Pahang Daily Online |
- Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Balok, 7.00 Malam Ini
- Video: Tragedi 'Amukan UMNO' Semasa Ceramah Anwar Ibrahim Di Kluang Johor, Baru-Baru Ini !!
- Panas: "Laporan Polis", NGO Derhaka Kepada MB Dan Terbukti Adnan Bersandiwara Tipu Rakyat !!
- Panas: Ku Li Dakwa Penyenaraian FGVH Ke Bursa Malaysia Satu Langkah Bahaya Kepada Peneroka !
- Lynas: Penganjur 'Perhimpunan Hijau 2.0' Desak Kerajaan Usah Halang Mereka Gunakan Padang !
- Haram "Bersekongkol" Dengan Negara Israel Kata Nik Aziz Selepas Bertemu Dengan Anwar Ibrahim !
- Minit NFC: PAS Selar Dolak Dalih Pengerusi PAC !
- Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya
- Iktiraf Israel, UMNO Yang Perlu Memohon Maaf !!
Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Balok, 7.00 Malam Ini Posted: 22 Feb 2012 03:00 AM PST KUANTAN, 22 Feb - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (foto) akan mengadakan Kuliah Maghrib beliau di Masjid Qariyah Balok dekat sini jam 7.00 malam ini. Beliau yang pernah mengejutkan orang ramai dengan pengakuannya bahawa dia tidak pernah menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS selama ini. Malah beliau menolak tawaran meletakkan dirinya sebagai calon PAS di DUN Ladang, Terengganu pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apa yang penting, sokongan umat Islam terhadap sessi ceramah dan tazkirah beliau kini semakin mendapat sambutan dari kalangan rakyat berbagai fahaman politik. Justeru, orang ramai terutamnya umat Islam di sekitar Kuantan dan kawasan berhampiran di pelawa hadir beramai-ramai pada malam ini. |
Video: Tragedi 'Amukan UMNO' Semasa Ceramah Anwar Ibrahim Di Kluang Johor, Baru-Baru Ini !! Posted: 22 Feb 2012 02:41 AM PST |
Panas: "Laporan Polis", NGO Derhaka Kepada MB Dan Terbukti Adnan Bersandiwara Tipu Rakyat !! Posted: 22 Feb 2012 12:33 AM PST KUANTAN, 22 Feb - Orang ramai di sekitar bandar ini terkejut dengan tindakan 26 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya membantah Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini. Sinar Harian Pahang hari ini melaporkan NGO terbabit membantah himpunan tersebut yang didakwa di dalangi oleh pihak pembangkang. Jurucakap kesemua NGO itu, Wan Emril Nizam Wan Embong (foto), berkata himpunan yang dirancang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 di sini pada Ahad ini, akan menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Difahamkan, satu laporan polis dibuat hari ini bagi pihak 26 badan bukan kerajaan di Pahang yang mempunyai keahlian lebih 50,000 orang bagi membantah perhimpunan berkenaan. Malah, Wan Emril, yang juga Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, berkata pelbagai penerangan telah dibuat oleh kerajaan mengenai operasi kilang itu yang telah diakui selamat oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan. "Perhimpunan itu lebih bermotifkan politik dan hanya mahu menggugat soal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. Malah mereka juga mempertikaikan kenyataan Wan Emril bahawa majoriti penduduk di sekitar Kuantan tidak bersetuju dengan penganjuran himpunan itu kerana menimbulkan rasa kurang selesa dan memberi gambaran negatif kepada pihak luar. Walhal hakikatnya majoriti rakyat memang mahu menyatakan bantahan mereka untuk menolak projek berisiko iu daripada terus beroperasi di Kuantan. Persoalannya, benarkah majoriti tidak sokong Himpunan Hijau 2.0, atau sebenarnya mereka amat menyokong dan ingin turut serta pada Ahad ini. Apakah Wan Emril rela menipu diri sendiri agaknya?. Walhal beliau sendiri tahu apa yang berlaku di depan mata. Demi menjaga pemimpin UMNO, NGO terbabit sanggup membuat laporan polis kononnya tidak mahu ia diadakan di lokasi yang berkenaan. [Ramai yang berpendapat, tindakan NGO terbabit jelas sekali bercanggah dengan kenyataan MB Pahang yang membenarkan himpunan itu diadakan baru-baru ini. Jika ini keadaannya, mereka telah melanggar kenyataan pemimpin besar kerajaan yang bersetuju ia diadakan. Maka, apakah motif NGO terbabit tiba-tiba membuat laporan polis berkenaan. Bukankah ini menunjukkan satu "sandiwara politik" yang telah dirancang oleh pihak terbabit bagi menggagalkan himpunan terbesar di Kuantan itu. Harus diingat, Wan Emril juga telah bersama dengan NGO berkenaan mengadakan demo semasa kejadian pergaduhan di Hotel Hyatt Teluk Chempedak bulan Jun 2011 dulu. Makan itu tidak hairanlan beliau sekali lagi dipergunakan untuk membantu kerajaan dalam hal ini. Taktik yang sama digunakan, MB bersetuju, MPK tidak luluskan lesen, Polis mintak rujuk MPK utk guna padang, MPK buat acara sukan di lokasi dan akhirnya NGO buat laporan polis. Semua ini telah dirancang dari awal oleh mereka. Namun, jika ia tidak benar maka bererti NGO terbabit telah memalukan imej MB yang sudah pun membenarkan perhimpunan aman itu dijalankan sebelum ini. Kini segalanya kian nampak ketara, bahawa mereka kini cuba tipu rakyat]. |
Panas: Ku Li Dakwa Penyenaraian FGVH Ke Bursa Malaysia Satu Langkah Bahaya Kepada Peneroka ! Posted: 22 Feb 2012 12:14 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Feb - Usaha kerajaan UMNO BN yang mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun ini, adalah satu langkah yang bahaya kepada masa depan peneroka Felda, kata Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (foto). Dipetik Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau ada dimaklumkan oleh banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka. Apabila terdedah di pasaran terbuka, tambah beliau, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu. Oleh itu kata bekas Menteri Kewangan ini, ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan risiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka. "Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodohlah kalau tak jual untuk ambil kesempatan keuntungan. "Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li. Malah menurut beliau, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang telah jadi milik masing-masing. [Kenyataan Ku Li ini pasti akan mengundang kemarahan mereka-mereka yang sedang berusaha merompak khazanah dan hasil mahsul Felda. Sekarang terbukti, apabila pemimpin UMNO sendiri bersuara maka rakyat terutamanya masyarakat peneroka lebih mudah untuk memahaminya. Kini segalanya terletak ditangan mereka, mahu menyokong atau membantah tindakan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia April ini. Sudah terang lagi bersuluh, agenda tersembunyi pihak terbabit kini semakin terbongkar apabila didedahkan. Isa Samad pasti bagai cacing kepanasan dengan penjelasan berani oleh Ku Li ini. Justeru, diharapkan agar masyarakat peneroka berhati-hati dan memikir masa depan mereka sebelum membuat tindakan menyokongnya]. |
Lynas: Penganjur 'Perhimpunan Hijau 2.0' Desak Kerajaan Usah Halang Mereka Gunakan Padang ! Posted: 21 Feb 2012 10:33 PM PST KUANTAN, 22 Feb - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang mendakwa ada cubaan bagi menghalang mereka menggunakan padang di Kuantan untuk perhimpunan pada hari Ahad ini. Menurut pengerusi bersama penganjur Wong Tack (foto), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 20 Feb memaklumkan kepada mereka bahawa bahawa permohonan hanya boleh diluluskan dengan surat sokongan daripada polis. Walau bagaimanapun, pihak polis dalam jawapan lisan mereka kepada Himpunan Hijau 2.0 pada 15 Februari lalu, berkata kelulusan diperlukan terlebih dari MPK. "Ia seperti permainan ping-pong dan kita tidak berminat. Pada 26 Februari ini, rakyat akan berhimpun secara aman di Kuantan, di padang ataupun di bandar Kuantan. (MPK) mempunyai pilihan," kata Wong. Dalam perkembangan berkaitan, akhbar China Press melaporkan bahawa polis di Kuantan telah meletakkan notis sekitar padang dan bandar Kuantan malam tadi, meminta maklum balas orang ramai mengenai perhimpunan tersebut. Notis yang bertujuan memberitahu orang ramai berhubung perhimpunan yang dijadualkan itu juga meminta pihak-pihak yang berkepentingan untuk menulis kepada polis jika mereka mempunyai sebarang soalan ataupun bantahan. Ini adalah langkah baru di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 yang memberi kuasa kepada polis untuk menentukan butir-butir perhimpunan termasuk tarikh, masa dan tempoh selepas mempertimbangkan maklum balas daripada pihak berkepentingan. Pihak Penganjur Himpunan Hijau sebulat suara teruskan agenda asal [Cubaan pihak tertentu untuk menghalang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini aalah satu perbuatan khianat terhadap hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Paling menarik, Menteri Besar Pahang sendiri sudah bersetuju membenarkan ia diadakan, tapi tiba-tiba ada pula pihak yang cuba bermain "tarik tali" untuk menggagalkannya. Apa yang pasti, tindakan ini adalah atas arahan Kerajaan Negeri Pahang sendiri dam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hanyalah melaksanakan apa yang diarahkan sahaja. Mana mungkin padang itu dijadikan gelanggang Futsal, sedangkan sudah ada banyak gelanggang tersebut di dalam bandar Kuantan sekarang ini seperti di Kg.Tiram, Semambu dan sebagainya. Apa yang pasti kejohanan Futsal yang bakal diadakan itu hanyalah helah untuk membolehkan MPK tidak meluluskan permit perhimpunan terbabit dan ini bermakna perhimpunan Ahad ini akan menjadi "haram". Jika ini berlaku, maka pihak polis akan menggunakan kuasa mereka untuk membuat provokasi bagi menghalang rakyat menyatakan pandangan dan bantahan terhadap projek Lynas itu. Inilah agenda yang dirancangkan oleh mereka]. |
Haram "Bersekongkol" Dengan Negara Israel Kata Nik Aziz Selepas Bertemu Dengan Anwar Ibrahim ! Posted: 21 Feb 2012 07:27 PM PST SHAH ALAM, 22 Feb - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan, adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. "Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya. Sehubungan itu kata Nik Abdul Aziz, beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. Nik Abdul Aziz berkata, dengan memahami penjelasan Anwar, yang diberikan semalam, Pas kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu parti Islam itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. "Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini," katanya. Menurut Nik Aziz, bagi beliau, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. "Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. "Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian Pas yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin," katanya. Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira 24 jam selepas pertemuan mereka, Nik Abdul Aziz berkata, Anwar telah datang menemuinya untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang disiarkan oleh Wall Street Journal, bulan lalu. "Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel. "Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama," katanya. Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa pertemuan mereka telah berlangsung dalam suasana harmoni dengan Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang berbangkit. Pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga hadir. [Pertemuan kedua pemimpin itu diharap menghuraikan segala kekalutan yang melanda selama ini. Namun anehnya, ada pula pihak yang tidak setuju dan mencari alasan lain untuk Anwar membuat pegakuan terhadap Isu Israel yang diperkatakan. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, isu itu diputar belit oleh media arus perdana dan beberapa kerat pemimpin UMNO yang sudah hilang idea untuk menyerang Ketua Pembangkang terbabit. Ada yang mengarahkan beliau mengadap majlis syura PAS dan sebagainya untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Persoalannya, jika beliau bercakap sedemikian rupa sekali pun ertinya dia hanya bercakap. Tapi, bagaimana pula dengan urusan dagangan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dengan Israel seperti yang didedahkan mutakhir ini. Bukankah itu agenda yang lebih besar dan perlu diberi perhatian oleh seluruh umat Islam di negara ini. Kenapalah mereka yang kononnya memperjuangkan Islam itu seolah-olah terlepas pandang isu tersebut]. |
Minit NFC: PAS Selar Dolak Dalih Pengerusi PAC ! Posted: 21 Feb 2012 07:25 PM PST |
Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya Posted: 21 Feb 2012 07:52 AM PST Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI. Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam. Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapa dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jika benar dia perjuangkan Islam. Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan Bukti, carian "JATI LOGO" memaparkan logo "Syaitan" pada google image [Pembongkaran ini pastinya tidak dapat diterima oleh Hasan Ali dan penyokong beliau. Namun, itulah hakikatnya bila terlalu ingin berpolitik dengan tidak mengambilkira kepentingan Islam itu sendiri. Islam tidak wajar dijadikan alat untuk memuaskan hawa nafsu. Perkara ini mungkin satu kebetulan namun ia tidak boleh dinafikan lagi. Seluruh dunia kini tahu bahawa JATI telah mengambil lambang "syaitan" sebagai logo NGO terbabit. Ini sungguh memalukan umat Islam, dikala Hassan Ali sendiri kononnya mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Akhirnya semua kini faham, apakah yang diperjuangkan oleh Hasan Ali. Beliau ternyata telah terikut-ikut nafsu syaitan yang mungkin sengaja ingin memesongkan dirinya yang pernah disanjung sebagau tokoh Islam satu ketika dulu. Soalnya, apakah Hasan Ali akan mengubah senario ini atau dia akan terus merencana segala apa yang sedang dilakukannya sekarang ini]. |
Iktiraf Israel, UMNO Yang Perlu Memohon Maaf !! Posted: 21 Feb 2012 06:47 AM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan