Khamis, 9 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Haji Ekpress: Tabung Haji Di Gesa Siasat Siapakah Yang Urus "Orang Najib", Pergi Haji Tahun Lepas!

Posted: 09 Feb 2012 02:54 AM PST

Seorang juruanalisa sistem Tabung Haji mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga tuduhan terlibat dalam pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji pada Jun 2010. Turut didakwa ialah seorang pegawai kerani Tabung Haji yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM6,750 sebagai upah menolong menguruskan nama-nama jemaah haji pada tahun 2010 yang tidak layak menunaikan haji. Hakim Rozilah Salleh menetapkan kedua-dua tertuduh, Afizul Md. Yasin, 34, dan Roslan Mohamed Som, 47, diikat jamin RM20,000 seorang. Bila diperkatakan soal "Haji Ekspres" , umum sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh tertuduh dalam kes ini. Sebelum ini kita sudah digemparkan dengan istilah berkenaan bila mana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berjaya mencipta "rekod dunia" dalam bab-bab urusan haji. Malah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sendiri melahirkan rasa terkejut dengan laporan Najib dan isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. Jika diperkatakan bab-bab "Haji Ekspres" Tabung Haji juga perlu menyiasat, bagaimana Najib boleh membawa beratus-ratus Ketua Kampung (JKKK) dan Ketua UMNO di kawasan beliau (Parlimen Pekan) menunaikan "Haji Ekspres" tahun lalu. Difahamkan, gara-gara kuota milik orang lain diambil maka ramai dikalangan jemaah haji yang terkandas untuk menunaikan ibadah itu. Najib dikatakan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Tabung Haji memasukan senarai nama "orang-orangnya" sebagai hadiah persediaan menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Mereka yang layak ialah Ketua Kampung dan Ketua UMNO yang belum menunaikan ibadah tersebut. Paling mengejutkan, ada diantara mereka yang tidak langsung menyertai apa-apa kursus haji ketika itu. Ini menyebabkan mereka gagal menjalankan urusan haji mengikut ketetapan yang telah difardhukan kepada umat Islam. Tabung Haji sepatutnya menyiasat, bagaimana Najib boleh memunggah orangnya pergi haji sedangkan mereka tidak pernah pun mendaftar sebelum ini. Sudah pasti ada "orang dalam" yang terlibat.


Najib dan Rosmah cetuskan kontroversi bila buat haji dalam masa terpendek

[Tabung Haji digesa jalan siasatan, bagaimana nama-nama "orang-orang Najib" ini boleh tersenarai sedangkan mereka tidak perlu menunggu lama untuk berbuat demikian. Maknanya, Najib telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pegawai Tabung Haji membuang nama bakal-bakal haji yang sudah berdaftar untuk digantikan dengan nama-nama orang beliau dari Parlimen Pekan. Perkara ini tidak perlu disembunyikan lagi dan sememangnya telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat Pekan. Ini jelas merupakan satu penyelewengan dan penganiayaan terhadap bakal-bakal haji yang sudah bertahun-tahun menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut. Apa yang berlaku jelas sekali merupakan "Haji Ekspres" yang sama dengan apa yang didakwa. Apakah, dek kerana ia melibatkan orang-orang PM maka mereka tidak berani bertindak malah menyiasat?. Kenapa bila kena kepada orang biasa mereka dengan pantas mahu mendakwa dan menyiasat siapa yang terlibat. Justeru, sila siasat siapa yang uruskan pemergiaan haji orang-orang Najib ini dengan kadar segera].

"Himpunan Hijau 2.0", Semua Di Jemput Hadir !!

Posted: 09 Feb 2012 02:42 AM PST

Eksklusif: Pemimpin PKR Pahang Dedahkan Zaid Berpolitik Umpama Kanak-Kanak Bermain Guli !!

Posted: 08 Feb 2012 11:41 PM PST

Susulan tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan pembubaran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) baru-baru ini, maka ramailah pihak yang hairan dengan apa yang berlaku itu. Belum pernah dalam sejarah Malaysia, sebuah parti politik dibubarkan dengan kadar segera seperti yang dilakukan Zaid. Persoalannya, kenapa jadi begini dan apakah motif Zaid sebenarnya. Ikuti kupasan yang dibuat oleh salah seorang pimpinan PKR Pahang yang amat mengenali Zaid iaitu Tuan Hj.Suhami Said (foto), selaku Ketua Cabang PKR Kuala Krau. Beliau mendedahkan di dalam blog peribadinya yang bertajuk "Zaid Berpolitik Macam Main Guli". Ikuti kenyataan dan kupasan yang cukup menarik dari pemimpin ini. Menurut Hj.Suhaimi, Kalau PKR, PAS atau DAP mengumumkan bahawa parti-parti itu akan dibubarkan oleh pimpinannya, maka seluruh Negara pasti akan gempar kerana parti-parti yang bergabung didalam Pakatan Rakyat itu hanya berada satu anak tangga lagi untuk mengambil alih Putra Jaya. Tetapi kalau parti-parti seperti KITA, Malaysian Democratic Party atau parti-parti nyamuk yang lain mengumumkan akan dibubarkan, tak terangkat pun bulu kening! Tidak sedikit pun hati saya tercuit apabila Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa parti itu akan dibubarkan. Sebelum Zaid Ibrahim membuat penguman itu sudah ramai pimpinan Pusatnya sudah pun keluar dari parti itu, bahkan KITA Negeri Melaka telah lebih awal dibubarkan dengan keseluruhan anggota parti itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Orang-orang kuat Zaid didalam KITA sudah terlebih awal meninggalkannya. Hanya kita mahu tunggu apakah komen dari Raja Petra, sahabat Zaid yang karib didalam perkara ini!. Zaid berada didalam UMNO, pernah menjadi Ahli Parlimen UMNO, pernah digantung dari UMNO kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati beliau terlibat dengan politik wang walaupun dinafikan oleh Zaid. Beliau pernah juga dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Menteri. Diatas kononnya bahawa beliau tidak serasi dengan kepimpinan UMNO/BN diatas isu-isu yang melibatkan undang-undang kontrobesi seperti ISA, beliau meletakkan jawatannya, dan dengan tidak banyak membuang masa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), segala pujian diberikan kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Namun apabila beliau ingin melangkah terlalu cepat didalam parti sedangkan beliau tidak pernah diuji didalam PKR, beliau memilih bertanding bertanding untuk jawatan nombor dua didalam parti.

Ke Mana Hala Tuju Orang Kanan Zaid Selepas Ini

Sebagai seorang Anggota parti, memang beliau berhak bertanding apa jua jawatan didalam parti, tetapi beliau memilih untuk berkonfronatasi dengan pucuk pimpinan parti dengan menghemburkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya terhadap Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali. Azmin Ali dicop oleh penyokong-penyokong Zaid sebagai yang tidak ada pendirian tetapi sekadar menyokong Anwar Ibrahim dengan tidak merujuk kepada perjuangan Azmin yang berada bersama PKN/PKR dari peringkat awal parti itu ditubuhkan mengharungi segala suka-duka dan turun naik didalam parti, dan berhadapan dengan fitnah dan kezaliman dari UMNO/Barisan Nasional. Zaid tidak pernah berjuang didalam PKR dan tidak pernah menjadi akar umbi didalam parti. Beliau menyertai PKR dan terus diberikan penghormatan yang melampau-lampau didalam parti sehingga sikap Anwar Ibrahim yang nampak memberikan keutamaan kepada Zaid dianggap oleh ramai anggota-anggota parti sebagai tindakan yang tidak kena pada tempatnya. Kemuncak kepada keyakinan Anwar, Zaid dipilih pula sebagai calon di dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Ramai anggota parti bersyukur bahawa Zaid tidak menang di Hulu Selangor, dan jika beliau menang, lebih parah parti menanggung risiko serangan dari Zaid dan kumpulannya serta semua media pro-UMNO/BN. Zaid menubuhkan KITA dengan tergesa-gesa kononnya untuk menjadi tenaga ketiga di Negara ini dan kononya bertujuan untuk menenggelamkan PKR. Ada beberapa pimpinan PKR di peringkat Negeri-Negeri telah terikut-ikut beliau. Saya kasihan kepada pimpinan ex-PKR di negeri-negeri. Dengan pembubaran KITA nanti kemanakah mereka mahu pergi? Menyertai PKR? Kajian mendalam perlu dibuat kepada mereka itu kerana terlalu mudah menikam parti semata-mata melihat akan hujan emas yang dijanjikan oleh Zaid. Menyertai PAS? Itu adalah satu kemungkinan tetapi adakah mereka itu akan menjiwai PAS? Atau adakah mereka akan menyertai DAP? Tidak mustahil juga mereka akan menyertai UMNO, MCA, MIC atau Gerakan! Mereka akan terumbang-ambing. Kesemua ini adalah gara-gara Zaid ingin mahu naik cepat dan bermain politik seperti kanak-kanak bermain guli. sumber

[Agak menarik kupasan yang dibuat oleh pemimpin PKR Pahang ini. Ramai penyokong kuat Zaid sebenarnya memang kecewa dengan pengumuman beliau mahu membubarkan KITA itu. Bagi mereka, kenapa perlu Zaid bubarkan kita yang diilhamkan oleh beliau. Sepatutnya KITA diuji dalam Pilihanraya Umum ke-13 ini bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap parti itu. Tindakan Zaid membubarkan parti itu akan menyebabkan ramai orang kuat Zaid terumbang ambing selepas ini. Beliau mungkin boleh menjadi calon jika ditawarkan, namun bagaimana dengan orang kanannya yang sememangnya sedang bersiap sedia untuk menjadi calon parti itu. Ini akan menimbulkan konflik yang menyebabkan pertembungan tiga penjuru pasti berlaku bukan atas nama parti KITA, sebaliknya mereka akan bertanding atas tiket BEBAS. Tindakan Zaid ini juga membuktikan yang beliau tidak jujur dalam perjuangannya. Apa yang penting dia mahukan kuasa untuk meneruskan hala tuju politik selepas ini. Justeru, kepada semua pihak digesa agar berhati-hati dengan Zaid kerana dia mungkin boleh menjadi seperti Ibrahim Ali selepas ini. Apapun, pilihan di tangan rakyat untuk menentukannya. Lakukan perubahan pada PRU-13 ini nanti].

Paip Musnah: Penduduk Di Tujuh Perkampungan Orang Asli Bera Buat Laporan SPRM Isu Tersebut!

Posted: 08 Feb 2012 10:25 PM PST

TEMERLOH, 9 Feb - Para penduduk daripada tujuh buah perkampungan Orang Asli di Bera, semalam tampil membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini bagi meminta siasatan kejadian memusnahkan saluran paip air akibat perbalahan antara kontraktor dan subkontraktor projek berkenaan. Mereka mendakwa, akibat kemusnahan tersebut menyebabkan penduduk yang terdiri daripada 240 keluarga Orang Asli Semelai di kampung-kampung Kuala Serting, Lubok Perah, Lengot, Patir, Lubok Tambangan, Pasal dan Bukit Ngeri terputus bekalan air bersih yang diperolehi mereka sebelum ini. Jurucakap kumpulan tersebut Bob Manolan (foto) berkata, kejadian merosakkan paip air oleh subkontraktor yang tidak berpuas hati kerana mendakwa tidak menerima bayaran daripada kontraktor utama itu, berlaku antara 6 hingga 12 Januari lepas. "Pada hari tersebut subkontraktor telah menggunakan jentolak membongkar saluran paip yang telah ditanam lalu dipecah dan dimusnahkan. "Bayangkan, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air tapi bila dah siap dimusnahkan pula. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja," katanya. Tambah Bob, projek membina pam air dan saluran paip daripada sumber galian bawah tanah untuk perkampungan Orang Asli tersebut dianugerahkan kepada syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) pada 27 Julai 2009 melibatkan perkampungan Orang Asli seluruh Pahang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM113.8 juta. Projek tersebut menerima peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW). Dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru turut menyebut tentang kelemahan syarikat RCSB ini untuk menyiapkan projek bekalan air luar bandar. Sementara itu Menteri KPLBW Datuk Shafie Apdal dalam kenyataan medianya disiarkan dalam TV3 pada 6 Februari lepas, berkata kementeriannya telah membuat pembayaran penuh kepada RCSB. Jelas Bob, sebelum itu pihak RCSB telah menafikan mereka tidak membuat bayaran kepada subkontraktor seperti yang disiarkan dalam TV9 pada 31 Januari dan New Srraits Times (NSTP).

Terkilan, 'Semua Pihak' Kini Cuba Lepas Tangan

"Persoalannya sekarang kenapakah subkontraktor mendakwa mereka tidak dibayar lalu memusnahkan paip-paip air yang telah dipasang sekali gus menganiaya penduduk? "Sebab itu kita mahu SPRM siasat di mana tirisnya kerana peruntukan ini melibatkan wang negara dan kementerian yang terlibat tidak berlepas tangan dan tanggungjawab mereka sepatutnya memantau projek dan syarikat yang dilantik. "Sekarang penduduk kampung yang dahagakan kemajuan dan keceriaan untuk menikmati air yang bersih tidak kesampaian disebabkan perbalahan antara kontraktor hanya kerana ketiadaan pemantauan daripada kementerian," katanya. Tambahnya, laporan telah dibuat di Balai Polis Bera dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) minggu lalu walaupun dilarang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan. Sementara itu Exco PAS Pusat Mazlan Aliman (foto) yang turut mengiringi penduduk, menganggap perbuatan memecah dan memusnahkan paip air sebagai harta awam adalah khianat dan pecah amanah. "Bagi saya yang paling utama dipersalahkan ialah Kementerian Luar Bandar kerana tidak bertanggungjawab sehingga berjuta-juta wang rakyat dibazirkan begitu saja dan inilah akibatnya apabila projek diagihkan kepada kroni. "Saya diberitahu untuk baiki kerosakan di Kuala Serting saja perlukan wang sebanyak RM2.1 juta. Jadi berapa banyak lagi wang yang perlu dihabiskan hanya kerana kelemahan kerajaan? "Yang pelik lagi, pihak berkuasa negeri seperti JBA dan Jakoa berkata pihak mereka tidak mengetahui tentang projek tersebut. Jadi siapa yang nak bertanggungjawab terhadap isu ini ?" soalnya.

[Apa yang berlaku kepada penduduk orang asli di Bera ini sungguh memalukan. Tidak wajar projek yang telah disiapkan tiba-tiba di musnahkan gara-gara pihak terbabit tidak mendapat bayaran sepenuhnya daripada kontraktor. Soalnya, jika benar tiada bayaran maka ke mana pergi wang tersebut?. Ini, adalah satu lagi bukti penyelewengan yang berlaku di depan mata kita sebenarnya. Tidak perlu ada ugutan oleh pihak yang berkenaan kerana orang asli harus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Jangan biarkan diri mereka terus diperkotak katikkan oleh kerajaan yang memerintah buat selamanya. Kini, tibalah masanya untuk mereka mengajar dan menghukum kerajaan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan seperti ini. Tindakan yang terjadi adalah satu penganiayaan kepada masyarakat orang asli. Ikuti kupasan lanjut isu ini di sini. Lakukanlah perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang ]

Panas: Pemimpin 'Pembangkang' Di Tawar Projek Bernilai 'Jutaan Ringgit' Di Bintulu Port Sarawak!

Posted: 08 Feb 2012 07:23 PM PST

Ini berita panas yang baru saja kami terima. Jika selama ini, andainya pemimpin UMNO BN mendapat imbuhan dan projek-projek kerajaan pasti rakyat akan marah dan mengatakan ia adalah rasuah, korupsi dan penyelewengan. Lihat saja apa yang beraku kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sekarang ini. Namanya terpalit apabila keluarga didakwa menyalahgunakan dana kerajaan berumlah RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk projek National Feedlot Corporation (NFC). Heboh dibuatnya apabila satu persatu pendedahan dilakukan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maka, akhirnya Shahrizat sudah tidak dapat dan perlu berselindung lagi kerana semua pendedahan itu disertakan dengan bukti dan dokumen yang cukup kukuh. Shahrizat menuduh ada orang cuba untuk menjatuhkan karier politik beliau, walhal beliau yang telah khianat kepada rakyat sebenarnya. Hari ini, Shahrizat dikhabarkan telah mengadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes tersebut. Namun, apa yang kami ingin dedahkan disini ialah terdapat laporan terbaru seorang pemimpin pembangkang telah mendapat habuan yang cukup lumayan daripada kerajaan UMNO BN. Khabarnya syarikat beliau telah berjaya mendapat tender jutaan ringgit yang melibatkan satu projek di Bintulu Port, Sarawak. Pemimpin berkenaan khabarnya sudah berkira-kira untuk bergelar jutawan dalam masa terdekat ini. Apa yang mengejutkan, beliau sendiri mengakui mendapat projek tersebut kepada beberapa orang proksinya dengan tujuan supaya mereka jangan terkejut jika beliau menarik diri dari menjadi calon pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Malah, dari laporan yang kami terima, projek terebut diperolehi menerusi lobi seorang Menteri UMNO dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hasil perbincangan dan pertemuan sulit yang diadakan, maka akhirnya pemimpin itu bersetuju untuk berkompromi dan akan mengundur diri daripada politik pembangkang sebelum PRU ini. Kami masih menjalan siasatan yang rapi terhadap maklumat terbaru ini untuk didedahkan. Jika benar dakwaan ini maka kami tidak teragak-agak akan mendedahkan nama pemimpin berkenaan kepada umum. Ternyata apa yang disangka selama ini akhirnya bakal menjadi kenyataan akhirnya.


Bintulu Port, pemimpin terbabit dipercayai mendapat projeknya di sini

[Nampaknya, menjelang pilihanraya ini ramai pemimpin pembangkang akan membuat duit demi meneruskan survival hidup masing-masing. Mereka mula sedar, berjuang tanpa wang amatlah sukar untuk membela rakyat. Malah, hidup semakin tertekan dan berhadapan dengan berbagai masalah peribadi yang lain. Jalan terbaik ialah mereka membuat berbagai tawaran agar kerajaan UMNO BN menerima kembali mereka. Projek mewah ditawarkan oleh kerajaan untuk memancing mereka yang mahu "melompat parti". Inilah yang berlaku sekarang, jika pembangkang (Pakatan Rakyat) tidak berahti-hati nescaya kemenangan yang dicari akhirnya kekalahan jua akan melanda. Kami tidak akan mendedahkan lagi nama pemimpin berkenaan seperti yang didedahkan ini. Namun, kami mempunyai bukti-bukti kukuh yang beliau sudah mendapat projek tersebut dan akan bergelar jutawan dalam masa terdekat ini. Apa yang pasti individu berkenaan adalah merupakan pemimpin pembangkang dari negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia sendiri. Maka iatu, siapakah beliau?. Nantikan siasatan kami yang seterusnya menerusi beberapa orang sahabat yang berada di Bintulu Port sekarang. Nantikan info selanjutnya!].

Tiada ulasan: