Pahang Daily Online |
- Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini
- Zaid Ibrahim Dakwa Nasib "Parti KITA", Bakal Di Tentukan Selepas Mesyuarat Pada 25 Februari Ini
- Rafizi: PKR Mahu Kerajaan "Dedah" Sepenuhnya Kandungan Perjanjian Pinjaman Kepada NFCorp
- Dua ADUN PKR Dakwa, Kenyataan Raja Petra Isu Pasir Adalah Usaha Alih Pandangan Skandal NFC
- Ahmad Maslan: Shahrizat Jalil 'Tidak Perlu' Letak Jawatan Isu NFC Kerana Tiada Kaitan Dengannya
- Panas: PAS Berikan Tempoh Tiga Hari Supaya MB Trengganu Tarik Balik Tuduh "Parti Ajaran Sesat"
- Panas: Mufti Perak Kecewa, Najib Sanggup "Gadai Akidah" Hadir Upacara Thaipusam Di Batu Caves!
- Ceramah "Perkasa" Bersama Ibrahim Ali, Ruslan Kassim Dan Prof. Madya Asraf Wajdi Di Kuantan!
- Video: Tiga Dekad Kebangkitan PAS Di Kelantan !
- Panas: Anak Shahrizat 'Pertahan' Pelaburan NFC, Tetapi Bercanggah "Pendedahan Pegawai" MOF !!
- Bagaimana Kerajaan "Bunuh" Peruncit Malaysia !
- Panas: Bekalan Elektrik Terputus Petang Semalam Dan Pagi Tadi, Separuh Bandar Kuantan Lumpuh
- SPR Tidak Perlu Takut Kepada Pemerhati Luar !
| Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini Posted: 10 Feb 2012 04:02 AM PST ![]() PEKAN, 10 Feb - Pakatan Rakyat (pembangkang) kini masih bercelaru dan belum mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah calon yang akan bertanding di kerusi DUN Chini, Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Difahamkan, kedua-dua parti iatu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini berminat untuk meletakkan calon mereka di kawasan itu. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 (2008) yang lalu, calon BN, Abu Bakar Harun menang ke atas calon PAS, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abd Karim dengan majoriti 4,524 undi. Calon BN itu mendapat 7,398 undi, manakala Ustaz Fadhil (PAS) hanya mendapat 2,874 undi. Susulan dengan itu, PKR khabarnya berminat untuk bertanding semula di kerusi itu berdasarkan kepada rekod mereka pernah menang pada Pilihanraya Umum ke-10 (1999) bila mana calon KeADILan, Mohd Jafri Abdul Rashid menang ke atas calon BN iaitu Dato' Wan Razali Wan Mahussin (Speaker DUN Pahang sekarang) dengan majoriti tipis sebanyak 5 undi sahaja. Jafri mendapat 4,060 undi manakala Wan Razali mendapat 4,055 undi. Keputusan memeranjatkan itu diluar jangkaan sebenarnya. Namun, mungkin dek kerana gelombang reformasi yang melanda selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia berlaku. Ini menyebabkan UMNO BN di DUN Chini bagai "cacing kepanasan". Mereka tidak menyangka, Dato' Wan Razali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika itu boleh ditewaskan. Namun selepas itu Jafri gagal untuk mempertahankan kerusi terbabit apabila dia kecundang dengan majoriti 4,005 undi kepada calon BN, Abu Bakar Harun. Calon BN itu mendapat 6,664 undi, manakala Jafri hanya mendapat 2,659 undi iaitu satu jumlah yang begitu jauh dari kejayaan beliau menewaskan BN pada pilihanraya umum sebelum itu. Kekalahan Jafri ini menyebabkan beliau kemudian beralih arah pada Pilihanraya Umum ke-12, bila bertanding pula di kerusi Parlimen Paya Besar menentang Datuk Abdul Manan Ismail (BN). Walau bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 8,503 undi. Abdul Manan ketika itu mendapat 19,355 undi, manakala Jafri 10,852 undi. Lantaran itulah, kerusi DUN Chini telah ditandingi Ketua Pemuda PAS Pekan, Ustaz Mohd Fadhil Noor. Kini, siapakah calon yang paling sesuai kali ini agaknya?. [Berdasarkan rekod sejak PRU-10 (selepas Pakatan Rakyat bergabung), PKR telah bertanding dua kali di DUN Chini manakala PAS baru sekali. Maka itulah PAS mendakwa mereka lebih layak untuk bertanding di kerusi DUN Chini pada kali ini. Namun, apa yang berlaku pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang sudah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Chini akan diberikan kepada PKR dan parti itu sudah pun mengenalpasti beberapa calon yang akan bertanding di situ. Namun, berita panas diterima apabila sebahagian besar kepimpinan PAS di Peti Undi DUN Chini mahu calon dari parti mereka yang bertanding. Ini menimbulkan konflik, dan bakal mengugat kekuatan Pakatan Rakyat jika ia tidak ditangani dengan betul. Difahamkan, ada dikalangan pemimpin PAS setempat yang sudah awal-awal lagi mahu membuat protes jika PKR bertanding di situ. Malah, dalam beberapa mesyuarat yang diadakan baru-baru ini ternyata kepesepakatan masih belum diperolehi lagi. Alasan yang diberika oleh PAS, kononnya PKR tidak mempunyai jentera yang cukup untuk bertanding di situ. Malahan, kata mereka PAS lebih layak kerana sudah bersiap sedia dengan jentera mereka sedangkan PKR masih terkial-kial untuk menubuhkan cawangan (ranting) parti itu di DUN Chini. Persoalannya, siapakah yang paling layak untuk bertanding di kerusi DUN Chini kali ini. PAS dan PKR perlu mencari kata sepakat yang terbaik agar tidak ada mana-mana pihak yang kecewa dengan keputusan yang akan ditetapkan. Apapun, pada PRU-13 kali ini Pakatan Rakyat dijangka berupaya merampas semula kerusi DUN Chini berdasarkan kepada sokongan kuat masyarakat peneroka Felda terhadap parti pembangkang]. |
| Zaid Ibrahim Dakwa Nasib "Parti KITA", Bakal Di Tentukan Selepas Mesyuarat Pada 25 Februari Ini Posted: 10 Feb 2012 01:18 AM PST
|
| Rafizi: PKR Mahu Kerajaan "Dedah" Sepenuhnya Kandungan Perjanjian Pinjaman Kepada NFCorp Posted: 10 Feb 2012 12:54 AM PST
Malah, Rafizi juga menyoal hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini boleh menjamin projek negara seperti NFC dapat dilaksanakan dengan berkesan?" katanya lagi. Sehubungan itu, Rafizi menyoal, berapa banyak lagi perjanjian pinjaman seperti ini yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan. Kata beliau, apakah pemilik dan pengurusan NFCorp ada memberi jaminan peribadi dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman. |
| Dua ADUN PKR Dakwa, Kenyataan Raja Petra Isu Pasir Adalah Usaha Alih Pandangan Skandal NFC Posted: 10 Feb 2012 12:37 AM PST
|
| Ahmad Maslan: Shahrizat Jalil 'Tidak Perlu' Letak Jawatan Isu NFC Kerana Tiada Kaitan Dengannya Posted: 10 Feb 2012 12:24 AM PST
[Nampaknya, Ahmad Maslan masih cuba untuk mempertahankan Sharizat dalam isu ini. Tidak kira dia siapa, tapi projek itu diberikan kepada keluarganya. Makanya disitu ada wujudnya unsuk kronisme. Tidak perlulah mahu mempertahankan diri lagi. Tambahan pula, pendedahan yang dibuat siap dengan bukti-bukti bergambar. Dokumen yang berkaitan juga didedahkan. Tidak mungkin Sharizat langsung tidak ambil tahu apakah urusan perniagaan yang dilakukan oleh suami dan anak-anaknya. Ini satu sandiwara untuk menutup mata rakyat kononnya dia tidak bersalah. Berpijaklah dibumi yang nyata dan Ahmad Maslan tidak perlu cuba menjadi juara untuk menjaga imej Ketua Wanita UMNO yang menanti rebah itu. Shahrizat kini adalah liabiliti kepada UMNO BN pada PRU13 ini]. |
| Panas: PAS Berikan Tempoh Tiga Hari Supaya MB Trengganu Tarik Balik Tuduh "Parti Ajaran Sesat" Posted: 10 Feb 2012 12:07 AM PST
[Kenyataan MB Terengganu ini sungguh mengejutkan, di saat ramai yang mengatakan dia lebih rapat dengan orang-orang PAS daripada kalangan orang UMNO sendiri. Malah, beliau dikatakan sering muncul dalam program-program anjuran PAS mutakhir ini terutamanya di kawasan beliau. Namun, bila membuat tuduhan PAS "Parti Ajaran Sesat" ia terus menjatuhkan imej Ahmad Said sebenarnya. Ungkapan itu telah lama tidak kedengaran dan hanya dibuat oleh mat-mat rempit di tepi-tepi jalan atau generasi muda yang dulunya menolak PAS. Namun kini, ramai dikalangan mereka sudah bersama parti itu. Anehnya Ahmad Said masih tergamak membuat kenyataan dangkal seperti itu. Wajarlah PAS ambil tindakan terhadap Menteri Besar Terengganu atas kenyataan yang cukup biadap ini]. |
| Panas: Mufti Perak Kecewa, Najib Sanggup "Gadai Akidah" Hadir Upacara Thaipusam Di Batu Caves! Posted: 09 Feb 2012 11:33 PM PST ![]() KUALA LUMPUR, 10 Feb - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (foto) melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. "Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya. Beliau menambah Menteri Hal Ehwal Agama Islam atau Penasihat Agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. "Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka. "Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap Perdana Menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu. Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010. "Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah. "Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri Majlis Rumah Terbuka tetapi bukan untuk Upacara Keagamaan. sumber |
| Ceramah "Perkasa" Bersama Ibrahim Ali, Ruslan Kassim Dan Prof. Madya Asraf Wajdi Di Kuantan! Posted: 09 Feb 2012 10:24 PM PST ![]() KUANTAN, 10 Feb - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Pahang akan mengadakan satu ceramah umum yang berkisarkan bertajuk "Ketuanan Melayu Di Cabar, Agama Islam Di Hina, Raja-Raja Melayu Di Permainkan Dan Murtad Berleluasa" di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota dekat sini, jam 8.30 malam pada 12 Februari ini (Ahad). Penderamah undangan yang bakal menyampaikan hujjah mereka ialah Dato' Paduka Ibrahim Ali (Presiden Perkasa), Saudara Ruslan Kassim (Ketua Penerangan Perkasa) dan Prof. Madya Asraf Wajdi Dusuki (Naib Presiden Perkasa). Rasanya inilah kali pertama tiga pemimpin hebat Perkasa akan turun dalam satu program di Kuantan. Harus dingat, mereka ini bukan calang-calang orang kerana masing-masing mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Dato' Paduka Ibrahim Ali misalnya, merupakan wakil rakyat bebas walau pun bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 dulu. Beliau terkenal dengan kelantangannya dalam menggasak isu-isu panas yang berlaku dalam negara kita. Beliau berani bersuara dan tidak takut dengan sesiapa. Keterampilan beliau itulah menyebabkan langkah beliau menubuhkan Perkasa telah disokong oleh ramai pengikutnya. Sementara itu, Prof. Madya Asraf Wajdi Dusuki pula adalah seorang tokoh muda yang pernah bertanding atas tiket UMNO BN dalam pilihanraya sebelum ini. Beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan kini merupakan Ketua Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Manakala itu, Ruslan Kassim pula adalah bekas orang kuat Keadilan yang telah sertai UMNO semula selepas kecewa dengan parti itu. [Maka, gabungan tiga pemimpin hebat ini dijangka dapat menarik perhatian orang ramai untuk hadir. Justeru, kepada anda yang berkesempatan bolehlah hadir pada malam itu nanti. Buka mata dan minda untuk mendengar dan memikirkannya. Cuma, apa yang diharapkan agar tiada kejadian yang tidak diingini seandainya ada muka-muka kontroversi hadir dalam program ini nanti. Kita tidak mahu peristiwa beberapa orang penyokong UMNO BN yang menghalau ahli parti lain semasa mereka mahu hadir mendengar ceramah Datuk Dr.Hasan Ali di Dewan Tun Razak Temerloh baru-baru ini berulang kali ini. Walau pun Perkasa di lihat sebuah NGO, namun orang ramai lebih sinonim NGO itu dibayangi oleh UMNO. Samalah apa yang berlaku di Temerloh itu. program anjuran NGO Pahangku, tapi kerana dibayangi oleh UMNO maka ada yang tergamak menghalang orang ramai untuk masuk mendengar. Oleh itu, kami amatlah berharap pihak-pihak yang berkenaan bersikap lebih terbuka pada kali ini]. |
| Video: Tiga Dekad Kebangkitan PAS Di Kelantan ! Posted: 09 Feb 2012 09:26 PM PST |
| Panas: Anak Shahrizat 'Pertahan' Pelaburan NFC, Tetapi Bercanggah "Pendedahan Pegawai" MOF !! Posted: 09 Feb 2012 09:09 PM PST ![]() KUALA LUMPUR, 10 Feb -Kenyataan CEO National Feedlot Corporation (NFC) bahawa pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah bercanggah dengan maklumat yang diterima Jawatankuasa Kira Kira Awam (PAC). Jika kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFC Wan Shahinur Izmir Salleh (foto) itu benar bermakna, kenyataan pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) palsu. Selepas mendapat tekanan hebat termasuk pendedahan pembelian dua lagi kondo mewah di Singapura, CEO NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh semalam berhujah bahawa pembelian itu tidak salah. Ini kerana perjanjian pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada NFC tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu. Mempertahankan pembelian kondo-kondo mewah di bawah nama bapanya Datuk Seri Mohamad Salleh, yang juga pengerusi NFC, Izmir, yang juga anak kepada Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata tindakan syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju. Malah, katanya perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan. Namun, menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, kenyataan Izmir bercanggah dengan dengan maklumat yang diterima PAC pada mesyuarat 23 November tahun lepas. "Pegawai Senior Kementerian Kewangan (MoF) telah secara spesifik menyatakan bahawa pinjaman (kepada NFC) tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, dan ia sememangnya tiada peruntukan untuk pinjaman tersebut dilaburkan dalam bidang hartanah. "Pegawai itu turut menyatakan bahawa tujuan pengeluaran setiap kali pinjaman mesti dinyatakan dengan jelas. Disoal lanjut, pegawai itu mengesahkan bahawa MoF yang mengeluarkan RM250 juta itu tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membeli hartanah," kata Pua dalam satu kenyataannya pada hari ini. Anak Shahrizat Terbukti Berbohong Pertahan NFC Oleh itu, Tony Pua (foto) berkata sekiranya pegawai itu bercakap benar, maka Izmir telah terbukti berbohong mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan lagi. Dalam mesyuarat itu juga, Pua berkata PAC telah meminta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan skandal NFC termasuk perjanjian pinjaman, jadual bayaran, syarat-syarat yang dikenakan MoF pada pinjaman tersebut kepada komitee tersebut untuk semakan dan pengesahan. Namun begitu, kata Pua mesyuarat PAC yang sepatutnya berlangsung bulan Januari lepas untuk membincangkan isu NFC dan juga projek berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad masih tidak dipanggil. "Kita berharap benda ini tidak lagi ditangguh kerana rakyat berhak mengetahui kebenaran secepat mungkin terutamanya apabila projek ini telah menjadi skandal seluruh negara," tegas beliau. NFC mula mendapat perhatian apabila Ketua Audit Negara melaporkan bahawa projek tersebut hanya menghasilkan 3,289 ekor lembu, atau 41.1 peratus daripada sasaran yang ditetapkan untuk 2010. Pada tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC dilaporkan mengalami kerugian RM7 juta dan RM11 juta. Perkara itu kemudian disusuli dengan pendedahan panas oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memaparkan bagaimana pinjaman RM250 juta itu, yang diluluskan secara kontroversi pada zaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi Menteri Pertanian, telah digunakan untuk percutian, pembelian kondo mewah, Mercedez Benz dan tanah di Putrajaya. Terbaru, Rafizi dedahkan RM34 juta wang NFC telah digunakan untuk membeli dua lagi kondo mewah di Marina Bay, Singapura. |
| Bagaimana Kerajaan "Bunuh" Peruncit Malaysia ! Posted: 09 Feb 2012 09:01 PM PST |
| Panas: Bekalan Elektrik Terputus Petang Semalam Dan Pagi Tadi, Separuh Bandar Kuantan Lumpuh Posted: 09 Feb 2012 09:00 PM PST ![]() KUANTAN, 10 Feb - Orang ramai di sekitar bandar ini resah dan gelisah akibat masalah keputusan bekalan elektrik yang melanda sejak semalam. Difahamkan, hampir separuh bandar Kuantan lumpuh akibat masalah terbabit. Petang semalam, gangguang bekalan elektrik berlaku hampir 20 minit bermula jam 7.30 petang. Walau pun ada sebahagian kawasan telah dibaik pulih namun masih ada kawasan lain yang masih bermasalah sebenarnya. Bekalan berjaya dipulih beberapa jam selepas itu. Manakala di sebelah pagi ini, sekali lagi bekalan elektrik terputus hampir satu jam lamanya. Orang ramai menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat apa yang berlaku sebenarnya. Kami gagal menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Akibat keputusan bekalan elektrik banyak operasi perniagaan terjejas dan ia melumpuhkan terus aktiviti ekonomi di sekitar bandar ini. Kesesakan lalulintas juga berlaku di sana sini akibat lampu trafik yang gagal berfungsi. Keadaan menjadi kelam kabut dan orang ramai menjadi panik. Masing-masing menyerbu keda-kedai yang berhampiran untuk mendapatkan lilin. Jualan lilin "sold out", malah ada yang menjualnya dengan harga yang jauh berbeza dari hari biasa. Apapun, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku. [Kejadian terputus bekalan elektrik yang berlaku amatlah mengejutkan kerana masing-masing tidak bersedia berhadapan dengan keadian serupa itu. Malah, difahamkan lalulintas sekitar bandar Kuantan lumpub teruk apabila lampu isyarat tidak berfungsi. Apa yang pasti, orang ramai perlu bersedia berhadapan dengan risiko sebegini pada masa-masa yang akan datang. Jangan sudah terantuk baru tergadah, masa yang sama baru mahu mendapatkan alatan seperti lilin dan lampu picit. Semua yang berlaku adalan pengajaran besar buat kita semua. Apapun, TNB perlu bertanggungjawab atas segala kerugian yang dialami oleh pelanggan akibat masalah yang berlaku. Kami masih lagi menantikan info apakah puncanya]. |
| SPR Tidak Perlu Takut Kepada Pemerhati Luar ! Posted: 09 Feb 2012 08:25 PM PST |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan