Pahang Daily Online |
- Panas: Dr.Hasan Ali Dakwa Tiada Sebarang Agenda Tersembunyi Beliau Tubuhkan Jalur Tiga (JATI) !
- Panas: Cadang Debat Anwar Saiful, Adnan Serlah Bukti Kebodohan Pemimpin UMNO Sebenarnya !!
- Video: MB Alukan Para Peserta Himpunan Hijau
- Panas: Ramai Musykil BR1M Dan Kecewa Bila Ada Pemimpin BN Yang Terpilih Menerimanya Di Bera
- Bantahan Lynas: "PAS Pahang" Kerahkan 10,000 Ahlinya Dari Seluruh Negeri Hadir Beri Sokongan
- Panas: MB Tipu Rakyat, Arah MPK Adakan Futsal Di Lokasi Yang Sama 'Himpunan Hijau' Ahad Ini !
- Lynas: NGO Bergabung, Adakan Juga Himpunan Hijau 2.0 Di Luar Kuantan Pada 26 Februari Ini !
Panas: Dr.Hasan Ali Dakwa Tiada Sebarang Agenda Tersembunyi Beliau Tubuhkan Jalur Tiga (JATI) ! Posted: 21 Feb 2012 06:48 AM PST SHAH ALAM, 21 Feb - Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (foto) menegaskan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu diwujudkan tanpa mempunyai sebarang agenda tersembunyi, seperti didakwa pihak tertentu. Menurutnya, JATI tidak mempunyai agenda hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga dipelihara berdasarkan ajaran Agama Islam. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, sekiranya wujud dakwaan sedemikian, beliau menganggapnya sebagai satu fitnah dan menggesa orang ramai tidak mempercayainya. "Agenda saya adalah untuk umat Islam dan bangsa Melayu, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya, namun berdoa agar sebutir cahaya diberikan mereka. "Saya juga akan memaafkan kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya penubuhan Jati ini," katanya dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Jati di SACC, di sini, semalam. Turut hadir, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali dan Senator Ezam Mohd Nor. Beliau turut mengulas bahawa JATI ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli-ahli dalam NGO terbabit masih dibenarkan berpolitik, selagi tidak membawa nama JATI. "Ahli JATI boleh terlibat menerusi organisasi tertentu yang dibenarkan berpolitik, tetapi untuk membawa JATI ke dunia politik, itu tidak boleh dan ROS sendiri tidak membenarkannya," katanya. Menurutnya, beliau sendiri selaku ahli politik juga tidak akan menggunakan JATI sebagai bahan kempen untuk berpolitik kerana barisan pimpinan JATI telah memberi nasihat kepadanya berhubung garis panduan ini. Hasan berkata, sehingga kini jumlah permohonan ahli JATI telah mencecah lebih 1,000 orang sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan minggu lalu. Ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan PAS berhubung dakwaannya berkaitan parasit dalam parti itu, Hasan berkata, sehingga kini tiada sebarang keperluan untuk berbuat demikian. "Semua pihak telah mengetahui tentang perkara ini, dalam Internet juga banyak maklumat berhubung dakwaan ini, bagi saya tiada keperluan untuk bertemu dalam isu ini," katanya. Dalam majlis yang dihadiri hampir 1,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan multimedia khas penubuhan JATI dan nyanyian nasyid Asma Husna menggunakan alat muzik angklung. |
Panas: Cadang Debat Anwar Saiful, Adnan Serlah Bukti Kebodohan Pemimpin UMNO Sebenarnya !! Posted: 21 Feb 2012 02:59 AM PST Sungguh memalukan apabila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto) menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan. Sebaliknya, Tengku Adnan dengan bangganya menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Apakah layak mentaliti seorang pemimpin seperti ini. Baginya, Najib tidak layak untuk berdebat dengan Anwar dan tiada apa yang perlu didebatkan, walhal sebenarnya mereka sendiri takut Najib dimalukan apabila gagal menjawab hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh Anwar agaknya. Persoalannya, siapa Saiful Bukhari yang bagi Adnan amat layak untuk berdebat dengan Anwar?. Dalam mana-mana perdebatan baik di sekolah atau di peringkat universiti sekali pun perdebatan itu pasti akan membabitkan "Pencadang" dengan "Pembangkang". Maknanya dalam kontek sebuah kerajaan pula, pencadang sudah semestinya Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan pembangkang pula sudah pastilah Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maka itu, siapa Saiful yang dikatakan layak berdebat dengan Anwar oleh Adnan itu agaknya?. Kenyataan Adnan ini jelas sekali melambangkan betapa lemahnya mentaliti pemimpin UMNO sebenarnya. Bukankah, kes liwat yang dihadapi oleh Saiful di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun berakhir. Maka, beliau sepatutnya akur dengan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar. Maka, apakah perlunya Saiful untuk berdebat dengan Anwar?. Apakah dia itu seorang pemimpin negara?. Atau siapa?. Semoga Adnan sedar apa yang diperkatakan ini boleh menjatuhkan maruah beliau sebagai pemimpin. Jika ini keadaannya, maka UMNO tidak layak punyai seorang Setiausaha yang rendah mentalitinya, Sudah tiba masanya UMNO menukarkannya dengan calon lain, sebab pemikirannya kini sudah pun terlalu jauh berbeza dengan mereka yang cerdik pandai. [Kenyataan Adnan Mansor ini jelas sekali melambangkan kebodohan pemimpin UMNO sebenarnya. Beliau rela memperbodohkan dirinya dengan mengeluarkan perkataan yang jelas menyebabkan rakyat tidak yakin dengan kepimpinan beliau sekarang. Adnan tidak layak untuk menjadi pemimpin UMNO apatah lagi parti itu jika dia masih berfikiran kebudak-budakan seperti ini. Debat adalah satu medan pertembungan hujjah yang sihat dan telah diamalkan di negara-negara maju seluruh dunia hatta negara polis seperti Amerika Syarikat sendiri. Selama ini, kita mengatakan Amerika itu jahat kerana menyokong Israel menjajah dan menganiaya rakyat Palestin, namun mereka masih amalkan sistem demokrasi yang subur. Perdebatan dijadikan medan untuk rakyat berfikir dan membuat pilihan. Namun, di Malaysia keadaannya lebih teruk dari negara terbabit. Debat dianggap satu ruang yang tidak memberi makna langsung kepada rakyat. Sedangkan umum mengetahui pemimpin kerajaan sebenarnya takut untuk berhujjah di depan rakyat kerana akan dimalukan akibat gagal membela nasib mereka. Kini terbukti kenyataan itu benar-benar berlaku, apabila alasan demi alasan diberikan bagi mengelakkan dari berlakunya perdebatan. Apakah ini namanya demokrasi yang dilaungkan!]. |
Video: MB Alukan Para Peserta Himpunan Hijau Posted: 21 Feb 2012 02:33 AM PST |
Panas: Ramai Musykil BR1M Dan Kecewa Bila Ada Pemimpin BN Yang Terpilih Menerimanya Di Bera Posted: 21 Feb 2012 01:26 AM PST KUANTAN, 21 Feb - Beberapa hari yang lalu, sebuah portal berita terhangat di negara kita, Malaysiakini telah melaporkan satu berita panas berkaitan seorang pemimpin BN terpilih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemimpin terbabit yang dipercayai merupakan Pengerusi MCA Bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (foto), khabarnya menerima bantuan tersebut selepas pihak berkenaan mendapati dia layak dan memenuhi kriteria. Beliau yang juga merupakan seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya selepas itu. Soalnya sekarang, apakah benar beliau layak menerima bantuan terbabit sedangkan dia merupakan Pengerusi sebuah parti komponen BN di Bera. Malah, apa yang lebih mengejutkan ialah apakah kriteria yang menyebabkan beliau yang mempunyai kedudukan itu boleh terpilih, sedangkan ramai lagi rakyat yang layak masih gagal mendapat bantuan tersebut. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan. Tidak wajar seorang pemimpin BN memohon dan dipilih pula mendapat bantuan yang dikhaskan untuk rakyat yang berpendapatan dibawah RM3,000 itu sebenarnya. Apa yang terjadi ini sangatlah memusykilkan kita, dan menunjukkan bahawa apa yang dilakukan kerajaan sekadar untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Menurut seorang pemimpin NGO yang ditemui berkata, beliau hairan bagaimana Tang Hock Lok boleh memohon BR1M, sedangkan jelas beliau merupakan pemimpin masyarakat di kawasanya. "Tak mungkin pegawai BR1M buta mata dan hati untuk melihat calon-calon yang memohon, sampaikan seorang pemimpin pun boleh layak dan melepasi kriteria. Jika inilah keadaannya, maka saya tidak hairan banyak bantuan kerajaan untuk rakyat miskin akhirnya terlepas ke tangan proksi-proksi UMNO BN termasuk rumah kos rendah dan bantuan kebajikan yang lain. Sebab mereka yakin semuanya boleh!", kata beliau dengan nada kecewa. [Apa yang lebih melucukan, apakah wajar pemimpin terbabit memohon wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk memberi kebajikan kepada orang lain?. Bukankah kerajaan yang disokongnya iaitu UMNO BN sudah mempunyai berbagai tabung kebajikan dan bantuan untuk rakyat. Dalam hal ini pihak yang sepatutnya dipersalahkan juga ialah pegawai yang meluluskan permohonan beliau. Nampak benar mereka buat kerja sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Ini bukti jelas, ramai proksi-proksi mereka yang sepatutnya tidak layak akhirnya dipilih dan ia bercanggah dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan itu sendiri. Rakyat digesa bijak untuk menilai semua ini, dan mereka perlulah melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang ini agar tidak terus ditipu oleh pihak terbabit. Jika begini caranya, memang sah mereka semua cuba untuk menipu rakyat dengan cara ini!]. |
Bantahan Lynas: "PAS Pahang" Kerahkan 10,000 Ahlinya Dari Seluruh Negeri Hadir Beri Sokongan Posted: 21 Feb 2012 12:30 AM PST KUANTAN, 21 Feb - PAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Ahad ini. Pesuruhjaya PAS negeri Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka. "Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan. "Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut. Tuan Ibrahim yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu. Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di Taman Gelora. Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur. Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa. Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu. "Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. "Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," kata Setiausaha PAS negeri Yahya Ali. Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun. [Apa yang pasti, sejarah akan tercipta di bandar Kuantan 26 Februari ini. Biar pun mendapat berbagai halangan, namun kebangkitan suara rakyat usah dikekang dan cuba digagalkan. Tindakan pihak berkenaan yang sedang merancang strategi untuk menghalang aktiviti terbabit di Padang MPK 1 iaitu lokasi program, bakal mengundang kemarahan rakyat yang akan datang berbondong-bondong pada hari itu nanti. Inilah masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan secara besar-besaran selepas suara mereka tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia selama ini. Kerajaan lebih berselera membantu Lynas membawa masuk kilang mereka ke negara ini, sedangkan mereka tahu risiko yang bakal dihadapi oleh rakyat. Justeru, semua dijemput hadir beramai-ramai]. |
Panas: MB Tipu Rakyat, Arah MPK Adakan Futsal Di Lokasi Yang Sama 'Himpunan Hijau' Ahad Ini ! Posted: 20 Feb 2012 10:29 PM PST KUANTAN, 21 Feb - Seperti yang dijangka, akhirnya Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini bakal mendapat halangan oleh pihak kerajaan. Walau pun pada asalnya Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) dengan bangganya mengatakan beliau membenarkan perhimpunan itu diadakan di Padang MPK 1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah dekat sini. Namun, kini segalanya terserlah bahawa semua itu adalah "gimik dan tipu muslihat" semata-mata. Sebelum ini MB mencabar penganjur menghimpunkan 20,000 atau lebih penyokong pada program itu, untuk menggambarkan ia mendapat sokongan padu daripada sebahagian besar rakyat. Namun, kini semuanya itu sekadar "omongan kosong" semata-mata. Difahamkan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah diarahkan mengadakan program di padang terbabit pada hari tersebut. Arahan kemungkinan besar dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku pada dua program yang sama (protes Lynas) di Taman Gelora satu ketika dulu.Menurut sumber dalaman MPK dan SUK Pahang, satu pertandingan Futsal Terbuka akan diadakan di lokasi yang sama pada 26 Februari ini (Ahad) iaitu hari yang sama Himpunan Hijau 2.0 dijadualkan berlangsung. Futsal Terbuka itu khabarnya diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Sukan Dan Pelancongan MPK, Wisma Belia Indera Mahkota dekat sini. Persoalannya, kenapa MPK tiba-tiba adakan program tersebut di lokasi yang sama dengan Himpunan Hijau 2.0 yang sudah lama dirancang itu. Semuanya kerana mendapat arahan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang yang mahu himpunan terbabit dibatalkan atau diganggu. Dengan mengarahkan MPK adakan acara sukan, maka seolah-olah kerajaan akan lepas tangan dan mengatakan mereka tidak tahu menahu. Sedangkan, umum sudah mengetahui bahawa acara sukan yang diadakan oleh MPK itu adalah acara "bidan terjun", sama seperti di Taman Gelora dulu. Kerajaan tidak perlu menipu rakyat kerana semua ini memang sudah diketahui sejak dulu lagi. Malah, di Taman Gelora dulu kerajaan telah memunggah begitu ramai pelatih PLKN untuk berhimpun di situ. Bukan setakat mengganggu, malah mereka juga menghantar kumpulan tertentu untuk membuat "kacau ganggu" terhadap peserta perhimpuan terbabit. Kenyataan MB Soal Lynas semasa World Walking Day November lalu [Sebenarnya, sejak dari awal ramai yang tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang kononnya Kerajaan Negeri mengalu-alukan peserta Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari ini. Malah, kata-kata MB itu tidak lebih untuk memperli program terbabit yang kononnya tidak akan mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Malah, beliau juga dengan berani mencabar agar penganjur menghimpunkan lebih 20,000 peserta pada hari itu nanti. Akhirnya kini terbukti, pihak berkenaan sebenarnya "takut kepada bayang-bayang sendiri", apabila secara simbolik mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan program sukan di lokasi yang sama pada hari tersebut. Modus operandi yang dilakukan ini hampir sama dengan apa yang berlaku di Taman Gelora dulu. Mereka seboleh-bolehnya mencari jalan untuk menghalang, tetapi dengan cara berhemah kononnya. Padahal umum sudah mengetahui taktik tersebut. Malah, dijangkakan ramai anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan berada dilokasi terbabit pada hari itu nanti. Inilah strategi yang sudah boleh dibaca sebenarnya. Maka itu, semua peserta diminta berhati-hati dengan apa jua unsur provokasi yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi menggagalkan Himpunan Hijau 2.0. Mereka akan menggunakan media untuk melaporkan kononnya himpunan itu nanti telah gagal dan tidak mendapat sambutan rakyat. Sedangkan mereka yang cuba menggagalkannya. Kenapa futsal itu tidak dibuat di Taman Gelora?!]. |
Lynas: NGO Bergabung, Adakan Juga Himpunan Hijau 2.0 Di Luar Kuantan Pada 26 Februari Ini ! Posted: 20 Feb 2012 08:29 PM PST Sekumpulan NGO sedang mengenal pasti beberapa lokasi di negeri-negeri lain bagi menyokong Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini bagi menjadikan bantahan terhadap pembinaan pusat memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang itu acara seluruh negara. Antara tempat-tempat yang sedang dikenal-pasti bagi membantah kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu. Perhimpunan di lokasi-lokasi itu akan bermula serentak pada jam 9.30 pagi bersamaan dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di padang MPK1 di Kuantan. Menurut pihak penganjur, himpunan itu akan diadakan dalam suasana seperti pesta. "Ini adalah untuk manfaat orang ramai dari negeri-negeri lain yang tidak mempunyai masa atau cara untuk datang ke Kuantan. Mereka boleh datang ke lokasi-lokasi berkenan," kata seorang ahli jawatankuasa penganjur. "Terpulang kepada setiap individu untuk memilih sama ada datang ke Kuantan atau mana-mana lokasi yang lain," katanya. Kempen di seluruh negara itu adalah anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Saya Anak Bangsa Malaysia, Asalkan Bukan UMNO (ABU), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) , Pasukan Bertindak Interlok Kebangsaan Interlok dan juga NGO Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan. Sementara itu, sekumpulan penduduk Kuantan pada Ahad lalu secara beramai-ramai menggondolkan kepala mereka bagi persiapan menyertai perhimpunan Ahad depan. Kira-kira 16 daripada mereka berkumpul di sebuah pasar di Kuantan sewal jam 8 pagi. Menurut kumpulan itu, mereka mahu kerajaan memastikan kilang memproses nadir bumi itu tidak didirikan di bumi Malaysia. "Isu Lamps ini menjadi kebimbangan alam sekitar yang utama, jadi peserta ingin merakamkan kebimbangan dengan tindakan mencukur rambut mereka," kata penganjurnya, Winson Ooi. Antara mereka yang membotakkan kepala adalah seorang budak lelaki berusia dua tahun. Pengkritik loji kontroversi itu bimbang, kilang yang akan memulakan operasinya lewat tahun ini, akan hasilkan pencemaran radiasi dan mungkin menimbulkan masalah kesihatan kepada penduduk sekitar. sumber [Nampaknya, sokongan rakyat terhadap bantahan Lynas kini sudah mula bergema di seluruh negara. Jika dulu hanya warga Kuantan sahaja yang berjuang ke arah itu. Sokongan ini diharap akan menyemarakkan semangat rakyat untuk menghalau Lynas keluar dari bumi Pahang ini. Projek yang jelas sekali bertunjuang untuk keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung oleh rakyat itu jelas mengecewakan sebahagian besar rakyat Kuantan. Hanya ada segelintir penyokong Lynas yang terkinja-kinja mempertahankan kilang tersebut. Itu pun selepas mendapat upah daripada pihak berkenaan agar mereka menunjukkan tanda sokongan mereka. Ia berbeza dengan pihak yang membantah Lynas, mereka lengkap dengan segala jentera dan aktiviti yang berkaitan untuk menunjukkan tanda bantahan tersebut. Apa yang penting, rakyat perlu hidup selamat buat selamanya. Maka itu, mereka ada hak membantah]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan