Muslimeen United |
- Siapa Artis Rocker Bersama Utz Azhar nii..??
- Kes Khalwat Dr. Badrul Amin - PR Lebih Telus Dari BN
- Politik Trengganu - Panasss!!! Ku sangka 2 rupanyaaa 4?
- 8 Exco selamat angkat sumpah
- Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat'
- Umno menipu sebagaimana Hasan Ali Berbohong
- Himpunan Hijau 3.0 Tetap Diadakan Sebagai Respons Kepada Keangkuhan Najib
Siapa Artis Rocker Bersama Utz Azhar nii..?? Posted: 28 Feb 2012 05:51 AM PST |
Kes Khalwat Dr. Badrul Amin - PR Lebih Telus Dari BN Posted: 28 Feb 2012 05:40 AM PST Kes khalwat yang dikaitkan dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Badrul Amin Baharom kini bagaikan badai baru yang melanda parti itu dan juga Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Pelbagai cerita dan versi boleh diperolehi mengenai kes itu sama ada melalui media massa tradisional mahupun melalui media internet. Meskipun kes tersebut masih dalam proses siasatan dan mengumpul bukti tetapi dari segi politiknya Pakatan Rakyat terutamanya PKR menerima tamparan paling hebat dan mungkin menjejaskan sedikit keyakinan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang. Rakyat yang selama ini sudah muak dengan cara pentadbiran UMNO dan BN dan mengharapkan sebuah kerajaan baru selepas PRU 13 dengan sandaran utama diharapkan kepada Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat yang diyakini mampu membawa nafas segar kepada negara dengan pengenalan ciri-ciri pentadbiran yang lebih baik, telus, mengutamakan rakyat, tidak rasuah serta tata kelola yang lebih meyakinkan, mungkin sedikit goyang dengan kes Badrul Amin ini. Meskipun kes ini belum dibuktikan kesahihannya dan masih dalam proses siasatan sama ada akan dilakukan pendakwaan atau sebaliknya, hakikat yang nyata ialah wujudnya kecuaian di pihak Badrul Amin sendiri. Sebagai seorang yang sudah matang dan berpendidikan agama pula, beliau sepatutnya boleh mengelakkan diri daripada terjebak dalam kes ini lebih awal lagi jika lebih berhati-hati dan tidak membiarkan dirinya terlalu terdedah kepada unsur-unsur syak wasangka serta fitnah. Kalau pun terlalu ingin bertanggungjawab dalam menghulurkan bantuan serta menunjukkan sikap budiman sebagai seorang lelaki, Badrul Amin sepatutnya boleh mengelakkan daripada bertemu dengan bukan muhrim di waktu yang tidak sesuai seperti tengah malam atau awal pagi. Begitu juga untuk menguruskan pendaftaran bilik hotel, beliau sepatutnya hanya menguruskan setakat di kaunter pendaftaran sahaja dan tidak terlajak sampai memasuki bilik hotel wanita yang bukan muhrim dan masih bersuami itu. Bagaimanapun kerana kecuaian dan kealpaan dalam menjaga maruah diri, keluarga serta jemaah, Badrul Amin akhirnya terperangkap. Walaupun belum didakwa serta belum dibuktikan bersalah atau tidak, hakikatnya rasa malu dan aib sudah pun terhentak ke bahu beliau, keluarganya, PKR serta Pakatan Rakyat seluruhnya. Dalam hal ini mujurlah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor telah bertindak pantas menyelamatkan maruah parti dan gabungan pembangkang degan segera memberikan cuti sebulan kepada Badrul Amin untuk menyelesaikan masalahnya itu. Sebagai Ketua Penerangan kerajaan Selangor dan penasihat agama kepada Menteri Besar Selangor, tugas Badrul Amin adalah penting bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat tetapi juga memberi imej baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Tindakan Khalid yang segera mengarahkan Badrul Amin bercuti untuk menyelesaikan masalahnya itu adalah tindakan paling terpuji dan membuktikan ketelusan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti dan rakyat. Dengan tindakan ini, rakyat sekurang-kurangnya tetap menaruh keyakinan dan kepercayaan bahawa Pakatan Rakyat tidak sesekali bersekongkol dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat. Tiada istilah melindungi atau mahu menutup kesalahan sesiapa saja disabitkan dengan sesuatu tuduhan yang melibatkan undang-undang. Dalam kes Badrul Amin, pendirian Khalid dan Pakatan Rakyat adalah cukup jelas iaitu biarlah beliau diberi peluang membersihkan dirinya dan membuktikan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Jika didapati tidak bersalah kemudiannya, beliau boleh kembali berkhidmat dengan jawatan lamanya tetapi andainya didakwa dan terbukti bersalah, Pakatan Rakyat telah memberi isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa Badrul Amin seharusnyalah mengundur diri. Tindakan pantas Khalid ini bukan sahaja berjaya menyelamatkan maruah Kerajaan Negeri Selangor yang begitu diidam-idamkan oleh Najib untuk dirampas dalam pilihanraya akan datang tetapi juga menyelamatkan imej Pakatan Rakyat di mata umum. Sekurang-kurangnya dengan tindakan Khalid itu, Pakatan Rakyat telah membuktikan ia jauh lebih baik dan telus berbanding BN. Dalam kes lembu NFC misalnya, Najib dan Kerajaan BN masih teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap Shahrizat meskipun pelbagai bukti sudah didedahkan dan pihak polis sendiri sudah mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan undang-undang kerana pecah amanah diambil terhadap mereka yang terbabit. Najib bukan sahaja masih menyimpan Shahrizat dalam kabinetnya tetapi cuti tiga minggu yang diberi kepada Shahrizat baru-baru ini pun hanya diambil setelah pelbagai bukti dan desakan dilakukan oleh pebagai pihak. Desakan agar Shahrizat berhenti atau diberhentikan daripada kabinet bukan saja datang daripada rakyat dan pembangkang tetapi juga daripada kalangan pimpinan UMNO sendiri. Namun Najib tetap tiada keberanian untuk bertindak. Begitu juga dalam kes-kes lain yang melibatkan moral dan persepsi rakyat berkaitan pimpinan UMNO dan kerajaan, UMNO dan BN selalu berpegang kepada alasan klise dan lapuk iaitu seseorang tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini menjadikan ramai pimpinan UNMO dan kerajaan yang dituduh dan dikaitkan dengan pelbagai dakwaan tidak diambil apa-apa tindakan dan seolah-olah dilindungi pula. Kadang-kadang dalam sesuatu kes yang didedahkan dan melibatkan pimpinan UMNO dan kerajaan, meskipun satu demi satu bukti ditunjukkan, kerapkali ia juga cuba ditutup dengan pelbagai helah dan alasan untuk mengelakkan pendakwaan seperti kes Jamil Khir dengan wang zakatnya serta beberapa kes rasuah dan salah laku yang melibatkan pemimpin-pemimpin lainnya. Dalam hal ini, tindakan pantas Khalid dalam menangani kes Badrul Amin adalah paling tepat dan sekurang-kurangnya berjaya mengubah persepsi rakyat yang pada mulanya agak terjejas dengan kejadian itu. ~shahbudindotcom |
Politik Trengganu - Panasss!!! Ku sangka 2 rupanyaaa 4? Posted: 28 Feb 2012 05:38 AM PST PM sendiri tidak berkehendakkan Mat Said lagi. Kita pun sedia maklum bagaimana Mat Said telah menconteng arang ke muka Umno-BN dan kepimpinan mereka apabila krisis perlantikan MB Terengganu dahulu. Apatah lagi dengar-dengar khabar bahawa pihak istana sendiri pun sudah tidak berkenan dengan perangai dan sikap 'cerdik do'oh lalu" MB sekarang. Sejak rebahnya Derih Jusoh daripada kerusi empuk jawatan MB Terengganu maka bermulanya perang yang tidak berkesudahan antara Team Utara & Team Selatan ini. Dua group yang saling bertentangan dan saling bertewas. Ianya bukan rahsia lagi bahkan perbalahan ini secara terang-terangan dan tiada ubat untuk penyelesaian maupun ada kesudahannya. Ianya selesai depan wartawan maupun duduk dihadapan pimpinan. Datuk Mat Said dengan team veterannya dan Idris Jusoh dengan team barunya. Baru-baru ni semasa PM Najib datang ke Marang, ingatkan sekadar nak bahagikan BR1M kepada rakyat tetapi rupanya untuk mengubat penyakit yang dah semakin membarah. Masing-masing team dah siap untuk cah keting masing-masing. Kita pakat-pakat tengoklah nanti. Bahkan dikatakan bahawa takkan berlaku p'raya melainkan Najib akan turun sekali ke Terengganu. Dalam dok masing-masing memperkukuhkan kuku & taring masing-masing, timbul pulak 4 nama calon MB Terengganu yang baru. Sekarang ini bukan 2 team sahaja yang bertempur tetapi kini sudah berpecah 4 team. Masing-masing dok menaruh angan-angan bahawa merekalah bakal MB. Para YB2 iaitu Awang Tera - Kemaman, Yahya Khatib – Marang, Rahin Telok Pasu dan Razif Seberang Takir. Masing-masing dok perkemas jentera. Kini amat rancak pertemuan demi pertemuan untuk mengukuhkan team masing-masing. Dahulu mereka takut untuk derhaka kepada PM… takut 'tulah' tetapi setelah contoh dan qudwah yang dibuat oleh Mat Said merampas jawatan MB dahulu, kini timbul keberanian bagi 4 orang ini menyingsing lengan. Bab kata Ibrahim Pendek dalam penyamun tarbus... "Jom!.. Kita tengok sapa yang kenaaa" !!! itupun kalau BN boleh mengekalkan kuasa di Terengganu. Tetapi kalau benar nama Mat Said pun tak tersenarai, bagi pandangan penulis… takkan Mat Said nak biarkan sahaja. Lama mana perturunkan ilmu daripada harimau dan binatang yang buas-buas dari Zoo beliau di Kemaman. daripada berputih mata, baik bakar kapa sekali. Pernah Idris jusoh nak menyingkirkan nama Mat Said dari menjadi calon akibatnya deris Jusoh yang terpelanting. Adakah kali ini Mat Said boleh memecahkan rekod kali ke-2? Adakah semua empat2 calon MB akan terpelanting dek Mat said… atau salah buat Umno-BN yang akan terpelanting dalam Pru-13 nanti. sumber: ustsaifulbahri |
Posted: 27 Feb 2012 08:15 PM PST ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini. Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung. Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini. Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula. Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan). Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan). Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan). |
Wanita Kes Dr.Badrulamin - Beliau Berkata: 'Fitnah, Saya Tak Khalwat' Posted: 27 Feb 2012 08:11 PM PST Rompin - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu. Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga. Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian? Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau. "Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! "Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! "Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. "Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya. "Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam. "Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini. "Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain. "Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini. "Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah. "Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya," katanya. Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan. Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya. "Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal. "Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela," katanya. Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti. -SH |
Umno menipu sebagaimana Hasan Ali Berbohong Posted: 27 Feb 2012 04:50 PM PST KUALA TERENGGANU – Umno Terengganu menipu seluruh rakyat Terengganu dengan menganjurkan dua program, Himpunan Sejuta Umat dan Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah, sekaligus memberi ruang kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato' Dr Hassan Ali berbohong. Menurut Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada Sabtu 25 Februari sebenarnya bukanlah anjuran badan-badan NGO tetapi ia dianjurkan oleh beberapa Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Bahkan kata Haji Wahid, ia begitu jelas dengan kehadiran ramai pemimpin kanan Umno Terengganu termasuk Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Seri Ahmad Said. Hassan Ali pula dalam Himpunan itu telah berbohong dengan mendakwa PAS menyekat ahli dan penyokongnya menyertai program Himpun di Terengganu yang menjadi punca penyertaan orang ramai kurang memuaskan. "Saya menafikan yang kita (PAS) ada sekat atau arah ahli PAS supaya tidak menyertai program atau majlis Dr Hasan Ali. Kita tidak pernah buat kenyataan arah orang, sekat orang atau suruh. "Siapa dia (Hasan) yang nak minta setiap ahli PAS datang ke program dia. Dia bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Itu terpulang kepada ahli dan penyokong PAS sendiri," tegas haji Wahid yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Bowling Tertutup anjuran Nisa' negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, 25 Februari lalu. Umno sekali lagi menipu rakyat Terengganu apabila menganjurkan program Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah yang diadakan di Padang Astaka Chukai Kemaman pada hari yang sama. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat program tersebut adalah anjuran Umno Bahagian Kemaman, bukannya anjuran Badan-badan NGO Daerah Kemaman. Ceramah Hassan ali bukan Pekida (NGO) yang anjur tetapi Umno Bahagian (Kemaman), dia orang kata Pekida, yang buat (adalah) Man Eon dan Rosli Pendek, Setiausaha Bahagian (Kemaman), bukan orang Pekida,"ujarnya Hj Hanafiah sambil menunjukkan pesanan ringkas yang diterimanya dari orang dalaman Umno. Haji Hanafiah berkata deikian ketika ditemui selepas Majlis Bersama Mahasiswa yang dianjurkan oleh NGO Waris di Dusun Nyior Chukai pada malam 25 Februari. Manakala Hassan Ali terus membohongi orang ramai dengan mendakwa beliau dipecat dari PAS kerana mahu memperjuangkan Islam dan tidak bersekongkol dengan teman-teman 'parasit' dalam PAS yang redha bekerjasama dengan DAP, yang menurutnya tidak mahu kepada Islam. Tinjauan Skuad Buletinonline pada program tersebut, mendapati hanya kira-kira 5,000 orang yang hadir, walaupun Umno Bahagian Kemaman menyedikan berpuluh-puluh buah bas untuk mengangkut ahli-ahlinya. Ia terlalu 'meleset' sebagaimana sasaran kehadiran yang diwar-warkan seramai 30,000 orang. Manakala kehadiran dalam Himpunan di Kuala Terengganu tidaklebih dari 4,000 orang sahaja, walaupun Umno telah mengarahkan seluruh Jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan yang mengerahkan kakitangannya supaya hadir. -BO |
Himpunan Hijau 3.0 Tetap Diadakan Sebagai Respons Kepada Keangkuhan Najib Posted: 27 Feb 2012 04:43 PM PST Himpunan Hijau 3.0 protes Lynas sah diadakan SHAH ALAM - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas, menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan susulan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengatakan bahawa operasi loji itu akan diteruskan. "Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa bersemangat (dengan kenyataan beliau), tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan. "Oleh itu, kami mengesahkan bahawa Himpunan Hijau 3.0 akan diteruskan," kata Pengerusi Himpunan Hujan 2.0, Wong Tack dalam satu kenyataan hari ini. Himpunan Hijau 2.0 telah diadakan di padang MPK4, Kuantan semalam. Dalam reaksi semalam, Najib berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan. Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. "Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat. Semalam, penganjur memberi 24 jam kepada kerajaan pusat dan negeri akan mengambil pendirian membatalkan projek tersebut- SH Protes hijau kuning pula dirancang selepas ini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan