Muslimeen United |
- CINA JOHOR - MAHUKAN PR
- TEMPIK12!!!Ribuan anak muda tolak UMNO di Larut
- Bantah Lynas: PAS kerah 10,000 ahli ke Kuantan
- DS Anwar jumpa TG Nik Aziz perjelas isu Israel
- Pemuda PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Said
- Najib dinobatkan Juara Hipokrit oleh akhbar unggul AS
| Posted: 20 Feb 2012 11:25 PM PST |
| TEMPIK12!!!Ribuan anak muda tolak UMNO di Larut Posted: 20 Feb 2012 11:22 PM PST Larut: Kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,Ustaz Mohd Zawawi Hassan dan Ahli Jawatankuasa kerja (AJK) PAS Pusat,Ustaz Idris Ahmad di bumi Larut hari ini disambut meriah oleh dua ribu anak muda bermotosikal yang bersiap sedia untuk mengiringi pemimpin-pemimpin kesayangan mereka ke Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut(TEMPIK12) di Tapak Kompleks Dana Pembela,Batu 4 Sungai Dendang,Kubu Gajah,Perak Program yang berlangsung meriah itu mencetuskan satu fenomena baru dalam sejarah politik di Larut apabila PAS kawasan dengan kerjasama dewan pemudanya berjaya menghimpunkan ribuan anak muda dalam sebuah kawasan yang memang terkenal sebagai kubu kuat UMNO sejak dari dahulu.. Melihat kepada lonjakan sokongan anak muda mutakhir ini PAS kawasan menaruh harapan yang amat tinggi untuk melihat tembok kekuasaan UMNO di bumi Larut ini dirobohkan pada Pilihan raya umum(PRU) yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi. Tidak dinafikan,jaringan media baru seperti facebook,blog dan twitter telah banyak membantu PAS kawasan menyebarkan maklumat yang tepat kepada seluruh pengundi di sekitar kawasan Larut yang sejak sekian lama dibohongi oleh media-media bangkrap idea parti kerajaan. Maka tidak hairanlah jika anak muda yang sememangnya merupakan golongan teratas mendominasi penggunaan laman social di internet sudah beralih arah kepada PAS dan memilih untuk tidak menyokong UMNO parti yang kotor,jijik dan penuh dengan rasuah,penyelewengan dan pembohongan. Masalah kemiskinan rakyat,kemudahan infrasruktur dan prasana yang tidak lengkap di beberapa tempat dan perkampungan di sekitar kawasan Larut membuktikan bahawa Umno gagal untuk menjalankan amanah dengan baik setelah diberi mandat untuk mentadbir kawasan ini sejak puluhan tahun yang lalu. Kini sudah tiba masanya untuk masayarakat di kawasan ini turut serta bersama ribuan anak-anak muda yang bijak ini membuat perubahan agar mereka dapat menikmati hidup yang lebih baik di bawah kepimpinan yang jauh lebih telus dan adil dalam menjalankan amanah rakyat.ShukriloveIslam |
| Bantah Lynas: PAS kerah 10,000 ahli ke Kuantan Posted: 20 Feb 2012 11:14 PM PST ![]() Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka."Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan. "Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut. Tuan Ibrahim (kiri) yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu. Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan. PAS T'ganu turut sokongPerhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur. Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa. Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu. "Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun. -M'kini |
| DS Anwar jumpa TG Nik Aziz perjelas isu Israel Posted: 20 Feb 2012 11:13 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana dapat memberikan penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.Beliau juga berkata dengan penjelasan itu, beliau mengaggap salah faham yang timbul sebelum ini selesai. "Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel. Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa. "Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini," katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan itu. Pertemuan kira-kira 45 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pagi ini. Turut serta pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu. Ianya sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan ia bukan bermaksud sedemikian. "Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan 'tertakluk kepada syarat-syarat, contingent'," katanya lagi. Antara syarat tersebut katanya termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Turut dikongsi kepada Nik Aziz katanya pendirian pemimpin Hamas Khaled Mashal yang menerima penjelasan beliau sebelum ini. "Dalam perbincangan dengan Khaled Mashal dia sebut "I know the word contingent". "Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu," katanya. Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno. Menurutnya, Umno hipokrit dalam isu Israel ini apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan kata Anwar pada masa sama Umno juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu. Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar. -Hrkh |
| Pemuda PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Said Posted: 20 Feb 2012 05:11 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Ini ekoran kenyataan Ahmad yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari dalam ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat". "Kenyataan tersebut jelas berbaur fitnah dan tidak benar," kata Nik Abduh ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu. Selain ianya disifatkan berniat jahat, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut merasakan kenyataan tersebut mampu mengundang provokasi, hasutan, perpecahan di kalangan masyarakat, rusuhan rakyat serta kehilangan kepercayaan di kalangan ahli dan bukan ahli PAS kepada PAS kerana kenyataan tersebut menjurus kepada kerosakan aqidah dan sensitiviti umat Islam di negara ini. "PAS sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dengan sah di bawah undang-undang negara sejak lebih 50 tahun dan menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri, kenyataan Datuk Seri Ahmad Said ini sangat tidak berasas dan langsung tidak bertanggungjawab," luah Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri Ahmad Said, Berita Harian serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam mengeluar, mencetak, menerbit dan mengedarkan kenyataan fitnah tersebut. "Saya percaya kenyataan fitnah jahat seperti in merupakan satu kesalahan yang jelas dan nyata di sisi undang-undang negara dan tindakan perlu diambil dengan segera oleh pihak Polis," tambah beliau lagi.HD |
| Najib dinobatkan Juara Hipokrit oleh akhbar unggul AS Posted: 20 Feb 2012 05:05 PM PST Senyapnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak! Walaupun dunia menggeleng-gelengkan kepalanya ke atas skandal Media FBC, di mana pentadbiran beliau menggunakan wang pembayar cukai Malaysia untuk 'membeli' penyebutan nama yang menggalakkan di waktu perdana televisyen antarabangsa, Najib tidak didengar atau dilihat pun. Mungkin dia menyembunyikan kepalanya kerana malu tetapi menurut rekodnya yang lepas, PM Malaysia tidak mudah sesal atau rasa bersalah.Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web BBC, penyiar berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011, tidak mengikuti peraturan dalaman yang bertujuan untuk melindungi integriti editorial. "Peraturan-peraturan ini memastikan program adalah percuma, dan dilihat bebas dari tekanan komersial atau tekanan lain dari luar," kata kenyataan tersebut. Hubungan ekonomi ![]() Selepas banyak cacian awam daripada pihak pembangkang, Najib akhirnya mengaku kepada Parlimen bahawa ia telah membayar RM84 juta untuk FBC Media antara 2007 dan 2010 bagi 'perkhidmatan perundingan, nasihat dan pengurusan kempen komunikasi' untuk memperindah imej Malaysia. Selain daripada mengecat imej palsu memuji-muji dirinya, dokumentari itu juga menggambarkan industri minyak sawit Malaysia dan layanan orang asli sebagai amat memberangsangkan yang sebenarnya indah khabar dari rupa. Akhbar harian British The Independent, akhbar yang memecahkan skandal itu, melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada anggaran 74 juta penduduk global berhubung perkara itu. Menurut laporan itu, penonton daripada "Kuala Lumpur untuk Khartoum" akan dapat menonton siaran yang disediakan kepada 295 juta rumah, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 syarikat penerbangan dan 35 platform telefon bimbit, di 4 zon masa yang berbeza. Menurut kenyataan BBC, jawatankuasa piawaian editorial Amanah BBC telah mengenal pasti pelbagai pelanggaran dalam garis panduan editorial yang disebabkan program-program yang silap. "Ia telah dipersetujui bahawa memandangkan keadaan serius kerana tidak memohon maaf ketika penyiaran kepada penonton adalah sesuai," kata kenyataan tersebut. Tetapi tidak satu perkataan pun dari Najib atau pasukannya. Dimalukan secara awam, dan masih lagi Utusan, The Star dan semua organ media tidak membawa sebrang kata mengenai perkara itu. Tidak salah baginya menuntut maaf "Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana membayar RM84juta bagi menggilap imej pentadbiran Najib ... sama seperti BBC meminta maaf untuk menerima bayaran sebagai pertukaran untuk imej yang positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod teruk bagi amalan demokrasi dan rasuah, "Guan Eng menulis di dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, dalam gambaran sedih tentang kalibernya, Najib telah memilih untuk menyembunyikan kepalanya dalam pasir. Begitu juga dengan kerajaan UMNO-BN yang diketuainya. Mereka semua seolah-olah gembira dengan dengan meletak kepala mereka dalam pasir dan menunggu supaya semua perkara menghilangkan diri. Siapa yang selain dari parti pembangkang yang akan menjaga kepentingan rakyat Malaysia? Adakah MCA akan bertanya kepada Najib tentang RM84juta yang dibuang ke dalam longkang? Adakah Gerakan, atau MIC? Bagaimana pula dengan Umno? Namun, ia adalah lebih daripada beberapa saat memalukan bagi Malaysia dan satu lagi dimana Najib perlu memohon maaf. Itulah tahap minimum untuk memulihkan sedikit penghargaan global yang hilang melalui tindakan yang kurang bijaksana dan tidak beretika kerana membayar sebuah firma media upahan yang hanya pada asasnya untuk memulakan berita palsu dan menyebarkan kepada penonton yang tidak curiga. Ada juga APCO, Mr Cool dan Ah Jib Gor ... Berikutan serangan terhadap saingan ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin, pelantikan itu adalah hipokrit sebenarnya, terutamanya sejak Najib memberi kakitangan APCO akses kepada kemudahan komunikasi utama di negara ini. Ia adalah amat diketahui bahawa ramai kakitangan tertinggi di APCO adalah bekas pegawai peringkat tinggi di Shin Bet dan Mossad, perkhidmatan rahsia Israel. Itu adalah lawak yang teruk dan apabila Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah mengambil isu mengenai perkara itu, kerana takutkan pelanggaran keselamatan negara, Najib menggantung mereka dan mengunci Parlimen selama 6 bulan! Malah, tempoh APCO di Malaysia telah ditandakan oleh kontroversi. Begitu juga dengan pelantikan paling terkini pasukan kononnya terdiri daripada bekas kakitangan kempen "Parti Buruh Baru" bekas PM British Tony Blair. Kumpulan ini telah ditugaskan untuk menjadikan Najib 'Mr Cool' dan membaharui beliau sebagai reformis yang sederhana. Apabila berita dibocorkan, ia adalah jelas bahawa Najib telah gagallagi, kehilangan berjuta-juta wang awam. Rakyat Malaysia sama ada ketawa atau kecewa dengan perkara mengarut yang dikeluarkan beliau. Malah laman web Facebook 'Ah JIB Gor' telah gagal. Bertujuan untuk menarik orang Cina, ia telah diejek sebagai bodoh, tidak bergaya, dan satu langkah politik yang terdesak. Keputusannya - Najib menjadi Juara Talam Dua Muka "Penipuan beliau telah dipermudahkan oleh juara talam dua muka yang lain, kerajaan Malaysia, yang mendakwa menghormati kedaulatan undang-undang tetapi menghantar Encik Kashgari dalam jet peribadi Saudi pada hari Ahad walaupun perintah mahkamah melarang beliau dari deportasi," kata Washington Post. Washington Post merujuk kepada wartawan Saudi Hamza Kashgari yang dideportasi secara haram sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein dari menghadapi kematian di negara sendiri disebabkan beberapa tweet pihak berkuasa Arab Saudi yang dianggap terkutuk. Aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia telah memberi amaran, jika Hamza dihukum, akan terdapat darah di tangan Najib. Jadi cukuplah dengan kata-kata hipokrit. Permainan telah berakhir. Anda telah bersalah. Mengakulah dan meminta maaf. Najib berhutang kepada Malaysia satu permintaan kemaafan atas skandal media yang diciptakan beliau dengan cara yang salah, dan kerana membazirkan wang rakyat secara bodoh dan terang. Malaysia Chronicle |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong mereka.
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana dapat memberikan penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan