapi alhamdulillah... sekarang saya hampir pulih sepenuhnya. Setelah mengambil 4 sachet EVO-7 , alat sulit kembali normal. Kencing manis turun (bacaan 13). Dengan mengambil EVO-7 sepenuhnya semua masalah saya sudah tiada. Kini kencing manis (bacaan 8) dan isteri saya cukup bahagia", tambah beliau lagi. Beliau yang turut mengalami sakit pinggang dan belakang yang teruk, sakit usus dan dalam perut, batuk yang teruk dan sakit saraf seluruh badan kini kelihatan semakin ceria dan sihat selepas mengamalkan produk terbabit. "Saya menyeru kepada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya, cepat-cepatlah dapatkan produk ini sekarang. Mana tau, jika diizinkan Allah.. penyakit tuan-tuan juga akan pulih seperti saya. Ingatlah, jika kita ada banyak wang sekali pun, tapi kesihatan kita tidak mengizinkan, maka kita tidak bahagia dalam hidup. Jangan sayang duit, hubungi saya ditalian 019-9337201 jika tidak yakin dan nak tau lebih lanjut", katanya lagi. Dapatkan produk atau jadi pengedar, hubungi :- K.LUMPUR; Remy (013-2817199), SELANGOR; Joe (013-9405390), J.BAHRU; En.Mat (010-8216359) JERANTUT; Cikgu Ali (019-9872152), TEMERLOH; Sabaruddin (013-9512607), RAUB; Zuraidi (017-9543112), NERAM; Hassan (019-9010868), KEMAMAN; Man (010-3144104), CHINI; Razli (013-9663877), ROMPIN; Saufi (014-5236163), K.TERENGGANU; Hj.Ismail (019-9194870), DUNGUN; Jamal (0139350127), TOK SIRA; Hj.Razak (019-9877071), JERTEH; Din (019-9843476), BKT.SETONGKOL; Mizo (013-9260071), SG.ISAP; Pak Usop (016-9615861) - Pengedar diperlukan di seluruh negara. Info lanjut, sila klik DI SINI sekarang juga . |
Panas: MPK Anjur "BBQ Rakyat 1Malaysia" Untuk Halang Rakyat Hadir Ke Perhimpunan Hijau 2.0 ! Posted: 22 Feb 2012 07:33 PM PST KUANTAN, 23 Feb - Mungkin akibat ketakutan dengan gelombang kebangkitan suara rakyat dalam membantah isu Lynas, maka Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak "kurang cerdik", apabila mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan program "Pesta BBQ Rakyat 1Malaysia" di Padang MPK1 iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 bakal diadakan Ahad ini. Ini terbukti, apabila orang ramai yang melalui sekitar kawasan terbabit terkejut dan tertanya-tanya dengan beberapa "longgokan pancang kayu api" di sekeliling padang itu sejak malam tadi. Malah, difahamkan kemungkinan besar kayu-kayu tersebut mahu digunakan untuk jamuan bagi menyambut kehadiran ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang bersama dalam himpunan terbabit. Malah ada yang mendakwa kemungkinan besar akan ada satu program "BBQ Rakyat 1Malaysia" di padang itu Ahad ini. Jika bukan jamuan rakyat, apakah motif longgokan tersebut kata seorang pemandu teksi yang ditemui. "Saya terkejut bila datang ke sini pagi tadi. Apakah tujuan MPK itu agaknya?. Kenapa buat tindakan bodoh yang jelas memalukan ini?. Kenapa jamuan BBQ mahu diadakan di atas padang itu, sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh digunakan.", katanya. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) gagal dihubungi untuk mengesahkannya. Namun, jika benar program itu mahu diadakan, kenapa ia tidak dimaklum kepada rakyat terlebih dahulu?. Bukti, longgokan kayu api yang akan digunakan untuk program tersebut Longgokan kayu api tersebut sudah diletakkan di sekeliling Padang MPK1 Jika bukan "Pesta BBQ Rakyat 1Malaysia", apa motif ia diletakkan di situ [Kami akan cuba menyiasat, apakah motif sebenar kayu-kayu itu dilonggokkan di sekeliling padang terbabit, sedangkan mereka tahu pada Ahad ini akan diadakan Himpunan Hijau 2.0. Bahkan, Menteri Besar Pahang sudah memberi kebenaran untuk program itu. Masalahnya, kenapa pula MPK melatah dengan mahu mengadakan acara seperti itu dilokasi terbabit. Sebelum ini mereka mewar-warkan akan mengadakan Futsal pada tarikh itu. Namun, kenapa pula kayu-kayu itu dilonggokkan. Apakah mereka mahu membuat BBQ atau "pagar-pagar" bagi menghalang rakyat masuk ke padang tersebut. Jika ini berlaku, maka sudah pasti ia satu "kerja gila" yang tidak masuk dek akal. MPK akan memalukan agensi terbabit di mata dunia. Satu kerja yang sungguh biadap dan sangat manjatuhkan maruah mereka sebenarnya. Janganlah kerana arahan yang tidak masuk dek akal ini, maka MPK rela "memperbodohkan" diri mereka. Sedarlah, rakyat yang hadir adalah pembayar-pembayar cukai dan mereka punyai hak untuk menyatakan bantahan terhadap isu Lynas ini. MPK tidak wajar bersikap sedemikian rupa, kerana mereka hidup dengan duit rakyat. Kami akan laporkan perkembangan terkini di lokasi. Kepada yang ingin hadir, jangan risau perjuangan harus diteruskan! Ayuh! turunlah beramai-ramai]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan