Rabu, 8 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Rafizi Dedah Dua Lagi Kondominium Milik Keluarga Sharizat Bernilai RM34.5J Di Singapura!

Posted: 08 Feb 2012 02:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Feb - Pengarah Strategik, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (foto) hari ini menggemaparkan lagi isu NFC yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil. Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Sebelum ini, kami telah kemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. "Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Kami juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi beli kondominium mewah di Singapura. Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Shahrizat Jalil dapat pembiayaan dari Maybank untuk beli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk kenalpasti unit-unit yang dibeli. Hasil siasatan mengesahkan selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Shahrizat Jalil telah beli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites dekat Singapura", kata Rafizi Ramli.

Di sinilah keluarga Sharizat didakwa membeli kondominium terbabit
Butir-butirnya adalah seperti beriku; Kondominium Pertama beralamat di #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965. Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209 Tarikh dibeli pada 27 Mei 2010 dan pembiayanya oleh United Overseas Bank Limited (UOB); Kondominium Kedua beralamat di #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965, Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575 Tarikh dibeli pada 27 Mei 2010 dan pembiayanya ialah Malayan Banking Berhad (Maybank) Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse. Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Keluarga Syarizat Perlu Bayar RM173,000 Sebulan


Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana itu diberikan tidak dipenuhi. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Shahrizat Jalil (foto) mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut. Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Datuk Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli. Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:


Menurut Rafizi lagi, beliau ingin rumuskan pendedahan kali ini dengan ajukan tiga soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Shahrizat Jalil dan Datuk Seri Najib, iaitu pertama; Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC? Kedua; Beranikah Shahrizat tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini? Ketiga; Apakah Najib mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil?. Katanya, rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.

[Pendedahan terbaru yang dibuat oleh Rafizi ini sungguh mengejutkan kita. Lengkap dengan bukti dan dokumen yang berkaitan. Maknanya Sharizat tidak layak lagi untuk mempertahankan dirinya sekarang. Apa yang dilakukan ialah dengam menuduh kononnya Rafizi membuat firnah terhadap beliau. Walhal, umum mengetahui pendedahan yang lengkap dan berfakta seperti itu bukanlah fitnah sebaliknya bukti-bukti kukuh wujud penyelewengan dalam kes NFC. Persoalannya sekarang kenapa kerajaan begitu lambat bertindak terhadap Sharizat. Memberi beliau cuti adalah satu strategi untuk menutup kelemahan. Sebaiknya Sharizat terus dipecat dan digugurkan dari jawatannya sekarang. Mungkin juga benar apa yang diperkatakan bahawa selain Sharizat, ramai lagi pemimpin UMNO terlibat dengan kes ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Noh Omar. Mereka kini ketakutan dengan penemuan panas itu dan seboleh-bolehnya sedang mencari jalan untuk menutup segala skandal yang berlaku ini sebenarnya].

Panas: 'Kampung Pulau Tawar' Terus Terpinggir, Siapa Anak Jati Yang Akan Tamatkan Sumpahan!

Posted: 08 Feb 2012 01:58 AM PST

JERANTUT, 8 Feb - Seratus lima puluh (150) tahun dulu Kampung Pulau Tawar adalah ibukota Jerantut. Tempat bersemayam Sultan Pahang Wan Ahmad yang pertama di Istana Pulau Tawar. Beberapa mesyuarat EXCO Pahang zaman Inggeris diadakan di Pulau Tawar. Perancangan pembangunan negeri Pahang ditentukan di Kampung Pulau Tawar tapi kini itu semua tinggal kenangan. Pemberontakan pahlawan Pahang Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau membuatkan Inggeris berdendam kepada Kampung Pulau Tawar. Inggeris bertekad tidak akan majukan Kampung Pulau Tawar. Orang-orang Kampung Pulau Tawar disumpah tidak akan diangkat menjadi pemimpin. Faktanya kini 2012 dalam sejarah politik Jerantut belum pernah ada mana-mana pemimpin anak jati Kampung Pulau Tawar diangkat menjadi ahli parlimen dan ADUN baik BN dan Pembangkang. Sumpahan itu terus menghantui Kampung Pulau Tawar yang terus dipinggirkan. Kemudahan awam seperti gambar-gambaryang dipaparkan tidak diselenggarakan dan dijaga dengan baik. Tiada usaha untuk membaikpulih kemudahan. Bila perpustakaaan awam tidak dimenafaatkan, padang dan gelanggang sukan tidak dijaga maka itu boleh membentuk golongan anak-anak muda yang akan memberontak dan menjauhi diri. Kalaulah arwah pahlawan Mat Kilau masih hidup pasti sedih dia tengok Kampung Pulau Tawar sekarang. Perjuangan beliau langsung tidak dihargai, malah kampung beliau terus mundur ke belakang angkara pemimpin yang tidak perihatin. Bagaimanakah wakil rakyat yang dipilih iaitu Dato' Dr.Ahmad Shukri Ismail (foto), melaksanakan kerja yang selayaknya dilakukan atau hanya sibuk menguruskan harta kekayaan peribadi sehingga mengenepikan tanggungjawab sebagai ADUN Pulau Tawar. Pantang keadaan begini kalau berlaku di DUN Tahan. Akan turun segala macam peruntukan mencurah membaikpulih demi keperihatinan. Siapa anak jati yang akan tamatkan sumpahan ini? sumber

Pilihanraya: SPR Mula Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Bagi Suku Kedua 2011, Mulai Hari Ini !!

Posted: 08 Feb 2012 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb - Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2011 mula dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa di 937 tempat seluruh negara. Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13 (5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (117 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (48 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (191 tempat) dan tempat-tempat lain (23 tempat). Dalam satu kenyataan, Sabri berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2011, SPR menerima 212,826 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 83,846 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan suruhanjaya itu. Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi bagi Oktober, November dan Disember 2011 dinasihat supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 yang dipamerkan tersebut.

[Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam rang daftar pemilih itu pula boleh mengisi Borang C. Borang-borang tuntutan itu hendaklah diserah kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan itu dipamerkan. Sabri berkata nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak kewarganegaraan dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna mereka hilang kelayakan sebagai pengundi pos, juga akan dipamerkan. Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri selain boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011].

Seramai "148,196 Orang Layak" Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih Di Seluruh Negeri Pahang

Posted: 08 Feb 2012 01:22 AM PST

KUANTAN 8 Feb - Seramai 148,196 orang yang layak mengundi dikesan belum mendaftar sebagai pemilih di Pahang. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Othman Noh (foto) berkata, bilangan itu mewakili 17 peratus jumlah pengundi yang belum berdaftar di seluruh negara. "Bagaimanapun pendaftaran sebagai pemilih di Pahang menunjukkan pertambahan seramai 36,248 orang daripada 662,225 pada tahun 2010 kepada 698,473 orang sehingga suku tahun ketiga pada bulan November lepas. "Kami akan menjalankan pelbagai program selain usaha yang dibuat parti-parti politik untuk mendaftarkan pemilih baru," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, lebih 18,000 nama pemilih telah dibersihkan daripada senarai daftar pemilih atas sebab kematian dan sebagainya. Sementara itu, SPR Pahang telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. "Seramai 12,343 orang telah dikenal pasti untuk dilantik sebagai petugas pada pilihan raya umum akan datang. "Setakat ini semua persediaan besar telah kami sempurnakan dengan baik cuma perkara-perkara kecil yang masih dalam tindakan", katanya. Mengenai latihan untuk petugas, Othman berkata, ia telah dilaksanakan di empat kawasan Parlimen manakala selebihnya dijangka dapat disiapkan April ini. Beliau berkata, terdapat 515 pusat mengundi di Pahang dengan 1,528 saluran. Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Pahang ialah 42 kerusi, manakala Parlimen 14 kerusi.

'Diskusi Selebriti' Di KIPSAS Pada 16 Feb 2012 Ini

Posted: 08 Feb 2012 12:37 AM PST


Sokongan Kaum Cina Kononnya Kian Meningkat, Ternyata Adnan Yaakob Bermimpi Di Siang Hari !

Posted: 08 Feb 2012 12:16 AM PST

Selepas saban hari mengutuk bantahan Lynas didalangi oleh orang-orang Cina yang kononnya kecewa akibat tidak mendapat projek dengan syarikat itu, tiba-tiba Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) mengakui sokongan dan undi kaum Cina penting bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya kerajaan dapat meneruskan pembangunan bersama kaum-kaum lain di negara ini (klik sini). Menurut beliau, arah aliran sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dan perlu direalisasikan dalam pilihan raya umum itu nanti. Katanya, konsep perkongsian kuasa tidak meminggirkan kaum tertentu sebaliknya memberi peluang kepada semua menikmati pembangunan negara. Adnan berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada fakta kejayaan kerajaan meletakkan landskap ekonomi negara pada landasan betul dan mempengaruhi kualiti hidup rakyat. Soalnya sekarang, benarkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin meningkat?. Atau Adnan sengaja mahu menyedapkan hati berkata demikian. Umum mengetahui masyarakat kaum Cina begitu kecewa dengan tindakan Adnan selaku MB Pahang membenarkan kilang Lynas didirikan di negeri ini. Malah, bantahan terus dilakukan walau pun kerajaan sudah mengeluarkan lesen sementara (TOL) kepada syarikat terbabit. Malah, susulan keenganan Adnan membela rakyat dalam isu ini maka majoriti kaum Cina baik dalam MCA atau Gerakan di Pahang bersepakat untuk menjatuhkan BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Malah, Adnan secara tidak sengaja mengakui Fuziah Salleh akan terus kekal di parlimen Kuantan akibat isu tersebut. Ini bermakna, Adnan akui bahawa isu Lynas akan merosakkan kepercayaa rakyat terhadap kerajaan. Namun, akibat kedegilan beberap kerat dari kalangan mereka akhirnya projek itu terus dibiarkan. Walhal, mereka sendiri tahu risiko dan akibatnya kelak. Slogan "rakyat didahulukan" langsung tidak difahami dan diiukti, sebaliknya "Lynas diutamakan" dalam isu kontroversi ini.

[Oleh itu, Adnan tidak perlulah mendabik dada kononnya orang Cina mula menyokong BN. Mereka sebenarnya hadir kerana Adnan mahu menghulurkan sumbangan tapi undi belum tentu. Maka, Adnan digesa menghentikan kenyataan kononnya orang Cina membantah Lynas kerana kecewa tidak dapat projek dengan syarikat itu. Padahal dia sendiri tahu, begitu ramai orang Melayu dan kaum lain turut membantah Lynas. Malahan, difahamkan satu perhimpunan besar-besaran untuk bantahan tersebut akan diadakan pada 26 Feb ini di Padang MPK 1, berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahamd Shah I dekat sini. Jika ini berlaku, sudah pasti satu dunia akan melihat kegagalan Adnan selaku Menteri Besar mendahulukan rakyat dalam isu ini. Bersedialah untuk berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Bersedialah berhadapan dengan suara majoriti rakyat pada PRU-13 nanti].

Video: Negara Berkebajikan Tidak Akan Bangkrap

Posted: 07 Feb 2012 10:23 PM PST

Panas: Ramai Akan Protes Jika PAS Berhasrat Beri Laluan Kepada Zaid 'Jadi Calon Parti Itu' PRU Ini!

Posted: 07 Feb 2012 07:16 PM PST

Ramai ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) peringkat akar umbi yang kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) kononnya PAS bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri. "Itu kita akan bincang, saya tak kata 'no' atau 'yes', kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PAS Kota Bharu semalam. Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan PAS Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid. Persoalannya, apakah kenyataan Mat Sabu ini dipersetujui oleh ribuan ahli PAS di seleuruh negara?. Inilah yang wajar difikirkan sebelum membuat tindakan yang mengejutkan ini. PAS perlu tahu bahawa Zaid adalah bekas pemimpin PKR yang kemudian keluar dari parti itu akibat krisis dalaman selepas pemilihan 2010. Benar, pemergian Zaid tidak bermakna Azmin Alu dan kunco-kunconya berada di pihak yang benar. Tambahan pula, Zaid bukan dipecat tetapi mengundur diri, satu tindakan bermaruah yang dilakukan pemimpin itu. Samalah juga dengan apa yag dilakukannya ketika berada dalam UMNO. Zaid satu-satunya Menteri UMNO yang berani meletak jawatan dan keluar dari parti itu ketika masih berkuasa. Walau pun begitu, tindakan beliau menubuhkan KITA dilihat satu langkah sumbang yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Majoriti penyokong beliau dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berani mengikut jejak langkahnya. Hanya segelintir sahaja yang berani mengikut beliau ketika itu. Zaid "terkontang-kanting" tanpa haluan. Dia mahu jadikan KITA sebagai parti pembangkang tetapi tidak bersama Pakatan Rakyat. Akhirnya Zaid umumkan dia akan bertanding di parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ramai "Protes" Jika PAS Beri Laluan Kepada Zaid

Begitu juga dengan pemimpin KITA yang lain. Keputusan itu sedikit mencurigakan, hinggalah beliau umumkan KITA tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi melainkan memberi sokongan penuh kepada parti pembangkang pada PRU-13 ini nanti. Lantaran itulah akhirnya ramai pemimpin KITA kecewa dan gusar dengan kenyataannya. Tambahan pula, ramai pemimpin terbabit lebih gemar menyerang PKR daripada UMNO BN. Maknanya, mereka mahu menjadikan KITA parti yang bebas dan boleh merobek keegoaan PKR dengan sewenang-wenangnya. Inilah yang menyebabkan Zaid kemudian terpaksa undur diri dan umumkan pembubaran KITA, yang disambut dengan kemarahan oleh pemimpin PKR yang lain. Terbaru, ada yang mengatakan keputusan bubarkan KITA adalah pandangan peribadi Zaid semata-mata. Persoalannya, apakah penyokong dan ahli PKR boleh menerima takdir bahawa Zaid kini bersama pembangkang semula?. Sudah pasti mereka akan menolak Zaid. Begitu juga dengan sebahagian besar ahli-ahli PAS sendiri terutamanya "bukan penyokong Mat Sabu". Mereka pasti melihat kenyataan yangd ibuat itu tidak wajar sama sekali. Malah salah seorang penyokong tegar PAS menegaskan jika PAS beri kerusi kepada Zaid maka beliau tidak akan undi atau berkempen lagi untuk parti itu. "Perjuangan sia-sia, macam tak ada orang lain yang lebih hebat. Tak payah berkempen, tak payah keluar mengundi. Rasanya ini mula-mula cadangan Mat Sabu (Timbalan Presiden). Biar Mat Sabu kalah bersama-sama Zaid. Kita protes besar-besaran sebelum terlambat. Janganbagi pengundi fed up dengan politik. Jangan salahkan rakyat jika rakyat malas ambil tau pasal politik. Jangan salahkan anak muda tak mau daftar mengundi. Jawapannya inilah.. perjuangan sia-sia dan telah dipermainkan..", katanya.

[Sebenarnya, ramai dikalangan ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat masih "trauma" dengan apa yang dilakukan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada PRU-12 dulu. Beliau yang bertanding atas tiket PAS di kerusi Parlimen Pasir Mas, tiba-tiba menentang arus apabila mengeluarkan kenyataan dan penghinaan terhadap pimpinan PAS Kelantan sendiri selepas itu. Malah, tindakan lantang beliau mengutuk pembangkang jelas mengecewakan. Justeru itulah mereka takut tragedi yang sama akan berlaku kepada PAS apabila menerima Datuk Zaid Ibrahim wakili parti itu pada PRU-13 nanti. Mana mungkin "ular boleh patuk dua kali pada lubang yang sama", kata mereka. Maka itulah, kepimpinan PAS wajar berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh meresahkan penyokong mereka sendiri. Jika tidak, PAS dan Pakatan Rakyat mungkin akan berhadapan dengan undi protes besar-besaran akibat tindakan yang tidak popular seperti ini nanti. Jangan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga", Mat Sabu perlu ingat semua ini. Beliau menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS dengan undi yang kecil sahaja dan ia tidak melambangkan kekuatan beliau sebenarnya. Oleh itu, buatlah keputusan dengan waras dan janganlah mengikut perasaan semata-mata. Apapun, Salam perjuangan!].

Panas: 'ADUN Lompat Perak', Si Jamaluddin Razi Berjaya Buktikan Dia Itu 'Orang BN' Sebenarnya!

Posted: 07 Feb 2012 05:16 PM PST

Di awal krisis rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak dulu, ramai yang mengesyaki kesemua "ADUN lompat" dari PKR dan DAP itu telah dibeli oleh UMNO BN. Namun, dengan bangganya mereka menafikan dan mengatakan mereka melompat atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan BN kata mereka. Namun, apa yang menariknya ketika Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) hilang, mereka dikatakan telah mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Pekan ketika itu. Soalnya, kepada mereka mengadap Najib?. Mungkin juga kerana ketika itu Najib ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan segala agenda ini adalah "rancangan jahat" beliau sebenarnya. Mereka menafikan tuduhan yang mengatakan semua itu adalah "konspirasi" dan akhirnya Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat telah tumbang dan Datuk Seri Ir.Nizar Jamaluddin telah digantikan dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Malah, kecoh juga dibuatnya apabila seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat dari DAP iaitu Hee Yit Fong juga bersedia "lompat" jika dua orang ADUN PKR itu disahkan telah berjaya dibeli oleh BN. Semua ini adalah satu tragedi yang cukup malang buat rakyat Perak dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Namun, dek kerana mereka berkuasa di pusat maka akhirnya semua itu dihalalkan tanpa memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah, benarkah kesemua ADUN yang lompat itu tidak mendapat apa-apa habuan?. Malah, benarkah mereka itu "wakil rakyat bebas" yang benar-benar bebas dalam erti kata "bebas" itu sendiri. Maka, akhirnya rahsia ini terbongkar dan ia mengesahkan lagi dakwaan dan firasat rakyat selama ini bahawa ADUN terbabit telah dibeli dan sebenarnya memang bersama UMNO BN. Cuma merek malu untuk mengumumkannya dan selesa atas nama "ADUN Bebas". Kini heboh diperkatakan tentang salah seorang ADUN lompat itu iaitu Jamaluddin Mohd Razi, sedang berkira-kira untuk bertanding atas tiket BN pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Beliau yang merupakan seorang Posmen dan kemudiannya menjadi Ahli Perniagaan sebelum menceburi politik, kini sering dilihat dalam mana-mana program UMNO BN. Nampaknya, beliau mula sedar yang hayat politiknya tidak akan ke mana jika terus berstatus "bebas" seperti sekarang. Akhirnya dia memberanikan diri untuk hadir sebagai "orang awam" dalam program-program anjuran BN di Perak. Maka, ini mengesahkan lagi bahawa sememangnya mereka telah lama "dibeli" oleh UMNO BN untuk melengkapkan konspirasi rampasan kuasa di Perak dulu.


Terkini, foto yang sempat dirakamkan ketika Jamaluddin Razi hadir dalam
satu program anjuran UMNO BN Perak baru-baru ini
, manakal didepannya
ialah ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar DAP 15 Jun 2010
[Jamaluddin tidak boleh berdolak-dalih lagi dan rakyat sudah mula sedar dan muak dengan beliau sekarang. Justeru, dia terpaksa menunjukkan muka dalam program anjuran UMNO BN agar namanya terpilih untuk dicalonkan pada PRU-13 akan datang agaknya. Rahsia sudah terbongkar, dan beliau nampaknya begitu selesa dengan T-Shirt "biru" berlambang "dacing" dan "satu Malaysia" itu sekarang. Apapunm syabas dan tahniah kepada YB Jamaluddin kerana berjaya mengesahkan siapa dia sebenarnya. Mengaku bebas konon, walhal sudah terang lagi bersuluh jiwa dan hatinya sudah lama bersama UMNO BN. Semoga rakyat akan menghukum perbuatan beliau yang telah menghampakan jutaan rakyat Perak yang memilih Pakatan Rakyat pada PRU12 dulu, Jatuhkan pemimpin khianat seperti ini dan jangan biarkan mereka terus menipu serta menyelewengan lagi. Riwayat politik ADUN lompat ini sudah pasti akan hancur selepas ini. Mereka akan terus dihina oleh rakyat buat selamanya].

Lynas: Kerajaan, 'Lebih Rela' Pertaruhkan Nyawa Rakyat Untuk Teruskan Projek Kilang Berisiko Itu

Posted: 07 Feb 2012 04:03 PM PST

KUANTAN, 8 Feb - Keputusan tergesa-gesa kerajaan melalui AELB dalam meluluskan lesen sementara TOL kepada Lynas mengundang seribu satu persoalan. Bahkan tindakan tersebut menimbulkan gelombang baru kesedaran dan penentangan rakyat terhadap projek merbahaya tersebut. Menurut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad (foto) apa yang berlaku beberapa hari sebelum lesen tersebut dikeluarkan menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah benar kerajaan sekarang terpaksa menurut sahaja tuntutan Lynas yang begitu terdesak untuk memulakan projek mereka dengan segera. Katanya, jika tidak masakan Lynas kelihatan sedari awal lagi melaungkan keyakinan mereka untuk di berikan lesen sementara dalam tempoh terdekat. Tambahan pula, ujarnya kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang dikeluarkan pada 30 Januari iaitu pada hari yang sama mesyuarat lembaga AELB yang menuduh PAS menyokong kilang Lynas seolah-olah ada kaitan satu sama lain. "Tuduhan jahat beliau tersebut segera ditangkis oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang menerangkan bahawa PAS tetap teguh dengan pendiriannya menentang Lynas dan sama sekali tiada kaitan dengan individu ataupun projek di Lynas," jelasnya. Mengulas perkara yang sama, Pengarah BADAR, Andansura Rabu melahirkan rasa kesal beliau di atas sikap semberono kerajaan dalam menangani isu sebegini besar. "Apabila kerajaan membuat syarat Lynas mesti membayar cagaran USD50 juta atau RM125 juta atas projek ini, ianya membayangkan 3 perkara yang amat menakutkan kita. "Pertama projek ini sememangnya merbahaya sebagaimana yang kita perjuangkan selama ini. "Jika tidak merbahaya mengapa perlu diletakkan deposit keselamatan? Kilang lain di Gebeng tidak perlu pun deposit sedemikian," katanya. Kedua, tanya beliau, berbaloikah RM125 juta itu dengan kesengsaraan rakyat yang mendiami kawasan sekitar kilang itu.

Jika sakit, katanya klinik swasta berhampiran jugalah yang akan mengaut keuntungan dan kerajaan pada masa itu entah apa alasan yang akan diberikan. Ketiganya, kata beliau penerimaan cagaran tersebut seolah-olah menjadikan Pahang laksana 'tandas awam' yang mana bayar 20 sen dapat melepaskan hajat dan sisanya akan diurus oleh tuan tandas, begitulah nasib Pahang dan rakyatnya nanti. Menurutnya lagi, dengan RM125 juta itulah juga akan digunakan andainya berlaku apa-apa kerosakan dan kemusnahan terhadap kawasan persekitaran di situ dan duit itulah yang akan digunakan untuk membersihkan sisa-sisa yang bakal ditinggalkan nanti. "Rakyat yang sakit dan merana pandai-pandailah mencari ubat-ubatan sendiri. Yang kaya bolehlah ke hospital pakar swasta dan yang miskin tunggulah giliran di panggil petugas hospital kerajaan."Apakah nasib yang menimpa penduduk Bukit Merah, Perak bakal berulang di sini dan adakah rakyat Pahang bersedia menjadi bahan uji kaji atau tikus makmal?" ujarnya. Justeru, ujarnya perhatikanlah bagaimana sukarnya proses menguruskan sisa di Bukit Merah. Beliau bekata, pelaburnya sudah tiada, yang tinggal hanyalah sisa merbahaya yang terpaksa dilitupi batu menggunung yang menelan belanja lebih RM300 juta untuk menguruskannya. Lynas, jelasnya adalah 10 kali ganda lebih besar dari ARE Bukit Merah dan sudah pastinya sisanya jauh lebih besar dan kawasan yang diperlukan tidak terkata luasnya. "Kawasan manakah dalam negeri ini akan dinobatkan sebagai 'bertuah' untuk dihuni oleh 'najis' ini? "Mungkinkah Pekan? Sekiranya Pekan sekalipun kita tetap menentangnya kerana ianya tetap sebahagian dari bumi Malaysia tercinta," tegasnya. Sebaiknya, Lynas ditutup sahaja dan buatlah apa sahaja bahana di tempat asal galian itu datang (Australia).

Hj.Hadi: "PAS Bantah Tindakan SPR" Mansuhkan Perarakan Calon Semasa "Hari Penamaan" Calon !

Posted: 07 Feb 2012 03:24 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Feb - PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (foto), menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti. "Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini," kata Tuan Guru Abdul Hadi. PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama. "Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. sumber

Tiada ulasan: