Pahang Daily Online |
- Panas: Saman Kes Balak Di Pahang, Pelabur SGM Beri Amaran Sanggup 'Bunuh Diri' Protes UMNO!
- Panas: 'Ceramah Perkasa', Ibrahim Ali Dakwa PAS Bodoh, Kata Nik Aziz Dan Anwar Umpama Beruk !!
- MPK Anjur Aktiviti Program "Kami Ambil Berat", Dengan Kerjasama Penaja Di Daerah Kuantan !!
| Panas: Saman Kes Balak Di Pahang, Pelabur SGM Beri Amaran Sanggup 'Bunuh Diri' Protes UMNO! Posted: 13 Feb 2012 07:58 AM PST |
| Panas: 'Ceramah Perkasa', Ibrahim Ali Dakwa PAS Bodoh, Kata Nik Aziz Dan Anwar Umpama Beruk !! Posted: 13 Feb 2012 04:47 AM PST ![]() KUANTAN, 13 Feb - Orang ramai yang hadir ke program ceramah umum Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini malam tadi, kecewa dengan beberapa kenyataan panas Datuk Paduka Ibrahim Ali (foto) terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Masing-masing terkejut dengan tuduhan tidak berasas Ibrahim Ali yang mengeluarkan berbagai perkataan kotor dan lucah terhadap dua pemimpin terbabit. Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka keluar dewan dan meninggalkan majlis ketika pemimpin itu belum menghabiskan ucapannya yang berapi-api itu. Ceramah anjuran Perkasa Negeri Pahang itu dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu yang majoritinya adalah ahli UMNO dan Perkasa sendiri. Terdapat juga beberapa orang penyokong pembangkang dan pelajar IPT yang dilihat hadir. Ceramah bermula jam 8.30 itu menampilkan cucu kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Zahid Mat Arip sebagai penceramah utama. Beliau banyak menceritakan pengalamannya berkerja dengan Anwar sehinggalah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang dipimpin oleh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Zahid mengejutkan orang ramai dengan "jerit pekik"nya ketika berceramah dan tidak sesuai untuk majlis yang diadakan secara tertutup di dalam dewan seperti itu. Ceramah kedua disampaikan oleh Prof Madya Ashraf Wajdi Dasuki. Beliau lebih banyak mengimbau sejarah perjuangan orang Melayu dari zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah sekarang. Beliau turut menyentuh isu-isu semasa, termasuk betapa pentingnya kuasa Melayu dikekalkan jika tidak mahu bangsa terjajah semula. Menyentuh soal tindakan pembangkang mempertikaikan kehadiran PM ke sambutan perayaan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Beliau berkata, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana Tok Guru Nik Aziz pun selalu hadir ke majlis di tokong-tokong Budhha di Kelantan. "Kenapa bila Nik Aziz hadir ke majlis itu boleh, tapi bila PM hadir tak boleh. Inilah budaya PAS yang hanya mencari kesalahan orang lain jer. Saya ada keluarkan gambar Nik Aziz dan Najib di Facebook sebagai bukti semua ini", katanya. Ibrahim Ali Mendakwa Orang PAS Memang Bodoh Sanggup Tuduh Nik Aziz Dan Anwar Macam Beruk Ibrahim Ali juga mendakwa, orang Melayu tidak layak menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan untuk membela Islam, Melayu dan Raja-Raja. Ini kerana PAS bukanlah "leader" kepada parti pembangkang sebaliknya Anwar Ibrahim (PKR) yang mengetuainya. Berbeza dengan UMNO, walau pun dikutuk oleh pembangkang tetapi UMNO yang mengetuai parti-parti lain dalam Barisan Nasional. "Orang Melayu perlu menyokong UMNO jika tidak mahu kehilangan kuasa. PAS tidak layak sebab mereka takut kepada Anwar Ibrahim. PAS sanggup bela "kaki liwat" sedangkan mereka tahu siapa Anwar", kata Ibrahim Ali. Nik Aziz katanya hanyalah pak turut "Bayangkan dalam isu Elizabeth Wong. Bila mengulas hal gambar bogel ADUN terbabit. Nik Aziz hanya menjawab kenapa pegi tengok!. Apakah ini melambangkan pemimpin Islam", tegas Ibrahim Ali. Menyentuh soal pakatan pembangkang pula, Ibrahim Ali menjelaskan PAS terutamanya Nik Aziz sudah hilang akal kerana sanggup bersekongkol dengan DAP yang menolak Islam dan Anwar Ibrahim kaki liwat. Ibrahim Ali juga menyamakan Anwar dan Nik Aziz sebagai beruk. "Beruk paling mahal harganya RM100,000 (Anwar Ibrahim), sebab beruk ni pandai liwat dan boleh masuk mahkamah. Tapi beruk yang dua ekor (Nik Aziz dan Lim Kit Siang) bodoh sebab hormat kepada beruk (Anwar)", kata Ibrahim Ali sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin. "Perkasa akan pastikan parti yang tidak pertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu kecundang pada Pilihanraya Umum kali ini. Kepada siapa lagi kita nak berharap untuk membela. Isu kepala babi diletakkan di masjid dan surau yang berlaku sekarang ini. Semua tu kerana ada pemimpin yang hina Islam dan Melayu sendiri. Mana pemimpin Islam yang kononnya bela Islam dalam isu ni. Semua takut untuk buat laporan polis. Mujurlah budak-budak Perkasa bangkit mempertahankan isu ini. Nak harap pemimpin Islam memang teruklah", tambahnya.![]() Inilah dia poster program ceramah umum Perkasa malam tadi Antara sebahagian daripada hadirin yang hadir pada majlis itu semalam [Apa yang pasti daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali ini, nampak benar Perkasa sebenarnya bukanlah "neutral" perjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja seperti yang didakwa beliau. Jelas dapat dilihat Perkasa lebih cenderung menyokong UMNO walau pun beliau mengatakan UMNO pun akan ditegur jika tidak betul. Tambahan pula, Ibrahim hanya mengutuk Pak Lah tetapi tidak berani menegur PM Najib Razak. Beliau salahkan Pak Lah kerana pecat dia dari UMNO. Secara amnya, ceramah yang disampaikan oleh Ibrahim Ali itu langsung tidak punyai nilai-nilai Melayu dan Islam yang diperkatakan. Penuh dengan kata nista, caci mencaci dan bercakap dengan lagak sombong dan bongkak. Ramai yang keluar dewan kecewa mendengar kenyataan Ibrahim Ali itu. Malah, termasuk juga dikalangan ahli dan penyokong UMNO yang turut hadir ke program itu. Jika inilah keadaannya, maka sia-sialah Ibrahim Ali mahu perjuangkan kebenaran yang dituntutnya itu. Eloklah beliau fikirkannya!]. |
| MPK Anjur Aktiviti Program "Kami Ambil Berat", Dengan Kerjasama Penaja Di Daerah Kuantan !! Posted: 12 Feb 2012 07:19 PM PST
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan