Sabtu, 18 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 'Menteri BN Sahkan' Kapal Kargo Israel Di Benarkan Masuk Malaysia Atas Tujuan Dagangan

Posted: 17 Feb 2012 11:19 PM PST


Klik SINI untuk lihat Jadual Perjalanan keluar masuk kapal kargo Israel itu

Sokongan Makin Meningkat, Ribuan Rakyat Hadir Ke Ceramah Umum 'Anwar Ibrahim' Malam Tadi !!

Posted: 17 Feb 2012 10:02 PM PST


KUANTAN, 18 Feb - Walau pun diasak dengan berbagai isu kontroversi yang tidak henti-henti oleh media arus perdana dan pemimpin kerajaan UMNO Barisan Nasional, namun kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) ke Pahang semalam berjaya menarik lebih 10,000 orang ke program ceramahnya. Anwar hadir dalam dua ceramah yang berasingan iaitu di Parlimen Paya Besar (Kuantan) dan Parlimen Pekan malam tadi. Di Markas PAS, Taman Mahkota Aman Batu 11 dekat sini lebih 5,000 orang telah hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah dari Ketua Umum PKR itu. Sebelum itu, pada sebelah petangnya beliau telah menghadiri Program Hi-Tea di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat Temerloh pada jam 5.00 petang. Beliau kemudianbersama dalam Majlis Makan Malam di Restoran New Horizon dekat sini pada jam 7.30 malam. Anwar tampil sebagai penceramah pertama kerana beliau terpaksa bergegas ke Pekan untuk satu lagi program selepas itu. Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar banyak menjelaskan situasi semasa yang mana beliau yakin dengan sokongan rakyat untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang. Beliau turut menjelaskan kepada orang ramai tentang isu kononnya dia menyokong Israel, padahal laporan yang dibuat oleh media arus perdana terhadap kenyataannya di Wall Stree Journal telah disalah ertikan apabila hanya sebahagiannya sahaja yang disiarkan sedangkan keseluruhan isu kenyataan beliau itu tidak dikeluarkan. Kenyataan beliau itu sedikit melegakan orang ramai yang pada awalnya menyangka memang benar Anwar menyokong Israel seperti yang dimainkan oleh media arus perdana sekarang ini. Anwar turut melancarkan Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) sebagai salah satu Biro yang akan memperjuangkan nasib warga tentera dan bekas-bekas tentera termasuk pihak polis.

Makan malam di restoran Blue Horizon bersama pimpinan PKR Pahang

Anwar berucap secara santai kepada orang ramai di Kuantan malam tadi

Ribuan rakyat yang hadir untuk mendengar penjelasan Anwar malam tadi

Ribuan rakyat juga hadir berama-ramai dalam ceramah Anwar di Pekan

Anwar terpaksa naik motor, akibat sekatan jalanraya yang dilakukan polis

[Laluan masuk ke Taman Mahkota Aman penuh sesak hingga menyebabkan orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan ditepi jalan Kuantan - Gambang berhadapan dengan stesen minyak Caltex. Tiada sekatang jalanraya diadakan di kawasan terbabit, mungkin kerana lokasi itu agak hampir dengan jalan utama. Namun, senarionya berbeza dengan program Anwar di Pekan apabila pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya yang menyebabkan kesesakan hingga sejauh lebih dari tiga kilometer. Ceramah telah diadakan di Markas PAS, Kg.Mengkasar berhampiran dengan pintu masuk utama ke bandar Pekan. Akibat kesesakan jalan yang teruk, Anwar terpaksa menaiki motosikal orang ramai yang lalu lalang di situ untuk sampai ke tempat ceramah. Beliau sempat berceramah selama satu jam sebelum pihak polis mengarahkan acara ditamatkan sekitar jam 12.00 malam. Sokongan rakyat di Pekan juga sungguh menakjubkan serta dipercayai hampir 5,000 orang telah hadir].

Mahkamah Benarkan "Injunksi Interim", Halang KPF Lupus Hutang Kepada Felda Global Ventures

Posted: 17 Feb 2012 09:34 AM PST

KUANTAN, 18 Feb - Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam membenarkan injunksi interim untuk melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF. Tiga permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) ialah; Pertama, Satu injunksi interim melarang defendan (KPF) samaada secara sendiri atau perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings Berhad dan sepuluh anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. Kedua, Satu injunksi interim melarang defenden samaada secara sendiri atau melalui perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk menguatkuasakan sebarang keputuan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. Ketiga, Satu injunksi interim melarang defendan samaada secara sendiri atau melalu perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holdings kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto), Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan isu penyenaraian FGVH itu ke Bursa Malaysia.






Beliau menyifatkan berita gembira itu sebagai kejayaan awal peneroka menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. "EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu. "Keputusan yang sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," katanya. Sementara itu, Peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang. "Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH. "Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil. Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah," kata beliau.

[Senario ini pasti memberikan sedikit kelegaan kepada para peneroka terutamanya ahli KPF yang tidak mahu saham KPF digunakan dalam pelaburan yang jelas penuh dengan kontroversi itu. Apa yang jelas tindakan ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman kini ternyata membuahkan hasilnya. Malah, kini Felda semakin tertekan dengan beberapa tindakan ANAK yang jelas berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka akan terus tertipu jika membenarkan semua ini berlaku. Justeru, anak-anak peneroka Felda di seluruh negara perlulah diberikan pemahaman yang lebih jelas tentang isu-isu panas yang berlaku ini. Semoga mereka dapat meyakinkan ibubapa mereka agar tidak terjerat dengan tindakan mencurigakan ini. Maka itu berhati-hatilah buat semua].

Tiada ulasan: