Sabtu, 11 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: UMNO Rela 'Cetak Buku Dan Edar' Kepada Pengundi Melayu Supaya Sokong BN Pada PRU-13

Posted: 11 Feb 2012 05:26 AM PST

KUANTAN, 11 Feb - UMNO Barisan Nasional nampaknya semakin kemaruk untuk menarik sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Tidak cukup dengan propaganda di media arus perdana, kini mereka menyebarkan pula buku berjudul "Pilihan Raya Umum Ke-13: Nak Pilih Siapa?" kepada orang ramai di sekitar bandar ini. Buku setebal 84 mukasurat itu mula diedarkan sejak minggu lalu, dan sasarannya ialah kepada pengundi Melayu di kawasan "hitam". Buku yang tidak dinyatakan penerbi itu kononnya dijual dengan harga RM14.99, tetapi apa yang berlaku ia diberikan secara percuma kepada orang ramai. Ada yang mendapatnya melalui tangan dan ada pula yang menerimanya melalui pos. Apa yang menarik, buku tersebut tidak dinyatakan penulisnya dan hanya menggelarkan ia ditulis oleh Cikgu Melayu. Terdapat mukadimah dan penutup berupa nasihat daripada guru-guru Melayu. Antara lain tercatat dibelakang kulit buku itu perkataan berbunyi "Ada yang menggelar pilihan raya umum ke-12 sebagai tsunami politik. Ramai pula yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu sudah tidak mungkin akan dapat mengembalikan kuasa politik di tanahair sendiri. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila Melayu merebut kuasa, kita sebenarnya menghakis kuasa yang ada pada kita. Sekarang, keadaan menjadi semakin genting bagi orang-orang Melayu kerana jika kita tersalah pilih, musnahlah bangsa Melayu buat selama-lamanya". Buku ini kononnya adalah jelmaan yang terbit daripada kesedaran guru-guru Melayu terhadap pentingnya perpaduan kembali bertaut dikalangan orang Melayu dan perlunya maklumat yang betul disampaikan kepada pengundi Melayu supaya rakyat tidak tertipu. Walau bagaimana pun, isi dan bahan-bahan yang dipaparkan di dalam buku itu sungguh menjijikkan kerana ia penuh dengan tipu daya, fitnah serta kenyataan yang karut semata-mata.


Kulit buku, naskah yang diedarkan di sekitar Kuantan itu
Pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Karpal Singh, Mat Sabu dan yang lainnya menjadi sasaran mereka. Dalam pada itu, pemimpin UMNO seperti Najib Tun Razak, Isa Samad, Rahim Thamby Chik, Mahyuddin Yassin, Hishamuddin Hussein menjadi sanjungan mereka. Kononnya itulah pemimpin Melayu yang wajar dikekalkan kerana perjuangan mereka yang ikhlas untuk orang-orang Melayu. Paling memualkan apabila buku tersebut juga memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan kenyataan "Bukan senang untuk menjadi wanita pertama Malaysia. Rosmah Mansor mempunyai jadual yang ketat untuk melaksanakan tugasnya demi kepentingan negara. Kita jangan terlalu mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dalam usaha untuk memburukkan imej Rosmah. Beliau sibuk melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan pelaburan bagi negara ini melalui aktiviti-aktivitinya sendiri supaya rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa. Kini ramai rakyat Malaysia mula mengenali Rosmah sebagai seorang yang sangat ramah dan prihatin. Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta", demikian pujian melampau penulis terbabit terhadap Rosmah Mansor. Apa pun, secara keseluruhannya buku tersebut memang sungguh memualkan. Bahkan, sesiapa sahaja yang membacanya pasti akan tersenyum sinis kerana tidak sanggup melihat betapa "bodohnya" pihak yang bertanggungjawab terbitkan buku itu.


Lagi bukti, muka surat kutuk Anwar, Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh

Ini pula muka surat dimana isteri PM, Rosmah Mansor dipuji oleh penulis

[Nampaknya, disaat Pilihan Raya Umum Ke-13 yang kian menjelang tiba ini maka macam-macam hal pula timbul. Sampai ada pihak yang tergamak mencetak buku untuk memburukkan pihak-pihak tertentu. Apa yang menarik buku itu khabarnya hanya diedarkan kepada pengundi Melayu di sekitar bandar Kuantan. Maknanya, pihak berkenaan memainkan sentimen perkauman bagi menarik undi. Kononnya jika dibiarkan kaum bukan Melayu menang maka kuasa orang Melayu akan terhakis. Padahal, umum mengetahui bahawa Melayu UMNO sudah tidak layak lagi untuk diberi kuasa kerana merekalah yang banyak menghakis kuasa orang Melayu selama ini. Tanah Rizab Melayu dibiarkan diambil oleh bukan Melayu begitu saja atas nama pembangunan. Akhirnya orang-orang Melayu merempat di bumi sendiri, sedangkan bukan Melayu dan pendatang asing diberi tempat oleh pihak atasan. Oleh itu, tidak perlulah diterbitkan buku seperti ini yang sememangnya akan memalukan mereka sendiri akhirnya].

Blogger Cucumatkilau Kecewa Permohonan Sertai PAS "Tidak Di Layan Dengan Baik" Oleh Parti Itu !!

Posted: 11 Feb 2012 02:41 AM PST

KUANTAN, 11 Feb - Blogger panas dan kontroversi Pahang, Mohd Shukri Mohd Ramli @ Cucumatkilau (foto) hari ini meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang "menggantung beliau tak bertali". Ini kerana sudah begitu lama dia menghantar permohonan untuk menyertai parti itu, namun sehingga kini keahliannya masih belum diluluskan. Anehnya, dalam masa yang sama PAS begitu mudah menerima golongan artis dan selebriti terkenal tanahair untuk berjuang di dalam parti itu. "Saya terpaksa membuat pendedahan panas ini bagi tidak menimbulkan fitnah kepada orang ramai terutamanya ahli-ahli PAS kononnya saya tidak mahu mengikut jemaah mereka. Walhal, hanya beberapa kerat individu yang tahu apa yang tersurat di hati saya selama ini", katanya. Beliau yang sudah lama mengisi borang keahlian PAS dan beberapa kali mahu mengisytiharkan dirinya menyertai parti itu, namun hingga kini masih tiada jawapannya. "Saya masih ingat ketika mengisi borang PAS di Masjid Balok sewaktu kuliah Ustaz Azhar Idrus di sana. Yuran keahlian sudah dibayar, lengkap dengan saksi ... malah pihak PAS kawasan Indera Mahkota juga ada menghubungi saya untuk mengesahkan permohonan tersebut sebelum di hantar ke pusat. Namun sampai sekarang semuanya tinggal kenangan. Rasa saya sudah hampir tiga tahun peristiwa itu berlalu. Saya hairan, PAS begitu mudah menerima artis sebagai ahli mereka, tetapi saya yang sudah lama berjuang dan sering naik ke pentas-pentas ceramah PAS tidak diberi perhatian yang sewajarnya", kata Shukri. Beliau turut kecewa dengan beberapa orang kepimpinan PAS Pahang yang tidak mengambil berat urusan terbabit dan dalam masa yang sama mereka mengutuk beliau kononnya dia tidak mahu mengikut jemaah.

Percubaan Untuk Sertai PAS Di PRK Kerdau Gagal

Menurut Shukri lagi, dia sudah beberapa kali memaklumkan perkara itu kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS di Pahang, namun jawapannya tetap sama iaitu sabar. "Saya sudah lama bersabar, dalam masa yang sama orang-orang PAS kutuk saya sedangkan saya lebih akrab dengan mereka selepas keluar dari PKR pada 11 Februari 2011 yang lalu. Tapi, apa yang berlaku sebaliknya. Seingat saya sudah empat kali saya meminta kebenaran daripada pimpinan PAS untuk mengumumkan penyertaan saya ke dalam parti itu di hadapan orang ramai. Pertamanya, ketika Pilihanraya Kecil DUN Kerdau. Gimik penyerahan borang keahlian telah saya lakukan dan disaksikan oleh beberapa orang kepimpinan PAS pusat di bilik rehat calon ketika itu. Borang diserahkan kepada kepimpinan PAS Pahang yang kemudiannya berjanji akan buat majlis pengisytiharan kemasukan saya di hadapan Presiden PAS dalam satu ceramah pada malam itu. Namun, sebaliknya ia dibatalkan atas alasan ada isu kemasukan orang kuat UMNO. Jika saya berbuat demikian, maka cerita pemimpin UMNO itu akan dipinggirkan oleh media arus perdana. Akhirnya dia berjanji akan buat majlis ketika Anwar datang, tapi bila sampai tarikh ditetapkan... alasan lain pula diberikan iaitu tidak mahu PKR berkecil hati sebab saya dari PKR.. kalau saya dari UMNO tidak jadi masalah", kata Shukri. Semua gambar-gambar dan bukti kejadian ini sudah dirakamkan oleh beberapa orang jurukamera termasuk seorang blogger terkenal dari Perak iaitu Wak Albanjari. Malah, banyak blog yang menghentam beliau akibat isu ini, hingga membawa "kehilangan" beliau beberapa hari sebelum hari pengundian PRK Kerdau. Antaranya yang bertajuk "Blogger CMK Hilang Arah?" di blog Melayu Muda. Malah blog PAS Pahang sendiri membuat persoalan bertajuk "Ke Mana Blogger CMK? Bersama PAS Atau UMNO"?.

Empat Kali Cuba Isytihar Masuk PAS Tetapi Gagal

Selepas kejadian itu beliau dikatakan juga memohon untuk isytihar masuk PAS di Putra Balok ketika Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu datang berceramah di situ. Namun hasrat itu gagal apabila tiada pimpinan PAS yang memberi jawapan dan khabarnya perlu tunggu persetujuan pucuk pimpinan tertinggi parti. "Saya kemudian merayu lagi untuk umum masuk PAS ketika program Ijtimak Tarbawi 2011 Dewan Pemuda PAS di Taman Melewar tahun lepas. Saya maklumkan kepada dua pimpinan teringgi PAS dari Pahang. Namun hasrat itu juga tidak terlaksana apabila masing-masing tidak memberi respond yang positif terhadap permohonan saya. Maka, kini apa yang boleh saya lakukan ialah bersabar dan terus bersabar. Saya tidak tahu sampai bila harus bersabar tambahan pula Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin hampir. Jika mereka tolak permohonan saya sila maklumkan supaya saya boleh tentukan pilihan sendiri. Kini saya benar-benar kecewa dan mungkin akan terus jadi aktivis rakyat jika diizinkan. Memang saya ada dapat tawaran untuk sertai parti lain dan NGO tertentu. Apapun, saya akan buat keputusan tersebut bila tiba masanya kelak", tambah Shukri lagi.

[Jika dilihat kepada rentetan peristiwa yang berlaku ini, bermakna sudah empat kali Blogger Cucumatkilau cuba isytihar menyertai PAS namun semuanya gagal. Sedangkan borang permohonan sudah dihantar bertahun yang lalu. Susulan dengan ini kemungkinan besar beliau akan menjadi Aktivis Bebas mengikut jejak langkah Ustaz Azhar Idrus yang menjadi Pendakwah Bebas seperti sekarang ini. Diharap dengan pendedahan beliau ini, maka tidak timbul lagi soal beliau tidak mahu mengikut jemaah seperti yang diwar-warkan oleh ramai ahli PAS sekarang ini. PAS wajar membuka ruang untuk memudahkan orang luar menyertai mereka, tidak kiralah dari PKR (Pakatan Rakyat) atau sebaliknya. Difahamkan, kegagalan beliau kemungkinan besar kerana dia keluar dari PKR dan bukannya dari UMNO untuk sertai PAS. Apapun, sila baca luahan hati blogger terbabit di blog peribadi beliau selepas genap setahun menjadi Aktivis Bebas (Rakyat) selepas keluar dari PKR pada 11 Februari 2011 yang lalu. Semoga pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian terhadap isu beliau ini].

AGM KPF: ANAK Dakwa Perwakilan Akan Di Sogok

Posted: 11 Feb 2012 01:57 AM PST



[Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) akan mendapatkan perintah Injuksi mahkamah bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda meneruskan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 22 Februari ini. Ia tindakan kali kedua selepas usaha yang sama diambil akhir tahun lalu. Pada masa yang sama Pengerusinya, Mazlan Aliman menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau EGM itu bagi mengelakkan sebarang usur rasuah dan sogokan wang. Katanya, mereka bimbang sekiranya wujud perbuatan sogokan kepada perwakilan agar bersetuju dengan usul dibawa].

Panas: Ustaz Azhar Idrus 'Nafi Dia Ahli PAS', Serta Akan Bertanding Atas Tiket Parti Itu Pada PRU Ini

Posted: 10 Feb 2012 10:16 PM PST

Sudah pasti ramai yang terkejut apabila pendakwah terkenal tanahair Ustaz Azhar Idrus, (foto) menyatakan bahawa beliau bukanlah ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). Selama ini ramai yang menyangka beliau adalah ahli parti itu, bila mana melihat dia sering hadir dalam program-program anjuran PAS malah gemar menempelak UMNO BN dalam ceramah atau kuliah yang disampaikannya di seluruh negara. Ustaz Azhar menjawab kontroversi itu baru-baru ini bagi menafikan dia akan menjadi calon PAS untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. "Saya bukan ahli PAS. Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli PAS. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik," kata beliau ketika ditanya wartawan. "Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon PAS pada pilihan raya akan datang. Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati," tambah beliau. Kini tersebar desas-desus hangat di Terengganu mengatakan beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang pada PRU itu nanti. Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk PAS meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu. Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran PAS. "Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah PAS atau siapa. UMNO pula kurang jemput saya ceramah," katanya. Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka. "Bukan PAS saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang," kata beliau lagi.


Poster program kuliah terbaru Ustaz Azhar di Kuantan
[Kenyataan terbaru Ustaz Azhar Idrus ini pasti membuatkan ramai pihak terutamanya penyokong PAS terkedu. Apatah lagi dalam setiap kali kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar selama ini, majoriti mereka yang hadir mendengarnya ialah ahli-ahli dan penyokong PAS. Persoalannya, kenapa Ustaz Azhar sendiri tidak berada dalam jemaah atau saf kepimpinan PAS terutamanya di negeri kelahiran beliau Terengganu Darul Iman?. Apapun, kemungkinan pengakuan beliau ini penuh dengan kontroversi. Tambahan pula Ustaz Azhar dipercayai kerap hadir di sebelah pihak PAS pada hari pencalonan mana-mana Pilihanraya Kecil di negara kita selama ini. Jika benar dia bukan ahli PAS, kenapa UMNO begitu takut untuk mengundang beliau membuat kuliah dan tazkirahnya di seluruh negara. Semoga apa yang diperjuangkan oleh Ustaz Azhar akan diterima oleh semua pihak selepas ini. Tidak timbul lagi soal ada yang melabelkan beliau adalah ahli PAS semata-mata kerana dia sering menyebut "JKKK" sebagai bahan gurauan sinis ketika beliau menyampaikan kuliah-kuliahnya selama ini].

Eksklusif: Ceramah Anwar Ibrahim Di Doha Qatar

Posted: 10 Feb 2012 02:35 PM PST

Najib Di Gesa Selesaikan Masalah Kemiskinan, Di Pekan Sebelum Terus Tabur Janji Di Merata-Rata

Posted: 10 Feb 2012 01:59 PM PST

PEKAN, 11 Feb - Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri. Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang. Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib 'penduduk import' orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang. "Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan. "Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka."Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan UMNO dan BN selama ini," katanya. Tinjauan ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada. Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971. Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka. Difahamkan, pernah UMNO menjalankan program 'Gempur Kemiskinan' dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa. Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi. Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial juga teruk dengan penagihan dadah dan juga gejala anak luar nikah.


Kemisikinan yang melanda rakyat Pekan terutamanya di Kuala Pahang
begitu jelas dengan deretan rumah usang yang berhimpit-himpit


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini majoriti pelajarnya keturunan Melayu

"Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah," katanya. Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob. Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim. Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Manakala Najib pula hanya menang tipis pada tahun itu dengan majoriti 241 undi. "Sekarang ini Najib dan pemimpin UMNO lain berjanji di negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah selesai. Kami minta selesaikan dulu masalah di Kuala Pahang ini," tegas Ustaz Abu Kassim Manaf. sumber

Razali Alias Menafikan Pakatan Rakyat DUN Chini Hadapai Masalah Tentukan Parti Mana Jadi Calon

Posted: 10 Feb 2012 01:33 PM PST

KUANTAN, 11 Feb - Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) hari ini menafikan bahawa Pakatan Rakyat bermasalah dalam menentukan calon bagi kerusi DUN Chini pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan artikel terdahulu kami yang bertajuk Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini semalam. Kata Razali, sebenar apa yang berlaku timbul sedikit masalah kecil kerana calon-calon yang ingin ditampilkan oleh kedua-dua parti (PAS dan PKR) adalah yang berkaliber dan boleh diterima oleh rakyat. "Bagi saya tidak timbul perbalahan, malah dalam BN sendiri pun perkara ini berlaku, malah lebih hebat daripada apa yang kita sangka", kata Razali. Beliau turut mendakwa, semua pihak supaya menerima ketetapan yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri. "Kita harus akur dengan keputusan pimpinan tertinggi parti. Biar mereka yang putuskan. Apa yang penting ialah Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan merampas kembali kerusi DUN Chini yang pernah dimenangi pada PRU-10 dulu. Kita ada banyak isu yang boleh mengubah persepsi rakyat (peneroka) terhadap pembangkang sekarang. Isu Felda dan isu sikap bermewah-mewah ADUN Chini sekarang dan proksi-proksinya amat berkesan di hati pengundi di sini pada masa sekarang. Maka itu, saya berharap siapa sahaja yang menjadi calon semua pihak harus menerimanya dengan sebulat suara. Tidak perlu ada protes yang akan merosakkan peluang kita menang. Jalan perbincangan masih terbuka dan kami senantiasa adakan pertemuan untuk membincangkan hal ini", kata Razali Alias lagi.

[Apapun penjelasan yang dibuat, kini rakyat terutamanya masyarakat peneroka sememangnya sudah benci dengan UMNO BN. Mereka pasti akan melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang. Segala masalah haruslah diselesaikan dengan segera bagi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat itu sendiri. Jalan terbaik keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti haruslah diterima oleh semua pihak. Tidak perlu timbul rasa cemburu atau sebaliknya andai calon pilihan kita tidak terpilih. Muhasabah diri dan terimalah takdir dengan hati terbuka. Perjuangan yang lebih besar ialah menumbangkan UMNO BN dan bukannya berbalah sesama sendiri. Ingatlah, rakyat melihat semua ini dengan mata dan kepala mereka. Maka, lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang].

Panas: Kadir Dakwa UMNO Kini Sudah Terpesong

Posted: 10 Feb 2012 01:24 PM PST

Tiada ulasan: