Pahang Daily Online |
- Jawatankuasa "Himpunan Hijau 2.0" Serah Surat Pemberitahuan Program Itu Kepada Pihak Polis !!
- Dr.Hasan Ali: Tsunami Kecil Bakal Melanda Arena Politik Negara Dengan Tertubuh "JATI" 21 Feb Ini!
- Panas: Mantan PM "Mahathir" Gesa Sharizat Jalil Letak Jawatan, Dek Kerana Kontroversi Isu NFC !!
- Panas: Peguam "Kes Qazaf Anwar Ibrahim", Serta Firma Guamannya Di Saman Sebanyak RM10 Juta
- MPK Di Gesa Perbaiki Segera "Lubang Berbahaya" Dekat Jalan Masuk Ke Putra Square MSC Kuantan
- PAS Akan Atur "Gerak Gempur" Di DUN Kijal Dan Desak "Menteri Besar Terengganu" Mohon Maaf !
- Anwar Ramal Pilihanraya Umum Ke-13 Lebih Awal
- Muhyiddin Buat Lawatan Kerja Ke Pahang Esok !!
- Sensasi: Inilah Lagu Yang Buat Cina Sokong PAS !
- Panas: 'Blogger' Tawarkan Diri, Bertanding Kerusi Di DUN 'Majoriti Melayu' Dalam Bandar Kuantan !
- Mazlan Aliman Yakin Cadangan Senaraikan Felda Global Ventures Ke "Bursa Malaysia" Akan Gagal !
- Panas: Sokong Usaha Keselamatan Israel, Nik Aziz Minta 'Anwar Ibrahim', Buat Kenyataan Terbuka !
- Anwar: Pakatan Rakyat 'Sokong' Himpunan Hijau 2.0, Ramai Pemimpin Akan Turun 26 Februari Ini!
- Panas: Dek Kerana "Kerajaan Negeri" Gagal Bayar RM70 Juta, Pelabur Saham SGM Masuk Hospital !!
- Dakwaan Nazri Aziz NFCorp Langgar Syarat, Tidak Selesaikan "Isu Penyelewengan" Projek Tersebut !
| Jawatankuasa "Himpunan Hijau 2.0" Serah Surat Pemberitahuan Program Itu Kepada Pihak Polis !! Posted: 15 Feb 2012 01:53 AM PST ![]() KUANTAN, 15 Feb - Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini, bagi menyerahkan surat pemberitahuan program tersebut kepada Ketua Polis Daerah Kuantan. Surat yang ditandatangani oleh Setiausahanya, Bang Seet Ping (foto) antara lain memaklumkan kehadiran mereka ke IPD Kuantan adalah untuk melaporkan kepada pihak polis program yang akan diadakan di Padang MPK 1, berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I pada 26 Februari ini. Turut dimaklumkan bahawa program tersebut adalah inisiatif penduduk Kuantan yang bimbang tentang kesihatan dan masa depan anak-anak mereka. Tujuan program itu adalah untuk memperjuangkan kesejahteraan, kelestarian dan keadilan alam sekitar seperti yang terkandung dalam "Piagam Bumi". Turut dinayatakan program itu turut menjemput NGO seperti SUHAKAM dan Majlis Peguam Negara untuk memantaunya. Mereka juga berharap pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan menghormati hak berhimpun seperti yang tertera dalam Perlembagaan Malaysia, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Piagam Bumi. Mereka juga berharap agar pihak PDRM memberikan kerjasama memastikan program itu nanti dapat berjalan dengan lancar. ![]() Jawatankuasa Himpunan Hijau bergambar di perkarangan IPD Kuantan [Memandangkan, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob mengatakan Kerajaan Negeri Pahang mengalukan kehadiran peserta berhimpun secara aman pada hari itu nanti. Bahkan, MB juga khabarnya ingin meluangkan masa jika beliau tiada program lain pada hari tersebut. Maka itu, adalah diharapkan agar pihak polis dapat memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan program ini berjalan dengan aman dan selamat. Tidak perlu ada unsur-unsur provokasi yang keterlaluan oleh pihak tertentu. Rakyat punyai hak untuk menyatakan bantahan mereka walau pun kerajaan tetap dengan pendirian mengatakan kilang Lynas tidak berbahaya kepada penduduk. Risikonya tetap ada untuk kita membantah!]. |
| Dr.Hasan Ali: Tsunami Kecil Bakal Melanda Arena Politik Negara Dengan Tertubuh "JATI" 21 Feb Ini! Posted: 15 Feb 2012 01:36 AM PST
|
| Panas: Mantan PM "Mahathir" Gesa Sharizat Jalil Letak Jawatan, Dek Kerana Kontroversi Isu NFC !! Posted: 15 Feb 2012 01:16 AM PST SERDANG, 15 Feb - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar "jangan sayang kepada jawatan". Mahathir berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti. "Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan. "Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan. "Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk buat apa-apa keputusan," katanya. |
| Panas: Peguam "Kes Qazaf Anwar Ibrahim", Serta Firma Guamannya Di Saman Sebanyak RM10 Juta Posted: 15 Feb 2012 12:51 AM PST |
| MPK Di Gesa Perbaiki Segera "Lubang Berbahaya" Dekat Jalan Masuk Ke Putra Square MSC Kuantan Posted: 14 Feb 2012 11:54 PM PST ![]() KUANTAN, 15 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bertindak segera untuk memperbaiki jalan berlubang berhampiran dengan Putra Square Koridor Raya Multimedia (MSC). Menurut saksi, sudah terlalu lama lubang tersebut dibiarkan dan ramai pengguna jalanraya yang telah menjadi mangsanya, terutamanya penunggang motosikal. Lubang berbentuk empat segi tepat yang agak besar itu cukup berbahaya kepada lalulintas terutamanya pada waktu malam. Malah, orang ramai yang ingin keluar masuk dari kawasan terbabit melalui simpang Jalan Putra Square 3 berhampiran Restoran Wak Sofian pasti akan berhadapan dengan masalah ini. Justeru, adalah diharapkan pihak MPK dapat bertindak segera sebelum lebih ramai mangsa terlibat. Tinjauan PDO ke lokasi berkenaan, ternyata mendapati orang ramai yang lalu di kawasan itu terpaksa mengelakkan kenderaan masing-masing setelah nampak lubang terbabit. Ini amat merbahaya terutamanya jika ada kenderaan yang datang dari arah Jalan Bukit Sekilau (stadium) yang berhampiran. Kawasan Putra Square sering dikunjungi oleh orang ramai kerana disitu terletaknya pusat membeli belah East Cost Mall yang cukup terkenal di bandar ini. Tindakan segera MPK amatlah diharapkan dan dialu-alukan bagi memberi keselesaan kepada orang ramai terutamanya warga Kuantan. [Demi keselamatan rakyat, pihak yang bertanggungjawab terutamanya Majlis Perbandraan Kuantan (MPK) digesa bertindak segera. Di fahamkan, sudah beberapa kali maklumat ini dilaporkan kepada pihak terbabit, namun hingga sekarang senarionya tetap sama. Malahn lubang yang sedia ada dilihat semakin dalam dan mengerikan. Jangan sampai ada kemalangan maut, barulah kerosakkan ini mahu diperbaiki. Kami juga mendapat maklumat banyak lagi jalan-jalan di kawasan lain yang turut mengalami nasih yang sama. MPK jangan asyik berselara untuk menyaman kenderaan semata-mata kerana parking, mereka juga haruslah peka dengan perkhidmatan perbandaran yang menjadi kemudahan buat rakyat]. |
| PAS Akan Atur "Gerak Gempur" Di DUN Kijal Dan Desak "Menteri Besar Terengganu" Mohon Maaf ! Posted: 14 Feb 2012 09:51 PM PST |
| Anwar Ramal Pilihanraya Umum Ke-13 Lebih Awal Posted: 14 Feb 2012 09:26 PM PST
|
| Muhyiddin Buat Lawatan Kerja Ke Pahang Esok !! Posted: 14 Feb 2012 08:07 PM PST KUANTAN, 15 Feb - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Pahang esok. Beliau dijadual merasmikan acara perbarisan sambutan Hari Ulang Tahun ke-7 Maritim Malaysia di Pusat Latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di Gebeng dan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Air Balok. Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd, Muhyiddin dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 8.15 pagi. Beliau kemudiannya akan mengadakan perjumpaan khas tertutup dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan merasmikan program APMM sebelum menghadiri majlis jamuan rakyat. Beliau juga dijadual mengadakan perjumpaan khas dengan para pemimpin BN negeri di Kompleks Yayasan Pahang pada sebelah petangnya sebelum pulang. |
| Sensasi: Inilah Lagu Yang Buat Cina Sokong PAS ! Posted: 14 Feb 2012 07:46 PM PST |
| Panas: 'Blogger' Tawarkan Diri, Bertanding Kerusi Di DUN 'Majoriti Melayu' Dalam Bandar Kuantan ! Posted: 14 Feb 2012 06:39 PM PST ![]() KUANTAN, 15 Feb - Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bandar ini pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kerusi terbabit ialah DUN Teruntum (Parlimen Kuantan) dan DUN Semambu (Parlimen Indera Mahkota). Demikian ditegaskan oleh bekas calon PKR DUN Kemayan (Parlimen Bera) PRU-12 lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli. Beliau yang juga merupakan seorang blogger menegaskan, jika tiada aral melintang beliau mungkin akan bertanding di salah satu DUN terbabit. Menurut Shukri, sebelum ini Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob ada mengatakan "kuasa ketiga (third force)" bakal menggugat parti-parti yang bertanding pada PRU ini, namun mereka tidak harus melupakan kuasa ketiga dikalangan blogger dan media baru. "Saya berminat untuk bertanding di salah satu DUN terbabit, bagi memberi ruang yang lebih terbuka kepada rakyat terutamanya orang-orang Melayu membuat pilihan. Tambahan pula, kedua-dua DUN itu ditandingi oleh calon bukan Melayu sedangkan majoriti pengundi berdaftar di DUN terbabit adalah kaum Melayu. Saya lebih selesa bertanding sebagai calon bebas yang pro-rakyat untuk membela nasib rakyat di kawasan DUN terbabit. Banyak isu-isu rakyat terutamanya berkaitan orang Melayu di bandar Kuantan gagal dibela oleh pemimpin sedia ada. Isu tanah rizab Melayu Transit Point, isu peniaga Melayu di Malay Town, isu peniaga Melayu di Medan Pelancong (benteng), isu peniaga dan masyarakat Melayu yang terus terpinggir sekarang ini perlu dibela oleh pemimpin Melayu. Jika pemimpin Melayu sedia ada gagal bertindak mempertahankan isu-isu besar seperti ini, maka beri ruang itu kepada rakyat buat pilihan", jelas Shukri. Calon Melayu Perlu Di Kerusi DUN Majoriti Melayu Kerusi DUN Semambu kini diwakili oleh wakil BN, Pang Tsu Ming dari MCA. Beliau menewaskan calon PKR, Nancy Khong Saw Gek dengan majoriti 2,136 undi pada PRU12 lalu. Berdasarkan rekod, seramai 6,177 pengundi berdaftar tidak membuang undi ketika itu dan sebahagian besarnya adalah berbangsa Melayu. Jumlah pemilih berdaftar di DUN terbabit ketika itu ialah 15,427 orang. Sementara itu bagi kerusi DUN Teruntum pula, ia dimenangi oleh calon BN Chang Hong Seong dari MCA. Beliau menang ke atas calon PKR Siew Fook Chan dengan majoriti tipis sebanyak 293 undi sahaja. Beliau mendapat 8,015 undi, manakal Siew mendapat 7,722 undi. Jumlah pemilih berdaftar ketika itu ialah 22,742 orang, tetapi seramai 6,486 orang dipercayai tidak hadir untuk mengundi. Malah, sebahagian besar daripada mereka juga adalah pengundi Melayu. Alasan yang diberikan ialah mereka tidak rela kerusi majoriti Melayu ditandingi oleh kaum lain. "Untuk PRU-13 kali ini, saya difahamkan (tidak rasmi) peratusan pengundi Melayu di DUN Teruntum mencecah 70%, manakala DUN Semambu hampir 60%. Ini bermakna, kedua-dua kerusi berkenaan sepatutnya ditandingi oleh calon berbangsa Melayu. Namun akibat kesepakatan yang telah dicapai oleh parti yang bertanding, baik BN mahupun PR maka kedua-dua kerusi tersebut diberikan kepada calon bukan Melayu. Maka, itulah saya rasa terpanggil untuk menawarkan diri bertanding di salah satu kerusi tersebut pada pilihanraya umum kali ini", kata Shukri lagi.![]() Dua orang ADUN MCA yang mewakili rakyat di kawasan majoriti Melayu di bandar Kuantan, Pang Tsu Ming (kiri) dan Chan Hong Seong (kanan) ![]() Ketika berceramah kepada rakyat pada hari pencalonan PRK Hulu Selangor ketika beliau masih lagi aktif bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dulu [Selama ini ada pihak yang menyangka "kuasa ketiga" yang dimaksudkan ialah NGO yang dipimpin oleh pihak bebas seperti PERKASA (Ibrahim Ali), JATI (Hassan Ali) dan AMANAH (Ku Li) semata-mata. Namun, mereka lupa, kuasa ketiga yang lebih "power" ialah BLOGGER dan MEDIA BARU. Maka itu, tindakan blogger terbabit untuk menjadi kuasa ketiga di kawasan majoriti Melayu haruslah diberi perhatian oleh semua pihak. Jika tersalah langkah, pasti kedua-dua pihak akan kecundang pada kali ini. Apapun, semua pihak diminta tidak memandang rendah kehadiran blogger terbabit jika benar beliau akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN yang dinyatakan itu. Oleh itu, bersedialah untuk berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru pada kali. Selamat berjuang buat semua!]. |
| Mazlan Aliman Yakin Cadangan Senaraikan Felda Global Ventures Ke "Bursa Malaysia" Akan Gagal ! Posted: 14 Feb 2012 03:57 PM PST ![]() SHAH ALAM 15 Feb - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) optimis cadangan penyenaraian Felda Global Ventures ke Bursa Saham Malaysia akan gagal dan pihaknya bersedia untuk memberikan tentangan sengit daripada pelbagai sudut. Katanya, ANAK faham yang kerajaan pusat mampu menggunakan apa sahaja cara walaupun terpaksa menggunakan wang yang banyak dan jentera kerajaan. "Saya difahamkan mereka berbelanja hampir RM1.5 juta untuk persiapan penyenaraian dan mereka menggunakan sogokkan, menghiburkan perwakilan mesyuarat agung dan sebagainya. "Tetapi saya tetap yakin kita berada di pihak yang benar. Saya percaya sokongan padu yang kita dapat daripada warga Felda dan peneroka sendiri. "Tidak semudah yang mereka sangkakan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures ke Bursa Saham pada 10 Mei ini sebab mereka kena bersedia berhadapan tentangan kita yang sengit," katanya. Beliau membidas tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang membuang Buku Jingga Pakatan Rakyat ke dalam tong sampah sebagai tanda simbolik bagi menolak dasar Pakatan. Ahmad berbuat demikian pada satu sidang perjumpaan dengan pemimpin FELDA di Kuala Lumpur kelmarin. Di dalam Buku Jingga, Pakatan berjanji sekiranya gagasan itu dapat memerintah Putrajaya, ia akan membatalkan Felda Plantations dan membuka ladang-ladang FELDA untuk diusahakan oleh generasi kedua dan ketiga peneroka itu sendiri. "Bila dia buat kenyataan mengatakan cadangan berhubung Felda Plantation itu sebagai karut dan tidak masuk akal, jadi kita debatkan sejauh mana ianya boleh dilaksanakan atau tidak. "Tapi bila beliau membuat pendekatan seperti itu menunjukkan beliau tidak profesional dan tidak bertanggungjawab dengan apa yang dia lontarkan," katanya. Beliau mengganggap Ahmad Maslan sebagai 'cetek pengetahuan' dalam memahami sejarah penubuhan Felda. "Tanah ini dibawah kuasa kerajaan negeri yang dipohon oleh kerajaan pusat. Bila kerajaan pusat pohon tanah melalui agensinya, FELDA mesti ada sebab. "Sebab itu adalah untuk diberikan kepada rakyat supaya mereka mempunyai jaminan masa depan," katanya lagi. |
| Panas: Sokong Usaha Keselamatan Israel, Nik Aziz Minta 'Anwar Ibrahim', Buat Kenyataan Terbuka ! Posted: 14 Feb 2012 03:45 PM PST
|
| Anwar: Pakatan Rakyat 'Sokong' Himpunan Hijau 2.0, Ramai Pemimpin Akan Turun 26 Februari Ini! Posted: 14 Feb 2012 03:34 PM PST ![]() PETALING JAYA 15 Feb - Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong penganjuran Himpunan Hijau pada 26 Februari sebagai usaha menterjemahkan gesaan memberhentikan projek nadir bumi oleh Syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) sebagai mewakili pimpinan Pakatan dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini kelmarin. "Gerakan membantah Lynas diteruskan. Pada 26 Februari ini akan diadakan himpunan hijau, menentang Lynas di Kuantan. "Pemimpin parti akan turun bagi menyatakan sokongan kepada penganjuran itu," kata Anwar. Projek yang diusahakan oleh firma Australia, Lynas dijangka akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Pembinaan loji kontroversi ini menjadi titik pertembungan antara UMNO-BN dan Pakatan disamping menyaksikan kemarahan awam terus memuncak. Tentangan terhadap loji itu berhubung kebimbangan terhadap keracunan radiasi terhadap masyarakat dan persekitaran. Rakyat juga kelihatan kurang yakin dan percaya terhadap jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN dan Lynas bahawa operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah. Mengulas lanjut perkara ini, Anwar bekata Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek itu. "Jawatankuasa itu akan mempersiapkan tindakan undang-undang bagi semakan kehakiman diadakan dalam masa yang segera dan diharapkan dapat dikemuka sebelum 26 Februari ini," kata Anwar Ibrahim. |
| Panas: Dek Kerana "Kerajaan Negeri" Gagal Bayar RM70 Juta, Pelabur Saham SGM Masuk Hospital !! Posted: 14 Feb 2012 10:27 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 15 Feb - Peserta mogok lapar yang turut mengancam membakar dirinya hari ini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh setelah mengalami dehidrasi ekoran tidak makan dan minum selama 24 jam. Gan Ee Seng (foto), 55 tahun bertindak demikian untuk terus mendesak kerajaan negeri Pahang yang masih gagal membayar wang sebanyak RM70 juta kepada syarikat pembalakan di mana beliau turut melabur. Bapa kepada tiga orang anak ini melabur di dalam syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dan kelmarin memulakan mogok lapar beliau di Padang Kota Damansara dekat sini. Berbekalkan sebuah khemah dan tidur hanya beralaskan sekeping kotak, tindakan Gan ini menarik perhatian beberapa ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut meninjau keadaan beliau. Gan yang kelihatan lemah dan tidak bermaya hanya terbaring tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata walaupun kehadiran ramai pemberita dan orang awam di kawasan berkenaan. Beliau difahamkan turut mengalami masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan hanya diberi minuman sebelum van ambulans tiba. Antara yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, R Sivarasa (Subang) dan Tan Kok Wai (Cheras). Tan menyifatkan perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan memberi kesan kepada pelaburan di negeri berkenaan. "Kerajaan Negeri Pahang gagal untuk membayar sejumlah wang seperti yang diperintahkan mahkamah. Perkara ini tidak patut berlaku dan usaha Gan adalah supaya kerajaan negeri mengambil perhatian mengenai hal ini," katanya kepada wartawan yang hadir. Kerajaan Negeri Pahang Harus Bertanggungjawab Sementara itu Lim pula berkata perkara tersebut pernah dibawa ke parlimen dan mahu kerajaan negeri Pahang serta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (foto), bertanggungjawab di atas perkara tersebut. Malah beliau turut mengarahkan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan polis untuk terus memantau Gan yang mengancam untuk membakar dirinya. "Saya akan mencuba yang terbaik untuk menghentikan hal seperti ini. Kami membantu apa yang mampu. Dan saya telah arahkan ahli MBPJ dan polis untuk berada di sini kerana beliau (Gan) mahu membakar dirinya," kata Lim. Baik Lim mahupun Sivarasa, mereka tidak bersetuju dengan tindakan Gan membakar diri. Namun menyifatkan ia sebagai satu usaha berterusan untuk kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap isu ini. Pada September 2008, Kerajaan Negeri Pahang diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu. Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan. Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang dengan faedah pada kadar lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran. Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa Pengarah Perhutanan Negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai. Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik UMNO di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar. |
| Dakwaan Nazri Aziz NFCorp Langgar Syarat, Tidak Selesaikan "Isu Penyelewengan" Projek Tersebut ! Posted: 14 Feb 2012 09:34 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 15 Feb -Datuk Seri Nazri Aziz (foto) semalam mendakwa, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan."Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain. "Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu. Malah, Nazri turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC). "Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya," katanya. Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu. Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu "tidak mati" walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu telah pun digunakan. "Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa. "Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu," tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi. Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi "kesan" dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal. "Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju," tambah Nazri. PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan. Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas. Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya. Timbalan Perdana Menrteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kontroversi isu NFC. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |























Tiada ulasan:
Catat Ulasan