Pahang Daily Online |
| Khianat: Rumah Pesuruhjaya PAS Johor Di Bakar Serta Kereta BMW Beliau Di Letup Awal Pagi Tadi! Posted: 02 Feb 2012 11:51 PM PST
|
| AELB "Meluluskan" Pemberian Lesen Kendalian Sementara (TOL) Setelah Ambil Kira Semua Aspek Posted: 02 Feb 2012 11:40 PM PST ![]() DENGKIL 3 Feb - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hari ini menegaskan bahawa keputusan meluluskan pemberian lesen kendalian sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas dibuat selepas mengambil kira semua aspek. Ketua Pengarah AELB, Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (foto) berkata, antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek keselamatan, standard dan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh negara dan antarabangsa. Operasi syarikat itu akan dikawal rapi memandangkan lesen itu adalah sementara dan bukannya lesen terbuka kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) untuk beroperasi di Gebeng, Pahang, katanya pada sesi taklimat media di sini, hari ini. Beliau berkata, TOL boleh digantung atau dibatal jika syarikat itu tidak memenuhi syarat atau garis panduan yang ditetapkan serta permohonan lesen seterusnya juga tidak akan dipertimbangkan oleh lembaga itu. "Mengikut syarat itu, mereka mesti memenuhi beberapa syarat sebelum kami keluar lesen. Pada masa ini, lesen belum dikeluarkan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan