Isnin, 6 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Isu Tanah, MB Di Harap Tidak Tabur Janji Semata-Mata Untuk Tagih Undi Menjelang PRU-13

Posted: 05 Feb 2012 10:03 PM PST

KUANTAN, 6 Feb - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) diharap tidak membuat janji kosong kononnya Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan permohonan hak milik tapak rumah yang dimohon dalam tempoh itu secara automatik. Menurut Adnan, keputusan itu berkuat kuasa mulai pada tahun ini yang mana ia telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Exco pada Rabu lalu. Kononya kerajaan negeri meluluskan keputusan tersebut kerana prihatin bagi membantu rakyat negeri ini mendapatkan tanah dan tapak rumah. Adnan berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada lebih 800 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Pelangai Bentong baru-baru ini. Biar pun dinafikan Adnan, namun rakyat melihat janji-janji MB itu sekadar untuk meraih simpati dan undi pilihanraya sebenarnya. UMNO BN kini semakin terdesak dengan berbagai isu rakyat terutamanya Lynas yang bakal mengurangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka miliki selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Lantaran itulah, beliau terpaksa berjanji kononnya kerajaan prihatin nasib rakyat. Walhal, selama ini rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang masih belum mempunyai tanah terpaksa merayu dan menghabis banyak wang untuk urusan terbabit. Bukan sahaja tanah yang dipohon tidak diluluskan, malahan permohonan terbabit "dilapis" pula oleh pemimpin UMNO. Inilah yang berlaku sejak sekian lama. Adnan hanya berselera meluluskan tanah untuk proksi dan kroni beliau sahaja, termasuk juga kepada "tokey-tokey Cina". Sebaliknya, tidak prihatin untuk membela nasib rakyat. Malah, ada yang sudah meninggal dunia menanti permohonan tanah atau lot rumah mereka diluluskan Kerajaan. Apakah MB sedar akan semua ini?.

Ramai Kecewa Adnan 'Simpan Fail' Urusan Tanah

Rakyat juga kecewa apabila, urusan jual beli tanah yang sepatutnya diserahkan kepada pegawai di Pejabat Tanah Dan Daerah, namun masih lagi memerlukan kekulusan Menteri Besar yang terkadang memakan masa bertahun-tahun. Adnan cukup marah jika ada orang-orang Melayu mahu menjual tanah atau rumah mereka kepada kaum lain terutamanya "orang Cina", tetapi anehnya beliau tidak marah pula bila UMNO sendiri menjual tanah-tanah ladang mereka kepada orang Cina. Malah, urusan jhual beli balak, bijih besi, pasir dan sebagainya semua dilakukan dengan orang Cina. Namun, bila rakyat mahu menjualnya beliau melenting dan memberi berbagai-bagai alasan untuk melambatkan urusan atau menghalangnya. Inilah yang berlaku sejak beliau mentadbir negeri ini. Fail-fail dibawa balik ke rumah untuk diteliti sebelum ditandatangan. Namun, majoritinya terpaksa menunggu bertahun-tahun hanya kerana menjual lot rumah dan tanah. Sepatutnya urusan ini tidak wajar melibatkan Menteri Besar Pahang, dan harus diserahkan kepada pegawai yang sepatutnya. Namun, inilah yang berlaku dan rakyat perlu mengubah semua ini. Berkaitan dengan janji-janji Adnan ini, ramai rakyat sebenarnya tidak percaya kelulusan "automatik" itu akan dibuat sebelum Pilihanraya Umum nanti. Apa yang jelas sudah pasti konsep "undi BN baru OK" akan diamalkan oleh mereka. Inilah dia strategik politik jahat yang diamalkan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Akhirnya mereka mendapat undi bukan dengan kerelaan hati pengundi untuk sendiri sebenarnya. Apakah senario ini harus dibiarkan?. Hanya rakyat yang bijak sahaja dapat merubahnya.

[Rakyat digesa tidak terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sekarang ini. Tambahan pula sudah banyak kali mereka berdusta dan menipu mereka selama ini. Di Pahang, banyak anak-anak syarikat kerajaan terlingkup gara-gara perbuatan mereka yang mengagihkan kekayaan dan hasil mahsul negeri kepada proksi dan kroni mereka. Sepuluh mereka cakap satu pun jangan dipercayai, kerana mereka bijak menabur janji. Sebaliknya, yang terus kaya raya ialah mereka sebaliknya rakyat terus menderita. Sudah-sudahlah kita terus ditipu oleh pemimpin yang khianat seperti iniu. Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melakukan perubahan demi masa depan anak cucu serta generasi akan datang. Jangan tertipu dek kenyataan yang sengaja dibuat menjelang pilihanraya ini. Usahlah tewrus tertipu dan menjadi mangsa mereka lagi. Beranikan hati untuk melakukan perubahan].

Sambutan Tahun Baru Cina Meriah, Ribuan Hadir Berikan Sokongan Mereka Kepada Pakatan Rakyat

Posted: 05 Feb 2012 08:40 PM PST

KUANTAN, 6 Feb - Sokongan masyarakat kaum Tionghua terhadap Pakatan Rakyat semakin melonjak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan rakyat terutamanya kaum Tionghua ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan di Sekilau Seafood, Jalan Haji Ahmad dekat sini semalam. Jelas dapat dilihat, isu Lynas menyebabkan majoriti masyarakat kaum Tionghua kini menolak BN. Maka itu tidak hairanlah Menteri Besar Pahang sendiri tidak yakin akan dapat merampas semula kerusi parlimen yang diwakili oleh "Pejuang Lynas" iaitu YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan. Ternyata sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat bakal menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi DUN Bandar pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Malah, difahamkan hampir kesemua kerusi bandar di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota bakal jatuh ke tangan pembangkang. Sedar atau tidak, ia membuktikan rakyat majoritinya amat kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membela nasib mereka dalam isu kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu selama ini. Kini, sudah pasti mereka akan menjatuhkan sebuah kerajaan yang gagal mendahulukan rakyat.







[Melihat kepada sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat (pembangkang) mutakhir ini, maka besar kemungkinan peluang untuk mereka merampas atau mengurangkan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pasti akan terlaksa jua pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. UMNO BN tidak boleh terus mendabik dada kononnya mereka akan kekal berkuasa buat selamanya atas muka bumi ini. Insiden yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri maju yang secara tradisinya menjadi milik BN jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 dulu harus dijadikan pengajaran buat mereka. Tidak perlu taksub dan mendabik dada kononnya mereka masih mendapat kepercayaan rakyat untuk terus memerintah negeri ini, kerana umum mengetahui bahawa mereka rela merasuah pengundi setiap kali musim pilihanraya. Jika tiada "duit rasuah" ditaburkan kepada rakyat, nescaya UMNO BN sudah lama "dikapankan" sebenarnya. Maka, itu berpijaklah di bumi yang nyata bahawa rakyat majoritinya mahukan perubahan. Apapun, semoga sokongan rakyat akan menjadikan negeri ini lebih aman dan selesa untuk dinikmati generasi akan datang hendaknya].

Panas: Ahli Politik Hadiah Kereta Mewah Kepada Blogger Supaya Tutup Mulut Menjelang PRU-13 !!

Posted: 05 Feb 2012 11:22 AM PST

KUANTAN, 6 Feb - Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana (foto) oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau. Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?.

[Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya. Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit].

"Ceroboh Tanah Rizab Kubur", PAS Pahang Desak Pihak Berkuasa Siasat Ada Unsur Penyelewengan!

Posted: 05 Feb 2012 10:34 AM PST

KUANTAN, 6 Feb - Susulan pendedahan PDO tentang 'Tanah Rizab Kubur' Jadi Pusat Komersial, Ramai Keliru Logo MPK Pada Papan Tanda Projek, maka ramai pihak yang terkejut dengan isu ini. Malah, tidak kurang juga yang melahirkan rasa hairan bagaimana tanah rizab kubur terbabit boleh terlepas ke tangan orang lain untuk tujuan komersial. Apa yang menyedihkan, semenjak isu ini dibongkarkan tidak ramai pemimpin UMNO BN dan NGO yang pro kerajaan tampil untuk mempertahankan "tanah rizab kubur" ini. Masing-masing seolah-olah mengiyakan insiden yang berlaku dan menganggapnya isu terpencil yang tidak perlu dihebohkan. Persoalannya, isu ini ialah berkaitan dengan syarat penggunaan tanah dan bagaimana logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) boleh berada pada papan tanda projek berkenaan. Ia seolah-olah mengelirukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan terbabit (Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, Jalan Hj.Ahmad). Sementara itu, kami ucapkan tahniah kepada PAS Pahang kerana memberi respon terhadap isu yang dibongkarkan ini. Terbaru, PAS Pahang melahirkan rasa dukacita terhadap pencerobohan tanah perkuburan terbabit yang telah dibangunkan ke lot-lot kedai dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Tanah yang dimaksudkan terletak di lot 338, Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali yang mempunyai keluasan 1.206 hektar (3 ekar). Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang pada 20.9.2000 telah luluskan tanah itu sebagai rezab kawasan Tanah Kubur Tambahan dekat Hutan Setali.


Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta

Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan

Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek

Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit
"Apa yang mendukacitakan bilamana kawasan ini dibangunkan lot-lot kedai dengan kelulusan MPK, sedangkan agensi tersebut sepatutnya tidak meluluskan kawasan tambahan ini untuk dibina lot kedai, kerana ianya telah pun diluluskan sebagai tanah rezab perkuburan," kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Sehubungan itu, katanya diharapkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci terhadap hal ini. "PAS mengesa satu siasatan rapi yang melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti dilakukan bagi mengembalikan semula kawasan tersebut sebagai kawasan perkuburan Tambahan sejajar dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri," tambah beliau lagi.

[Biar pun sudah lebih seminggu isu ini didedahkan, namun anehnya tiada satu pun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya memperjuangkan Islam tampil untuk mempertahankan tanah rizab kubur ini. Kami hairan melihat apa yang berlaku, malah pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isi ini. Soalnya, kenapa tanah ini boleh diluluskan untuk pembinaan bangunan komersial?. Kes ini sama seperti apa yang terjadi kepada pencerobohan tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota satu ketika dulu. Pencerobohan berlaku apabila ada pihak yang "makan duit" dan tidak takut kepada balasan Allah di akhirat kelak. Mereka tergamak menjatuhkan maruah demi kerana wang yang diberikan oleh pihak berkenaan. Kini senario yang sama berlaku lagi. Pihak kami tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kealpaan ini. Maka itu, MPK di gesa bertanggungjawab dan mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini. Jangan biarkan rakyat terus diperbodohkan oleh mereka-mereka yang berkuasa. Maka itu, carilah jalan penyelesaiannya sekarang juga. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya!].

Panas: Dr.Hassan Ali Di Jangka Hadir Ke Program Bicara Ummah Di Temerloh, Jam 2.30 Petang Ini !!

Posted: 05 Feb 2012 08:17 AM PST

TEMERLOH, 6 Feb - Bekas Pesurujaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr.Hassan Ali (foto) dijadual hadir ke program "Bicara Ummah" di Dewan Tun Razak dekat sini jam 2.30 petang nanti. Beliau yang kini menjadi "wakil rakyat bebas" selepas di pecat daripada PAS khabarnya tidak akan membuat rayuan terhadap pemecatannya itu. Beliau dipecat oleh PAS pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan. Sebaliknya, Hassan sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera "parasit" yang mahu beliau keluar dari PAS. Beliau juga menyelar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membuat kenyataan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember lalu. "Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan. "Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya petang kelmarin.. Dalam perkembangan lain, beliau juga menolak untuk menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) kerana perjuangan parti itu tidak selari dengan perjuangan beliau yang berlandaskan slogan "Islam, Melayu dan Institusi Raja". Katanya, lagipun adalah tidak manis jika beliau pula tampil menerajui parti telah dipelopori oleh orang lain terlebih dahulu. "Biarlah Kita dengan Kita, saya dengan perjuangan saya," kata beliau lagi ketika mengulas desus-desas mengenai tawaran untuk dia mengetuai parti KITA.



[Difahamkan, Dato' Dr.Hassan Ali didatangkan ke Temerloh bersempena dengan Konvesyen Media Sosial 1Malaysia , Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang khabarnya akan diadakan hari ini (6 Feb) mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di lokasi yang sama. Program anjuran NGO's '1Agenda' dan 'PahangKu' sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan. Difahamkan Menteri Besar Pahang dijangka akan merasmikan program itu nanti. Maka, ini bermakna beliau akan berada dalam program yang dianjurkan oleh UMNP Pahang sebenarnya. Nampaknya, benarlah kata orang yang Hassan Ali kini sedang menunjukkan bukti bahawa dia sudah mula "Cinta kepada UMNO". Segala yang buruk kini sudah mula nampak baik dimata Hassan Ali. Malah, beliau yang kononnya hebat memperjuangkan Islam terutamanya dalam isu Murtad kini sudah yakin bahawa parti Islam PAS tidak mahu mempertahankan umat Islam dalam isu itu. Sebaliknya dia mula nampak, UMNO dan Kerajaan BN yang melakukan tugas tersebut. Walhal, beliau lupa orang Melayu (Islam) yang memerintah sekarang sewajarnya menggunakan kuasa yang ada untuk laksanakan hukum Islam (Hudud) di atas muka bumi ini. Maka, selagi ia tidak dilaksanakan kita sebagai umat Islam wajar menolak mereka. Kini Hassan "menjilat" kembali ludahnya dan apakah beliau akan sebaris dengan Jamil Khir Baharom, Masitah Ibrahim dan yang seangkatan dengannya selepas ini. Apapun, kepada yang berada di Temerloh bolehlah hadir beramai-ramai untuk dengar Dato' Dr.Hassan Ali "berbicara soal ummah" jam 2.30 petang ini].

Pengerusi SPR Tokoh Maulidur Rasul Di Selangor

Posted: 05 Feb 2012 08:16 AM PST

Tiada ulasan: