Isnin, 20 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib !

Posted: 19 Feb 2012 10:11 PM PST

KLANG, 20 Feb - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor (foto) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang "bahaya." Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara. "Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam. Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin. Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara. "Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," dakwa Ezam lagi.

[Kenyataan Ezam ini jelas sekali menunjukkan beliau sebenarnya tidak layak diberi gelaran "Senator". Ini kerana beliau langsung tidak boleh melihat kebenaran atas sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Apakah dia fikir, semua orang jahat sepertinya dan akan melakukan provokasi andainya debat itu diadakan. Bukankah debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini berjaya di adakan dengan baik dan aman. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Maka itu, Ezam sebagai orang profesional seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Langkah menghalang bererti mereka semua bacul dan pengecut untuk berhujjah secara "anak jantan". Mereka hanya berani "pukul curi" dengan menyerang lawan yang diikat tangan dan kaki. Sebaliknya mereka takut untuk berhadapan secara berdepan seperti ini. Inilah bukti budaya memalukan yang diamalkan oleh mereka yang kononnya boleh diterima oleh rakyat].

Panas: Rupanya Karam Singh Mendapat Habuan Lumayan Gara-Gara 'Pertahankan Lynas' Di TV3!

Posted: 19 Feb 2012 09:28 PM PST

KUANTAN, 20 Feb - Ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya wartawan Aduan Rakyat TV3, Karam Singh Walia (foto) selepas beliau mendedahkan isu Lynas berapa bulan yang lalu. Beliau yang dianugerahkan gelaran "Dato" selepas itu dikatakan tidak lagi muncul-muncul untuk membantu Kerajaan UMNO BN mempertahankan isu Lynas yang kononnya dipesongkan fakta oleh pembangkang kepada rakyat. PDO cuba menyiasat, kenapa tiba-tiba Karam Singh yang selama ini gemar membela rakyat dalam banyak isu yang didedahkan tiba-tiba "membela kerajaan" dalam isu Lynas. Walhal selama ini, beliaulah yang bertanggungjawab membongkarkan berbagai penyelewengan yang membabitkan agensi kerajaan dalam mempertahankan rakyat. Namun, anehnya dalam isu Lynas tiba-tiba Karam Singh berubah hati. Rakyat yang teraniaya tidak dibela, sebaliknya beliau mencari bahan-bahan hingga ke Australia semata-mata ingin membela kerajaan dalam isu kontroversi itu. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Kenapa Karam Singh tiba-tiba sudah tidak prihatin dan cakna kepada masalah yang dihadapi rakyat. Kenapa dia tiba-tiba menjadi pembela kepada kerajaan yang melaksanakan satu projek yang dibantah rakyat. Jika ini keadaannya, maka siaran rancangan Aduan Rakyat tidak layak lagi untuk disiarkan oleh TV3 kerana Karam Singh boleh terus membela kerajaan dalam apa jua isu yang rakyat dedahkan atau laporkan kepadanya. Tapi, anehnya dalam isu-isu lain beliau kononnya menjadi "juara rakyat", tapi berubah hati dalam isu Lynas. Tindakan Karam Singh benar-benar mengecewakan rakyat Kuantan, malahan beliau menipu diri sendiri apabila hanya menemubual ahli UMNO dalam hal itu. Sedangkan beliau sepatutnya mendapatkan juga kenyataan daripada NGO yang membantah Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Stop Lynas Coalition (SLC) dan sebagainya. Namun, dalam hal ini Karam Singh lebih rela membela kerajaan dan Lynas Corporation yang kaut untung lumayan dengan mendirikan kilang berisiko di kawasan ini.


Laporan berita Eksklusif di TV3 tentang isu Lynas, di mana Karam Singh
dipercayai mendapat habuan lumayan di atas pendedahan beliau ini


[Maka, setelah sekian lama menyiasat akhirnya PDO mendapat maklumat panas yang pasti mengecewakan ramai pihak. Karam Singh dipercayai telah memaksa Kerajaan Negeri Pahang membayar beliau dengan sekian harga jika mahu dia membela nasib mereka dalam isu Lynas. Malah, dengan duit tersebut beliau telah pergi ke Australia dan mendapatkan maklumat berkaitan untuk didedahkan. Beliau dengan lantang membela kerajaan, kononnya rakyat telah ditipu dengan fakta Lynas sebelum ini. Soalnya, berapakah jumlah "habuan" yang diterima oleh Karam Singh?. Menurut sumber, jumlahnya melebih RM100,000 dan urusan terbabit dilakukan terus dengan pemimpin besar UMNO BN di Pahang. Kami sedang menyiasat siapakah pemimpin terbabit dan kenapa beliau sanggup "merasuah Karam Singh" untuk membela kerajaan dalam isu kontroversi itu agaknya. Nantikan laporan yang seterusnya tentang isu ini].

Panas: Video Yang Perlu Di Tonton Sebelum Anda Hadir Ke 'Himpunan Hijau' Pada 26 Februari Ini !

Posted: 19 Feb 2012 09:15 PM PST




Kes Saman RM50 Juta: Utusan Melayu (M) Berhad Perlu Memfailkan Pembelaannya 28 Februari Ini !

Posted: 19 Feb 2012 09:11 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Feb - Syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) dikehendaki memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam kes saman fitnah RM50 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berhubung penyiaran artikel bertajuk "Tolak Anwar - Hassan". Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera sehubungan itu menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes saman tersebut. Pada 20 Januari lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu pada muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya. Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua. Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia pada tarikh yang sama pada muka surat 10, di bawah tajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti ditolak", pihak defendan telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta terbitkan perkataan fitnah terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

[Utusan Malaysia perlu belajar dari kesilapan dan tidak terus menerus rela dijadikan alat parti pemerintah yang rakus ingin terus berkuasa. Mutakhir ini akhbar tersebut dilihat begitu berselera membuat propaganda yang bertujuan untuk memesongkan minda rakyat supaya mereka menyokong UMNO Barisan Nasional. Mungkin selepas ini lebih banyak lagi tindakan saman akan dihadapi oleh mereka gara-gara keceluparan memaparkan berita yang jelas tidak beretika itu. Semoga dengan tindakan saman ini akan memberi pengajaran berguna kepada akhbar terbabit agar lebih berhati-hati dalam membuat penerbitan berita mereka selepas ini. Tindakan saman harus dilakukan demi mengajar mereka itu hendaknya!].

Pakatan Rakyat Sokong Perhimpunan Hijau 2.0 !!

Posted: 19 Feb 2012 06:51 PM PST



Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng sokong Lynas di Berjaya Times Square
selepas dia hadir dalam "Debat Politik" dengan Chua Soi Lek baru-baru ini

Eksklusif: "China Press" Buat Laporan Berkenaan Hasrat Blogger Cucumatkilau Bertanding PRU-13 !

Posted: 19 Feb 2012 04:34 PM PST

KUANTAN, 20 Feb - Susulan pendedahan PDO tentang hasrat seorang Blogger untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, maka berbagai-bagai komen yang telah kami terima. Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju beliau berbuat demikian. Blogger terbabit (Cucumatkilau) yang sudah setahun meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bergerak secara bebas sebagai Aktivis Rakyat. Biar pun ada ura-ura beliau akan kembali kepada UMNO satu ketika dulu, namun sejak meninggalkan PKR beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai aktivis dengan memainkan banyak isu rakyat di Kuantan khasanya dan di negeri Pahang amnya. Paling menarik, berita tentang hasrat beliau itu turut disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina pada 16 Februari lalu. Akhbar China Press (foto), antara lain memaparkan tajuk besar "Blogger Mahu Tanding PRU-13". Soalnya sekarang, apakah beliau akan mendapat sokongan besar daripada rakyat andainya benar dia ingin bertanding di salah satu kerusi DUN majoriti Melayu di bandar Kuantan iaitu DUN Semambu dan DUN Teruntum?. Menurut seorang pemerhati politik setempat berbangsa Cina, Lai Chong Loon berkata kuasa ketiga perlu menjadi satu entiti berpaksikan konsep tidak terikat kepada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang, sebaliknya bertindak sebagai pelengkap, pemerhati dan akan bersuara sekiranya perlu dalam pelbagai isu melibatkan kepentingan sosial yang luas, malah isu politik juga. "Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, kewujudan kuasa ketiga adalah kritikal bagi memastikan segala keputusan dan dasar yang diambil sama ada oleh pihak BN atau pembangkang adalah telus", kata beliau. Nampaknya kenyataan itu menjurus kepada keterbukaan rakyat kini untuk menerima kuasa ketiga sebagai pemantau demokrasi di negara ini. Apapun, laporan yang dibuat di akhbar terbabit mengejutkan ramai pihak terutamanya masyarakat kaum Cina di bandar ini. Namun, mereka harus menerima hakikat sudah tiba masanya faktor calon diambilkira dalam menentukan suara mereka untuk di dengari di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti.


Keratan artikel di akhbar terbabit yang disiarkan pada 16 Februari lalu

[Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi pasti meriah dengan kehadiran "kuasa ketiga" seperti yang diwar-warkan selama ini. Malah, mereka dijangka akan menjadi penentu kemenangan kedua-dua parti yang bertanding. Apapun, besar kemungkinan mereka akan menang jika rakyat sudah jemu untuk menyokong kedua-dua pihak. Ada dikalangan rakyat yang sudah tidak mahu berbicara soal politik kerana meluat dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin baik kerajaan mahu pun pembangkang. Mereka inilah yang akan menentukan kemenangan mana-mana calon pada PRU ini. Oleh itu, semua pihak diminta berhati-hati dan lebih berusaha untuk meningkatkan pengaruh demi memenangi hati rakyat. Hasrat blogger untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh calon "bukan Melayu" adalah satu peluang yang cukup besar untuk rakyat membuat perubahan. Sama-sama kita nantikan, apakah semua ini akan berlaku serta dapat diterima rakyat].

Panas: Tuduh Anwar Menyokong Israel, Rupanya Kerajaan "Berdagang" Dengan Negara Yahudi Itu

Posted: 19 Feb 2012 03:45 PM PST

Selama ini, media arus perdana dan pemimpin UMNO BN sering mengutuk pemimpin Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong negara Israel. Ia berdasarkan kenyataan beliau yang dipetik dari portal Wall Street Journal (WSJ) yang kemudiannya diputar belit oleh mereka. Maka, pemimpin terbabit diserang bertalu-talu kononnya menghina umat Islam dengan menyokong negara Yahudi itu. Tanpa memberi ruang sewajarnya kepada Anwar membuat penjelasan, maka seperti biasa TV3 dan RTM memainkan peranan untuk memesongkan fakta dan minda orang-orang Melayu terutamanya bahawa Anwar agen Yahudi di negera ini. Serangan bertalu-talu itu akhirnya memakan diri apabila tiba-tiba beberapa gambar, dokumen dan video berkaitan "hubungan dagangan" Malaysia-Israel telah didedahkan. Ini sungguh mengejutkan ramai pihak dan pastinya menyebabkan penyokong UMNO BN tergamam buat seketika. Jika benar dakwaan Anwar itu sokong Israel, maka ia sekadar satu kenyataan yang dibuat kepada media antarabangsa dan kemudian diambil sebahagiannya untuk tatapan rakyat Malaysia. Namun, apa yang berlaku di depan mata kita ialah tentang hubungan dagangan yang lebih besar isunya. Malaysia rupanya telah lama membenarkan kapal kargo Israel berlabuh di negara ini untuk urusan dagangan. Ia bukan sekadar "fitnah" semata-mata, namun telah disahkan oleh menteri yang berkaitan. Makanya, kini "senjata makan tuan" dan rakyat melihat kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN bahawa Anwar sokong Israel kini terpalit semua ke muka mereka, sama seperti apa yang berlaku dalam kes-kes yang lain sebelum ini. Keadhiran kapal-kapal kargo Israel bererti memang sah negara kita mempunyai hubungan dagangan dengan negara Zionis terbabit. Maka, kenapa kerajaan tergamak menuduh orang lain sedangkan mereka melakukan lebih teruk dari itu?. Kini, kebenaran terserlah jua dan rakyat mula percaya dengan tipu daya dan helah media arus perdana selama ini. Kerakusan mereka menggunakan ulamak Indonesia untuk menghentam Anwar kini memakan diri, bahkan Anwar disambut ulamak tersohor dunia ketika mengadakan lawatan ke Timur Tengah baru-baru ini.


Video amatur yang dirakam di Pelabuhan Kelang membuktikan semua ini

[Apa yang mengecewakan kita ialah tindakan kerajaan membenarkan kapal-kapal kargo Israel berlabuh di negara ini jelas sekali telah melukakan hati umat Islam sebenarnya. namun, isu ini dirahsiakan demi menjaga hubungan baik dengan negara terbabit. masih kita ingat dimana sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza, Palestin tahun lalu (2011), dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah, awal pagi Isnin waktu Malaysia. Semua 12 penumpang dan kru, termasuk dua wartawan Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal 'MV Finch' ke pelabuhan Al Arish di Mesir. Tindakan ini jelas sekali satu perbuatan terkutuk dan negara kita Malaysia tidak sepatutnya membenarkan kapal Israel masuk ke sini. Namun, inilah hakikat yang berlaku. Mengutuk orang lain berkawan dengan Israel (Anwar) rupanya kerajaan 1Malaysia lebih teruk dari itu. Justeru, rakyat perlu bijak menerima maklumat yang disiarkan oleh media arus perdana dan jangan sesekali terpengaruh dengan isu sebegini. Patutlah selama ini kita melihat bendera Israel berkibar di bangunan UMNO di PWTC dan beberapa orang atlit Israel dibenarkan masuk ke negara ini untuk tujuan bersukan. Rupa-rupanya kita ada hubungan dagangan dengan negara itu. Sungguh memalukan dan inilah bukti pemimpin negara "cakap tak serupa bikin" untuk tipu rakyat sebenarnya].

Hasan Ali Berceramah Di Kuantan Pada 24 Feb Ini

Posted: 19 Feb 2012 03:10 PM PST

KUANTAN, 20 Feb - Mantan Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali (foto) sekali lagi bakal turun menghadiri program "Bicara Ummah" ke negeri Pahang. Kali ini beliau dijangka akan mengadakan program tersebut di Perkampungan Sg.Isap dekat sini pada 24 Februari 2012 ini. Sebelum ini Hasan telah hadir ke program yang sama di Dewan Tun Razak, Temerloh dan Balora Mastika, Bandar Jengka. Ini bermakna, beliau akan menghadiri programnya buat kali yang ketiga di negeri ini. Difahamkan, dalam setiap ceramahnya majoriti yang hadir adalah ahli dan penyokong UMNO. Mereka datang untuk mendengar kenyataan pedas Hassan Ali terhadap parti yang menganggat beliau sebagai tokoh politik selama ini iaitu PAS. Hassan kini semakin laris di pentas UMNO dan beliau khabarnya berkemungkinan besar akan bertanding atas tiket parti itu pada PRU-13 ini nanti. Oleh itu, orang ramai di sekitar kawasan Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang terlepas peluang saksikan beliau berceramah sebelum ini, dipelawa hadir beramai-ramai.

Debat Politik: Lim Guan Eng Lawan Chua Soi Lek !

Posted: 19 Feb 2012 07:15 AM PST


Rakaman Video Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 [Mandarin Only]

Israel : Kenyataan Anwar Di Kuantan 17 Feb 2012

Posted: 17 Feb 2012 09:43 PM PST

Tiada ulasan: