Pahang Daily Online |
- Panas: "Sekolah Agama Kian Daif", MUIP Di Gesa Bangunkan Institusi Terbabit Sebelum Beli Hotel
- Panas: Rakyat Kecewa, PM Rela Luluskan RM200 Juta Untuk Danga Waterfront Johor, Tapi Projek Kuantan Waterfront Di Negeri Sendiri Di Abaikan
- Panas: "Di Jamu Oleh MB Pahang", Patutlah Para Mahasiswa "Aman Kampus" Boleh Sokong Lynas!
- Hasan Ali: JATI Sedia Jalinkan Kerjasama Dengan Perkasa Hal Perjuangkan Islam, Melayu Dan Raja!
- Mazlan: Anak Tuntut EGM Bantah Senarai FVGH
- Muhyidin: "Tunggu Hasil Siasatan" NFC, Hormati Pandangan Dr.Mahathir Agar Sharizat Berundur
- Anwar Adakan Lawatan Kerja Ke Pahang Hari Ini
- Tian: Ada Agenda Di Sebalik Lanjutan Program 6P
Panas: "Sekolah Agama Kian Daif", MUIP Di Gesa Bangunkan Institusi Terbabit Sebelum Beli Hotel Posted: 17 Feb 2012 12:27 AM PST KUANTAN, 17 Feb - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa memberi perhatian terhadap pembangunan sekolah-sekolah agama di negeri ini daripada beriya-iya benar mahu membeli Hotel MS Garden yang berharga RM50 juta itu. Demikian ditegaskan oleh seorang guru di sebuah sekolah agama di sini. Beliau berkata, tindakan MUIP mahu membeli hotel tersebut memang tidak menjadi kesalahan atas nama pelaburan. Namun biarlah pelaburan yang lebih afdal seperti membaik pulih institusi agama sedia ada diutamakan terlebih dahulu. "Kenapa perlu beli hotel, jika hal ehwal agama Islam masih tidak dijaga dengan baik. Banyak sekolah agama kerajaan dan rakyat (SAR) di negeri ini masih berada dalam keadaan yang cukup daif dan perlukan bantuan kewangan. Tapi, sampai sekarang ia masih tidak diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk MUIP sendiri", katanya. Laporan yang PDO terima memang benar majoriti sekolah-sekolah agama (kerajaan) dan agama (rakyat) di negeri ini memang ketinggalan zaman. Malah ada diantara sekolah terbabit begitu azab dan sengsara. terutamanya melibatkan asrama para pelajar. Menurut seorang bapa pelajar di sebuah sekolah agama di bandar ini, pernah satu ketika beliau menghantar anaknya masuk penggal baru persekolahan tiba-tiba melihat begitu banyak ayam bertelur dan menjadikan reban di atas almari bilik asrama berkenaan. "Bayangkan, dalam bilik asrama boleh ada reban ayam. Itu belum termasuk tilam, cadar dan almari pelajar yang cukup uzur dan tidak terjaga. Malah ada diantara pintu almari yang sudah tercabut dan terkopak sana sini. Saya sendiri terpaksa ke bandar untuk beli paku dan sebagainya untuk dibaik... apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya!", kata beliau. Daripada MUIP sibuk mahu membeli hotel ini, maka lebih baik pihak terbabit bangunkan semula sekolah-sekolah agama di seluruh Pahang sebenarnya kerana itu lebih penting jika benar mahu tingkatkan syiar agama Islam [Justeru, MUIP digesa mengkaji keperluan untuk memperbaiki sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahi membeli hotel terbabit. Bayangkan, dengan wang sebanyak itu rasanya sudah pasti para pelajar sekolah terbabit dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa. Malah, andainya wang RM1 juta digunakan untuk mendirikan sebuah sekolah agama di semua daerah di Pahang ini, jumlahnya baru sekitar RM11 juta dan jauh lebih rendah dari RM50 juta yang perlu digunakan untuk tujuan komersial itu. Persoalannya, kenapa ini tidak berlaku?. Maka, pihak yang bertanggungjawab di MUIP digesa memberi perhatian terhadap isu terbaru yang kami dedahkan ini. Laporan susulan akan menyusul kemudian dan kami akan siarkan isu ini secara eksklusif. Jika tidak, sudah pasti sekolah-sekolah agama di negeri Pahang akan terus terpinggir dari arus pembangunan sejak dulu, kini dan selamanya. Soalnya, kenapa pemimpin Melayu yang sepatutnya berjuang untuk isu ini gagal memainkan peranan sepatutnya demi agama Islam itu]. |
Posted: 16 Feb 2012 06:21 PM PST KUANTAN, 17 Feb - Dalam lawatan kerjanya ke Negeri Johor baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) berjanji untuk meluluskan peruntukkan RM200 juta, kononya bagi mengindahkan Danga Waterfront. Kenyataan tersebut jelas sekali mengecewakan rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan sendiri. Ini kerana, Najib lebih selesa menjanjikan projek kepada negeri lain sebaliknya negeri Pahang dibiarkan dalam keadaan yang cukup membimbangkang. Jika Danga Waterfront mahu dibangunkan dengan peruntukan sebanyak itu, maka apa kisahnya pula dengan Kuantan Waterfront (klik gambaran artis). Sudah lebih tiga tahun, hingga sekarang kawasan seluas 2.4 ekar di tebing Sungai Kuantan itu telah dikosongkan. Dulunya kawasan yang dikenali sebagai Medan Pelancong itu menjadi pusat tumpuan peniaga-peniaga Melayu dibandar ini. Susulan projek berkenaan, semua peniaga terbabit diarahkan berpindah tanpa ada lokasi spesifik yang ditetapkan oleh kerajaan. Hasilnya, ramai yang gulung tikar dan kini tidak lagi meneruskan perniagaan masing-masing akibat tidak sanggup menyewa lokasi yang harganya melabung daripada biasa. Tinjauan PDO ke lokasi terbabit ternyata masih ada peniaga yang terpaksa meneruskan perniagaan di situ walau pun arahan perpindahan telah dikeluarkan. Apa yang menyedihkan, kawasan terbabit kini menjadi tempat melepak penagih dadah dan gerai-gerai yang ada sekarang pun sudah semakin usang dan mencacatkan pemandangan. Sebelum ini, rakyat Kuantan dihebohkan dengan berita Pasdec Holdings Berhad mahu membangunkan kawasan tersebut dengan hotel meah bertaraf lima bintang, namun cadangan tersebut dibatalkan akibat kekurangan kewangan. Kini akhirnya, peniaga Melayu di kawasan itu dipinggirkan sedangkan cadangan yang diharapkan langsung tidak menjadi kenyataan. Apa yang ada ialah sebuah hotel yang dikenali sebagai Hotel Sentral dibangunkan atas bangunan lama Hotel Samudera River View milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dulu. Kini aset tersebut sudah terjual ke tangan pihak lain, walau pun anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang itu dikatakan berdaya maju. Ramai yang kecewa dengan kenyataan PM Najib Razak sanggup meluluskan peruntukan besar untuk bangunkan Danga Waterfront di Johor, sebaliknya Kuantan Waterfront di negeri sendiri terus terabai. Apa yang jelas dan rapat dilihat oleh rakyat ialah sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang Perdana Menteri, langsung tidak wujud projek fizikal yang boleh dibanggakan di negeri Pahang ini sebenarnya. Apa yang ada ialah projerk berisiko dan ditentang rakyat seperti Lynas di Gebeng. Malah, difahamkan projek gas dan minyak (Oil and Gas) yang kononnya menjadi kebanggaan rakyat Pekan di Tanjung Agas juga kini nampaknya bermasalah dan bakal "tidak menjadi kenyataan" sebenarnya. Apa yang dapat dilihat oleh rakyat ialah Najib hanya balik ke Pekan dan menabur duit untuk membeli undi pada Pilihanraya Umum akan datang. Malah, beliau juga lebih selesa menempatkan begitu ramai warga asing dari Kemboja dan Myanmar menjadi permastautin tetap di Pekan sekarang ini. [Rakyat Pahang sepatutnya mengambil perhatian atas perkembangan ini. Benar bak kata pepatah "Beruk Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan". Inilah yang berlaku kepada rakyat Pahang sekarang. Mereka mempunyai dua orang Perdana Menteri setakat ini, namun pembangunan yang berlaku di negeri ini begitu lembab dan cukup membosankan. Apa yang dapat disaksikan ialah kemelesetan ekonomi Kerajaan Negeri Pahang dan kejatuhan dan masalah yang berlaku kepada beberapa buah anak syarikat kerajaan itu sendiri. Selepas lebih 50 tahun UMNO BN memerintah dan begitu banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat di negeri ini yang jatuh kepada beberapa kerat pemimpin UMNO BN, maka sudah tibalah untuk rakyat melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Ubah sebelum parah dan jangan biarkan mereka yang khianat terus memimpin negeri ini. Pastikan kemenangan rakyat pada PRU-13 ini nanti, jika mahu nasib dan masa depan anak cucu mereka lebih terjamin]. |
Panas: "Di Jamu Oleh MB Pahang", Patutlah Para Mahasiswa "Aman Kampus" Boleh Sokong Lynas! Posted: 16 Feb 2012 05:40 PM PST KUANTAN, 17 Feb - Baru-baru ini PDO ada mendedahkan artikel bertajuk Memalukan: Taklimat Peluang Kerja, Jadi Senjata Kerajaan Guna Mahasiswa Supaya Sokong Lynas! . Susulan pendedahan itu kami telah disumpah seranah oleh pihak tertentu yang kononnya PDO sengaja menimbulkan isu, walhal apa yang berlaku adalah kenyataan sebenanrya. PDO agak terkejut dengan tindakan mahasiswa yang terlibat dengan Program Aman Kampus, apabila mereka dikatakan menyokong projek Lynas yang ditentang oleh sebahagian besar rakyat Kuantan itu. Namun, akhirnya kebenaran terbukti dan terserlah. Wajarlah Aman Kampus menyokong Lynas kerana mereka telah dijamu dengan begitu mewah oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) di kediaman rasmi beliau dekat sini. Khabarnya satu jamuan makan malam bagi meraikan kehadiran kumpulan Aman Kampus dalam siri jelajah mereka diadakan baru-baru ini. Maka itu, tidak hairanlah mereka tiba-tiba menyokong Lynas sedangkan mereka itu tidah tahu apa-apa tentang risikonya dan sekadar diberi taklimat tentang peluang pekerjaan oleh syarikat terbabit. Difahamkan, turut hadir dalam majlis jamuan makan malam itu ialah ADUN Panching, Dato' Zaili Besar, Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam, Presiden MAMPAN Mohd Farhan serta tetamu undangan lain. [Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah para mahasiswa Projek Aman Kampus itu boleh menyokong Lynas. Mereka sebenarnya hanya bertindak berdasarkan arahan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dan mereka tidak faham apakah isu rakyat yang dipertikaikan. Tindakan menggunakan para mahasiswa untuk menyokong sesuatu projek berisiko seperti Lynas adalah sesuatu yang cukup memalukan. Nampak benar, Kerajaan Negeri Pahang sendiri tidak mendapat sokongan daripada rakyat dan terpaksa menggunakan mahasiwa sebagai senjata kononnya projek itu tidak berbahaya. Apapun, syabas dan tahniah kepada para mahasiswa berkenaan kerana dapat makan malam bersama Menteri Besar Pahang. Semoga mereka dapat berfikir dengan akal fikiran yang waras tentang apa yang berlaku ini hendaknya. Info lanjut berkenaan program itu, klik sini]. |
Hasan Ali: JATI Sedia Jalinkan Kerjasama Dengan Perkasa Hal Perjuangkan Islam, Melayu Dan Raja! Posted: 16 Feb 2012 04:15 PM PST SHAH ALAM, 17 Feb - Jalur Tiga (JATI) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja. Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan JATI (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (foto) berkata, pihak mengalu-alukan kesemua NGO yang mahu menyokong tiga elemen berkenaan. Menurutnya, pelancaran JATI secara rasmi pada 21 Februari ini, akan dihadiri oleh 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan. "JATI adalah NGO berdaftar dengan ROS, dan sehingga kini sokong yang diterima Jati amat menggalakkan. JATI juga tidak risau persoalan sama ada dilihat mahu bersaing dengan NGO tersebut (Perkasa), kerana kita bersedia bekerjama dengan mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan IMR," katanya disidang medianya semalam. Beliau berkata, sekiranya lebih ramai NGO yang memperjuangkan IMR, ini lebih baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan. Pada 21 Februari ini, JATI akan dilancarkan di Shah Alam dan pelbagai program akan dilakukan nanti termasuklah persembahan nasyid dan multimedia. [Tindakan Hasan Ali menubuhkan JATI yang kononnya mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) dilihat tidak lebih untuk kepentingan politik semata-mata. Malah, beliau tidak wajar berkerjasama dengan PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali itu sebenarnya. Ini kerana, segala tindak tanduk dan kenyataan pemimpin terbabit langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam seperti yang sepatutnya. Hasan tersalah tafsiran beila melihat UMNO BN lebih membela IMR daripada parti yang disertainya dulu iaitu PAS. Banyak bukti UMNO lah penderhaka terhadap IMR dan yang terbesar, bila UMNO jadi kuasa pemerintah sejak 50 tahun yang lalu hingga kini UMNO tidak pernah mahu melaksanakan hukum Islam berlandaskan Al-Quran dan hadis di atas muka bumi ini. Senantiasa memberi berbagai alasan untuk menghalang Hudud berlaku. Maka, apakah wajar orang seperti Hasan Ali yang dilihat lebih "warak" itu tiba-tiba kini berada di pentas UMNO untuk membela Islam. Melayu dan Raja, lagilah teruk dibuat dek mereka sejak sekian lama. Maka itu, usahlah bertopeng atas IMR untuk meraih populariti selepas diterajang keluar dari PAS itu]. |
Mazlan: Anak Tuntut EGM Bantah Senarai FVGH Posted: 16 Feb 2012 04:10 PM PST |
Muhyidin: "Tunggu Hasil Siasatan" NFC, Hormati Pandangan Dr.Mahathir Agar Sharizat Berundur Posted: 16 Feb 2012 03:56 PM PST KUANTAN 17 Feb - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) akan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebelum mengeluarkan sebarang pandangan yang menyentuh kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini bagi mengelak sebarang kenyataan bersifat mendahului siasatan di samping menghindari prasangka buruk biar pun pada masa sama menghormati pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta Shahrizat supaya berundur. Tambah Muhyiddin, dalam hal yang berkaitan siasatan dan undang- undang seperti isu ini, adalah tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan politik sebaliknya lebih elok semua pihak bersabar menunggu pengumuman pihak bertanggungjawab. "Apabila ada keputusan selepas ini, pihak yang terlibat sama ada Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri. Kita tidak boleh mendahului dengan membuat andaian yang kita sendiri tidak ada maklumat sebab ini masih di peringkat siasatan," katanya. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin UMNO negeri yang turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini semalam. Beliau diminta mengulas pandangan Dr. Mahathir semalam yang berpendapat Shahrizat perlu meletak jawatan sekiranya berasakan tindakan tersebut terbaik buat UMNO. Begitupun, tegas Dr. Mahathir, beliau secara peribadi tidak pernah meminta Shahrizat berbuat demikian, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Wanita UMNO itu untuk membuat sebarang keputusan. Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini yang mendedahkan NFC telah melanggar syarat perjanjian kerana menggunakan wang pinjaman untuk tujuan lain, Muhyiddin berkata, beliau tidak punyai maklumat mengenai perkara berkenaan. Menurutnya, sebab itu selagi tiada kenyataan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan isu berkenaan, maka kenyataan Nazri itu masih dilihat satu andaian. "Saya tak tahu Nazri ada privileged information (maklumat pihak berkuasa), tetapi saya tak ada. Eloklah kita tunggu Peguam Negara buat pengumuman yang sesuai bila siasatan itu selesai," tambahnya. [Amat malang sekali pabila seorang Timbalan Perdana Menteri boleh berkata tidak tahu maklumat yang ada pada Menterinya sendiri (Nazri Aziz). Muhyiddin seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kenyataan dangkal seperti ini. Mana mungkin beliau tidak tahu, sedangkan Mesyuarat Kabinet diadakan setiap minggu, dan jika beliau mahu dia boleh memanggil Nazri Aziz untuk membentangkan perkara itu kepadanya. Namun, inilah spesis UMNO yang kerjanya mahu menipu rakyat. Sudah tahu dapi buat-buat tak tahu. Mungkin juga kerana rakyat tahu beliau memang terlibat juga dengan projek NFC itu sebenarnya. Malah, kini dia semakin tertekan untuk ambil tindakan terhadap Sharizat kerana khuatir Ketua Wanita UMNO itu akan mendedahkan siapakah lagi yang terlibat dengan projek kontroversi itu]. |
Anwar Adakan Lawatan Kerja Ke Pahang Hari Ini Posted: 16 Feb 2012 03:28 PM PST KUANTAN, 17 Feb - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) dijangka mengadakan lawatan kerja ke negeri Pahang hari ini. Beliau berbuat demikian selang sehari selepas kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sini semalam. Difahamkan Anwar akan bersama rakyat dalam Program Hi-Tea di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat Temerloh pada jam 5.00 petang. Beliau kemudian akan bersama dalam Majlis Makan Malam di Restoran New Horizon dekat sini pada am 7.30 malam. Program seterusnya ialah Ceramah Perdana di Parlimen Paya Besar yang akan diadakan di PASTI Majkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang (Kuantan). Anwar akan menjadi Penceramah Pertama yang dijangka bermula jam 9.00 malam itu. Orang ramai digesa hadir lebih awal supaya tidak terlambat mendengar ceramah beliau malam ini. Ini kerana beliau terpaksa bergegas ke Parlimen Pekan selepas ini untuk satu lagi program Ceramah Perdana di Markas PAS, Kg. Mengkasar (Pekan) malam ini. Difahamkan, turut akan bersama dalam ceramah di Parlimen Pedana Menteri itu ialah Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Dr.Dzulkifli Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). (sebarkan). |
Tian: Ada Agenda Di Sebalik Lanjutan Program 6P Posted: 16 Feb 2012 03:20 PM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan