Jumaat, 24 Februari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Konsep Berkebajikan PAS Menggerunkan Umno

Posted: 24 Feb 2012 12:28 AM PST

BESUT - PAS di semua peringkat mampu melaksanakan program-program kebajikan dan memberikan bantuan tanpa mengira fahaman politik dalam merealisasikan konsep Negara Berkebajikan yang kini menjadi tema perjuangan parti Islam itu.

Konsep tersebut adalah merupakan usaha murni PAS selepas tema merakyatkan PAS, 'PAS For All' yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini.

Justeru, perlaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berdasarkan konsep Negara Berkebajikan PAS telah menggerunkan musuhnya, Umno dan Barisan Nasional (BN).

Walaupun Nik Li yang menetap di Kampung Dalam Batu 13, Hulu Besut, bukan seorang ahli PAS, namun atas keprihatinan pemimpin dan ahli  PAS telah menyumbang sebuah kerusi roda untuk kemudahan beliau.

Nik Li Abdul Ghani, 53, pernah bekerja sebagai pemandu lori kini terlantar sakit akibat kanser testis sejak lebih tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Nik Li belum pernah mengenali perjuangan PAS sehingga hasrat dan hajat beliau memiliki sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan hariannya diajukan kepada salah seorang ahli PAS setempat.

Menurut  Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah), sumbangan kerusi roda adalah tanggungjawab sosial parti bagi merealisasikan impian Nik Li.

Kata Cikgu Solah, konsep Negara Berkebajikan merangkumi semua aspek dan bukan sekadar memberi bantuan kebendaan sahaja.

"Inilah (sumbangan) yang kita (PAS) mampu dan boleh tolong Saudara Nik Li, bantuan  (kerusi roda) ini mungkin tidak seberapa tetapi cukup bermakna untuk membantu mereka yang memerlukan," ujarnya

Menurutnya, PAS dan kebajikan sudah sinonim yang telah diketahui umum oleh rakyat melalui pelbagai aktiviti parti sepanjang tahun.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah menyampaikan sumbangan kerusi roda itu bersempena lawatanya ke kawasan Besut.

Nik Li ketika ditemui selepas menerima sumbangan tersebut menyatakan rasa terima kasihnya dan  terharu atas kunjungan Haji Wahid.

"Saya rasa cukup sedih dan terharu dengan kehadiran Yang Berhormat (Abdul Wahid) ziarah saya, walau pun saya bukan orang PAS tetapi cukup bermakna kepada saya," ujarnya dengan linangan air mata. -BO

Kemana lagi Adun UMNO Paka, Zakaria nak lari ?

Posted: 23 Feb 2012 04:47 PM PST


Selepas para pelajar, ibu-bapa, kakitangan sekolah serta masyarakat awam berdemontrasi membantah tindakan 5 JKKK yang merampas tanah sekolah 12 Februari tempoh-hari, barulah buat pertama kali pihak pemimpin Umno-BN bersuara. Adun Paka khususnya membuat sidang media di Permai Inn, Kuala Terengganu. Tempoh 7 hari diberi kepada penulis untuk menarik balik tuduhan bahawa beliau lari ke Resident Resort ketika demontrasi ke pejabat beliau diadakan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Adun Paka sendiri.



Tempoh 7 hari hampir tamat


Gambar demo semuka penuh oleh akhbar Sinar harian

Tetapi apa yang malang dan menyedihkan berdasarkan laporan media iaitu Sinar harian yang bertarikh 14 Februari dan Berita Harian keluaran Ahad itu serta pengamatan yang dibuat oleh penulis melalui rakaman video terhadap Sidang Akhbar tersebut didapati Adun Paka, YB Zakaria memberi maklumat bohong, palsu serta berasaskan fitnah semata-mata.

Amat malang, bagaimana seorang yang berstatus wakil rakyat yang sepatutnya telus, adil serta memberikan jawapan yang berasaskan fakta dan kebenaran tetapi bertindak sebaliknya. Tuduhan dan tohmahan berdasarkan emosi dan nafsu beliau yang jelas bersikap wakil kroni dan bukannya wakil rakyat. Beliau bercakap dihadapan wartawan yang tidak mengetahui kedudukan sebenar dan ianya dilapurkan kepada rakyat secara sehala.14 perkara yang dibangkitkan oleh Adun Paka untuk menghalalkan tindakan pihak pemimpin Umno-BN dan JKKK yang bertindak merampas tanah Sekolah Rendah Agama Islam Darul Bayan adalah kenyataan dan jawapan yang amat dangkal.

Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan satu persatu dan menjawabnya disini. Bahkan penulis telah membuat kenyataan akhbar yang telah disiarkan kelmaren oleh Sinar Harian pada 20hb Februari 2012 dengan mencabar pihak Adun Paka untuk diadakan "Debat Rakyat" dalam isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ini agar masing-masing boleh mengemukakan hujjah dan boleh dijawab secara adil dan seimbang.Surat rasmi sudah dihantar ke Pejabat Adun Paka dengan tarikh serta tempat boleh ditentukan oleh pihak Adun Paka sendiri untuk diadakan di kawasan Dun Paka sendiri. Pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tidak guna beliau bercakap dan berhujah dihadapan wartawan tetapi biarlah beliau berani berhadapan dengan rakyat beliau sendiri dan biarlah rakyat boleh menjadi hakim.

Kenyataan akhbar untuk cabaran debat rakyat kepada Adun Paka

Tajuk debat juga telah disarankan berdasarkan persoalan yang dibangkitan beliau ketika siding media tersebut iaitu : "Siapa Rampas tanah Siapa?" atau persoalan kedua yang beliau bangkitkan : "Siapa Yahudi, Siapa Palestine?" Adakah beliau berani? Atau beliau sekali lagi nak melarikan diri daripada menghadapi kebenaran dan rakyat beliau sendiri? Atau beliau hanya berani menipu dihadapan wartawan semata dan tidak berani berhadapan dan bersemuka di pentas terbuka? Berani kerana benar, takut kerana salah!Mengenai jawapan Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said dihadapan wartawan sebagaimana yang disiarkan oleh Berita Harian Ahad lalu, penulis tak berminat untuk mengulasnya kerana zahir sangat bahawa beliau tak tahu apa-apa, hanya membuat kenyataan bodoh sahaja.


Laporan SPRM oleh Pengerusi J/K Bertindak dan Guru Besar SRIDB

Hari Ahad lalu juga pihak Jawatan Kuasa Bertindak terhadap rampasan tanah SRI Darul Bayan telah membuat report dan aduan kepada pihak SPRM Kuala Terengganu agar diadakan siasatan menyeluruh terhadap bagaimana rampasan tersebut boleh berlaku dan kita berkeyakinan adanya salah-guna kuasa berlaku terhadap prosedur yang membawa kepada tindakan rakus serta zalim ini.

Semua cara akan digunakan bagi mempertahan tanah Sekolah agama ini yang dibangunkan menggunakan harta zakat dan wakaf orang ramai dan semoga mereka yang terlibat dengan kezaliman ini insaf dan kembali ke pangkal jalan. Amen. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Tiada ulasan: