Rabu, 1 Februari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Ramai Kecewa, Pemimpin UMNO Tawar Lot Tanah Untuk Pancing Undi Kaum Cina PRU-13 Ini

Posted: 31 Jan 2012 11:41 PM PST

KUANTAN, 1 Feb - Orang ramai di sekitar kawasan Jaya Gading dekat sini terkejut dengan tindakan seorang pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar yang menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan memproses serta meluluskan serta merta permohonan tanah yang dibuat oleh penduduk berbangsa Cina di kawasan itu. Laporan yang kami terima, tanah yang didakwa itu terletak di sebelah belakang Balai Polis Jaya Gading yang masih belum beroperasi sehingga ke hari ini. Difahamkan, pemimpin terbabit yang dulunya merupakan bekas ADUN kini sedang mengintai untuk bertanding kembali di kawasannya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Susulan daripada itu, beliau kini sedang melobi dan cuba menagih undi masyarakat kaum Cina agar menyokongnya. Ini berikutan, senario terkini melihat hampir 90% kaum Cina di Kuantan akan menolak BN gara-gara gagal membantu mereka dalam isu pembinaan kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation di Gebeng. Akibat daripada itulah, pemimpin UMNO terbabit sanggup "merasuah" pengundi dengan menawarkan lot-lot tanah kepada mereka. Tindakan ini mendapat bantahan daripada ramai orang Melayu yang sudah berpuluh tahun memohon tanah selama ini. Nasib mereka diabaikan, sebaliknya dek kerana undi pemimpin terbabit sanggup berbuat demikian. Ini adalah tidak adil untuk rakyat. Malah, ramai dikalangan mereka termasuk ahli UMNO sendiri berjanji akan mengajar pemimpin terbabit andainya beliau menjadi calon BN pada PRU-13 ini nanti. Apapun, semua ini adalah bukti UMNO tidak serius untuk membela orang Melayu sebaliknya lebih rela bela kaum lain demi undi.

[Kami akan menghantar beberapa orang krew untuk memantau isu ini. Jika benar dakwaan yang dinyatakan maka kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan gambar pemimpin terbabit. Kasihan benar kepada orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO yang sudah berpuluh tahun memohon tanah di kawasan terbabit tapi hingga ke hari ini masih belum diberi layanan setimpal oleh pemimpin UMNO setempat. Kini mereka lebih berselera untuk menjaga kaum lain demi mendapatkan undi pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan ini adalah tidak wajar dan jika benar UMNO membela nasib orang Melayu, kenapa mereka tidak dibela?. Demi undi mereka tergamak mengadaikan maruah bangsa sendiri. Apakah ini perjuangan UMNO yang mahu diagung-agungkan itu agaknya. Kami akan membongkarkan isu ini demi keadilan kepada orang-orang Melayu yang amat memerlukan tanah itu. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti].

Panas: Video Debat Rafizi Dan Khairy Jamaluddin

Posted: 31 Jan 2012 10:51 PM PST

Panas: Politik Azan Ismail 'Semakin Pudar', Tiada Tempat Di Terengganu Dan Pahang Pada PRU Ini

Posted: 31 Jan 2012 08:02 PM PST

Susulan pendedahan kami tentang kontroversi Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail maka ternyata, ramai pihak yang "perasan dengan kehilangan" Wakil Rakyat itu selepas beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu. Menurut sumber, nasib Azan kini "umpama telur dihujung tanduk". Karier politik Azan semakin pudar jika dia tidak memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya. Azan kini buat tabiat yang sama ketika dia memimpin Cabang Indera Mahkota dulu. Sikapnya yang tidak mahu mendengar pandangan orang lain serta "keras kepala" menyebabkan sebahagian besar kepimpinan PKR Terengganu kini menolak beliau. Malah, sejak kehadiran Azan ke Terengganu, kini Pakatan Rakyat di negeri terbabit menjadi kecoh dan panas. Ia berikutan tindakan Azan dan kuncu-kuncunya yang mahu meminta kerusi lebih di DUN Terengganu pada Pilihanraya Umum akan datang. Kemasukan Azan ke Terengganu dengan janji-janji manis akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu kini seolah-olah tidak akan menjadi kenyataan. Beliau kini terperangkap oleh kealpaan sendiri. Azan tidak sepatutnya meninggalkan Indera Mahkota dan membiarkan pengundinya terkapar-kapar seperti sekarang ini. Malah, difahamkan Azan kini sudah tidak mendapat sokongan lagi dari sebahagian besar cabang-cabang PKR di Terengganu melainkan cabang Marang sahaja. Beliau juga dipercayai tidak "sebulu" dengan Rafizi Ramli selaku Ketua Cabang Kemaman yang menyebabkan pemimpin muda terbabit yang juga Pengarah Strategik PKR kini semakin meminggirkan Azan di Terengganu sebenarnya. Tindakan Azan yang mengertak PAS untuk bertanding tiga penjuru jika agihan kerusi yang diminta tidak dipenuhi juga adalah satu tindakan biadap yang sukar dimaafkan oleh PAS Terengganu.

Azan Gagal Yakini Rakyat Dalam Perjuangannya

Azan kini khabarnya tidak lagi berpeluang untuk bertanding dalam mana-mana kerusi di negeri Terengganu walaupun beliau adalah Pengerusi Negeri. Ini kerana, pimpinan PAS Terengganu merasakan PKR tidak cukup bersedia dari segi tenaga dan jentera untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 ini sebenarnya. Malahan, di Terengganu sendiri sememangnya rakyat lebih selesa berada bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) sama seperti di Kelantan. Masalah Azan dengan kepimpinan PAS Terengganu kini sudah sampai ke kemuncaknya, hingga beliau kemungkinan besar tidak punyai kerusi untuk bertanding di sana. Terdapat ura-ura Azan mahu melobi kerusi DUN Bandar yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Tambahan pula Azan memang dipercayai berasal dari kawasan itu. Namun, segalanya kini terletak ditangan rakyat di kawasan terbabit. Malah, difahamkan kini Azan sudah tiada "kuasa" lagi untuk menentukan calon PKR di Trengganu. Kuasa sepenuhnya kinis udah diambil alih oleh pusat melalui Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik). Maknanya, Azan kini bukan sahaja terbuang malah imej dan popularitinya kian merudum. Beliau hanya dilihat hebat ketika berhujjah di Parlimen dalam isu-isu berkaitan kewangan namun di kawasan sendiri beliau gagal melakukan yang terbaik untuk rakyat. Paling malang, Azan gagal menjuarai "isu Lynas" yang dibantah oleh sebahagian besar rakyat di Parlimen Indera Mahkota sendiri. Hanya Fuziah Salleh sahaja yang dilihat terkehadapan dalam isu terbabit. Inilah yang menyebabkan rakyat Indera Mahkota kini tidak yakin lagi dengan perjuangan beliau sekarang ini.

[Persoalannya sekarang, jika senario begini maka ke manakah lagi hala tuju Azan Ismail selepas ini?. Beliau sudah tidak diterima lagi oleh penyokongnya di Indera Mahkota, malah ramai orang-orang kanannya di Indera Mahkota sendiri telah meninggalkan beliau termasuk menyertai UMNO Bahagian itu. Ini bermakna, Azan tidak mungkin boleh kembali ke Indera Mahkota. Masalah juga timbul bila mana PKR Pusat melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali kini seolah-olah memberi "greenlight" kepada bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi iaitu Zakaria Abd Hamid untuk mengambil alih tempat Azan di Indera Mahkota. Malah, tugas beliau sebagai "care taker" di parlimen itu dilihat cukup berkesan mutakhir ini. Berbagai-bagai aktiviti dan program telah dianjurkan dengan kerjasama PAS dan DAP di kawasan terbabit. Makanya, peluang Azan untuk bertanding semula di Indera Mahkota mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Maka, langkah terbaik ialah beliau berundur dari politik dan menumpukkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti yang diidam-idamkan. Kami akan mendapatkan maklumat lanjut isu ini dalam masa terdekat. Malah, kami juga akan mendedahkan tentang beberapa pertemuan sulit antara YB Azan Ismail dengan pemimpin UMNO BN. Apakah Azan akan bersama rakan-rakannya dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk berjuang bersama UMNO, nantikan pendedahan panas ini].

UiTM Pahang Mencatatkan Sejarah Menjadi Juara Keseluruhan Bagi Anugerah Kualiti Naib Canselor

Posted: 31 Jan 2012 07:33 PM PST

JENGKA, 1 Feb - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat sejarah apabila dinobatkan juara keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM di kampus induk Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman (foto) berkata, kejayaan itu dicapai sempena sambutan Bulan Inovasi UiTM yang merupakan program tahunan bagi membina budaya inovasi serta kreativiti pensyarah dalam pelbagai cabang disiplin ilmu. Menurutnya, pembentangan akhir produk inovasi itu diadakan di kampus induk tersebut membabitkan semua wakil UiTM dari seluruh negara. "Kejayaan itu meletakkan UiTM Pahang lebih disegani," katanya. Katanya, antara anugerah yang diterima oleh kampus itu ialah juara keseluruhan AKNC dengan menerima hadiah RM20,000 serta juara AKNC di peringkat kampus negeri. Selain itu tambahnya, UiTM kampus Shah Alam turut menerima Anugerah Inovasi, Anugerah Hasil Pencapaian dan Anugerah Tumpuan kepada tenaga kerja. Jelasnya, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Pahang turut muncul juara keseluruhan KIK Optima, juara KIK Inovasi Proses Terbaik dan juara KIK Inovasi Kaedah P&P terbaik. "Kejayaan mencapai status juara keseluruhan AKNC dan muncul tempat pertama dalam beberapa pertandingan itu dianggap luar biasa dan beri kebanggaan kepada warga UiTM Pahang," tambahnya.

[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang atas kejayaan ini. Semoga ianya akan menaikkan imej universiti terbabit dan mengharumkan nama negeri ini. Tahniah juga kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan projek berkenaan. Komitmen dan kesefahaman yang wujud telah berjaya menjadikan UiTM Pahang kini semakin di segani. Harapan kami agar, para pelajar dan semua golongan pendidik di UiTM Pahang dapat lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. Bukan sahaja di bidang inovasi, ko-kurikulum malahan juga bidang pendidikan itu sendiri. Harus diingat Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dulunya adalah merupakan pensyarah di UiTM Pahang di awal kewujudannya dulu].

Tiada ulasan: