Pahang Daily Online |
- Thaipusam: Najib 'Nafi Langgar Akidah' Dan Akui Beliau Mengikut Syariat Islam Yang Di Benarkan !
- Anwar: "Teguran Nik Aziz Sopan", UMNO Fitnah !!
- Rakyat Kian Semangat, Kempen Himpunan Hijau 2.0 Nampaknya Kini Semakin Meriah Di Sana Sini
- Sharkar: "UMNO BN Siap Siaga" Serta Yakin Akan Kekal Berkuasa Di Negeri Pahang Selepas PRU-13
| Thaipusam: Najib 'Nafi Langgar Akidah' Dan Akui Beliau Mengikut Syariat Islam Yang Di Benarkan ! Posted: 19 Feb 2012 06:07 AM PST
[Jika benar dakwaan Najib itu maka sebagai umat Islam kita harus bersyukur dengan apa yang diperkatakannya. Namun, Najib tidak harus ikut cara-cara Rasulullah S.A.W dalam hal menghormati agama orang lain semata-mata. Beliau juga harus melaksanakan pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadis seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di Madinah dulu. Malah, Najib juga perlu pastikan Rosmah Mansor isterinya tercinta menutup aurat iaitu satu kewajipan yang dituntut terhadap wanita Islam. Najib tidak perlu berbangga dengan hal menghormati agama lain sahaja, sedangkan banyak kerja buat dan tindakannya mutakhir ini dilihat jauh terpesong daripada ajaran agama Islam itu sendiri. Makanya, rakyat berhak mempertikaikan apa jua yang dilakukan demi masa depan agama Islam yang semakin kucar kacir dibuat oleh kerajaan Najib. Islam sekadar menjadi hiasan sebaliknya pengisiannya hancur lebur. Justeru, usahlah Najib Razak terlalu berbangga dengan apa yang beliau lakukan sekarang]. |
| Anwar: "Teguran Nik Aziz Sopan", UMNO Fitnah !! Posted: 19 Feb 2012 06:02 AM PST |
| Rakyat Kian Semangat, Kempen Himpunan Hijau 2.0 Nampaknya Kini Semakin Meriah Di Sana Sini Posted: 18 Feb 2012 06:55 PM PST ![]() KUANTAN, 19 Feb - Tinggal beberapa hari sahaja lagi Himpunan Hijau 2.0 akan diadakan di bandar ini, nampaknya bahang dan semangat rakyat semakin berkobar-kobar untuk membuktikan sokongan mereka terhadap bantahan Lynas. Himpunan terbesar dalam sejarah di Pahang itu, dijangka akan disertai oleh puluhan ribu rakyat berbilang kaum dari seluruh negeri ini, bahkan seluruh negara. Himpunan yang turut disokong oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang di Padang MPK 1 berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I itu dijangka turut menarik perhatian media dari seluruh dunia. Mereka akan datang untuk membuat liputan menyeluruh terhadap himpunan yang tujuan utamanya untuk membantah pembinaan kilang memproses rare-earth Lynas Corporation di Gebeng itu. Berbagai aktiviti dan promosi kini sedang diadakan, antaranya ialah kempen "botak kepala" sebagai nazar untuk menyatakan bantahan mereka. Kempen telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Mereka membotakkan kepala beramai-ramai menjelangnya himpunan tersebut. Sementara itu, kempen turut diadakan di Berjaya Time Square Kuala Lumpur semalam, ketika debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek diadakan. Peserta mengadakan demontrasi aman di hadapan pintu masuk komplek membeli belah itu sebagai tanda bantahan dan mahu masalah mereka didengar oleh ketua masyarakat Cina dari parti MCA itu. Secara keseluruhannya, kempen Perhimpunan Hijau 2.0 kini semakin agreasif diadakan di sana sini. Ternyata, rakyat tidak sabar untuk turun menyatakan bantahan mereka terhadap projek berisiko itu. Oleh itu, orang ramai dijemput hadir untuk buktikan mereka juga tidak mahu kilang itu berada di negara ini. ![]() Kempen Perhimpunan Hijau membantah Lynas di Berjaya Times Square ![]() Lagi, kempen Perhimpunan Hijau bantah Lynas di Berjaya Times Square ![]() Kempen "Botak Kepala" sempena Perhimpunan Hijau 2.0 dapat sambutan [Nampaknya, rakyat kini semakin bersemangat untuk bersama-sama sertai Perhimpunan Hijau 2.0 yang akan menjadi sejarah kepada negeri Pahang tidak lama lagi. Sokongan kini semakin bertambah terutamanya dari kalangan NGO yang berkaitan. Malah, khabarnya sokongan padu dari rakyat di seluruh negara juga kian meningkat dan mereka akan sama-sama sertai perhimpunan ini nanti. Justeru, warga Kuantan dan Pahang amnya wajarlah hadir beramai-ramai pada 26 Februari 2012 ini untuk sama-sama memberikan sokongan mereka. Rakyat harus membuktikan bahawa mereka memang tidak mahu projek berisiko berada di negeri ini. Bangkitlah! dan nyatakan bantahan anda. Usah gusar dengan apa jua provokasi yang akan dilakukan oleh pihak berkenaan kerana ini saja cara yang paling sesuai dan termaktub dalam perlembagaan wajar dilaksanakan. Teruskan sokongan membantah Lynas hingga ia dibatalkan]. |
| Sharkar: "UMNO BN Siap Siaga" Serta Yakin Akan Kekal Berkuasa Di Negeri Pahang Selepas PRU-13 Posted: 18 Feb 2012 06:34 PM PST
[Kenyataan Sharkar ini tidak kena pada tempatnya. Jika dulu, mungkin UMNO BN boleh mendabik dada dan berbangga kononnya mereka boleh memerintah negeri ini buat selamanya. Namun, beliau harus ingat sehebat-hebat Selangor yang jauh lebih maju dari Pahang, akhirnya tumbang kepada pembangkang. Semuanya kerana rakyat sudah jemu dan muak dengan pentadbiran mereka yang banyak menipu, rasuah, menyeleweng dan merompak khazanah rakyat. Sharkar juga harus ingat berapa banyak kawasan tanah dan lombong di DUN Lanchang kini menjadi hak beliau atau proksinya. Menjadi pemimpin memang seronok, tapi mengaut kekayaan dengan merampas hak rakyat itu sudah jadi satu dosa besar dalam perjuangan. Rakyat tahu berapa banyak harta dan aset yang telah beliau kumpul sekarang ini, sejak dia menjadi orang kanan MB Pahang. Ingatlah, UMNO BN hanya akan kekal berkuasa di Pahang jika mereka terus "merasuah" rakyat terutamanya masyarakat peneroka. Maknanya, Sharkar dan UMNO akan punggah berjuta-juta wang untuk membeli undi. Itu saja cara mahu menang. Bukan dengan sokongan padu rakyat sebenarnya. Apapun, dengan isu Lynas yang ada sekarang maka Sharkar tidak boleh mendabik dada dan terlalu sombong kerana PRU13 ini Tsunami Politik baru akan melanda Pahang. Lakukalah perubahan mulai sekarang!]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan